The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheytaqtrading, 2023-10-12 10:24:10

ilovepdf_merged (5)

ilovepdf_merged (5)

POLITEKNIK MELAKA STUDENT HANDBOOK Rujukan utama pelajar dalam mendapatkan maklumat berkenaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan seterusnya membantu pelajar dalam merancang pengajian ‘pelajar’ di Politeknik Melaka. 20 23 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI EDISI 04


ISI KANDUNGAN


PRAKATA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinNya Student Handbook Politeknik Melaka dapat diterbitkan untuk rujukan semua pihak. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha ke arah penerbitan buku ini. Student Handbook ini adalah penting agar menjadi rujukan utama pelajar dalam mendapatkan maklumat berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) dan seterusnya membantu pelajar dalam merancang pengajian pelajar di Politeknik Melaka. Kepada para pelajar Politeknik Melaka semoga Student Handbook ini, dapat memberi manfaat dan seterusnya menjadi panduan penting untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Saya doakan agar semua pelajar akan berusaha dengan sebaikya dalam pengajian di Politeknik Melaka. Semoga sentiasa cemerlang, ‘tak kira dimana anda bermula, yang penting dimana anda berakhir’. Sekian Terima Kasih. Sr Haji Razali bin Johari Pengarah Politeknik Melaka


PENGENALAN Politeknik Melaka ( PMK ) dahulunya dikenali sebagai Politeknik Kota, Melaka ( PKM ). Politeknik Kota Melaka secara rasminya telah bertukar nama kepada POLITEKNIK MELAKA pada 4 Jun 2010. Politeknik Melaka merupakan Politeknik ke-11 ditubuhkan pada 1 Januari 1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( ketika itu ). Bangunan Politeknik Melaka ( dahulunya dikenali sebgai politeknik Kota Melaka ) merupakan bangunan rumah kedai telah dipilih untuk dijadikan politeknik kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dengan pusat bandar serta bertepatan dengan konsep “Kampus Kota” yang kebetulan berada di dalam kawasan DUN Kota Melaka. Dengan anggaran keluasan 11,702.72 kaki persegi, Politeknik Melaka mempunyai 27unit bangunan rumah kedai yang telah diubahsuai sepenuhnya, lengkap dengan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh sebuah institut pengajian tinggi. Pada peringkat awal penubuhan Politeknik Melaka, Politeknik Melaka menerima pelajar pertamanya sejumlah 197 orang. Namun bilangan kemasukan ini meningkat setiap tahun dan kini pelajar Politeknik Melaka telah mencapai sehingga 1500 orang. Empat ( 4 ) kursus peringkat sijil telah ditawarkan pada awal penubuhannya. Kursus yang ditawarkan adalah Sijil Kejuruteraan Mekanikal, Sijil Kejuruteraan Awam, Sijil Pengajian Perniagaan, Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pada januari 2004, satu lagi kursus ditawarkan iaitu Sijil Penyimpanan Kira ( SPK ). Politeknik Melaka semakin berkembang pada tahun 2009 dimana Politeknik Melaka telah mula menawarkan program pengajian diperingkat DIPLOMA. Kumpulan pelajar pertama Sesi Julai 2009 dari Jabatan Kejuruteraan Awam PMK telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma. Bermula tahun 2009, program diperingkat sijil tidak lagi ditawarkan di Politeknik Melaka. Kini, Politeknik Melaka menawarkan 5 program pengajian peringkat diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik ( kawalan ), Diploma Perniagaan Antarabangsa dan Diploma Akauntansi.


PENGARAH POLITEKNIK MELAKA EN. SULONG BIN YAHAYA 1999 - 2003 DATUK DR ARSHAD BIN KASSIM 2003 - 2007 TN. HJ. ABD AZIZ BIN ABU BAKAR 2007 - 2009 EN. MOHD HATTA BIN ZAINAL 2009 - 2011 EN. CHARIM BIN IBRAHIM @BERAHIM 2019 - 2020 SR. HJ. RAZALI BIN JOHARI 2020 HINGGA KINI PUAN RASHIDAH BINTI MUSTAPA 2011 - 2015 TN. HJ. ABD AZIZ BIN ABU BAKAR 2016 - 2018


VISI Menjadi Institusi TVET premier yang diterajui industri. MISI i. Melaksanakan program TVET yang berkualiti dan diiktiraf. ii. Melaksanakan kurikulum yang dipimpin industri dan meningkatkan kesediaan graduan seiring dengan keperluan industri. iii. Menghasilkan graduan yang seimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan. iv. Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan komuniti. PIAGAM PELANGGAN i. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar. ii. Proses P&P dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut keperluan ISO 9001:2015. iii. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima. iv. Keputusan peperiksaan akhir diproses masa 2 minggu selepas semester berakhir. VISI DAN MISI


CARTA ORGANISASI PENGURUSAN


POLITEKNIK MELAKA NO 2, JLN PPM 10, PLAZA PANDAN MALIM 75250 MELAKA


Click to View FlipBook Version