The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheytaqtrading, 2021-04-06 05:15:28

BUKU PANDUAN PKM edisi 1 2020

BUKU PANDUAN PKM edisi 1 2020

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

GARIS PANDUANPOLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA

NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK
POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA

HAL EHWAL PELAJARNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA

POLITEKNIK MELAKANIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIKEMDISEIL1AKA
NIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK

BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN
HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK MELAKA

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Cetakan Pertama.......Tahun 2020

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak
boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan bentuk dengan apa
jua cara sekalipun sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada

penerbit.

Diterbitkan oleh: :
Politeknik Melaka
No. 2, Jalan PPM 10,
Plaza Pand7a5n25M0aMlime,l:aBkaalai Panjang

Tel : 06-3376000
Faks : 06-3376007
Website : https://polimelaka.mypolycc.edu.my/

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

GARIS PANDUAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK MELAKA

Ketua Editor : Pn Nor Azah Binti Mat Sout

Editor : Cik Nur Azlina Binti Jamil

En Mohd Khairuddin Bin Ahmad Khair

Mode of access: Internet eISBN 978-967-0838-47-2

1. Politeknik Melaka--Handbooks, manuals, etc.
2. Universities and colleges --Administration --Handbooks, manuals, etc.
3. College students --Malaysia--Melaka--Handbooks, manuals, etc.
4. Government publications--Malaysia.
5. Electronic books.

i. Nor Azah Sout, 1985-.
ii. Nur Azlina Jamil, 1984-. III. Mohd Khairuddin Ahmad Khair, 1981-. 378.309595118

e ISBN 978-967-0838-47-2

9789670838472

SIDANG REDAKSI

BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK MELAKA

Penaung
Sr. Haji Razali bin Johari

(Pengarah)

Penasihat 1
Ts Mohd Azamri bin Kandari

(Timbalan Pengarah 1)

Penasihat 2
Hazira binti Saleh
(Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar)

Ketua Editor
Pn Nor Azah Binti Mat Sout
(Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar)

Editor
Cik Nur Azlina Binti Jamil (PHEP P&D)
En Mohd Khairuddin Bin Ahmad Khair (PHEP K&D)

Penulis
Pn Siti Salbiah binti Ahmad Shariff (Pegawai Sukarelawan)

Pn Shahrun Nazida binti Salleh (PHEP JKA)
Pn Norwadiah binti Mohd Andai (PHEP JKM)

Pn Latipah bt Yaacob (PHEP JKE)
Pn Zaihasra Binti Rukiman (PHEP JP)
Pn Fara Haszillah bte Hasim (PDJ JKA)

Pn Roslezayti Binti Ajeh (PDJ JP)

Sinopsis

Buku Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Melaka ini dibangunkan
bagi membantu dan memperjelaskan kepada warga Politeknik Melaka (PMK) terutama
kepada para pensyarah dan pelajar mengenai peraturan dan undang-undang serta
pengurusan pendaftaran pengajian yang akan digunapakai sepanjang pelajar menuntut di
PMK. Buku ini mengabungkan cabutan dari undang-undang Malaysia iaitu Akta Institusi-
institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) - Akta 174. Selain dari Akta 174, di dalam buku ini juga
dimasukkan maklumat berkaitan pengambilan dan pendaftaran pelajar merujuk dari Buku
Panduan Pengambilan dan Pengurusan Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi.
Hasil gabungan dari kedua-dua rujukan ini, buku garis panduan ini dijadikan panduan kepada
semua pelajar PMK agar mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dari masa ke semasa
ketika berada di kampus. Selain itu juga, langkah-langkah pencegahan penularan Covid 19 di
PMK juga dimasukkan di dalam buku ini untuk memudahkan pihak berkaitan dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi menangani serangan wabak Covid-19 di
peringkat politeknik.

Semua pelajar PMK hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam
buku garis panduan ini dan memastikan segala arahan yang ditetapkan dilaksanakan dengan
baik. Sekiranya berlaku perlanggaran peraturan, setiap pelajar hendaklah akur dengan
hukuman yang dijatuhkan sepertimana yang telah dipersetujui oleh setiap pelajar melalui
Surat Aku Janji yang telah ditandatangani semasa memasuki PMK. Semua peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan akan menjadi penyumbang utama dalam melahirkan pelajar
yang berdisiplin, beretika dan seterusnya menjadikan pelajar seorang individu yang
cemerlang di alam pekerjaan kelak. Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku
panduan ini termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang buat dari semasa ke semasa
serta apa- apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan
oleh politeknik atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai
kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian di politeknik.

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
POLITEKNIK MELAKA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan limpah kurnia dan inayah-Nya jua, Buku Garis Panduan Pengurusan Hal
Ehwal Pelajar Politeknik Melaka dapat diterbitkan dengan jayanya. Sekalung tahniah
dan syabas diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
(JHEPP) Politeknik Melaka dan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam penghasilan
buku garis panduan ini. Buku ini dihasilkan adalah untuk memastikan keselarasan
pelaksanaan pengurusan kebajikan dan disiplin, pendaftaran pelajar baharu dan
pelajar sedia ada serta pengurusan pencegahan jangkitan Covid 19 di kampus
Politeknik Melaka.

Saya amat berharap agar garis panduan ini dapat dipatuhi dan dijadikan sebagai
rujukan oleh semua warga PMK. Saya percaya buku ini akan menjadi pemudah cara
kepada pelbagai cabang tugas di bawah bidang yang melibatkan pengurusan
pelajar. Panduan ini sudah pastinya dapat membantu penghasilan kualiti kerja yang
tinggi serta efektif dalam pengendalian proses kerja. Penerbitan buku garis panduan
ini juga bukan sahaja dapat digunapakai oleh pegawai yang sedia ada, ianya juga
dapat dijadikan rujukan serta panduan kepada pegawai yang bakal menerajui
pengurusan hal ehwal pelajar pada masa akan datang.

Semoga segala khidmat bakti yang telah disumbangkan oleh semua jawatankuasa
yang terlibat dalam penghasilan buku garis panduan ini diberi ganjaran pahala yang
setimpal di dunia mahupun di akhirat. Akhir kalam, saya mendoakan semoga segala
usaha yang dilakukan ini sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Sekian, terima kasih

Sr. Haji Razali bin Johari
Pengarah
Politeknik Melaka

DARI MEJA
KETUA JABATAN HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR

POLITEKNIK MELAKA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang telah menyiapkan Buku
Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Politenik Melaka.

Dengan terbitnya buku ini diharapkan agar semua warga Politeknik Melaka (PMK)
terutamanya para pelajar dan pensyarah akan menjadikannya sebagai bahan rujukan
berterusan supaya setiap individu tahu peranan yang dimainkan dalam memastikan
arahan tugas-tugas dapat dilaksanakan secara teratur dan mengikut peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan.

Saya percaya, kita semuanya ada peranan masing-masing dalam membentuk dan
melahirkan insan cemerlang yang seimbang, terutama sahsiah dan tingkahlaku insan
bertakwa dan berbudi timur. Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih
dan pengorbanan yang tinggi merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu
dimiliki oleh setiap warga PMK. Ianya menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk
budaya kerja yang cemerlang dan jelas mengikut garis panduan yang dinyatakan di
dalam buku ini. Saya amat berharap semua pelajar dan pensyarah dapat memastikan
kerja yang dilakukan tidak tersasar dari landasan.

Akhir kalam, sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang
dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini
diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian
hari. In shaa Allah.

Sekian, terima kasih

Hazira binti Saleh
Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1
1.0 LATAR BELAKANG POLITEKNIK MELAKA (PMK) 1
2.0 SISTEM PEMBELAJARAN 2
3.0 JABATAN HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR 2

4.0 KEMUDAHAN 3
PANDUAN DAN PERATURAN PELAJAR POLITEKNIK MELAKA 8
1.0 PERATURAN AM PELAJAR 10
2.0 PERATURAN DAN TATATERTIB PERPUSTAKAAN 11
3.0 PERATURAN DAN TATATERTIB PEPERIKSAAN 11
4.0 PERATURAN DAN TATATERTIB LATIHAN INDUSTRI 11
5.0 PERATURAN DAN TATATERTIB BENGKEL/MAKMAL 12
13
6.0 PERATURAN DAN TATATERTIB MAKMAL KOMPUTER 14
7.0 PERATURAN DAN TATATERTIB DI RUMAH SEWA 14
8.0 PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN
LALULINTAS 15
9.0 PELANGGARAN PERATURAN 39
10.0 HAL-HAL LAIN
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR POLITEKNIK MELAKA 44
1.0 TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.0 TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR
PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN PENYAKIT
COVID-19 BAGI PELAJAR POLITEKNIK MELAKA
1.0 AMALAN PENJAGAAN DAN KEBERSIHAN DIRI (INDIVIDU)

2.0 PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) LANGKAH KAWALAN 46
DAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID019 DI POLITEKNIK MELAKA

PENDAHULUAN

1.0 LATARBELAKANG POLITEKNIK MELAKA (PMK)

Politeknik Melaka (PMK) dahulunya dikenali sebagai Politeknik Kota Melaka (PKM).
Umum tidak ramai mengetahui bahawa sebelum Politeknik Kota Melaka, ia dikenali sebagai
Politeknik Merlimau Melaka. Ini berikutan perancangan terawal penubuhan Politeknik di Melaka
hanyalah sebuah sahaja di sesebuah negeri. Namun, sewaktu proses menunggu kampus di
Merlimau siap dibina, dalam tempoh itu juga penempatan sementara Politeknik di Bangunan
Plaza Pandan Malim, Melaka telah di jadikan sebuah lagi Politeknik yang dinamakan Politeknik
Kota Melaka kerana konsep “Kampus Kota” yang berada di dalam kawasan DUN Kota Melaka.

PMK merupakan politeknik ke-11 di tubuhkan pada 1 Januari 1999 oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Bangunan PMK kini telah bertambah daripada 25 ke 27 unit rumah kedai
yang meliputi 13 buah lot yang dibeli dan 14 buah lot yang disewa telah diubahsuai sepenuhnya,
lengkap dengan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh sebuah institut pengajian tinggi.
Pada 4 Jun 2010, secara rasminya Politeknik Kota Melaka ditukar nama ke Politeknik Melaka.

Pada peringkat permulaannya, PKM hanya menerima sekumpulan pelajar pertamanya
sejumlah 197 orang pada bulan Julai 1999. Namun bilangan kemasukan ini meningkat dari
setahun ke setahun. Ketika itu, PKM mengendalikan 4 kursus diperingkat sijil iaitu Sijil
Kejuruteraan Mekanikal (SKM), Sijil Kejuruteraan Awam (SKA), Sijil Pengajian Perniagaan (SPP)
dan Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (SKE) . Manakala, Sijil Penyimpanan Kira (SPK)
telah di jalankan oleh Jabatan Perdagangan pada Sesi Januari 2004.

Kini dibawah naungan Kementerian Pendidikan Tinggi, PMK telah menawarkan program
di peringkat diploma. Pada Sesi Julai 2009, PMK telah menerima kumpulan pelajar pertama dari
Jabatan Kejuruteraan Awam yang menawarkan program di peringkat Diploma Kejuruteraan
Awam (DKA). Kemudian, pada sesi kemasukan berikutnya, PMK mula menerima pelajar bagi
jabatan-jabatan akademik yang lain dan tiada lagi program diperingkat sijil lagi ditawarkan untuk
kemasukan ke Politeknik Melaka.

Antara 5 pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan adalah Diploma Kejuruteraan
Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan), Diploma
Perniagaan Antarabangsa dan Diploma Akauntansi. Malahan kini, PMK turut menawarkan
program Pra-Diploma Sains.

2.0 SISTEM PEMBELAJARAN

2.1 Waktu Pengajian
Pengajian adalah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00
petang. Bagaimanapun kelas pengajian boleh dijalankan pada sebelah malam dan
juga pada hari Sabtu.

1

2.2 Kehadiran Pelajar
Kehadiran pelajar adalah wajib ke semua kuliah, amali (bengkel dan makmal), kelas
bimbingan (tutorial) serta semua aktiviti dan program akademik mengikut jadual kelas
atau arahan pensyarah modul berkenaan.

2.3 Pengecualian Kuliah
Kebenaran tidak menghadiri kuliah diluluskan oleh Ketua Jabatan masing-masing.
Pelajar perlu memohon menggunakan borang Permohonan Tidak Menghadiri Kuliah
yang boleh didapati dari jabatan masing-masing atau di pejabat Jabatan Hal Ehwal &
Pembangunan Pelajar. Cuti kecemasan kerana sakit mestilah disertakan dengan Sijil
Cuti Sakit dari doktor kerajaan atau swasta (tidak melebihi 2 hari). Sijil Cuti Sakit
tersebut perlu diserahkan kepada Penasihat Akademik dan Pensyarah Modul yang
berkenaan dalam tempoh 7 hari daripada Sijil Cuti Sakit dikeluarkan.

3.0 JABATAN HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR

Jabatan ini bertanggungjawab menguruskan pendaftaran pelajar baru, lapor diri pelajar senior,
proses pertukaran pelajar, penangguhan pengajian pelajar, pemberhentian pelajar, menyimpan
dan mengemaskini rekod peribadi pelajar, mengendalikan permohonan biasiswa/pinjaman,
menguruskan hal yang berkaitan dengan disiplin, insuran, kebajikan pelajar, Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP), aktiviti-aktiviti pelajar disamping membantu menjalankan promosi bagi
pengambilan pelajar baharu ke Politeknik Malaysia.

4.0 KEMUDAHAN

4.1 Perpustakaan
PMK mempunyai sebuah perpustakaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai
bilik bacaan, ulangkaji dan untuk meminjam buku. Sekiranya buku yang dipinjam itu
hilang atau rosak, gantirugi hendaklah dibayar mengikut kadar yang ditetapkan oleh
pihak perpustakaan PMK. Perpustakaan dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada setiap hari bekerja dan perpustakaan ditutup pada hari Ahad dan cuti am.

4.2 Surau
Kemudahan surau disediakan untuk pelajar Islam. Pelajar dikehendaki bersolat di
surau yang dikhaskan ini. Kebersihan surau hendaklah sentiasa dijaga.

4.3 Rawatan Hospital
Pelajar yang memerlukan rawatan di hospital kerajaan boleh mendapatkan surat
Pengesahan Pelajar Rawatan Hospital yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal &
Pembangunan Pelajar. Dengan surat tersebut pelajar berhak mendapat rawatan
pesakit luar secara percuma dan sekiranya dimasukkan ke hospital boleh mendapat
layanan dalam wad kelas kedua.

2

PANDUAN DAN PERATURAN PELAJAR
POLITEKNIK MELAKA

1.0 PERATURAN AM PELAJAR

1.1 Kad Pelajar
1.1.1 Kad pelajar mesti sentiasa dipakai semasa berada di dalam bangunan
Politeknik dan di kawasan sekitarnya. Tanpa kad pelajar, pelajar tidak
dibenarkan masuk ke kelas/bengkel/perpustakaan atau di mana-mana
pejabat jabatan atau Politeknik.
1.1.2 Kad pelajar mesti dipakai pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya
sentiasa boleh dilihat dengan jelas.
1.1.3 Kad pelajar dipakai dengan mempamerkan bahagian gambar ke hadapan.
1.1.4 Tidak boleh menconteng, menukar butiran, gambar, ubah suai tanpa
kebenaran pihak pengurusan PMK.
1.1.5 Tidak dibenarkan memakai kad pelajar orang lain atau menyalahgunakan
kad pelajar orang lain untuk tujuan tertentu.

1.2 Rupadiri
Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih,
menutup aurat dan sopan. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

1.2.1 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki
a) Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
b) Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
c) Mengenakan butang dengan sempurna.
d) Memakai baju Melayu kebangsaan lengkap beserta sampin dan

songkok.
e) Seluar 'slack' panjang.
f) Berkasut dan berstoking
g) Baju ‘T’ berkolar dan baju ‘T’ tidak berkolar yang mempunyai tul isan atau

gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau
melambangkan mana-mana parti politik tidak dibenarkan.
h) Pemakaian seluar ‘jeans’ dilarang
i) Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan.
j) Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi
paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan aras
depan tidak melebihi kening.
k) Rambut tidak diwarnakan.
l) Sebarang bentuk perhiasan tidak dibenarkan
m)Pakaian, rambut, tali pinggang, kasut dan peralatan yang boleh
menimbulkan kegusaran (cth: lucah, ganas, unsur jahat, merbahaya)
adalah dilarang.

3

LELAKI PEREMPUAN

KEMEJA KEMEJA BAJU BAJU BAJU PAKAIAN
BERLENGAN BERLENGAN MELAYU KURUNG KURUNG KASUAL
PENDEK PANJANG MODEN

1.2.2 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan
a) Pakaian yang mencolok mata seperti yang ketat, jarang, pendek,

berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan tidak
dibenarkan.
b) Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.
c) Pelajar bukan Islam dilarang memakai 'skirt' pendek dari paras lutut.
d) Baju ‘T’ berkolar dan baju ‘T’ tidak berkolar yang mempunyai tulisan
atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau
melambangkan mana-mana parti politik tidak dibenarkan.
e) Kain hendaklah labuh, longgar, tidak jarang.
f) Seluar 'slack' panjang dan tidak ketat
g) Pemakaian seluar ‘jeans’ dilarang.
h) Kasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstoking.
i) Selipar, terompah dan seumpamanya tidak dibenarkan.
j) Pelajar Islam digalakkan memakai tudung.
k) Tidak digalakkan memakai barang kemas yang berlebihan
l) Tidak digalakkan mencukur bulu kening dan mengenakan solekan
yang berlebihan.
m) Pakaian, rambut, tali pinggang, kasut dan peralatan yang boleh
menimbulkan kegusaran (cth: lucah, ganas, unsur jahat, merbahaya)
adalah dilarang.

1.3 Menghadiri Kuliah/Bengkel
Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah/bengkel atau lain-lain pengajaran
berhubung dengan kursus pengajiannya dan mestilah:
1.3.1 Kehadiran tidak kurang daripada 80%;
1.3.2 Berada dalam bilik kuliah/bengkel mengikut jadual yang ditetapkan;
1.3.3 Mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk tidak hadir;

4

1.3.4 Memberi alasan bertulis yang munasabah untuk mendapat kelulusan
ketidakhadirannya dari pihak politeknik sekiranya perkara (1.3.3) di atas
tidak diperolehi terlebih dahulu.

1.4 Kebersihan Dan Kemudahan
1.4.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan
kampus Politeknik;
1.4.2 Segala kemudahan yang disediakan oleh politeknik hendaklah digunakan
dengan penuh tanggungjawab, cermat, selamat tanpa sebarang
pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan bahan-bahan yang digunakan;
1.4.3 Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara semua kemudahan yang
terdapat di politeknik supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara;
1.4.4 Pelajar dipertanggungjawab untuk menentukan/memastikan semua
lampu/kipas/alat hawa dingin/komputer/mesin di tutup sebelum
meninggalkan kelas/bengkel/makmal/dewan kuliah.

1.5 Harta Benda
Perbuatan merosakkan harta benda politeknik seperti perabot, peralatan dalam
bilik/makmal/bengkel, kenderaan rasmi politeknik atau menconteng dinding/notis
rasmi/pekeliling rasmi atau merosakkan tanaman di dalam kampus adalah menjadi
suatu kesalahan tatatertib.

1.6 Penglibatan Pelajar Dalam Persatuan/Badan/ Pertubuhan/ Kumpulan Dan Parti
Politik
1.6.1 Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli mana-mana parti politik, kesatuan
sekerja atau mana-mana pertubuhan kecuali terlebih dahulu mendapat
kebenaran secara bertulis daripada Menteri atau wakil kuasanya.
1.6.2 Pelajar tidak dibenar menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh
ditafsirkan sebagai penyatakan sokongan, simpati atau bangkangan
terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang
diharamkan.
1.6.3 Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan di luar kampus
hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah.
1.6.4 Penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen atau risalah di dalam
ataupun di luar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis dari Pengarah.

1.7 Bahan-Bahan Lucah, Dadah, Racun, Mabuk Dan Berjudi

1.7.1 Pelajar tidak dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau
1.7.2 kawalannya apa-apa bahan lucah, dadah, racun atau minuman keras.
Pelajar tidak dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa
bahan lucah di dalam atau diluar kampus.

5

1.7.3 Pelajar tidak dibenarkan mengedar, membahagi-bahagi atau
1.7.4 mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk tujuan mendapat/tanpa
bayaran atau apa-apa balasan lain.
1.7.5 Pelajar tidak dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau
1.7.6 kawalannya apa-apa perkakas, alat, radas atau barang yang pada
pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah rekabentuk atau dimaksudkan
untuk digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap atau
menyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan jalan cucuk atau
dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.
Pelajar tidak dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau
didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau luar kampus.
Pelajar tidak dibenarkan mengurus, menganjur, atau menjalankan, atau
menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau
di luar kampus.

1.8 Gangguan Ketenteraman
1.8.1 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik,
melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik
kuliah/dewan kuliah/bengkel makmal / perpustakaan / pejabat pentadbiran
atau berhampiran dengannya.
1.8.2 Pelajar tidak dibenar menimbulkan suasana kacau-bilau, huru-hara atau
menghasut pelajar-pelajar menentang pihak berkuasa politeknik.
1.8.3 Pelajar boleh menyuarakan segala rasa tidak puas hati melalui saluran
tertentu seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau peti cadangan.

1.9 Penceramah Luar
Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput
pihak luar untuk memberi ceramah/perbincangan kepada pelajar di dalam atau di luar
Politeknik. Kebenaran ini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan.

1.10 Kesalahan-kesalahan yang Boleh Mengakibatkan Penggantungan/
Pembuangan Pelajar dari Politeknik

1.10.1 Mencemar nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarnya samada di
dalam atau di luar kampus politeknik dengan kelakuan, kata-kata atau
tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik.

1.10.2 Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
politeknik.

1.10.3 Merosak, mencacat (vandalisme) harta benda milik polteknik, kerajaan,
atau orang perseorangan.

1.10.4 Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar politeknik daripada
menjalankan tugasnya yang sah.

1.10.5 Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji
poster, lambang dan lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar lain
melanggar tatatertib di dalam atau di luar kampus.

6

1.10.6 Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kampus
untuk menghasut atau memburuk-burukkan politeknik atau pihak lain.

1.10.7 Menjalankan perniagaan/perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kampus
tanpa kebenaran bertulis daripada pihak politeknik.

1.10.8 Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar
mengenai politeknik, kakitangan atau pelajarnya.

1.10.9 Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang pihak
politeknik tanpa melalui saluran yang ditetapkan.

1.10.10 Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau loteri.
1.10.11 Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman

keras/bahan kimia yang memabukkan/menkhayalkan.
1.10.12 Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil

untuk memabukkan atau menkhayalkan.
1.10.13 Menonton, memilki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau

terlibat dengan pertunjukkan bahan-bahan lucah.
1.10.14 Memberi atau menyebar maklumat palsu.
1.10.15 Mengengkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai

atau kakitangan politeknik yang diberi kuasa.
1.10.16 Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak berkuasa atau pihak lain

yang terlibat dengan politeknik.
1.10.17 Melakukan ugutan atau ragging pada bila-bila masa samada di dalam

atau di luar kampus.
1.10.18 Berkelakuan biadap dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau

pelajar politeknik atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan.
1.10.19 Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan samada di dalam

atau di luar kampus.
1.10.20 Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan atau

berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah samada di
dalam atau di luar kampus.
1.10.21 Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang
dilarang.
1.10.22 Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di
mana-mana kawasan kampus.
1.10.23 Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun,
memeras ugut dan menculik.
1.10.24 Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamerkan
senjata berbahaya seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit
dan lain.
1.10.25 Dituduh oleh mahkamah terbait atau disyaki melkukan kesalahan jenayah
sivil atau jenayah syariah.
1.10.26 Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok,
menyimpan atau menjual.
1.10.27 Terlibat dengan pemboikotan/pemulauan aktiviti sah politeknik.

7

1.10.28 Terlibat dengan demonstrasi yang tidak dibenarkan samada di dalam atau
di luar kampus.

1.10.29 Menimbul/menghasut isu perkauman, interggrai nasional untuk tujuan
mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan.

1.10.30 Memungut atau mencuba memungut wang dengan cara persendirian,
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.

1.10.31 Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau
pertubuhan yang diharamkan oleh politeknik atau kerajaan.

1.11 Larangan Merokok
Pelajar dilarang merokok di mana-mana kawasan kampus Politeknik Melaka.

2.0 PERATURAN DAN TATATERTIB PERPUSTAKAAN

2.1 Arahan Am Perpustakaan
2.1.1 Dilarang bercakap kuat serta membuat bising sehingga boleh
mengganggu pengguna-pengguna lain.
2.1.2 Dilarang makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan
menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan.
2.1.3 Dilarang menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-
mana buku, majalah atau apa-apa bahan cetak kepunyaan perpustakaan
atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut.
2.1.4 Dilarang menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-
mana harta kepunyaan pepustakaan atau berkelakuan yang boleh
membawa kerosakan pada barang tersebut.
2.1.5 Dilarang menggunakan telefon mudah alih.
2.1.6 Pengguna-pengguna mestilah mematuhi peraturan-peraturan mengenai
bilangan buku-buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas
pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
2.1.7 Peminjam bertanggungjawab ke atas bahan-bahan yang dipinjam. Bagi
bahan-bahan yang dihilangkan, peminjam akan dikenakan bayaran harga
semasa sebagai kos gantian bahan tersebut. Dalam kes-kes di mana
gantian tidak mungkin, Jawatankuasa Perpustakaan akan menentukan
harga gantian kes demi kes.
2.1.8 Penggantian kad baru akan dikenakan bayaran sebagaimana yang
ditetapkan oleh Politeknik.
2.1.9 Dilarang membawa masuk beg ke dalam perpustakaan.
2.1.10 Pengguna perpustakaan hendaklah menunjukkan semua barang termasuk
beg tangan, folder dan sebagainya kepada petugas perpustakaan untuk
diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan.
2.1.11 Semua pertukaran alamat pengguna hendaklah dimaklumkan kepada
pihak perpustakaan.
2.1.12 Penguna hendaklah berpakaian kemas yang sesuai mengikut Peraturan
Am Politeknik.

8

2.2 Pinjaman Buku Perpustakaan
Pengguna layak meminjam buku daripada koleksi pinjaman terhad. Cara meminjam
adalah seperti berikut:
2.2.1 Koleksi Pinjaman
Untuk meminjam buku-buku koleksi ini, pengguna hendaklah menulis
nama dan bahagian (kakitangan), nombor pendaftaran (pelajar) pada kad
buku yang terdapat di dalam buku yang hendak dipinjam. Serahkan buku,
kad serta kad pinjaman perpustakaan kepada kakitangan di kaunter untuk
diuruskan pinjaman tersebut.
2.2.2 Koleksi Pinjaman Terhad
Untuk meminjam buku-buku dari koleksi ini, sama seperti pinjaman biasa
cuma tempoh pinjaman lebih singkat.
2.2.3 Tempahan
Pengguna boleh menempah buku-buku yang dipinjam oleh pengguna lain
dengan mengisi borang tempahan. Pengguna akan diberitahu melalui
papan kenyataan di perpustakaan.
2.2.4 Bilangan Buku Dan Tempoh Pinjaman
Bagi kategori koleksi pinjaman sebanyak dua buah buku sahaja dalam
tempoh 2 minggu manakala bagi kategori koleksi terhad adalah sebuah
sahaja dan tempoh pinjaman adalah sehari.

2.3 Hal-hal lain
2.3.1 Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kehilangan atau kerosakan barang barang persendirian yang diletak atau
tertinggal di dalam/luar perpustakaan.
2.3.2 Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang melanggar
sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan Politeknik untuk keluar
dari perpustakaan.
2.3.3 Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna memulangkan bahan-
bahan pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya.
2.3.4 Penggunaan ruang perpustakaan untuk tujuan lain perlu mendapatkan
kelulusan Politeknik.
2.3.5 Pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh dikemukakan kepada
Pegawai Perpustakaan.
2.3.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal
atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

9

3.0 PERATURAN DAN TATATERTIB PEPERIKSAAN

3.1 Semua calon dinasihatkan berada di dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum
peperiksaan dimulakan.

3.2 Calon-calon tidak dibenarkan masuk ke dewan/bilik peperiksaan sehingga
diarahkan berbuat demikian.

3.3 Calon-calon hendaklah masuk dengan tertib mengikut pintu masuk yang telah
ditetapkan.

3.4 Calon-calon yang sampai lewat lebih dari 30 minit tidak akan dibenarkan menduduki
peperiksaan. Bagi calon yang hadir lewat kurang dari 30 minit, mereka dibenarkan
menduduki peperiksaan tetapi waktu tamat bagi peperiksaan modul tersebut adalah
sama dengan calon-calon lain.

3.5 Calon-calon adalah dilarang membawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan apa jua
barang atau dokumen yang tidak dibenarkan. Poket/sarung kalkulator juga tidak
dibenarkan dibawa masuk.

3.6 Calon tidak dibenarkan membawa programmable calculator.
3.7 Setelah masuk ke dewan/bilik peperiksaan, semua calon dikehendaki duduk di

tempat yang telah ditetapkan.
3.8 Semua calon dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad pelajar. Kad pelajar

hendaklah diletakkan di penjuru kanan meja masing-masing untuk diperiksa oleh
Pengawas Peperiksaan. Calon-calon yang tidak membawa Kad Pelajar tidak
dibenarkan menduduki peperiksaan.
3.9 Seseorang pengawas boleh menahan seseorang calon daripada menduduki
peperiksaan jika calon tidak membawa dokumen-dokumen pengenalan seperti kad
pelajar, kad pengenalan dan lain-lain yang diperlukan.
3.10 Ketika menunggu kertas soalan diedarkan, atau jika telah diedarkan, calon-calon

bolehlah mengisi apa jua maklumat yang dikehendaki di muka hadapan buku
jawapan. Calon-calon adalah dilarang menulis nama, nombor pendaftaran atau
apa jua tanda pengenalan peribadi pada kertas/buku jawapan tersebut. Calon-calon
sama sekali tidak dibenarkan membuka mana-mana kertas soalan yang diedarkan
sebelum dibenarkan berbuat demikian.
3.11 Calon-calon tidak dibenarkan bercakap atau berhubung dengan apa jua cara di
antara satu sama lain pada masa peperiksaan sedang dijalankan.
3.12 Calon-calon hendaklah membaca dengan teliti dan mematuhi semua arahan yang
dicetak pada soalan peperiksaan dan kulit buku kertas jawapan.
3.13 Calon-calon hendaklah memastikan bahawa mereka telah diberikan kertas soalan
yang betul dan lengkap sebelum mula menjawab. Sekiranya ia mendapati telah
diberikan kertas soalan yang salah, calon hendaklah dengan serta merta
memberitahu Pengawas Peperiksaan yang bertugas.
3.14 Pada akhir peperiksaan calon-calon hendaklah memastikan buku/kertas jawapan
mereka disusun dan diikat dengan sempurna mengikut arahan bersama-sama Slip
Maklumat Calon sebelum menyerahkannya kepada Pengawas Peperiksaan.
3.15 Calon-calon tidak dibenarkan meninggalkan dewan/bilik peperiksaan dalam masa
30 minit selepas peperiksaan bermula dan 15 minit sebelum peperiksaan berakhir.

10

3.16 Calon-calon hendaklah duduk di tempat masing-masing selepas tamat
peperiksaan dan hanya boleh keluar dewan/bilik peperiksaan selepas mendapat
arahan dari Pengawas Peperiksaan.

3.17 Semasa keluar calon-calon tidak dibenarkan membawa keluar lebihan kertas
jawapan.

3.18 Calon-calon yang melanggar peraturan peperiksaan boleh ditahan dari menduduki
terus seluruh modul di dalam sesuatu peperiksaan yang diadakan.

Di dalam keadaan tertentu peraturan-peraturan di atas boleh diubahsuai mengikut budi
bicara Pegawai Peperiksaan atau Pengarah.

4.0 PERATURAN DAN TATATERTIB LATIHAN INDUSTRI
4.1 Peraturan Politeknik Melaka masih berkuatkuasa kepada pelajar -pelajar yang
sedang menjalani latihan industri.
4.2 Pelajar-pelajar juga terikat dengan segala arahan/ peraturan/ undang-undang
jabatan/ syarikat semasa di tempat latihan.

5.0 PERATURAN DAN TATATERTIB BENGKEL / MAKMAL
5.1 Memakai baju bengkel Politeknik Melaka semasa menjalankan kerja-kerja di
makmal/bengkel.
5.2 Menyimpan beg, fail dan barang-barang persendirian di tempat yang disediakan di
dalam makmal/bengkel.
5.3 Tidak dibenarkan makan atau membawa makanan di dalam makmal/bengkel
5.4 Tidak dibenarkan menggunakan makmal/bengkel tanpa kebenaran pensyarah
5.5 Semua peralatan makmal /bengkel tidak boleh di bawa keluar
5.6 Semua peralatan makmal/bengkel yang digunakan dikehendaki simpan semua di
tempat yang disediakan
5.7 Sebarang kerosakan terhadap peralatan makmal/bengkel yang dilakukan oleh
pelajar perlu ditanggung oleh pelajar sendiri
5.8 Sebelum meninggalkan makmal atau bengkel pastikan semua suiz, lampu,
penyaman udara telah dimatikan dan tingkap serta pintu dikunci.

6.0 PERATURAN DAN TATATERTIB MAKMAL KOMPUTER
Pelajar-pelajar yang menggunakan Makmal Komputer adalah tertakluk kepada peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan pada setiap masa.

6.1 Berpakaian kemas dan menutup aurat.
6.2 Seluar ‘jeans’ tidak dibenarkan.
6.3 Pakaian ketat dan menjolok mata tidak dibenarkan (perempuan).
6.4 Berambut pendek (lelaki).
6.5 T-shirt bergambar dan tulisan yang tidak sopan tidak dibenarkan.
6.6 Memakai tandanama dan meletakkan di tempat yang betul.
6.7 Pemacu USB dan fail sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke makmal komputer.
6.8 Selipar dan sandal tidak dibenarkan.
6.9 Makanan & minuman tidak dibenarkan.

11

6.10 Daftar nama sebelum menggunakan komputer.
6.11 Tuliskan nama dan nombor komputer yang digunakan.
6.12 Scan pemacu USB dahulu sebelum memulakan kerja.
6.13 Sila laporkan kerosakan kepada pegawai yang bertugas.
6.14 Jangan ubah tetapan/ konfigurasi komputer.
6.15 Pelajar mesti menjaga dengan baik semua perkakasan dalam makmal komputer.
6.16 Pelajar mesti tutupkan bekalan kuasa kepada komputer sebelum meninggalkan

makmal.
6.17 Jangan membuat bising atau mengganggu pelajar yang lain.
6.18 Selepas tamat, sila lapor kepada pegawai yang bertugas.
6.19 Pelajar berikut boleh diambil tindakan dan ditahan daripada masuk dan

menggunakan komputer;
6.20 Melanggar peraturan makmal komputer.
6.21 Mengguna program (software) yang tidak dibenarkan.
6.22 Tidak hadir ke bilik komputer selepas membuat tempahan.

7.0 PERATURAN DAN TATATERTIB DI RUMAH SEWA

7.1 PERATURAN AM
7.1.1 Pelajar hendaklah berkelakuan baik serta berhemah tinggi dan hendaklah
sentiasa memelihara suasana harmoni di kawasan tempat tinggalnya.
Membuat bising dengan apa cara sekalipun adalah dilarang.
7.1.2 Sebarang bunyian dipasang atau dimainkan sekadar tidak menganggu
jiran.
7.1.3 Pelajar hendaklah bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat
tinggalnya.
7.1.4 Berkelakuan sumbang, berkhalwat dan semua aktiviti yang membawa
maksud yang sama, pada bila-bila masa dan tempat adalah dilarang.
7.1.5 Pelajar lelaki dan wanita yang belum berkahwin tidak dibenarkan tinggal
dalam satu rumah.
7.1.6 Pelajar lelaki dan mana-mana orang lelaki dilarang memasuki atau dibawa
masuk ke tempat tinggal pelajar wanita pada bila-bila masa.
7.1.7 Pelajar wanita dan mana-mana orang perempuan dilarang memasuki atau
dibawa masuk ke tempat tinggal pelajar lelaki pada bila-bila masa.
7.1.8 Tiada seorang pelajar boleh memiliki/di bawah jagaannya/kawalannya
apa-apa bahan lucah di tempat tinggalnya.
7.1.9 Tiada seorang pelajar boleh memiliki/di bawah jagaannya/kawalannya
apa-apa jenis dadah, bahan beracun atau bahan yang memabukkan di
tempat tinggalnya.
7.1.10 Berjudi dalam apa bentuk sekalipun adalah dilarang.

12

8.0 PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAAN DAN PERATURAN LALULINTAS

8.1 Kenderaan Rasmi Politeknik
8.1.1 Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi
dengan memohon dan mendapatkan kelulusan daripada Pengarah;
8.1.2 Penggunaan kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga
kebersihan, kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga
disiplin dan tingkahlaku.

8.2 Kenderaan Persendirian
8.2.1 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat parkir yang dikhaskan
oleh politeknik dan MBMB.
8.2.2 Hanya motosikal yang mempunyai pelekat politeknik sahaja dibenarkan
meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan oleh politeknik.
8.2.3 Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi
keledar) yang rosak atau hilang.
8.2.4 Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik
selamat untuk digunakan.
8.2.5 Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor perlu mematuhi
peraturan-peraturan berikut:
a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insurans yang sah.
b) Mematuhi had laju yang ditetapkan.
c) Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak mengeluarkan bunyi
bising yang kuat atau diubahsuai.
d) Memakai topi keledar semasa menunggang/membonceng motosikal.
e) Memakai baju pantul cahaya semasa menunggang/ membonceng
motosikal.
f) Bertimbang rasa terhadap pejalan kaki.
g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan
jalanraya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan
Pengangkutan Jalan.

Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau
menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

8.3 Hukuman Kesalahan Lalu Lintas
Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalulintas boleh dikenakan
hukuman secara pentadbiran.

13

9.0 PELANGGARAN PERATURAN

Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana perutukan peraturan ini boleh dikenakan
tindakan berikut:

9.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh politeknik.
9.2 Kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan

[(Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta174)].

“Hukuman Tatatertib ” : Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu
kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada
hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih
hukuman–hukuman itu disatukan sekali: -
i. Amaran;
ii. Denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM 500.00);
iii. Penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau
kesemua kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh
yang ditentukan;
iv. Penggantungan daripada mengikut kursus pengajian di
institusi selama tempoh yang ditentukan;

v. Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau
keseluruhan peperiksaan di institusi;

vi. Penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi
selama tempoh yang ditentukan;

vii. Pembuangan daripada institusi, oleh pihak berkuasa
tatatertib.

10.0 HAL-HAL LAIN

10.1 Pelajar tidak boleh menghalang atau menahan mana-mana pegawai atau
kakitangan PMK yang menjalankan tugas yang diberikan kepadanya oleh Pengarah
PMK, untuk memasuki tempat tinggal pelajar.

10.2 Pelajar adalah dikehendaki menghadiri, mengikuti dan mengambil bahagian di
dalam apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat dan lain-lain aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak PMK dari masa ke semasa.

10.3 Pelajar dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej Politeknik ini sama ada
di dalam atau di luar kampus Politeknik.

10.4 Pelajar dikehendaki menggunakan peti-peti aduan pelanggan yang disediakan
ataupun melalui e-mail yang dialamatkan kepada [email protected] untuk
membuat sebarang cadangan ataupun aduan.

14

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
POLITEKNIK MELAKA

1.0 TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

1.1. MAKLUMAT AM

a) Maklumat pelajar perlu disemak secara terperinci pada hari pendaftaran. Pelajar
dinasihatkan tidak datang mendaftar jika pelajar :

i. memberi maklumat salah atau palsu semasa permohonan berkaitan
dengan:
o Kewarganegaraan
o Keputusan Peperiksaan SPM atau Keputusan Peperiksaan
Semester Akhir

ii. seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan sebarang
penyalahgunaan dadah.

b) Jika pelajar terlibat dengan perkara (i) dan (ii), tindakan menarik balik atau
pembatalan tawaran kemasukan ke Politeknik akan dilakukan.

c) Pelajar yang mendapat tawaran program yang disenaraikan di bawah ini, dikehendaki
memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik dengan segera sekiranya
didapati Buta Warna setelah membuat Pemeriksaan Doktor.

i. Diploma Seni Bina
ii. Diploma Senibina Kapal
iii. Diploma Kejuruteraan Elektrik
iv. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
v. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
vi. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
vii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
viii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
ix. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)
x. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
xi. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi
xii. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
xiii. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
xiv. Diploma Kejuruteraan Perkapalan
xv. Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
xvi. Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian
xvii. Diploma Rekabentuk Grafik
xviii. Diploma Teknologi Media Cetak
xix. Diploma Rekabentuk Industri

*Syarat bagi program ini adalah calon tidak buta warna.

15

1.2. CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU
Para pelajar perlu memastikan mengikut arahan seperti yang ditunjukkan di dalam carta
alir berikut bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran kemasukan ke Politeknik
Melaka.

16

1.3. PROSES SEMASA HARI PENDAFTARAN
Para pelajar perlu mematuhi segala proses yang telah ditetapkan bagi memastikan
kelancaran semasa hari pendaftaran.

17

1.4. SENARAI SEMAK DOKUMEN HARI PENDAFTARAN
Senarai semak perlu dirujuk dan ditandakan ( ) pada petak yang berkenaan bagi
perkara-perkara berikut telah disediakan oleh pelajar dan perlu di bawa bersama
dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran berkenaan .

18

1.5. JADUAL YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI

Pelajar dikehendaki membawa perkara-perkara berikut untuk tujuan bukti pembayaran
Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai:

BIL JENIS PROGRAM KAEDAH BAYARAN

BAYARAN PENGAJIAN

Dip. Kej. Awam

Dip. Kej.Mekanikal

Dip. Kej.

Elektronik

(Kawalan)

Dip. Akauntansi

Dip. Perniagaan

Antarabangsa

1 Yuran Pengajian RM 200.00 1. Bayaran melalui Perbankan
Internet / Mesin ATM / Mesin Cash
Deposit (CDM) BIMB atas nama
POLITEKNIK KPT

2. Sila rujuk Kaedah Bayaran Yuran
Pengajian

3. Sila simpan resit bayaran sebagai
bukti pembayaran.

2 Bayaran RM 300.00 1. Siswa siswi menyediakan RM300
Pelbagai dalam bentuk wang tunai untuk
(Insurans, pembelian barangan kelengkapan
Kelengkapan/ semasa hari pendaftaran.
Peralatan
Pelajar)

3 Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak pelajar

o Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan.
o Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian di Bank Islam

Malaysia Berhad (BIMB).
o Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku

dalam proses pembayaran yuran.
o Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu sebelum

lapor diri di Politeknik.
o Setiap resit bayaran yuran hendaklah di buat salinan dan di simpan sebagai bukti

pembayaran.

19

1.6. KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN
Terdapat beberapa kaedah pembayaran yuran pengajian yang boleh digunakan oleh
pelajar di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
1.6.1. Kaedah Menggunakan Mesin Cash Deposti (CDM) BIMB

20

1.6.2. Kaedah Menggunakan Mesin ATM BIMB

21

1.6.3. Kaedah Menggunakan Perbankan Internet

22

23

1.7. PANDUAN PENDAFTARAN PENGAJIAN

Pelajar dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan dengan teliti supaya urusan
pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Pelajar tidak akan didaftarkan sekiranya
mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1.7.1.PRA-PENDAFTARAN SISWA SISWI BAHARU SECARA DALAM TALIAN
(ONLINE)

Pelajar dikehendaki untuk melayari laman URL

http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat pra-

pendaftaran pengajian selepas tiga (3) hari anda selesai menjelaskan bayaran Yuran

Pengajian melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Pelajar juga perlu mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian dan perlu di
bawa semasa mendaftar pada hari pendaftaran pengajian pada tarikh yang telah
ditetapkan.

1.7.1.1. TATACARA PRA-PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN
(ONLINE) MELALUI SPMP

i. Telah membuat pembayaran yuran pengajian RM200.
ii. Login

http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp
selepas 3 hari membuat pembayaran seperti paparan berikut.
iii. Masukkan No Kad Pengenalan. Tekan Teruskan.

iv. Paparan berikut akan keluar. Tekan Langkah ke-4 (Daftarkan
Saya) *Sila pastikan ada 4 langkah yang akan terpapar.

24

Daftarkan Saya

v. Dipaparan pelajar akan terdapat butang untuk memuatnaik
gambar berserta dengan butang cetakkan slip pengesahan
pendaftaran.Pelajar perlu menekan butang ‘Uploa d Gambar Kad
Pelajar’ untuk memuatnaik gambar pelajar.

25

vii. Paparan Contoh Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian
dan dibawa semasa mendaftar pada hari pendaftaran pengajian.

27

1.7.2.HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN
Bakal pelajar hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar PMK pada tarikh,
masa dan tempat seperti yang tertera di surat tawaran. Sekiranya tidak mendaftar pada
tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini.
1.7.3.DOKUMEN YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN

1.7.3.1.Dokumen-dokumen asal yang berikut:-
i. Kad Pengenalan
ii. Borang Jawapan Tawaran (BJT – JPP) sekiranya belum
diposkan ke Politeknik

28

iii. Bukti pembayaran Yuran Pengajian RM 200 (BIMB)
iv. Borang Pengisytiharan Kesihatan
v. Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar
1.7.3.2.Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap
i. BHEP1: Borang Maklumat Peribadi Pelajar

29

ii. BHEP2 : Laporan Pemeriksaan Doktor
BHEP 2 terdiri daripada beberapa bahagian dokumen iaitu:

A. Laporan Pemeriksaan Doktor
B. Pengakuan Perihal Penyakit Sendiri Dan Keluarga
C. Pemeriksaan Umum dan Anggota Tubuh
D. Pengesahan doktor
a) Dokumen Laporan Pemeriksaan Doktor

30

b) Dokumen Pengakuan Perihal Penyakit Sendiri Dan Keluarga

31

c) Dokumen Pemeriksaan Umum dan Anggota Tubuh

32

d) Dokumen Pengesahan doktor

33

iii. BHEP3 : Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) &
Pembedahan

34

iv. BHEP4 : lkrar pelajar dan Lepas Tanggung

35

v. BHEP5 : Akuan Pelajar Dan Akuan IbuBapa/Penjaga

36

vi. BHEP6 : Akujanji Pelajar

1.7.3.3. Tiga (3) Keping Gambar warna yang terbaru berukuran kad pengenalan.
i. Semua pelajar Ielaki hendaklah bertali leher dan berambut
pendek ketika bergambar.
ii. Pelajar perempuan pula, hendaklah yang tidak mendedahkan
bahagian bahu.
iii. Pelajar perlu mencatatkan nama dan kursus di belakang setiap
keping gambar untuk tujuan ditampal pada muka depan Fail
Peribadi Pelajar.

37

1.7.4. SAHSIAH DAN RUPA DIRI

Semasa pendaftaran pelajar perlu memastikan untuk mematuhi peraturan sahsiah
dan rupa diri.

Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak
dibenarkan. Pelajar juga tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa k olar,
seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

Lelaki Keterangan
Baju/ Tali Leher Kemeja lengan panjang dan bertali leher.
Seluar/ Tali
Pinggang Seluar panjang ‘slack’ berwarna hitam – jeans dan
denim tidak
Kasut dibenarkan.
Rambut Tali pinggang berwarna hitam –corak atau
kepala tali pinggang yang berbentuk
Perempuan keterlaluan tidak dibenarkan.
Baju Kasut bertutup penuh- Kasut sukan tidak
dibenarkan.
Kasut Memakai sarung kaki dengan sempurna
Rambut Pendek, kemas dan tidak diwarnakan
Belakang tidak menyentuh paras kolar baju,
paras tepi tidakmenyentuh paras atas telinga
dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

Keterangan

Berbaju kurung / blouse labuh melepasi paras
punggung.
Bertudung dan melebihi paras bahu bagi yang
beragama Islam.
Pakaian hendaklah bersopan dan tidak
menjolok mata seperti pakaian yang ketat,
jarang, pendek, berbelah, nipis dan
mendedahkan mana- mana bahagian badan
yang sensitif tidak dibenarkan.
Kasut bertutup penuh.
Memakai sarung kaki dengan sempurna.

Rambut kemas sama ada diikat atau dengan cara
yang seumpama
dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak
berfesyen.

1.7.5. PROGRAM MINGGU SUAIKENAL (MSK)

Semua pelajar baharu dikehendaki mengikuti Program Minggu Suaikenal yang
diadakan dan mematuhi semua peraturan yang telah digariskan.

38

2.0 TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR

2.1 CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
Pelajar Latihan Industri Tidak Perlu Membayar Sebarang Yuran

PENDAFTARAN PENGAJIAN (ONLINE)
di http://spmp.polimelaka.edu.my

(icon i-HELP – Lapor Diri Pelajar Senior)
(Pelajar sem 2, 3, 4, 5, extend: 6, 7, 8 & 9)
*Tidak Termasuk Pelajar Latihan Industri (LI) – Pendaftaran Pelajar LI perlu

merujuk Unit Latihan Industri
Nota:

Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 2 hari pembayaran
yuran dibuat.
Pelajar wajib menjelaskan yuran pengajian sebelum pendaftaran
pengajian dibuat.
Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk
pendaftaran pengajian
Pelajar yang masih belum membuat pendaftaran pengajian selepas
tarikh surat lapor diri senior perlu mendapat kelulusan daripada ketua
jabatan akademik masing-masing untuk pelepasan pendaftaran
pengajian.

PENDAFTARAN KURSUS
di http://spmp.polimelaka.edu.my

(icon i-DAFTAR)

Sila rujuk Penasihat Akademik (PA) atau Jabatan Akademik untuk proses
pendaftaran kursus.

Nota : Pendaftaran kursus hanya boleh dibuat setelah pelajar lapor diri di i-Help.

KULIAH BERMULA
Pelajar yang masih belum mendaftar pengajian sehingga tarikh pengkuliahan

perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ketua jabatan akademik
masing-masing untuk mendaftar pengajian.

39

2.2. JADUAL YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI

Bil Jenis Dip. Kejuruteraan Awam Kaedah Bayaran
Bayaran Dip. Kejuruteraan Mekanikal
Dip. Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

Dip. Akauntansi
Dip. Perniagaan Antarabangsa

Pra Diploma Sains

Sem 2
Sem 3
Sem 4
Sem 5
Sem 6
(Ext)
Sem 7
(Ext)
Sem 8 (Ext)
Sem 9 (Ext)

LI
(Sem 6)

1. Yuran 200 200 200 200 200 200 200 200 Tiada Bayaran
Pengajian hendaklah dibuat
melalui mana-
sebarang mana Bank Islam
Malaysia Berhad
yuran (BIMB) atas nama
POLITEKNIK KPT
pengajian
DiWAJIBKAN
dan menggunakan
Mesin Deposit
Bayaran Tunai (CDM)
sahaja.
Pelbagai
Masukkan nombor
Dikenakan kad pengenalan
sahaja dan TIADA
nombor akaun
diperlukan.

Sila simpan resit
bayaran sebagai
bukti pembayaran.

Bayaran - 35 - 35 - 35 - 35 Pelajar
Pelbagai menyediakan
– RM35 dalam
bentuk wang tunai
(Perlindu semasa hadir ke
2. ngan Politeknik
(JHEPP).
Insurans
Pelajar @
RM35/tah
un)

40

2.3. TATACARA PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI SPMP
i. Telah membuat semua pembayaran.
ii. Login http://spmp.polimelaka.edu.my selepas 48 jam (2 hari) membuat
pembayaran dan paparan berikut akan keluar.
iii. Masukkan No Kad Pengenalan dan Katalaluan. Klik Login Pengguna. (Jika
terlupa kata laluan, pelajar perlu menghubungi Penasihat Akademik untuk
reset password atau hubungi pegawai di Unit Teknologi Maklumat.)

iv. Maklumat pengguna akan dipaparkan seperti di bawah :
Klik menu (i-HELP) Hal Ehwal Pelajar.

v. Paparan berikut akan keluar.
Di bawah menu Pendaftaran, klik Kemaskini Maklumat Penjaga. Isikan
semua maklumat penjaga dengan lengkap, kemudian klik Simpan.

41

vi. Paparan berikut akan keluar. Di bawah menu Pendaftaran, klik Lapordiri
Pelajar Senior.

vii. Masukkan No Kp / No Pend pelajar dan klik. Cari Maklumat Pelajar. Klik
Daftarkan Saya.

42

viii. Paparan berikut akan keluar. Tekan Cetak Slip Pengesahan Lapordiri.

ix. Cetakan Slip Pengesahan Pendaftaran Pengajian ini hendaklah di bawa
dan dikemukakan kepada Penasihat Akademik pada hari Lapor diri di
jabatan akademik masing-masing.

Proses Pendaftaran Pengajian Online Pelajar Senior tamat.

43

PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN
JANGKITAN PENYAKIT COVID-19 BAGI

PELAJAR POLITEKNIK MELAKA

TUJUAN
Garis Panduan ini dikeluarkan sebagai panduan kepada semua pelajar berkenaan langkah
pencegahan penularan jangkitan COVID-19 semasa dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) COVID-19 di Politeknik Melaka (PMK).
1.0 AMALAN PENJAGAAN DAN KEBERSIHAN DIRI (INDIVIDU)
Setiap pelajar perlu mengambil tanggungjawab sosial, mempunyai kawalan kendiri dan amalkan
norma baharu untuk bersama-sama putuskan rantaian COVID-19. Kita mampu putuskan rantaian
jangkitan COVID-19 dengan mematuhi beberapa langkah mudah seperti berikut:

44


Click to View FlipBook Version