The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Madam Syerie, 2024-05-30 00:14:10

SYARIKAT MULTINASIONAL

SYARIKAT MULTINASIONAL

SYARIKAT MULTINASIONAL Get started Let' s Go PERNIAGAAN ANTARABANGSA DISEDIAKAN OLEH: SYERIE NOER HIDAYATY BINTI MUHAMAD BASIR PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT


Topik ini akan menghuraikan perkara berikut: 3.1 3.2 3.3 3.0 Syarikat Multinasional Menerangkan maksud syarikat multinasional Membincangkan tujuan menjadi syarikat multinasional Membincangkan cabaran syarikat multinasional 3.4 Menerangkan risiko syarikat multinasional


JOM FAHAMKAN MENERANGKAN MAKSUD SYARIKAT MULTINASIONAL 3.1


Menerangkan maksud syarikat multinasional 01 02 03 Syarikat multinasional merupakan sebuah syarikat besar yang beroperasi melalui cawangan-cawangan yang terdapat di beberapa buah negara di dunia. Syarikat multinasional ataupun multinational corporation (MNC) ialah sebuah firma yang beroperasi di negara asal dan beroperasi di beberapa buah negara lain secara serentak. Pejabat utama atau pun headquarters ditentukan untuk bertanggungjawab atas pengurusan dan pentadbiran semua pejabat dan kilang di semua negara yang ada. Firma subsidiari atau anak syarikat ialah firma induk memiliki saham majoriti dan mengawal firma itu.


Menerangkan maksud syarikat multinasional 04 05 Syarikat besar yang beroperasi dengan cawangan-cawangannya terdapat di beberapa buah negara. Cawangan ini akan dikawal oleh syarikat induk di negara asalnya tetapi syarikat induk memberi kuasa kepada subsidiari untuk bertindak balas dengan perubahan yang berlaku di pasaran tempatan.


Bolehkah anda namakan beberapa syarikat multinasional yang berada di Malaysia?


Contoh syarikat multinasional.


3.2 3.2 Membincangkan tujuan menjadi syarikat multinational Meningkatkan saiz pasaran dan pelaburan 1. 2.Memperoleh teknologi baharu Kekurangan sumber bahan mentah dan tenaga kerja 3.Mendapatkan kepelbagaian dari segi produk 4. 5.Mengelakkan tarif dan kuota Meningkatkan jualan dan keuntungan Break Time 6.


Meningkatkan saiz pasaran dan pelaburan 1. Meluaskan pasaran dan mendapat pasaran baharu. Meningkatkan pelaburan, iaitu menggalakkan firma luar negara melakukan pelaburan di dalam negara dan membolehkan firma tempatan melabur ke luar negara. Keadaan pasaran dalam negara menjadi tepu telah memaksa syarikat memasarkan keluaran ke luar negara untuk mendapat pulangan dan kedudukan yang selamat di dalam pasaran. Dengan itu saiz pasaran akan lebih berkembang. Sebagai contoh , pasaran di negara jiran boleh membantu menjimatkan kos penhantaran dan masa.


2. Memperoleh teknologi baharu Memperoleh teknologi baharu seperti teknologi maklumat dan teknologi pengeluaran. Penggunaan teknologi yang canggih dapat mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan produktiviti. Untuk syarikat yang beroperasi di luar negara, syarikat tersebut berupaya memperoleh teknologi yang dihasilkan oleh neraga terutama bagi negara maju. Kemajuan teknologi dapat digunakan untuk negara yang lain.


3. Kekurangan sumber bahan mentah dan tenaga kerja Meningkatkan guna tenaga kerana peluang pekerjaan yang banyak dalam aktiviti pembuatan dan perdagangan antarabangsa. Hal ini dapat mengatasi masalah pengangguran Syarikat multinasional berkeupayaan untuk mendapat sumber bahan mentah dari luar negara dengan harga yang murah Contoh, lokasi syarikat di sebuah negara pengeluar kelapa sawit membolehkan syarikat mendapatkan bahan mentah dengan harga yang murah dan kos tenaga buruh yang rendah.


4. Mendapatkan kepelbagaian dari segi produk Meningkatkan pengetahuan pengurusan atau kepakaran seperti pengurusan sumber manusia, pengurusan pengeluaran, pengurusan pemasaran, dan kemahiran teknikal Mempelbagaikan produk keluaran berdasarkan permintaan dan kehendak pasaran tempatan. Contoh produk keluaran syarikat Unilever di Malaysia yang mengeluarkan pelbagai jenis sabun yang menepati citarasa tempatan. Contoh McDonald dan KFC yang mengeluarkan menu nasi lemak dan nasi ayam.


5. Mengelakkan tarif dan kuota Mendapatkan sokongan kerajaan dengan pelaksanaan dasar perdagangan yang ketat untuk melindungi pengeluar domestik dengan mendapatkan tarif atau kuota yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Tindakan syarikat beroperasi di luar negara dapat mengelakkan syarikat daripada dikenakan sebarang cukai import yang dikenakan oleh negara asing ditempat syarikat berkenaan beroperasi. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu syarikat mengurangkan kos penghantaran.


6. Meningkatkan jualan dan keuntungan Dapat meningkatkan pengeluaran dengan menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran untuk menurunkan kos per unit sehingga harga produk menjadi semakin murah. Selain itu, dapat meningkatkan aliran masuk mata wang asing melalui aktiviti eksport dengan itu keuntungan akan meningkat.


Membincangkan cabaran syarikat multinational Break Time 3.3 Struktur organisasi Kawalan pengurusan Politik & Perundangan Ekonomi Sosiobudaya Cabaran syarikat multinational


3.3 Menerangkan cabaran dari segi struktur organisasi Terdedah kepada penipuan Syarikat multinasional sering terdedah kepada penyelewengan, penipuan dan ketidakpastian. 1 Perbezaan waktu dan jarak Berlaku ketirisan kerana perbezaan waktu dan jarak yang jauh antara cawangan 2 Kelemahan Komunikasi Kekurangan komunikasi antara cawangan menyebabkan sesetengah syarikat multinasional terbiar dan terpaksa bergantung kepada pihak pengurusan tempatan untuk mengatasi masalah yang wujud 3 Cabaran wujud kerana struktur organisasi syarikat berbeza persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, keupayaan dan kemahiran pekerja dan kaedah operasi yang diamalkan sukar memilih bentuk penjabatan sukar menentukan agihan autonomi kepada subsidiari 4


3.3.1 Cabaran dari segi struktur organisasi Struktur organisasi mengikut fungsian Struktur organisasi mengikut geografi Struktur organisasi mengikut produk Struktur organisasi berbentuk matriks Kaedah struktur yang boleh digunakan oleh perniagaan pada peringkat antarabangsa a. b. c. d.


3.3.1 (a) Struktur organisasi mengikut fungsian Jabatan-jabatan dalam cawangan dibahagikan mengikut fungsi-fungsi penting yang wujud dalam cawangan tersebut. Sesuai untuk syarikat multinasional yang mengeluarkan barangan yang sama atau dalam kuantiti yang sedikit serta tidak mempunyai banyak cawangan.


PRESIDEN NAIB PRESIDEN KEWANGAN NAIB PRESIDEN SUMBER MANUSIA NAIB PRESIDEN PEMASARAN NAIB PRESIDEN PENGELUARAN DALAM NEGERI LUAR NEGERI Struktur organisasi mengikut fungsian / jabatan


Kebaikan dan kelemahan struktur organisasi mengikut jabatan atau fungsian Kebaikan Kelemahan a) Pengkhususan fungsian meningkatkan kecekapan - Fungsian yang sama di lakukan secara ulangan dapat meningkatkan kepakaran pengurus dalam bidang tertentu. Maka, produktiviti dapat di tingkatkan b) Memudahkan latihan - Pengurus hanya perlu bertanggungjawab terhadap bahagian tertentu yang menghkusus kepada satu fungsian sahaja. c) Memudahkan pembentukan kursus - Pembentukan program latihan lebih mudah kerana perlu mengikut keperluan fungsian tertentu sahaja. d) Mengurangkan pertindihan penggunaan sumber Penggunaan sumber yang sama. - Contoh : Bahagian pengeluaran berkongsi jentera untuk semua jenis produk yang di keluarkan. Dengan itu, kos firma dapat di jimatkan. e) Penyelesaian masalah fungsian lebih cepat dan cekap - Kerjasama dan perbincangan dapat di lakukan dengan berkesan untuuk mencari penyelesaian kerana semua peringkat staf mempunyai pengkhususan kemahiran yang sama. a) Pengkhususan fungsian mengakibatkan kebosanan - Fungsian yang sama di lakukan secara ulangan mengakibatkan kebosanan, seterusnya mengurangkan produktiviti b) Kekurangan penyelarasan antara jabatan - Tumpuan pengurua hanya kepada jabatan sendiri sahaja. Maka, penyelarasan jadual antara jabatan sukar dilakukan. c) Fokus kepada bidang fungsian sahaja - Setiap pengurus lebih mementingkan objektif fungsian menyebabkan kurangnya penekanan kepada objektif keseluruhan syarikat d) Skop pengetahuan adalah sempit - Ini kerana pengurus hanya tertumpu kepada bidang sendiri sahaja. e) Melambatkan proses penyelesaian masalah - Masalah hierarki menyebabkan masa yang panjang diperlukan unutk proses membuat keputusan.


3.3.1 (b) Struktur organisasi mengikut produk Jabatan-jabatan dalam cawangan dibahagikan mengikut jenis keluaran yang dihasilkan. Setiap jabatan keluaran akan mempunyai bahagianbahagian kecil yang melaksanakan fungsi tertentu Sesuai untuk syarikat multinasional yang mempunyai banyak produk dan mengalami inovasi barang dan perkhidmatan yang cepat


Struktur organisasi mengikut produk atau keluaran PRESIDEN PENGURUS KELUARAN PAKAIAN PENGURUS KELUARAN BARANGAN ELEKTRONIK PENGURUS KELUARAN ALAT TULIS KEWANGAN PEMASARAN SUMBER MANUSIA


Kebaikan dan kelemahan struktur organisasi mengikut produk Kebaikan Kelemahan a) Meningkatkan penyelarasan tugas dalam kumpulan produk yang sama kerana mempunyai tanggungjawab bersama untuk mendapat keuntungan bagi kumpulan produk berkaitan b) Pemusatan sumber dan kemudahan untuk kumpulan produk tertentu dapat menjimatkan kos dan masa untuk pemindahan. c) Penyesuaian yang cepat terhadap keperluan di pasaran asing kerana mempunyai kakitangan yang mengkhusus dan mahir dalam kumpulan produk yang berkaitan. d) Penyelesaian masalah tentang produk pasaran asing adalah lebih cepat kerana tumpuan sepenuhnya diberi oleh kakitangan yang bertanggungjawab bagi kumpulan prosuk tertentu menyebabkan nya lebih sensitif terhadap masalah kumpulan produknya. e) Pembentukan lebih ramai pakar dalam kumpulan tertentu kerana struktur ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan memahami fungsi pengurusan bagi kumpulan produk yang berkaitan. a) Memerlukan pengurus yang berkemahiran dan pakar untuk mengeluarkan dan memasarkan produk tertentu. b) Meningkatkan kos akibat keperluan penyelidikan dan pembangunan untuk menyesuaiakn produk dari segi reka bentuk dan fungsi mengikut kehendak pasaran asing. c) Teknik penyelesaian masalah hanya tertumpu kepada sesuatu produk sahaja. Maka, cara penyelesaian masalah mungkin tidak sesuai untuk produk lain. d) Skop kepakaran pengurus dan staf terhad kepada kumpulan produk yang berkaitan sahaja mengakibatkan mereka tidak dapat bergerak secara bebas dalam struktur organisasi. e) Pertindihan sumber berlaku kerana kekurangan penyelarasan anatara kumpulan produk yang berbeza.


3.3.1 (c) Struktur organisasi mengikut geografi Sesebuah cawangan ditubuhkan mengikut kawasan geografi yang menempatkan sebahagian besar daripada operasinya atau mempunyai jumlah pengguna yang paling ramai.


PRESIDEN PENGURUS WILAYAH ASIA PENGURUS WILAYAH EROPAH PENGURUS WILAYAH AFRIKA SELATAN Struktur organisasi mengikut geografi


Kebaikan dan kelemahan struktur organisasi mengikut geografi Kebaikan Kelemahan a) Membantu pengurus lebih memahami keadaan pasaran dan masalah tempatan supaya dapat menyelesaikan keunikan permasalahan setempat dengan cepat. b) Meningkatkan penyelarasan tugas dalam wilayah yang sama kerana mempunyai persekitaran dalaman dan luaran yang hampir sama untuk negara- negara berkenaan c) Komunikasi bersemuka dengan masyarakat pasaran asing membantu firma menghasilkan produk yang mengambil kepentingan pasaran asing d) Pemusatan sumber dan kemudahan di sesuatu kawasan dapat menjimatkan kos dan masa untuk pemindahan. e) Pembentukan lebih ramai pakar dalam bidang kepakaran setempat kerana struktur ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan memahami keadaan pasaran setempat. a) Memerlukan pengurus yang berkemampuan untuk mentadbir kawasan yang berbeza bagi wilayah yang sama. b) Membebankan tugas pengurus kerana terpaksa menghadapi masalah persekitaran dalam negara yang berbeza dalam wilayah yang sama. c) Memerlukan peraturan dan prosedur yang lebih komprehensif untuk menyelaraskan semua perkara di semua kawasan operasinya. Contoh: peraturan diperlukan untuk memastikan tahap kualiti produk yang standard untuk semua kawasan. d) Percanggahan pendapat dalam pembentukan visi dan objektif korporat antara kawasan yang berlainan akan berlaku e) Pertindihan fungsi berlaku kerana setiap wilayah mempunyai bahagian pemasaran, perakaunan dan lain- lain bahagian masing- masing.


3.3.1 (d) Struktur organisasi mengikut matriks Sesuai diaplikasikan di syarikat antarabangsa yang terdedah kepada perubahan persekitaran dan menghasilkan sesuatu produk mengikut tempahan yang diterima. Sebagai contoh, syarikat pembinaan rumah.


PRESIDEN NAIB PRESIDEN PEMASARAN NAIB PRESIDEN SUMBER MANUSIA NAIB PRESIDEN KEWANGAN PEKERJA A1 Struktur organisasi mengikut matriks NAIB PRESIDEN PENGELUARAN PEKERJA A2 PEKERJA A3 PEKERJA A4 PEKERJA B1 PEKERJA B2 PEKERJA B3 PEKERJA B4 PENGURUS PROJEK A PENGURUS PROJEK B


Kebaikan dan kelemahan struktur organisasi mengikut matriks Kebaikan Kelemahan a) Komunikasi lebih mantap membolehkan maklumat diproses dengan lebih banyak dan cepat. b) Perkongsian sumber kepakaran pekerja membantu meningkatkan prestasi syarikat. c) Meningkatkan kemahiran bekerjasama di kalangan pekerja yang berlainan fungsi dan memupuk persekitaran kerja yang baik. d) Mempercepatkan proses pembuatan keputusan melalui pemancaran autoriti kepada peringkat pengurusan yang lebih rendah a) Meningkatkan beban kerja pekerja kerana terpaksa menerima arahan daripada dua orang ketua. b) Percanggahan pendapat antara pengurus akan melambatkan proses membuat keputusan dan menyulitkan pengurusan. c) Menyulitkan pengurusan kerana pendekatan pengurusan yang berbeza anatara penguruspengurus dari bahagian yang berlainan. d) Masalah menentukan ketua yang sebenar mengakibatkan kekeliruan pekerja bawahan apabila hendak memberi laporan kemajuan dan kepada siap perlu bertanggungjawab.


3.3.2 Menerangkan cabaran dari segi kawalan pengurusan Syarikat multinasional merupakan syarikat yang mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia. Kedudukannya yang jauh antara cawangan dengan syarikat induk menyukarkan kawalan pengurusan dilakukan. Setiap cawangan mempunyai persekitaran perniagaan yang berbeza. Kawalan pengurusan yang dilakukan juga perlu berbeza dan keputusan yang dibuat juga berbeza. Syarikat perlu mengambil kira aspek kos, ketetapan masa, dan persekitaran perniagaannya sebelum mengambil keputusan untuk melaksanakan kawalan pengurusan secara berpusat atau secara berasingan (tidak berpusat) a) KAWALAN PENGURUSAN BERPUSAT Syarikat induk akan membuat keputusan dan kawalan ke atas semua cawangannya yang berada di seluruh dunia. b) KAWALAN PENGURUSAN TIDAK BERPUSAT Setiap cawangan akan membuat kawalan dan keputusan terhadap cawangannya sendiri. Syarikat induk tidak akan membuat keputusan untuk cawangan.


Kebaikan Kelemahan Kebaikan dan kelemahan jika memilih pendekatan kawalan pengurusan secara berpusat Syarikat induk dapat mengawal semua aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh cawangannya Proses membuat keputusan memakan masa yang lama. Boleh mendatangkan kerugian dan keputusan yang dibuat mungkin tidak tepat kerana syarikat induk tidak memahami keadaan sebenar di cawangan. Kebaikan dan kelemahan jika memilih pendekatan kawalan pengurusan secara tidak berpusat Kebaikan Kelemahan Keputusan boleh dibuat dengan cepat dan tepat kerana pengurus cawangan lebih memahami keadaan persekitarannya. Tiada kawalan oleh syarikat induk kerana semua keputusan dilakukan oleh cawangan


3.3.3 Menerangkan cabaran dari segi politik dan perundangan


1 Risiko politik adalah tindakan dan keputusan sesebuah kerajaan luar negara bertindak atas tujuan politik yang boleh memberi kesan terhadap perniagaan syarikat multinasional 2 Perhubungan antara pemimpin - Jika hubungan antara pemimpin kurang baik, peluang kerjasama antara syarikat multinasional dengan syarikat tempatan akan terjejas Cabaran Politik 3 Kedudukan negara dalam sesebuah gabungan - Sekiranya negara syarikat multinasional dengan negara yang ingin berurusniaga berada dalam blok organisasi yang berbeza, sekatan seperti tarif yang lebih tinggi, kuota dan lain-lain akan dikenakan ke atas syarikat multinasional tersebut 4 Keadaan politik - Sekiranya pergolakan politik dan keadaan huru hara sering berlaku di negara yang berurusniaga, syarikat multinasional akan menghadapi masalah ancaman pelaburan


5 Sistem pasaran bebas membenarkan pesaing-pesaing beroperasi mengikut strategi dan kekuatan masing-masing. 6 Namun, dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem sosialis atau perancangan pusat, pengurusan sesebuah perniagaan juga perlu diubah suai mengikut sistem politik yang ada jika syarikat ingin menjalankan perniagaan di situ. Cabaran Politik 7 Masalah yang sering timbul adalah pemilikan negara, sekatan politik yang akan memberi kesan secara langsung kepada syarikat multinasional. 8 Risiko lain ialah sekatan penghantaran balik tunai dan sebarang keuntungan ke negara asal. 9 Pergolakan politik dalam negara juga perlu dihadapi oleh syarikat multinasional contohnya peperangan dan pemberontakan.


10 Kerenah birokrasi sesebuah negara dan perubahan dasar sesebuah negara juga boleh menggugat operasi sesebuah negara. 11 Perbezaan fahaman parti-parti politik dalam sesebuah negara juga boleh mempengaruhi kestabilan politik atau sistem undang-undang negaran. Cabaran Politik 12 Contohnya, perebutan kuasa antara parti politik dalam sesebuah negara menyebabkan sistem ekonomi pasaran bebas yang diamalkan telah dihapuskan dengan sistem ekonomi perancangan pusat. 13 Syarikat multinasional yang sedang beroperasi dalam negara yang mempunyai masalah ketidakstabilan politik berisiko tinggi untuk mengalami kerugian ke atas pelaburan yang telah dibuat.


PERUNDANGAN


1 Sistem perundangan antara negara berbeza 2 Sistem perundangan - Sekiranya undang-undang dan peraturan negara yang berurusniaga ketat, aktiviti perniagaan syarikat multinasional akan tersekat Cabaran Perundangan 3 Birokrasi kerajaan - Pengurusan dan pentadbiran sektor awam yang kurang cekap akan melambatkan proses perniagaan dan menjejaskan daya saing syarikat multinasional 4 Cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh kerajaan sesebuah negara terhadap pemastautin dalam negara tersebut berdasarkan syarat-syarat tertentu yang telah diperuntukan dalam sistem perundangan negara. 5 Jenis cukai yang perlu dibayar oleh syarikat perniagaan ialah cukai keuntungan perniagaan di samping cukai-cukai lain seperti tariff, cukai perkhidmatan dan cukai pengeluaran.


6 Nilai cukai yang perlu dibayar bergantung kepada jenis pemilikan perniagaan dan jenis perniagaan yang dijalankan 7 Jenis milikan tunggal dan perkongsian perlu membayar cukai pendapatan peribadi manakala syarikat perlu membayar cukai keuntungan perniagaan di samping cukai pendapatan peribadi dikenakan terhadap pemegang saham syarikat. Cabaran Perundangan 8 Cukai import atau lebih dikenali sebagai tariff dikenakan terhadap barangan import yang dibawa masuk ke dalam sesebuah negara. Selain menyumbang kepada pendapatan tambahan negara tariff juga menjadi pelindung kepada perusahaan tempatan. 9 Sebagai contoh, dalam usaha meningkatkan permintaan kereta Proton buatan tempatan, Malaysia telah mengenakan tarif terhadap kereta yang diimport dari luar negara. 10 Tarif yang dikenakan menyebabkan kereta import tersebut lebih mahal berbanding kereta tempatan. Kesannya, pengguna di Malaysia akan cenderung membeli kereta Proton buatan tempatan.


3.3.4 Cabaran dari segi ekonomi a. Sistem ekonomi b. Situasi ekonomi Ekonomi merujuk pada aspek kuasa beli pengguna, kitaran ekonomi dunia, penawaran dan sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.


a. SISTEM EKONOMI Sistem ekonomi berbeza antara sesebuah negara akan mempengaruhi aktiviti perniagaan antarabangsa. Contohnya, sistem ekonomi perancangan pusat - kerajaan akan menentukan dan mengawal kegiatan ekonomi negaranya seperti harga, cukai, jenis produk dan sebagainya. a Jika negara berkenaan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, maka syarikat menghadapi risiko bersaing dengan kuasa monopoli yang akan menindas syarikat multinasional. Sistem ekonomi yang lazimnya diamalkan di dunia ialah: sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi perancangan pusat dan sistem ekonomi campuran. b d c Syarikat perlu mengenalpasti sistem ekonomi negara tersebut terlebih dahulu agar perniagaan tidak terjejas nanti. e Aspek yang perlu diambil tahu oleh MNC: Kuasa beli pengguna Sistem ekonomi yang diamalkan Kadar inflasi Unjuran kadar pertumbuhan ekonomi Tenaga buruh Kemudahan infrastruktur


b. SITUASI EKONOMI Sumber pengeluaran dan kemudahan infrastruktur - Jika sumber pengeluaran tidak mencukupi dan kemudahan infrastruktur tidak lengkap, proses pengeluaran syarikat multinasional akan terjejas Pendapatan perkapita - Jika pendapatan per kapita penduduk negara yang berurusniaga rendah, peluang perniagaan syarikat multinasional akan terjejas kerana kuasa beli dan permintaan penduduk terhadap keluaran turut terjejas. Oleh itu, akan berlaku pengangguran, hilang pekerjaan, maka permintaan terhadap produk multinasional kurang. a Situasi ekonomi adalah: Jika berlaku deflasi, peluang perniagaan syarikat multinasional akan terjejas. b d c Sekiranya pendapatan penduduk negara tinggi, maka peluang perniagaan syarikat multinasional adalah lebih cerah kerana kuasa beli penduduk tinggi dan seterusnya permintaan terhadap barangan akan meningkat.


3.3.5 Menerangkan cabaran dari segi sosiobudaya Budaya sesebuah negara atau lebih dikenali sebagai budaya nasional yang merujuk pada sikap dan persepsi yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam masyarakat sesebuah negara yang dapat mempengaruhi gelagat pembelian penduduk negara tersebut. Pengurus bagi sesebuah organisasi antarabangsa mesti memiliki pengetahuan yang mencukupi mengenai: 1. Sikap dan kepercayaan 2. Adat resam 3.Agama 4.Bahasa Keluaran dan strategi pemasaran perlu diubahsuai mengikut kehendak, keperluan dan cita rasa penduduk tempatan.


Sikap dan Kepercayaan Sikap dan kepercayaan penduduk sesuatu geografi berlainan dengan sikap penduduk negara lain terutama dari segi pemakanan. Kebanyakan penduduk tempatan mempunyai tanggapan yang negatif terhadap keluaran negara asing seperti makanan tidak halal. Pada masa yang sama, sesetengah masyarakat mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dan tidak mudah menerima sebarang perubahan yang dibawa oleh negara asing. Perbezaan ini membawa kepada gelagat pembelian pengguna yang berbeza. Maka, syarikat multinasional tidak boleh menggunakan campuran pemasaran yang sama dalam semua rancangan pemasaran mereka.


Adat Resam Amalan yang diamalkan berdasarkan warisan turun temurun termasuk aspek pemakanan, pakaian, pemikiran dan tingkah laku. Secara relatifnya, penduduk sesebuah negara lebih gemar membeli barangan tempatan. Contohnya, dalam aspek pemakanan, mereka gemar kepada makanan tradisi seperti nasi dan ikan berbanding makanan barat yang diperkenalkan. Hal ini kerana makanan barat mungkin tidak sesuai dengan selera mereka dan tidak mengenyangkan.


Click to View FlipBook Version