The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bedahzue, 2021-08-07 10:33:38

Pertolongan Cemas (PBSM)

Aktiviti Kokurikulum Mingguan

Keywords: Pertolongan

Persatuan Bulan Sabit Merah

PERTOLONGAN
KECEMASAN

Disediakan Oleh:
Cikgu Jue Zubaydah

SMKZR1WM

Sesiapapun mungkin akan ditimpa kecederaan
tidak kira di mana dan pada bila-bila masa
sahaja. Dengan menggunakan teknik pertolongan
cemas, kita mungkin dapat menghentikan
kecelakaan kecil daripada menjadi teruk. Dalam
kes kecemasan perubatan yang serius, anda
mungkin dapat selamatkan nyawa. Ini tujuan
pertolongan cemas dilakukan, jadi, penting untuk
kita semua belajar kemahiran asas pertolongan
cemas.

Apa itu Pertolongan Cemas?

Apabila anda menyediakan rawatan perubatan
asas kepada seseorang yang mengalami
kecederaan atau sakit secara tiba-tiba, ia dikenali
sebagai pertolongan cemas.

Dalam sesetengah kes, pertolongan cemas
bermaksud sokongan awal yang diberikan
kepada seseorang di antara (masa pertengahan)
kecemasan perubatan.

Apa itu Pertolongan Cemas?

Sokongan ini mungkin dapat membantu mereka
bertahan sehingga bantuan profesional tiba.

Dalam kes-kes lain, pertolongan cemas terdiri
daripada penjagaan yang diberikan kepada
seseorang yang mengalami kecederaan kecil.

Contohnya, pertolongan cemas sering sekali
diperlukan untuk merawat luka terbakar kecil,
luka, dan gigitan serangga.

Kepentingan & Tujuan
Pertolongan Cemas

Jika anda belajar asas dan teknik pertolongan cemas, suatu hari anda mungkin
mampu menyelamatkan nyawa seseorang yang anda sayangi, rakan sekerja
atau orang asing.

Pertolongan cemas mungkin melibatkan tindakan mudah, seperti meletakkan
seseorang di tempat yang betul untuk bernafas dengan bebas.

Ia juga mungkin melibatkan aktiviti yang lebih mahir, seperti pemulihan
pernafasan (CPR) jika mereka berhenti bernafas.

3 Teknik pertolongan cemas
untuk situasi kecemasan

Jika anda berdepan dengan situasi kecemasan, ikuti tiga
langkah asas berikut:

1. Memeriksa Tempat Kejadian
2. Hubungi bantuan perubatan jika perlu

3. Berikan penjagaan

#1. Memeriksa Tempat kejadian

Sebelum membantu, periksa dahulu jika tempat
atau keadaan tersebut selamat untuk anda.

Sekiranya keselamatan anda berisiko, keluar dari
kawasan itu dan dapatkan bantuan.

Jika selamat, nilai keadaan orang yang sakit atau
cedera tanpa menggerakkan mereka (kecuali jika

terpaksa).

#2. Hubungi bantuan perubatan
jika perlu

Sekiranya keadaan mangsa kritikal atau perlu
dirujuk ke hospital, segwra hubungi talian
kecemasan.

#3. Berikan penjagaan

Tunggu bersama dengan mangsa sehingga
bantuan profesional tiba. Sementara menantikan
bantuan, lindungi mangsa dengan selimut hangat,

selesa dan tenangkan mereka.

Sekiranya anda tahu teknik pertolongan cemas,
cuba lakukan rawatan asas.

Apa yang perlu ada
dalam peti pertolongan

cemas?

Pastikan anda sentiasa kemaskini peti
pertolongan cemas



Peti pertolongan cemas merupakan item
wajib dalam setiap rumah mahupun pejabat.

Peti ini akan membantu anda mendapatkan
rawatan segera bagi kemalangan kecil.

Anda boleh mendapatkan peti pertolongan
cemas di mana-mana kedai farmasi atau
membuatnya sendiri.

Apa yang perlu dimasukkan
dalam peti pertolongan cemas?

Bekalan Asas

Plaster dalam pelbagai saiz dan bentuk
Kain kasa steril dalam pelbagai saiz dan bentuk
Pita pelekat dan bandages dalam pelbagai saiz dan bentuk
Bebola kapas
Pembalut elastik (elastic bandage)
Safety pin
Penganduh jari
Pek sejuk segera

Apa yang perlu dimasukkan
dalam peti pertolongan cemas?

Bekalan Asas

Sarung tangan steril
Pengelap antiseptik (antiseptic wipes)
Air suling atau 0.9% larutan salin untuk membersihkan luka
Termometer
Tweezer
Splint
Gunting
Semua arahan atau manual untuk setiap item dalam kit
Cawan ubat, sudu atau jarum

Apa yang perlu dimasukkan
dalam peti pertolongan cemas?

Ubat-ubatan

Ubat preskripsi untuk kecemasan (jika anda mempunyai sebarang masalah
kesihatan yang memerlukan ubat yang khusus)
Antihistamin
Ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau aspirin
Ubat selesema dan ubat batuk
Ubat anti cirit-birit
Bahan dressing
Bahan dressing
Sabun, minyak, krim, losen, ethyl alcohol, pelincir, pelindung matahari, sanitizer
dan penghalang serangga yang disteril

Apa yang perlu dimasukkan
dalam peti pertolongan cemas?

Item kecemasan

Senarai nombor kecemasan termasuk polis dan pusat perubatan
Senarai nombor ahli keluarga dan doktor peribadi
Sejarah perubatan semua ahli keluarga, termasuk ubat-ubatan yang sedang
digunakan
Lampu suluh, bateri dan mancis
Selimut
Telefon bimbit menggunakan pengecas solar

*3 item yang terakhir sesuai dimasukkan jika anda mengembara
keluar seperti berkhemah dan mendaki gunung.



Baca arahan setiap item dalam kit dengan teliti untuk

Apa yang menggunakannya dengan betul apabila diperlukan.
Letakkan kit di tempat yang mudah diakses untuk orang

perlu dewasa tetapi jaih daripada jangkauan kanak-kanak.
Periksa barangan elektronik seperti lampu suluh

dilakukan atau bateri untuk memastikan masih berfungsi.

Semasa dalam perjalanan ke mana-mana, pastikan anda

telah memasukkan kit ke dalam bagasi anda.

seterusnya? Beri arahan mengenai cara menggunakan
kit kepada ahli keluarga anda.

Dapatkan satu kit di rumah, satu di kereta,
satu kecil dalam beg anda.

Peti pertolongan cemas yang lengkap boleh membantu anda dalam
pelbagai situasi daripada kecederaan kecil kepada kecemasan.

Kesimpulan

Dalam kebanyakan kes, tujuan pertolongan cemas
asas ini dapat membantu menghentikan keadaan
kecil daripada menjadi lebih buruk.

Dalam kes kecemasan perubatan, teknik pertolongan
cemas mungkin menyelamatkan nyawa.

Sekiranya seseorang mengalami kecederaan serius
atau sakit, mereka harus menerima rawatan susulan
daripada profesional perubatan.

Kesimpulan

Selain itu, anda perlu melindungi diri daripada penyakit
berjangkit dan bahaya lain semasa memberikan pertolongan
cemas. Caranya:

Sentiasa periksa bahaya yang boleh meletakkan risiko
keselamatan anda sebelum mendekati orang yang sakit
atau cedera
Elakkan hubungan langsung dengan darah, muntah, dan
cecair badan yang lain

Kesimpulan

Pakai peralatan perlindungan, seperti sarung tangan nitril
atau vinil apabila merawat seseorang dengan luka
terbuka atau penghalang pernafasan ketika melakukan
CPR.
Basuh tangan dengan sabun dan air sebaik sahaja
memberikan rawatan pertolongan cemas

Terima Kasih
Kerana

Mendengar...

Ada apa-apa Soalan?

Sekian,

Semoga kita berjumpa lagi


Click to View FlipBook Version