Selari dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan dan diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr.Radzi bin Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya, pihak sekolah mengambil inisiatif mengukuhkan konsep tersebut untuk melaksanakan. Konsep ini memberi penekanan terhadap nilai murni secara semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya wajar diaplikasikan dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah ke arah pembentukan budaya amalan baik secara berterusan. Konsep baharu ini bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, mengembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Hal ini juga akan membolehkan murid akan meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah. 14 elemen SEJAHTERA yang terkandung dalam konsep ini Selamat, Sihat, Seronok, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan Artikulasi.