The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheytaqtrading, 2022-09-27 12:56:45

BUKU WANITA

00_merged

MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR

KERTAS
4/2021

USUL WANITA UMNO BHG
HULU SELANGOR

- 50 -

MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR

USUL PERWAKILAN WANITA UMNO 2021
MENCADANG MENETAPKAN LEBIH RAMAI WANITA
DIPILIH MENJADI CALON PARTI PADA PRU Ke-15

BismillahirRahmanirRahim,
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi Nasta’in,
Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad wa A’la Ali Saidina
Muhammad,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan,
MENGHARGAI pengorbanan dan jasa wanita yang senantiasa setia
bersama parti ketika berhadapan dengan pelbagai mehnah dan
cabaran, sanggup menempuh ombak yang membadai serta onak
duri perjuangan, selepas diduga tantangan besar pada Pilihan Raya
Umum ke-14 yang lalu.

MENGETAHUI bahawa perlunya lebih ramai wanita berkebolehan
diketengahkan di dalam arena politik tanah air, supaya wanita juga
boleh dilibatkan bersama di dalam setiap keputusan penting
apabila ada wakil golongan ini yang dipilih memasuki Dewan
Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.

- 51 -

MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR

MEMBUKTIKAN kepada rakyat, bahawasanya parti keramat ini
sememangnya fokus dan serius dalam membawa agenda
transformasi di peringkat parti, dengan memberi banyak laluan
kepada wanita untuk mewakili rakyat baik di peringkat negeri
mahupun di Persekutuan.

MENYEDARI hakikat, realiti, lanskap dan perkembangan
terbaharu pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang lalu, majoriti
calon wanita berjaya menyumbang dan memberi impak signifikan
kepada kemenangan besar Barisan Nasional. Ini menunjukkan
bahawa, rakyat hari ini, lebih bersifat dinamik dan matang dalam
memilih pemimpin, sepatutnya, sebagai sayap parti yang rapat
dengan rakyat, maka wajarlah calon wanita lebih diiktiraf, diangkat
martabatnya untuk diketengahkan.

MENGULANGI kebimbangan sebelum ini, bahawasanya wakil
wanita di Parlimen masih sedikit jumlahnya berbanding dengan
angka populasi keseluruhan wanita di negara ini. Perkara ini perlu
diperbaiki dan ditambahbaik serta diperkasakan, supaya agenda
memperteguh sektor ekonomi, sosial dan budaya di bawah payung
Keluarga Malaysia, khususnya melibatkan golongan wanita di
negara ini, dapat dilaksanakan dengan sebaiknya serta seberjaya
mungkin.

- 52 -

MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR

Saudara dan Saudari Sekalian,

MAKA, Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor yang bersidang
pada 11 Disember 2021 mengambil ketetapan seperti berikut :

MENCADANGKAN usul supaya lebih ramai calon wanita dipilih
untuk mewakili parti, pada Pilihan Raya Umum, khususnya dalam
PRU Ke-15 yang akan datang. Hal ini supaya, usaha untuk
menyumbang kepada penglibatan 30 peratus kuota wanita di
dalam membuat dasar dan penggubalan undang-undang serta
terlibat secara strategik, aktif dan langsung dalam pembangunan
negara akan dapat dicapai.

MEMASTIKAN Dasar Wanita Negara 2009 yang memperjuangkan
30 peratus Penglibatan Wanita di pelbagai Peringkat Pembuat
Dasar dan Keputusan (politik, kepimpinan dan lembaga pengarah)
diimplementasikan secara penuh serius dan bersepadu.

MEMPERCAYAI bahawa usul ini akan dapat menyumbang kepada
pembangunan negara selari dengan aspirasi kestabilan yang
didokong oleh parti ketika ini, apabila lebih ramai wanita dilibatkan
di dalam membuat keputusan strategik demi kepentingan dan
kemakmuran negara.

- 53 -

MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR

Tuntasnya, bagai dimadah oleh pujangga bestari,
Wanita itu diciptakan unik, istimewa, molek maruah,
Tetap tegar setia sesekali takkan menyerah,
Teguh sabar pendirian meski ingin mengeluh,
Kukuh kuat meski kadangkala hampir terjatuh,
Tetap bangkit, tak pernah mengalah cekal hatinya,
Dan.. teguh berpadu setia sampai pada akhirnya.
Lantas demikian,... Maka Kami,... sesungguhnya dengan ini,...
mencadangkan usul tersebut.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

:

- 54 -


Click to View FlipBook Version