POLITEKNIK MELAKA BUKU PANDUAN PELAJAR Rujukan utama pelajar dalam mendapatkan maklumat berkenaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan seterusnya membantu pelajar dalam merancang pengajian pelajar di Politeknik Melaka. 20 23 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI EDISI 01
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Prakata 01 Pengenalan 02 Pengarah Politeknik Melaka 03 Visi dan Misi 04 Carta Organisasi Pengurusan 05 Outcome Base Education 06 Jabatan Kejuruteraan Awam 07 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 10 Jabatan Kejuruteraan Elektrik 13 Jabatan Perdagangan 16 Jabatan Sokongan Akademik 20 Pengurusan Sokongan Akademik 22 Majlis Perwakilan Pelajar 46 Panduan dan Peraturan Pelajar 48 Politeknik Melaka Laluan Kerjaya/Akademik untuk Pelajar 61 Politeknik Sidang Pengarang 64
PRAKATA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinNya Buku Panduan Pelajar Politeknik Melaka dapat diterbitkan untuk rujukan semua pihak. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha gigih dalam memastikan Buku Panduan Pelajar ini dapat diterbitkan. Buku Panduan Pelajar ini adalah penting kerana ianya menjadi rujukan utama pelajar dalam mendapatkan maklumat berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) danseterusnya dapat membantu pelajar dalam merancang pengajian para pelajar di Politeknik Melaka. Besarlah harapan saya, agar Panduan Pelajar ini dapat memberi panduan dan manfaat Politeknik Melaka untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Saya mendoakan agar semua pelajar Politeknik Melaka dapat menamatkan pengajian di Politeknik Melaka dengan cemerlang. Sekian Terima Kasih. Sr Haji Razali bin Johari Pengarah Politeknik Melaka 01
1.0 PENGENALAN Politeknik Melaka (PMK) dahulunya dikenali sebagai Politeknik Kota, Melaka (PKM). Politeknik Kota Melaka secara rasminya telah bertukar nama kepada POLITEKNIK MELAKA pada 4 Jun 2010. Politeknik Melaka merupakan Politeknik ke-11 ditubuhkan pada 1 Januari 1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu). Bangunan Politeknik Melaka (dahulunya dikenali sebgai politeknik Kota Melaka) merupakan bangunan rumah kedai telah dipilih untuk dijadikan politeknik kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dengan pusat bandar serta bertepatan dengan konsep “Kampus Kota” yang kebetulan berada di dalam kawasan DUN Kota Melaka. Dengan anggaran keluasan 11,702.72 kaki persegi, Politeknik Melaka mempunyai 27 unit bangunan rumah kedai yang telah diubahsuai sepenuhnya, lengkap dengan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh sebuah institut pengajian tinggi. Pada peringkat awal penubuhan Politeknik Melaka, Politeknik Melaka menerima pelajar pertamanya sejumlah 197 orang. Namun bilangan kemasukan ini meningkat setiap tahun dan kini pelajar Politeknik Melaka telah mencapai sehingga 1500 orang. Empat (4) kursus peringkat sijil telah ditawarkan pada awal penubuhannya. Kursus yang ditawarkan adalah Sijil Kejuruteraan Mekanikal, Sijil Kejuruteraan Awam, Sijil Pengajian Perniagaan, Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pada Januari 2004, satu lagi kursus ditawarkan iaitu Sijil Penyimpanan Kira (SPK). Politeknik Melaka semakin berkembang pada tahun 2009 dimana Politeknik Melaka telah mula menawarkan program pengajian diperingkat DIPLOMA. Kumpulan pelajar pertama Sesi Julai 2009 dari Jabatan Kejuruteraan Awam PMK telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma. Bermula tahun 2009, program diperingkat sijil tidak lagi ditawarkan di Politeknik Melaka. Kini, Politeknik Melaka menawarkan 5 program pengajian peringkat diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan), Diploma Perniagaan Antarabangsa dan Diploma Akauntansi. 02
PENGARAH POLITEKNIK MELAKA EN. SULONG BIN YAHAYA 1999 - 2003 DATUK DR ARSHAD BIN KASSIM 2003 - 2007 TN. HJ. ABD AZIZ BIN ABU BAKAR 2007 - 2009 EN. MOHD HATTA BIN ZAINAL 2009 - 2011 EN. CHARIM BIN IBRAHIM @BERAHIM 2019 - 2020 SR. HJ. RAZALI BIN JOHARI 2020 HINGGA KINI PUAN RASHIDAH BINTI MUSTAPA 2011 - 2015 TN. HJ. ABD AZIZ BIN ABU BAKAR 2016 - 2018 03
VISI Menjadi Institusi TVET premier yang diterajui industri. MISI i. ii. iii. iv. PIAGAM PELANGGAN i. ii. iii. iv. OBJEKTIF KUALITI PMK i. ii. iii. iv. v. vi . 2.0 VISI DAN MISI 04 Melaksanakan program TVET yang berkualiti dan diiktiraf. Melaksanakan kurikulum yang dipimpin industri dan meningkatkan kesediaan graduan seiring dengan keperluan industri. Menghasilkan graduan yang seimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan. Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan komuniti. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar. Proses P&P dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut keperluan ISO 9001:2015. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima. Keputusan peperiksaan akhir diproses masa 2 minggu selepas semester berakhir. Menerbitkan sekurang-kurangnya enam (6) hasil penyelidikan peringkat kebangsaan dan satu (1) hasil penyelidikan peringkat antarabangsa dalam setahun. Menyertai sekurang-kurangnya dua (2) pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan satu (1) pertandingan inovasi peringkat antarabangsa dalam setahun. Mencapai sekurang-kurangnya 30% pelajar lulus penuh dengan HPNM 3.0 dan ke atas Mengajurkan sekurang-kurangnya lima puluh (50) program kemahiran insaniah dalam setahun. Mengeluarkan jadual perkuliahan selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum perkuliahan bermula. Memastikan prestasi perbelanjaan peruntukan “Dasar Sedia Ada” mencapai 99% di akhir tahun.
3.0 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN 05
4.0 OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) 06
5.0 JABATAN KEJURUTERAAN AWAM 5.1 Pengenalan Jabatan Kejuruteraan Awam merupakan salah satu jabatan induk di Politeknik Melaka (PMK) yang memainkan peranan utama dalam memberikan pendedahan ilmu kejuruteraan terhadap para pelajar bagi melahirkan graduan separa profesional yang berketrampilan dan berdaya saing. Proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan dengan bentuk teori dan praktikal untuk mempastikan para pelajar didedahkan kepada dunia dan cabaran di alam pekerjaan yang sebenar. Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) dipimpin oleh En Norhafizan Bin Majid selaku Ketua Jabatan dan dibantu oleh seramai 29 orang staf yang terdiri dari staf akademik dan juruteknik. Staf di Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) juga terdiri daripada para profesional yang diiktiraf kelayakannya, terlatih dan berpengetahuan sejajar dengan matlamat untuk melahirkan lebih banyak graduan yang berkualiti di dalam menampung keperluan bagi sektor awam dan swasta di Malaysia. Usaha yang berterusan sentiasa dibuat oleh JKA dalam menjadikan jabatan ini sebagai salah sebuah COT (Centre Of Technology) yang telah diisytihar secara rasmi pada tahun 2021 iaitu Centre Of Building Technology (COBTech) dan mendapat "1 star rating" yang memfokuskan dalam bidang IBS (Industrialised Building System). Pelajar dilatih dan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti harian dalam industry binaan seperti penyeliaan dan pengawasan tapak pembinaan, taksiran, kerja-kerja ukur, pengujian makmal, analisis dan rekabentuk struktur, pembekalan air, pengurusan alam sekitar dan lain-lain berkaitan. 5.2 Carta Organisasi Jabatan Kejuruteraan Awam 07
5.3 Kemudahan Makmal hidraulik Bengkel kayu Makmal ukur Makmal geotek dan jalan raya Bengkel paip Bengkel Bata Makmal IBS Makmal konkrit Makmal struktur Bilik-bilik kuliah 5.4 Program yang ditawarkan 5.4.1 Diploma Kejuruteraan Awam Prospek Kerjaya Penolong Jurutera Pembantu Teknik Penyelia Tapak Penyelaras Bahan Binaan Kerani Kerja Tapak Pegawai Kesihatan dan Keselamatan (SHO) Pembantu Penyelidik Pembekal Bahan Binaan Kontraktor Pembinaan 08 Program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan awam. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak binaan yang meliputi skop kerja di dalam industri pembinaan yang merangkumi aspek penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan. Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan awam.
SYARAT KEMASUKAN 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 5. Lulus Bahasa Inggeris 6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut: a. Matematik b. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM c. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya 7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali 09
6.0 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 6.1 Pengenalan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Melaka berperanan untuk memberikan pendedahan ilmu kejuruteraan mekanikal kepada pelajar bagi melahirkan graduan separa professional yang berketrampilan dan berdaya saing. Jabatan ini menawarkan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) yang melibatkan kursus-kursus umum, teras dan elektif dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal bagi mendedahkan pelajar pada alam pekerjaan yang sebenar. Dengan pengetahuan asas yang kuat dalam bidang kejuruteraan mekanikal serta pengalaman dalam menjalani amali, para pelajar diharapkan dapat berkhidmat dan memberi sumbangan berguna dalam bidang yang diceburinya apabila tamat pengajian kelak. Di samping itu, pelajar berpeluang untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana firma awam atau swasta bagi melengkapkan sesi pengajian mereka di politeknik. Jabatan ini mempunyai satu pasukan yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan yang bekerjasama untuk memajukan jabatan dalam mencapai matlamat untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti, inovatif dan berketerampilan dalam bidang kejuruteraan mekanikal seiring dengan pembangunan negara. 6.2 Carta Organisasi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 10
6.3 Kemudahan Bengkel Mesin Bengkel Kimpalan Bengkel Faundri Bengkel Pemasangan Bengkel CNC Makmal Termobendalir Makmal Metalurgi Makmal Pneumatik & Hidraulik Bilik-bilik kuliah 6.4 Program yang ditawarkan 6.4.1 Diploma Kejuruteraan Mekanikal Prospek Kerjaya Penolong Jurutera Penolong Teknikal Penolong Pengurus Penyelenggaraan Penyelia Junior Engineer Pengajar Teknikal atau Pensyarah Eksekutif Jualan Teknikal Juruteknik Eksekutif Kualiti Project Coordinator 11 Diploma Kejuruteraan Mekanikal direkabentuk meliputi disiplin bidang kejuruteraan mekanikal yang semasa dan relevan beserta dengan subjek pengkhususan tambahan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Kurikulum program yang dibangunkan adalah bagi menghasilkan graduan yang holistik serta berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Ini akan dapat memenuhi keperluan pekerja di bidang kejuruteraan. Kaedah pembelajaran yang terkini termasuk pembelajaran teradun turut dijalankan manakala penekanan yang seimbang diberikan terhadap aspek teori dan praktikal. Kursus teras yang ditawarkan termasuklah Engineering Mechanics, Engineering Drawing, Workshop Technology, Thermodynamics, Fluid Mechanics, Strength of Materials, Computer Aided Design, Pneumatic & Hydraulics dan Mechanical Workshop Practice. Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini dirangka bagi menghasilkan graduan yang mampu berdaya saing dan menjadi pilihan industri. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kejuruteraan mekanikal. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
SYARAT KEMASUKAN 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah ( SPM 2013 dan ke atas ) 5. Lulus Bahasa Inggeris 6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut: a. Matematik b. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM c. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya 7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali 12
7.0 JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK 7.1 Pengenalan Jabatan Kejuruteraan Elektrik merupakan Jabatan Induk Politeknik Melaka yang berfungsi untuk mengawalselia pelajar yang mengikuti kursus di peringkat Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan). Pelajar akan dilatih dan didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektronik yang menjurus kepada sistem kawalan elektronik di industri. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) ini merangumi bidang yang luas di dalam elektronik kejuruteraan dengan pengkhususan kemahiran elektronik yang digunakan di dalam bidang proses dan automasi industri. Program ini direkabentuk dengan berasaskan kejuruteraan elektrik dan elektronik, serta merangkumi kemahiran Matematik, Asas Elektrik & Elektronik, Asas Pengaturcaraan Komputer, Asas Sistem Komunikasi, Peranti Semikonduktor, Pemasangann Pendawaian dan Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD) yang menyediakan kepelbagaian kemahiran graduan disamping memberi penekanan kepada bidang pengkhususan di akhir program. Kursus-kursus pengkhususan termasuklah Sistem Kawalan PLC (Programmable Logic Controller) dan Automasi, Instrumentation, Control system serta Pengukuran Process (Process Measurement). Selain daripada pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi pendekatan menyeluruh terhadap pembangunan modal insan melalui kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Ko-kurikulum, Kemahiran Insaniah dan Keusahawanan. 7.2 Carta Organisasi Jabatan Kejuruteraan Elektrik 13
7.3 Kemudahan Makmal Telekomunikasi Makmal Instrumentasi & Kawalan Makmal Elektronik & Baik Pulih Alatan Makmal Elektrik & Mesin Makmal Instrumentasi Bengkel Selenggaraan Elektrik Bengkel Pepasangan Bengkel Projek Elektrik Bilik-bilik kuliah 7.4 Program yang ditawarkan 7.4.1 Diploma Kejuruteraan Elektronik ( Kawalan ) Prospek Kerjaya Juruteknik Proses Penyenggaraan Alat Juruteknik Elektronik Juruteknik Tapak Pembantu Jurutera Bekerja sendiri 14 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) ini telah direkabentuk untuk menyediakan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang Kejuruteraan Elektronik menjurus kepada proses dan automasi industri. Pengetahuan asas mengenai Pengawal Logik Boleh Aturcara dan Automasi, Sistem Kawalan, Sistem Automatik & Kawalan Motor Elektrik, Instrumentasi dan Kawalan Industri serta Pengaturcaraaan turut didedahkan kepada pelajar untuk menghasilkan pelajar yang berkebolehan dan masih menitikberatkan bidang pengkhususan mereka. Penggunaan elektronik di dalam proses dan industri automasi pada masa kini amat memerlukan pekerja yang berkemahiran dan terlatih. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) membekalkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan. Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan membolehkan para graduan mempunyai prospek kerjaya yang lebih luas dalam kebanyakan industri kejuruteraan seperti:
SYARAT KEMASUKAN 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 5. Lulus Bahasa Inggeris 6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut: a. Matematik b. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM c. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya 7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali 15
8.0 JABATAN PERDAGANGAN 8.1 Pengenalan 8.2 Carta Organisasi Jabatan Perdagangan 8.3 Kemudahan Bilik-bilik Kuliah Dewan-dewan Kuliah Bilik Inkubator Business Support Room 16 Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka telah ditubuhkan pada Januari 1999. Jabatan Perdagangan kini menawarkan dua program peringkat diploma iaitu Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) dan Diploma Akauntansi (DAT). Terdapat seramai 32 orang pensyarah di Jabatan Perdagangan sehingga kini.
8.4 Program yang ditawarkan 8.4.1 Diploma Akauntansi Prospek Kerjaya Pembantu Akauntan Penolong Pengawal Kewangan Penolong Juruaudit Juruteknik Cukai Usahawan Syarat Kelayakan 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 5. Lulus Bahasa Inggeris 6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut: a. Matematik b. DUA (2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya 7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali 17 Program Diploma Akauntansi (DAT) dibangunkan untuk menyediakan bakal graduan dengan pengetahuan dan kemahiran dengan pengalaman pendidikan bersepadu dalam bidang perakaunan, pengauditan, percukaian dan kos, pengurusan perakaunan kewangan dan pengurusan pengetahuan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan interpersonal. Objektif program ini adalah untuk menyediakan pendidikan perakaunan dalam peringkat profesional bagi memenuhi tuntutan sektor awam dan swasta. Matlamat program ini bukan sahaja melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran mengurus dan merekod kewangan tetapi juga graduan yang ber fikiran usahawan. Setiap kursus yang dibina di dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional perakaunan di Malaysia seperti Institut Akauntan Malaysia (MIA), IAS, MFRS, MQA dan IFAC. Program ini diterajui oleh pensyarah yang bukan sahaja berpengalaman dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang kewangan dan pengurusan. Selain bekerja dalam bidang perakaunan, graduan program ini berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan badan professional seperti ACCA.
8.4.2 Diploma Perniagaan Antarabangsa Prospek Kerjaya Operasi dan Logistik Penolong Pengurus Rangkaian Bekalan Penolong Pengurus Logistik Penolong Pengurus Pembelian Penolong Pengurus Import Eksport Penolong Pengurus Pembekalan Penolong Pengurus Kargo Penolong Pengurus Pusat Pengedaran Penolong Pengurus Kawalan Inventori Kewangan / Perbankan Penolong Pengurus Kewangan \ Perbankan Penolong Pegawai Ekonomi Penolong Pengurus Pembelian Penolong Pengurus Luar Pesisir Pemasaran Pegawai Pemasaran \ Jualan Pengurus Acara Pengurusan Penolong Pengurus Sumber Manusia Penolong Pegawai Perhubungan Awam Penolong Pegawai Penguatkuasa Penolong Pegawai Akauntan Penolong Pegawai Maklumat Penolong Pegawai Tadbir Urus Korporat 18 Program Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) dibangunkan untuk membantu pihak pengurusan dalam merancang, melaksana dan menggunakan kemahiran yang diperolehi dalam industri perniagaan global. Kandungan kursus direka untuk mendidik pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang berkaitan. Program ini meliputi eksport dan import, dokumentasi dan prosedur, menguruskan aktiviti pemasaran antarabangsa dan menjalankan penyelidikan pemasaran untuk tujuan perdagangan antarabangsa. Program ini bertujuan memberi pengetahuan asas tentang kepentingan perdagangan antara negara-negara, kepentingan hubungan baik antara kerajaan, pengetahuan tentang sistem undang-undang di negara ini, risiko dan insurans, kecekapan pengurusan kewangan dan keperluan asing, pengurusan rantaian bekalan, menguruskan bekalan dan permintaan serta aktiviti logistik. Program ini juga merangkumi pelbagai bidang pengajian seperti perakaunan, ekonomi, pengaturcaraan asas komputer dan pengurusan. Semua pelajar perlu menjalani latihan industri selama enam bulan pada semester keenam untuk membina pengalaman bekerja dan pemahaman yang lebih baik dalam dunia perniagaan.
SYARAT KEMASUKAN 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 5. Lulus Bahasa Inggeris 6. Lulus Matematik 7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran 8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali 19
9.0 JABATAN SOKONGAN AKADEMIK 9.1 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer 9.1.1 Pengenalan 9.1.2 Carta Organisasi JMSK 20 Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer (JMSK) merupakan sebuah jabatan sokongan yang berhubung rapat dengan ke empatempat jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan. JMSK berfungsi untuk membangun dan meningkatkan kemahiran asas dalam bidang sains, matematik dan aplikasi komputer kepada seluruh pelajar Politeknik Melaka. Terdapat seramai 12 orang pensyarah yang berkelayakan untuk mengajar matapelajaran Matematik, Aplikasi Komputer dan Sains Kejuruteraan. Visi jabatan adalah membentuk pelajar-pelajar politeknik yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam bidang matematik, sains dan komputer berlandaskan pendekatan dan teknik terkini. Manakala MISI jabatan pula ialah berazam ke arah menjadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan dalam bidang kejuruteraan dengan efektif.
9.2 Jabatan Pengajian Am 9.2.1 Pengenalan 9.2.2 Carta Organisasi JPA 21 Jabatan Pengajian Am (JPA) merupakan jabatan sokongan yang bekerjasama dengan empat jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan. Jabatan ini memegang amanah untuk melahirkan pelajar-pelajar berwibawa yang cemerlang, bukan sahaja dari sudut kemahiran bahasa, malah pelajar-pelajar yang tinggi sahsiah, kukuh rohani dan mantap akidahnya untuk menempuh kehidupan luar. Melalui kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan, jabatan ini juga berharap untuk melengkapkan diri pelajar dengan nilai-nilai agama dan moral yang tinggi, melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai peringkat pengurusan serta melahirkan pelajar yang proaktif dalam setiap bidang yang diceburi.
10. PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK 10.1 Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar 10.1.1 Pengenalan 10.1.2 Carta Organisasi Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar 22 Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) merupakan sebuah jabatan sokongan akademik yang terdiri daripada tiga buah unit iaitu Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Kesukarelawan dan Unit Pengurusan Psikologi. Jabatan ini bertanggungjawab didalam hal-hal berkaitan pengambilan pelajar baharu, kebajikan, disiplin, aktiviti pelajar dan pembangunan sahsiah pelajar.
10.1.3 Unit Hal Ehwal Pelajar A ) Pengurusan Pengambilan & Data Fungsi bahagian Pengambilan & Data adalah seperti berikut:- i. Mengurus proses permohonan kemasukan ke politeknik ii. Mengurus proses pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar semasa iii. Menyediakan & menguruskan kad matrik pelajar iv. Menyimpan & menyelenggara rekod data pelajar (fail peribadi) v. Mengurus permohonan pergerakan pelajar. (pertukaran program / pertukaran politeknik/ penangguhan/ pertukaran program dan pemberhentian pengajian) ** vi. Menjalankan aktiviti promosi kemasukan ke Politeknik Melaka B ) Pengurusan Kebajikan & Pembangunan Pelajar Fungsi Kebajikan & Pembangunan Pelajar adalah seperti berikut:- i. Membantu pelajar berkaitan pinjaman dan bantuan kewangan pelajar. ii. Menguruskan insurans kelompok pelajar iii. Membantu pelajar didalam hal-hal berkaitan penginapan pelajar. iv. Memantau dan mengawal selia badan induk pelajar iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), serta kelab dan persatuan yang ditubuhkan di Politeknik Melaka. C ) Pengurusan Disiplin Dan Tindakan Tatatertib 10.1.4 Unit Pengurusan Psikologi i. Aplikasi psikologi dalam penilaian personel ii. Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel iii. Aplikasi penyelidikan psikologi iv. Aplikasi psikologi dalam intervensi 23 Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Melaka bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar di Politeknik Melaka. Semua pelajar Politeknik Melaka (PMK) adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak PMK dari semasa ke semasa. Pelajar yang didapati melanggar peraturan tatatertib yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174). Unit Pengurusan Psikologi berfungsi dalam menyedia, mengurus dan melaksanakan hala tuju perkhidmatan kaunseling dan psikologi berdasarkan empat pendekatan aplikasi psikologi : Aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia merupakan aktiviti yang menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi individudi tempat kerja. Aktiviti yang dijalankan merupakan usaha penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan modal insan.
24 Ia meliputi penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi. Seterusnya ia dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan harmoni serta memastikan organisasi menjadi peneraju dalam pembangunan tenaga kerja yang berdaya saing. 10.1.4 Unit Sukarelawan Sukarelawan Pelajar merupakan agen merangsang pemikiran pelajar Politeknik Melaka untuk menyalurkan elemen-elemen positif diri melalui program berbentuk Social Innovation (SI). Politeknik Melaka merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai pelbagai kekuatan yang boleh disumbangkan kepada komunti setempat, daerah, negeri dan negara seterusnya peringkat antarabangsa. Unit Suka relawan diselaraskan oleh Pegawai Sukarelawan Politeknik Melaka. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh unit ini samada menganjur, menyertai dan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan dan bukan kerajaan. Unit ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak yang menyokong program sukarelawan mahasiswa, termasuk Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Sekreteriat Rukun Negara dan kerajaan Negeri Melaka.
10.1.5 Kemudahan PUSAT PELAJAR KOPERASI SURAU WAKAF KERUSI REHAT PENAPIS AIR 25
10.2 Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan 10.2.1 Pengenalan i. Kokurikulum Akademik Badan Beruniform, Sukan, Persatuan dan Kelab; ii. Kokurikulum Bukan Akademik Sukan & Majlis Sukan Politeknik (MSP) dan Kokurikulum Kebudayaan & Warisan 10.2.2 Carta Organisasi Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) 26 Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) PMK ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti sepanjang semester bagi pengurusan hal ehwal berikut: JSKK komited untuk memberi perkhidmatan terbaik menerusi aktiviti pembangunan sukan, kokurikulum dan kebudayaan dalam usaha meningkatkan kemahiran generik yang holistik dan seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial kepada para pelajar khasnya dan warga PMK amnya.
10.2.3 Kemudahan Gimnasium 10.3 Unit Alumni 10.3.1 Pengenalan Matlamat i. Menjaga kebajikan alumni Politeknik Melaka. ii. Memupuk perpaduan, Intergasi dan silaturrahim antara alumni untuk melahirkan warga Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. iii. Membantu dan memberi sokongan terhadap segala usaha yang dapat meningkatkan lagi imej seiring dengan visi dan misi Politeknik . iv. Membantu ahli dalam perbangunan profesionalisma, intelektual, kerohanian dan sosio-ekonomi. v. Membantu meningkatkan taraf pendidikan Politeknik dan latihan kearah pendidikan yang efisien, dinamik, berkualiti dan kreatif selaras dengan hala tuju institut pengajian tinggi dalam menjana tranformasi demi kepentingan ahli. Waktu Operasi Isnin - Jumaat : (8.00 Pagi - 5.00 Petang) 27 Persatuan Alumni Politeknik Melaka telah didaftarkan dengan rasminya sebagai satu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 30 Mac 2004. Persatuan Alumni Politeknik Melaka ditubuhkan dengan tujuan mengeratkan dan mengekalkan hubungan silaturahim antara politeknik dan graduan dalam usaha berterusan untuk memajukan PMK khasnya dan Politeknik Malaysia secara amnya. Adalah diharapkan dengan wujudnya perhubungan kukuh antara kedua-dua pihak maka pelbagai usaha lanjutan dapat digembleng bagi tujuan memberi sumbangan kepada komuniti setempat serta graduan yang sedang dalam pengajian bagi meyokong PMK melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing dalam era transformasi kini.
10.3.2 Carta Organisasi Unit Alumni 10.3.3 Yuran Keahlian Yuran keahlian adalah RM 50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia) seumur hidup 28
10.4 Unit Keusahawanan 10.4.1 Pengenalan Bagi merealisasikan Program pembangunan keusahawanan di peringkat politeknik, Unit Keusahawanan Politeknik Melaka (UKS) adalah komited dan seiring dalam usaha mendokong Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik. Unit ini juga akan bergerak seiring bagi mencapai matlamat utama dasar ini iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan dan matlamat keduanya melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020. Tahun 2015 merupakan tahun penjenamaan semula bagi unit keusahawanan Politeknik Melaka dengan nama UKS. Selaras dengan itu, Unit Keusahawanan PMK akan menjadi penggerak dalam penyelarasan pelbagai aktiviti keusahawanan di Politeknik Melaka bagi mencapai KPI politeknik dalam melahirkan lebih ramai graduat usahawan politeknik. 10.4.2 Carta Organisasi Unit Keusahawanan 29
10.4.3 Aktiviti-aktiviti Unit Keusahawanan Dalam usaha untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat pendedahan tentang keusahawanan, pelbagai program telah dirangka di peringkat politeknik, antaranya: a) 1 Class 1 Biz (1B1C) b) Online Biz Mega Expo (OBME) c) Hari Keusahawanan d) Women In Social Enterprise 30 Sebuah program yang bertujuan untuk membudayakan keusahawanan di kalangan siswa dan siswi politeknik WAJIB bagi pelajar-pelajar dari semua jabatan yang mengambil kelas keusahawanan (Entrepreneurship) Menyumbang kepada markah Kerja Kursus untuk subjek keusahawanan Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar perniagaan Berlangsung sepanjang semester Expo yang mengumpulkan peniaga online seluruh negara Melibatkan pelajar-pelajar dan inkubator politeknik Malaysia Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar perniagaan Memberi ruang dan platform kepada pelajar dan staf yang berminat untuk berniaga Membudayakan keusahawanan di kalangan warga PMK Program anak angkat pelajar-pelajar IPTA dan politeknik bersama pemilik perniagaan mikro dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Program usahasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia ini dianjurkan oleh Othman Yeop School, Universiti Sains Malaysia (USM) Pelajar dapat melihat sendiri bagaimana sesebuah perniagaan mikro dan IKS dijalankan Pelajar dapat memberikan khidmat kepada komuniti dengan memberikan pendapat dan idea-idea baru kepada peniaga-peniaga yang merupakan keluarga angkat mereka
10.5.3 Sistem Gred Markah yang diperolehi oleh pelajar di dalam sesuatu kursus akan diberi nilai mata dan gred mengikut kumpulan seperti berikut: 10.5 Unit Peperiksaan 10.5.1 Pengenalan 10.5.2 Carta Organisasi Unit Peperiksaan 31 Unit Peperiksaan adalah pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Pembantu Tadbir, Pembantu Operasi dan Penyelaras Peperiksaan yang telah dilantik oleh Jabatan Akademik. Unit ini diselaraskan oleh Bahagian Penilaian dan Peperiksaan JPPKK di seluruh Politeknik Malaysia berpandukan takwim aktiviti-aktiviti pentaksiran, Arahan-arahan dan Garis Panduan Peperiksaan.
10.5.4 Sistem Nilaian Mata i) Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA); PNM = Jumlah Mata Kredit yang diperolehi di dalam semester semasa Jumlah Kredit yang diambil di dalam semester semasa ii) Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA). HPNM = Jumlah Mata Kredit yang diperolehi bagi semua semester hingga kini Jumlah Kredit yang diperolehi bagi semua semester hingga kini 10.5.6 Syarat Menduduki Penilaian/Peperiksaan Akhir i. Telah mendaftar/melapor diri untuk mengikuti pengajian; ii. Telah mendaftar kursus berkenaan; iii. Telah mencapai kehadiran 80% atau seperti yang ditetapkan bagi aktiviti pembelajaran yang diwajibkan bagi sesuatu kursus; iv. Lulus Pentaksiran Berterusan (PB) bagi kursus berkenaan. 10.5.7 Kategori Keputusan Penilaian Keputusan Penilaian bagi setiap semester akan dikategorikan kepada: i) Lulus Penuh (LP) Pelajar semester akhir yang memperolehi HPNM bersamaan atau ebih daripada 2.00 dan memenuhi syarat serta layak dianugerahkan Sijil Akademik. ii) Kedudukan Baik (KB) Pelajar memperolehi HPNM bersamaan atau lebih daripada 2.00. iii) Kedudukan Bersyarat (KS) Pelajar memperolehi HPNM bersamaan atau lebih daripada 1.60 dan kurang daripada 2.00 iv) Gagal dan Diberhentikan (GB) Kedudukan Gagal dan Diberhentikan akan diberikan kepada pelajar yang: a. Memperolehi HPNM kurang daripada 1.60; atau b. Memperolehi PNM kurang daripada 1.00; atau c. Gagal sesuatu kursus sebanyak TIGA (3) kali termasuk peperiksaan akhir khas atau penilaian khas atau semester pendek; atau d. Memperolehi keputusan KS TIGA (3) kali berturut-turut tidak termasuk semester pendek; atau e. Gagal Latihan Industri sebanyak DUA (2) kali; atau f. Gagal kursus yang sama semasa Work Base Leraning (WBL) DUA (2) kali; atau g. Telah melampaui tempoh maksimum (9 semester) pengajian sesuatu program. 32 Sistem penilaian Politeknik Malaysia adalah berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi pelajar di dalam sesuatu program yang dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata (SNM). Mengikut SNM, prestasi pelajar bagi sesuatu kursus adalah berdasarkan kepada Sistem Gred yang mana pencapaian pelajar dinilai menggunakan dua (2) ukuran iaitu:
10.6 Unit Perpustakaan 10.6.2 Pengenalan 10.6.3 Carta Organisasi Unit Perpustakaan 10.6.3 Waktu Operasi 10.6.4 Kemudahan Pinjaman HARI Isnin hingga khamis Jumaat Sabtu, Ahad & Cuti Umum I8.00 pagi - 5.00 ptg 8.00 pagi - 12.15 tgh 2.45 ptg - 5.00 ptg Tutup WAKTU KATEGORI JUMLAH BUKU TEMPOH Pelajar Pensyarah Staf bukan akademik 5 Naskah 6 Naskah 2 Naskah 2 MInggu 1 Bulan 2 Minggu 33 Perpustakaan Politeknik Melaka telah berpindah dan beroperasi di lot baru 3 tingkat bermula pada 12 Januari 2015 dengan keluasan 343.35 meter persegi. Perpustakaan ini mampu menampung sejumlah 103 orang pengguna dalam suatu masa. Perpustakaan PMK menggunakan Sistem Pengkelasan Library of Congress (LC) yang berasaskan abjad dan nombor. Koleksi perpustakaan memfokuskan bidang kejuruteraan dan perdagangan. Semua pelajar, pensyarah dan kakitangan Politeknik Melaka adalah ahli perpustakaan secara automatik.
10.6.4 Kemudahan dan fasiliti i) Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Rujukan Terdapat bahan bacaan seperti buku, soalan peperiksaan dan kamus yang boleh dipinjam atau dirujuk oleh pengguna perpustakaan. ii) Ruang Bacaan Ruang Bacaan terletak di Aras 1 dan 2 Perpustakaan Utama di mana kapasiti pengguna adalah seramai 103 orang pengguna dalam sesuatu masa. iii) Karel Terdapat 5 karel untuk kemudahan pengguna perseorangan. 34
iv) Sudut IT Terdapat 12 unit komputer di perpustakaan untuk mem bolehkan pengguna perpustakaan melayari internet dan membuat kerja yang menggunakan komputer seperti menaip. Kemudahan ini adalah untuk kegunaan akademik sahaja. v) Sudut Suratkhabar dan Terbitan Berkala Menyediakan judul suratkhabar perdana dan beberapa judul majalah yang dilanggan perpustakaan. Selain itu terdapat terbitan berkala seperti buletin dan laporan tahunan yang diterima daripada agensi-agensi lain vi) WebOPAC (Sistem ILMU) Membolehkan pengguna perpustakaan mencari koleksi perpustakaan secara dalam talian dengan cepat dan mudah. 35
10.7 Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersilan 10.7.1 Pengenalan 10.7.2 Carta Organisasi Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersilan 36 Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK), merupakan satu unit yang menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan yang dihasilkan oleh para pelajar dan staf Politeknik Melaka. UPIK telah ditubuhkan khasnya untuk mencungkil bakat warga Politeknik Melaka dalam akitiviti penyelidikan dan inovasi sehingga ke tahap pengkomersilan produk reka cipta yang dihasilkan. UPIK telah berusaha untuk menyediakan beberapa platform yang sesuai untuk aktiviti pembentangan kertas penyelidikan dan juga menganjurkan bengkel, kursus, seminar dan pertandingan yang berkaitan dengan produk- produk inovasi hasil pelajar dan staf PMK. Unit ini juga bertanggungjawab untuk membantu menyalurkan produk-produk yang mempunyai potensi ke arah proses pematenan dan pemasaran.
10.8 Unit Jaminan Kualiti 10.8.1 Pengenalan 10.8.2 Carta Organisasi Unit Jaminan Kualiti 37 Unit Jaminan Kualiti (UJK) merupakan unit yang bertanggungjawab untuk memastikan Politeknik Melaka mempunyai satu Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang baik dan berkesan. Selain itu, menyediakan prosedur kualiti serta memastikan ianya dikemaskini dari masa ke semasa. UJK berperanan mewujudkan persekitaran dan budaya kerja berkualiti, selamat dan harmoni supaya semua proses dan kerja yang dilaksanakan lebih mudah dan berkesan. Disamping itu memastikan kelima-lima program yang ditawarkan oleh Politeknik Melaka (PMK) mendapat pengiktirafan Akreditasi Penuh daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). UJK diketuai oleh Ketua Unit Jaminan Kualiti, dibantu oleh Pegawai Pengurusan Kualiti, Pegawai Akreditasi, Penyelaras-penyelaras Kualiti Jabatan, Penyelaras-penyelaras Akreditasi Jabatan, Ketua Audit Dalaman, Setiausaha MKSP/Risiko Peluang PMK dan Pembantu Operasi.
10.8.3 ISO di Politeknik Melaka Politeknik Melaka telah mendapat persijilan ISO bermula tahun 2001. Mendapat persijilan IS0 9001:2000 daripada badan persijilan antarabangsa pada 2 Oktober 2007. Memperolehi persijilan ISO 9001: 2008 pada Oktober 2010. PMK berjaya memperoleh ISO 9001:2015 pada 4 Mei 2018. Bagaimana Pelajar terlibat dengan ISO? 10.8.4 Maklumbalas Pelanggan Kotak maklumbalas di Pusat Pelajar atau Unit Pentadbiran Sesi dialog Pelajar-MPP Portal pelajar PMK (e-StudentPMK@PoliMelaka): bit.ly/e-Student PMK Pelajar = Pelanggan Hari Maklum Balas Pelanggan / Kajian Kepuasan Pelanggan 38 Maklumblas Pelanggan merupakan salah satu platform kepada pelanggan Politeknik Melaka untuk memberi cadangan ataupun aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan di PMK agar perkhidmatan yang diberi dapat memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan. Saluran maklumbalas pelanggan boleh diberikan melalui:
10.8.5 Pengiktirafan dan Persijilan 10.8.5.1 Malaysian Qualification Agency (MQA) i. Menjadi tanda aras kualiti program pengajian yang diikuti oleh para pelajar. ii. Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan antaranya seperti layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). iii. Memudahkan pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat dan keputusan muktamad institusi terbabit. iv. Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi tempatan atau luar negara. v. Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam membuat pengambilan pekerja mereka. 10.8.5.2 Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) i. Graduan daripada program kejuruteraan yang diiktiraf memenuhi keperluan akademik minimum untuk pendaftaraan sebagai Inspector of Work (IOW) dengan BEM. ii. Peningkatan kualiti berterusan (CQI) diamalkan oleh institusi pengajian tinggi. Akreditasi juga boleh berfungsi sebagai alat penanda aras program kejuruteraan yang ditawarkan oleh IPTdi malaysia. iii. Menjamin bahawa program diploma yang ditawarkan memenuhi standard tinggi yang ditetapkan oleh ETAC iv. Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi tempatan dan luar negara Pelajar yang telah bergraduat boleh di terima untuk menjadi juruteknik kejuruteraan apabila berdaftar dengan BEM. 39 Perakuan akreditasi merupakan satu perakuan rasmi bahawa sesuatu sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti kriteria yang ditetapkan oleh MQA (Malaysian Qualifications Agency) dan selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Program yang telah memperolehi perakuan akreditasi sahaja layak menggunakan perkataan “AKREDITASI OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)” dalam iklan dan tawaran kursus mereka. Status akreditasi yang diberikan oleh MQA memiliki beberapa kelebihan tersendiri iaitu: Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) atau Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan adalah badan yang dilantik oleh Lembaga Kejuruteraan Malaysia (Board of Engineers Malaysia – BEM) bagi menjalankan audit / akreditasi program – rogram diploma kejuruteraan yang ditawarkan di Malaysia. Objektif dan kebebihan ETAC adalah memastikan:
10.8.5.3 Tarikh Perakuan Akrediatsi bagi Politeknik Melaka Diploma Kejuruteraan Awam No Pendaftaran: MQA/FA13189 Tarikh Akreditasi: 01/01/2019 ~ 31/12/2024 No Sijil MQA: 19266 No Sijil ETAC: BEM/ETAD/02/84/DA/01-00-110 (001) Diploma Kejuruteraan Mekanikal No Pendaftaran: MQA/FA13190 Tarikh Akreditasi: 01/01/2019 ~ 31/12/2024 No Sijil MQA: 19269 No Sijil ETAC: BEM/ETAD/02/84/DA/02-00-111 (001) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) No Pendaftaran: MQA/FA13247 Tarikh Akreditasi: 01/01/2019 ~ 31/12/2024 No Sijil MQA: 20101 No Sijil ETAC: BEM/ETAD/02/84/DA/03-06-171 (001) Diploma Akauntansi No Pendaftaran: MQA/FA1030 Tarikh Akreditasi: BERMULA 21/01/2013 No Sijil MQA: 08334 Diploma Perniagaan Antarabangsa No Pendaftaran: MQA/FA1031 Tarikh Akreditasi: BERMULA 21/01/2013 No Sijil MQA: 08335 40
10.9 Unit Corporate Industrial Service And Employability Centre (Cisec) 10.9.1 Pengenalan Fungsi dan peranan CISEC: i. Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik dengan Industri ii. Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan iii. Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan politeknik iv. Meningkatkan kadar bekerja graduan politeknik v. Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan. 10.9.2 Carta Organisasi Unit CISEC 41 Unit CISEC telah ditubuhkan pada tahun 2010 untuk menyokong salah satu agenda Transformasi Politeknik iaitu meningkatkan kebolehpasaran dan kadar pekerjaan di kalangan graduan politeknik. Penubuhan CISEC khusus untuk menjadi pusat perkhidmatan industri bagi politeknik dengan struktur bangunan politeknik baru telah diluluskan. CISEC telah ditubuhkan di Politeknik Melaka sebagai fungsi kepada empat teras utama iaitu Kajian Pengesanan Graduan dan Alumni, Khidmat Penasihatan Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan, Perancangan dan Persediaan ke Alam Pekerjaan, serta Perhubungan Industri dan Penempatan.
10.9.3 Unit Perhubungan & Latihan Industri 10.9.4 Unit Kerjaya 10.9.5 Kolaborasi Dokumen-dokumen kerjasama bagi program jaringan kerjasama dikategorikan seperti berikut: 1. Sijil Kerjasama / Certificate of Collaboration (CoC) 2. Agreed Minutes of Meeting (AMM) 3. Memorandum Persefahaman (MoU) 4. Memorandum Perjanjian (MoA) 42 Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) merupakan salah satu unit di bawah CISEC yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti berkaitan Latihan Industri (LI). Latihan industri adalah syarat wajib bagi pelajar dalam program-program yang ditawarkan di Politeknik Melaka. Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, kursus Latihan Industri ditawarkan kepada pelajar untuk memberi peluang pembelajaran di dunia pekerjaan seterusnya memberikan pengalaman praktikal supaya dapat meningkatkan kebolehpasaran selepas tamat belajar. Selain itu, fungsi UPLI juga adalah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak swasta, badan berkanun dan kerajaan bagi mendapatkan tempat latihan industri pelajar yang bertepatan dengan bidang. Disamping itu, ULPL juga perlu menyelaraskan lawatan penyeliaan ke tempat pelajar-pelajar menjalani latihan industri dan bekerjasama dengan organisasi latihan bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat semaksima yang mungkin dari latihan industri yang dijalani. Unit Kerjaya merupakan salah satu bahagian di dalam CISEC. Unit Kerjaya diwujudkan untuk membantu dan turut serta dalam program-program kebolehpasaran dan hala tuju kerjaya pelajar sepanjang pengajian di PMK. Unit ini juga menyediakan khidmat nasihat untuk pelajar PMK dan menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat atau khidmat rujukan berkaitan kerjaya dan menjadi pemudahcara program yang berkaitan kerjaya diperingkat politeknik atau jabatan. Unit kerjaya juga menyediakan khidmat penasihatan kerjaya dan persediaan graduan di alam pekerjaan dan memastikan penyebaran maklumat kerjaya di IPTA/S dapat disalurkan kepada semua pelajar PMK. Unit CISEC juga berperanan dalam menyelaras program jaringan kerjasama diantara pihak JPPKK, Politeknik atau Kolej Komuniti dengan kementerian, agensi atau institusi serta industri dalam negara. Jaringan kerjasama ini boleh dilaksanakan melalui Sijil Kerjasama, Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian manakala bagi program jaringan kerjasama luar negara, ianya boleh dilaksanakan melalui Agreed Minutes of Meeting, Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian. Matlamat berkolaborasi untuk memfokus kepada perhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan dan kolaborasi dalam mewujudkan peluang kerjaya, penyelidikan dan inovasi serta COT dan sebagainya. Hubungan hala tuju PMK fokus kepada 3 model kolaborasi industri iaitu industry engagement’, ‘industry collaboration’ dan ‘collaborative outcome’.
Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) Politeknik Melaka untuk tempoh 2022 hingga 2024: Ahli Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) PMK 2022-2024 10.9.5 Pengesanan Graduan i. Menjalankan kajian secara online melalui lawan web : http://graduat.mohe.gov.my ii. Mewujudkan satu pangkalan data yang komprehensif mengenai profil graduat yang boleh menyimpan dan digunakan untuk jangka masa yang panjang. iii. Mengumpul dan menguruskan data yang diperlukan kepada Urusetia Pengesanan Graduan JPP. iv. Menganalisa data dan menyediakan laporan Pengesanan Graduan Politeknik Melaka. v. Menjalankan kajian susulan (kerjasama dengan Unit Alumni). 43 Pengesanan Graduan ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan pendidikan. Kajian Pengesanan Graduan adalah inisiatif yang dilaksanakan bagi mendapat gambaran sebenar berkaitan dengan dunia pekerjaan graduan seperti tahap kebolehdapatan kerja, kebolehpasaran graduan, job trend dan job mobility. Maklumat ini penting dalam membantu KPT menggubal polisi dan merancang program yang lebih bertepatan dalam membangunkan modal insan negara. Peranan pegawai pengesanan graduan adalah:
10.9.6 1 Lecturer 5 Graduate (1L5G) i). Bekerja ii). Belum Bekerja iii). Menunggu Penempatan (seperti pelajar tajaan) iv). Usahawan v). Lanjut pengajian 44 1L5G merupakan salah satu dari program kebolehpasaran bagi mencapai sasaran peratusan kebolehpasaran 90% graduan POLITEKNIK MALAYSIA. Setiap graduan akan diselia oleh seorang pensyarah mentor untuk mengetahui status semasa graduan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian di Politeknik. Semua graduan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada pensyarah mentor berkenaan status semasa graduan pada setiap akhir bulan seperti berikut: Kerjasama daripada semua graduan diperlukan dalam usaha untuk meninggikan lagi status Politeknik disamping membantu para graduan mendapatkan infomasi dan maklumat berkaitan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dari semasa ke semasa.
10.10 Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersilan 10.10.1 Pengenalan 10.10.2 Carta Organisasi Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersilan 45 Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK), merupakan satu unit yang menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan yang dihasilkan oleh para pelajar dan staf Politeknik Melaka. UPIK telah ditubuhkan khasnya untuk mencungkil bakat warga Politeknik Melaka dalam akitiviti penyelidikan dan inovasi sehingga ke tahap pengkomersilan produk reka cipta yang dihasilkan.
11. MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 11.1 Pengenalan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah merupakan satu badan kepimpinan pelajar yang menjadi suara serta wakil kepada semua pelajar di Politeknik Melaka. MPP terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang diadakan di Politeknik Melaka. Penganjuran proses Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di peringkat Politeknik adalah menepati peraturan dan kaedah-kaedah di dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atau Akta 174. Pemilihan melalui pengundian dan pengiraan undi dilaksanakan bagi memastikan perwakilan pelajar Politeknik Melaka bagi sesi tahun lantikan semasa adalah terdiri dari kalangan yang benar-benar terpilih oleh pelajar dan mendapat sokongan majoriti. Pihak yang diberi tanggungjawab mengendalikan program ini dinamakan sebagai Sekretariat Pilihan Raya Kampus (SPRK) Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Adalah menjadi kewajipan kepada semua pelajar berdaftar di Politeknik Melaka untuk mengundi pada tarikh yang ditetapkan institusi. Calon pilihanraya yang memenangi kerusi tertinggi akan dilantik menjadi MPP dan perlu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. MPP yang dilantik berperanan untuk: i. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada. ii. Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar. iii. Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang. iv. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan. Antara aktiviti yang dijalankan oleh MPP KEM KEPIMPINAN DI SMK(P) METHODIST PROGRAM BAZAAR PMK SESI DIALOG BERSAMA PELAJAR PROGRAM A DAY TO PARLIAMENT MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MAJLIS BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH LAWATAN RUMAH PELAJAR 46
11.2 Carta Organisasi Majis Perwakilan Pelajar sesi 1 2023/2024 47
12. PANDUAN DAN PERATURAN PELAJAR POLITEKNIK MELAKA 12.1 Peraturan Am Pelajar 12.1.1 Kad Pelajar i. ii. iii. 12.1.2 Rupadiri Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat dan sopan. Semua jenis pakaian yang men jolok mata adalah dilarang. a) Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. b) Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan i. 48 Kad pelajar mesti sentiasa dipakai semasa berada di dalam bangunan Politeknik dan di kawasan sekitarnya. Tanpa kad pelajar, pelajar tidak dibenarkan masuk ke kelas/bengkel/ perpustakaan atau di mana-mana pejabat jabatan atau Politeknik. Kad pelajar mesti dipakai pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya sentiasa boleh dilihat dengan jelas. Kad pelajar dipakai dengan mempamerkan bahagian gambar ke hadapan. Tidak boleh menconteng, menukar butiran, gambar, ubah suai tanpa kebenaran pihak pengurusan PMK. Tidak dibenarkan memakai kad pelajar orang lain atau menyalahgunakan kad pelajar orang lain untuk tujuan tertentu. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). Mengenakan butang dengan sempurna. Memakai baju Melayu kebangsaan lengkap beserta sampin dan songkok. Seluar 'slack' panjang. Berkasut dan berstoking Baju ‘T’ shirt berkolar dengan logo politeknik dan tanpa logo tidak bercorak dibenarkan. Adapun baju ‘T’ shirt tidak berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik tidak dibenarkan. Pemakaian seluar ‘jeans’ dilarang Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan aras depan tidak melebihi kening. Rambut tidak diwarnakan. Sebarang bentuk perhiasan tidak dibenarkan Pakaian, rambut, tali pinggang, kasut dan peralatan yang boleh menimbulkan kegusaran (cth: lucah, ganas, unsur jahat, merbahaya) adalah dilarang. Pakaian yang mencolok mata seperti yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan tidak dibenarkan.