JABATAN: JABATAN UNIT PRAKTIKUM
Nama Pelajar NUR HIDAYAH SYUHADAH BINTI MAT DAUD
Angka Giliran 2021162402018
No Kad Pengenalan 890925-03-5342
Kumpulan/Unit PDPP / PENDIDIKAN ISLAM
Kod & Nama Kursus
Tajuk Tugasan PRKA2031 Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
TUGASAN 3 - KAJIAN KES
Nama Pensyarah DR. GAZILAH BINTI MOHD ISA
Tarikh Hantar 5 DISEMBER 2021
Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)
Tanda tangan Pelajar: Tarikh:5 DISEMBER 2021
Markah :
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah swt dan setinggi kesyukuran pada-Nya kerana dengan
izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini
dengan jayanya pada semester kedua dalam Program Diploma Pendidikan
Pascasiswazah (PDPP). Dengan izin dan rahmat Nya, saya telah tamat menjalani PBS
di Sekolah Kebangsaan Setia Alam, Selangor selama dua minggu 8 November 2021
hingga 19 November 2021.
Ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada pensyarah
pembimbing PBS saya iaitu Dr.Gazilah binti Mohd Isa kerana telah banyak membantu
serta membimbing berkenaan PBS kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan.
Begitu juga jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan yang sentiasa
memberi kerjasama, bantuan dan tunjuk ajar semasa saya menjalankan tugasan kajian
kes ini.
Ucapan terima kasih dan penghargaan juga saya tujukan kepada seluruh warga
Sekolah Kebangsaan Setia Alam yang begitu banyak membantu dan memberi
kerjasama yang sangat baik terhadap saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga
ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar, En.
Mohamad Fadzli Bin Abdul Rahman, barisan guru-guru penolong kanan dan semua
guru yang berkhidmat di sekolah tersebut atas kesudian melapangkan masa untuk
ditemu bual dan meluangkan masa untuk berkongsi bahan-bahan yang dapat
membantu saya dalam menyiapkan PBS ini dengan baik.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak IPG Kampus Pendidikan Teknik
yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada saya ketika saya memerlukan. Semoga
sokongan dan dorongan yang diberikan akan mendapat balasan yang baik oleh Allah
S.W.T. Semoga dengan usaha yang saya lakukan ini akan menjadikan saya sebagai
seorang pendidik yang berkualiti dalam mendidik para pelajar.
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2
PERKARA 3
PENGHARGAAN 4
ISI KANDUNGAN 5
1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN 5
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN 5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 6
4.0 KUMPULAN SASARAN 6
5.0 METODOLOGI KAJIAN 6
7
5.1 PEMERHATIAN 8
5.2 TEMUBUAL 10
6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 11
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8.0 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN
9.0 RUJUKAN
3
Isu murid Tahun 3 Hebat SK Setia Alam
Tidak menguasai Tulisan Jawi
Oleh
Nur Hidayah Syuhadah bint Mat Daud
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai.
1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia memasukkan pelajaran Jawi ke dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1992 yang memberi tumpuan kepada
kemahiran membaca dan menulis Jawi dan tulisan ini hanya diajar dalam subjek
Pendidikan Islam dan bukannya subjek Bahasa Melayu. Melalui program j-QAF (Jawi,
Al-Quran dan Fardhu Ain) yang telah dicetuskan ideanya pada tahun 2004 oleh Tun
Abdullah Ahmad Badawi dan pelaksanaannya pada tahun 2005, program ini
menekankan pemulihan jawi penguasaan Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain
sebagai elemen penting dalam usaha memperkasakan murid-murid di sekolah
kebangsaan. Pendekatan yang dijalankan merupakah salah satu langkah bijak untuk
membentuk generasi kini yang celik Jawi.
Tulisan jawi merupakan khazanah warisan bangsa yang harus dibanggakan dan
dipelihara agar tidak hilang ditelan arus perkembangan dunia moden. Matlamat
pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan
membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam
Pendidikan Islam. Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam
Pendidikan Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari
semasa ke semasa mengikut tahap kemahiran murid. Namun hakikatnya hal ini sangat
sukar bagi murid yang lemah dalam pelajaran jawi kerana mereka hanya diperuntukkan
masa belajar dan berlatih mempraktikkan kemahiran menulis jawi yang hanya dipelajari
pada waktu persekolahan sedia ada. Ada segelintir murid yang belajar pada masa
tambahan di sekolah agama. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi
hanya 30 minit seminggu tidak mencukupi kerana pelajaran jawi memerlukan mereka
diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan. (Saiful Abdul Rahman et al.,
2019). Oleh hal yang sedemikian,iIsu yang difokuskan bagi kajian kes ini adalah
mengenai murid Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Setia Alam yang masi belum mahir
dan menguasai tulisan jawi dengan baik.
.
4
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Prestasi murid-murid berkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran di mana murid-
murid yang mempunyai ibu bapa yang tiada pendedahan awal mengenai tulisan Jawi dan
kesedaran tentang pentingnya pendidikan Jawi. Sikap murid-murid yang negatif juga
mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Oleh itu, untuk memantapkan lagi
penggunaan tulisan Jawi beberapa saranan dibuat sebagai kesinambungan ke arah
mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi dan meletakkan fungsi dan kedudukan
yang tinggi setanding dengan tulisan-tulisan lain di dunia.
Terdapat banyak masalah yang timbul berikutan isu kelemahan murid dalam penguasaan
dalam bidang jawi. Pemahaman dan penghayatan murid terhadapa Pendidikan Islam di
sekolah turut terjejas dan mengakibatkan pelbagai masalah dan isu berbangkit seperti
masalah akhlak dan sahsiah murid, disiplin dan sebagainya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui punca dan sebab berkaitan masalah murid yang
lemah dalam penulisan jawi. Guru-guru pendidikan Islam berhadapan dengan cabaran
untuk mencapai objektif pembelajaran setiap kali proses pengajaran kerana terdapat
segelintir murid tidak dapat membaca dan menulis jawi dengan baik. Tumpuan guru di
dalam kelas sedikit terganggu dengan situasi ini. Diharapkan dengan kajian dan cadangan
tindakan ini dapat membantu dan memberi idea kepada guru pendidikan Islam
menghadapi cabaran ini. Kajian ini juga bertujuan mendalami dan memahami aspek-
aspek yang menjadi faktor masalah ini.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk kajian kes ini adalah 10 orang murid dari kelas 3 Hebat yang
berhadapan dengan masalah lemah dalam jawi. Sasaran ini telah diambil kira
berdasarkan makluman dari guru subjek Pendidikan Islam berdasarkan prestasi dan
pencapaian murid-murid.
5
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang dijalankan secara pemerhatian dan
temubual mengenai kelemahan dan penguasaan murid.
5.1 PEMERHATIAN
Tinjauan dijalankan ke atas murid-murid yang berkenaan dari kelas tahun 3 Hebat yang
berada dalam tahap lemah dalam penulisan dan bacaan jawi. Kaedah pemerhatian
mempunyai kelebihan dalam merekod maklumat sebenar terhadap situasi yang berlaku
dalam persekitaran dan untuk mengkaji tingkah laku yang sebenar. Kaedah ini juga
memberi pengalaman dan gambaran sebenar kepada pengkaji untuk memahami
permasalahan dan membuat tindakan susulan yang bersesuaian.
5.2 TEMUBUAL
Sesi temu bual telah dijalankan bersama pelajar bagi mendapatkan maklum balas
mereka tentang penglibatan mereka sepanjang menjalankan PdPR. Respon yang
diberikan oleh pelajar direkodkan untuk di analisis. Dalam kajian ini, temu bual
bersemuka digunakan, ia membolehkan pengkaji melakukan siasatan dengan teliti
berkaitan maklum balas dengan lebih lanjut apabila pelajar membuat penjelasan. Malah,
melalui temu bual juga pengkaji akan mendapat maklumat yang lebih terperinci daripada
guru sendiri yang mungkin tidak dapat diperolehi daripada pemerhatian yang telah
dijalankan sebelum ini. Method temubual juga dapat membantu pengkaji mendekati dan
memahami dengan cara yang lebih mendalam mengenai isi yang dibangkitkan.
Hasil Dapatan Kajian
Kajian mendapati faktor-faktor berlakunya masalah lemah dalam tulisan jawi. Antaranya
ialah:
i. Murid tidak berminat dengan tulisan jawi dan tiada motivasi belajar
ii. Murid tidak diberi pendedahan awal
iii. Murid tidak mendapat sokongan ibu bapa
iv. Murid tidak mengikuti kelas tambahan agama
v. Murid tidak memberi perhatian pada pelajaran Pendidikan Islam
6
Rumusan dapatan
• 2% murid tidak berminat dengan tulisan jawi
• 3% tidak menumpukan perhatian semasa pembelajaran
• 3% murid tidak bermotivasi untuk belajar jawi
• 1% murid mengantuk di dalam kelas
Atas faktor-faktor inilah berlakunya masalah kelemahan dalam kemahiran membaca
dan menulis jawi dalam kalangan murid. Walaupun guru tidak pernah berputus asa untuk
mendidik dan mengajar, namun isu ini tetap terus berlaku dan menular dengan luas.
Hakikatnya, sokongan dan dorongan ibu bapa sangat penting, bukan sekadar
mengharapkan usaha dan tindakan guru di sekolah sahaja. Jika dilihat dari masalah
kekurangan minat murid terhadap tulisan jawi, hal ini harus diberi perhatian oleh ibu bapa
yang bertanggungjawab menanam sikap cintakan warisan tulisan jawi ini. Kajian
mendapati biasanya murid yang tidak menguasai jawi tidak dapat membaca Al-Quran
dengan baik dan juga akan ketinggalan dalam bacaan Al-Quran. Hakikat yang pahit harus
ditelan masih ramai murid yang ketinggalan dalam membaca Al-Quran walaupun berada
di Tahun 6.
Dari sudut kurang pendedahan awal pula, sebenarnya sejak waktu tadika lagi murid
harus berjinak dengan huruf-huruf hijaiyyah yang membentuk penulisan jawi. Hasil
temubual mendapati ada murid yang langsung tidak mendapat pendedahan awal sewaktu
bersekolah tadika. Terdapat segelintir ibu bapa yang menhantar anak ke playschool,
tadika asuhan yang tidak memberi pendedahan awal mengenai huruf hijaiyyah. Hal ini
menyumbang kepada kesukaran guru untuk menerapkan ilmu dan pengetahuan
penulisan jawi pada tahun satu. Akhirnya, terdapat murid yang ketinggalan dalam
kemahiran menulis dan membaca jawi kerana tidak dapat mempelajari dengan lebih
mendalam pada peringkat awal lagi. Hal ini tidak lain tidak bukan membawa kepada
kurangnya minat dan kemahua murid untuk membina kemahiran dalam penulisan dan
bacaan jawi. Tidak kurang juga faktor murid yang tidak mengikuti kelas tambahan agama
dan hanya mengharapkan waktu Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan.
7
6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Menurut Fatimah Binti Saufee (2006), tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-
kraf yang lain. Oleh itu, sebagai suatu hasil kraf dan seni, kemahiran menulis mesti diajar
dengan cara dan teknik yang betul di peringkat awal lagi. Proses menulis Jawi
memerlukan latihan dan bimbingan yang bersistematik. Faktor-faktor di atas akan
menentukan kebolehan dan keupayaan murid-murid menulis Jawi. Peringkat menulis Jawi
sama seperti menulis Rumi yang mempunyai perbezaan dari segi arah tulisan dan bentuk
dan kaedah menyambungkan huruf menjadi suku kata atau perkataan. Pengajaran
menulis memerlukan perancangan dan ketelitian yang rapi. Kekerapan latihan menulis
yang terancang akan membantu murid-murid menguasai tulisan Jawi dengan baik. Guru
haruslah menyediakan lembaran kerja dan pendekatan serta teknik yang pelbagai dan
menyeronokkan untuk memberi tumpuan dan perhatian yang lebih terhadap penguasaan
tulisan Jawi.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi menyelesaikan masalah ini saya mencadangkan beberapa aktiviti dan program
untuk memantapkan dan menanam minat murid terhadap tulisan jawi. Antaranya ialah
kit interaktif untuk murid yang mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat yang
mudah diakses oleh murid. Kandungan kit tersebut boleh mengambil kira pelbagai tahap
dan kebolehan murid dari tahap awal, pertengahan dan tahap mahir. Kerjasama panitia
pendidikan Islam dan guru media sekolah sangat penting dalam menjayakan rancangan
ini kerana kolaboratif akan menghasilkan impak positif dan hasil yang lebih efisien dan
praktikal. Aplikasi interaktif atau sumber multimedia seperti Google Site boleh dibina
untuk penggunaan guru dan murid membuat rujukan dan latihan pengukuhan.
Bagi mengambil kira kemampuan, kebolehan dan keupayaan murid, modul
lembaran kerja juga boleh dibina untuk kemudahan murid. Hal ini kerana mungkin ada
murid yang kurang berkemampuan untuk menggunakan kit interaktif walaupun ia lebih
menarik dan praktikal. Bagi menjayakan cadanagn ini, para guru boleh bekerjasama dan
berganding bahu menyediakan satu modul untuk murid mempelajari jawi dari tahap asas,
pertengahan hingga kepada tahap mahir. Saya yakin dengan usaha dan sokongan guru
murid dapat menguasai dan mempelajari pendidikan jawi dengan penuh tekun dan
bersungguh-sungguh.
8
Selain itu, kelas tambahan dan pengukuhan jawi boleh dilaksanakan di sekolah
ataupun di atas talian. Masa yang suntuk untuk mengajar pada jadual persekolah
mungkin menjadi punca kurangnya kemahiran murid dalam penulisan jawi. Oleh itu,
aktiviti kelas pengukuhan dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi tumpuan
sepenuhnya kepada murid yang lemah dan bermasalah. Fokus guru terhadap murid
akan membentuk minat dan keyakinan mereka dalam mendalami dan mempraktikkan
seni tulisan jawi.
Pembelajaran koperatif sewaktu Pendidikan Islam khususnya Pendidikan Jawi harus
diberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran murid yang lemah. Kaedah
pembelajaran ini memberi peluang kepada murid untuk berkongsi pendapat, idea dan ilmu
dengan rakan sekelas serta memberi bimbinangan rakan sebaya. Hal ini pastinya dapat
melahirkan murid yang lebih berkeyakinan, mampu bersaing dan berusaha untuk
memperbaiki kelemahan diri.
Di samping itu, program pementoran untuk murid yang lemah dalam jawi boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Guru boleh melantik murid yang lebih mahir
untuk memjadi mentor dam membimbing rakan yang masih lemah. Guru juga boleh
memberi penghargaan berbentuk hadiah untuk memberi semangat dan motivasi kepada
setiap kumpulan mentor. Ganjaran penghargaan ini boleh diberikan sekiranya
menyiapkan sebarang tugasan, lembaran atau latihan pengkuhan dengan betul.
Pendidikan psikologi mengatakan tindakan memberi pujian, penghargaan dan ganjaran
kepada murid dapat membina motivasi yang tinggi untuk murid terus kekal bertindak positif
dan mencapai hasil yang dikehendaki.
Cadangan dan kaedah ini dapat menarik minat, memupuk motivasi dan memberi
semangat kepada murid untuk tidak berputus asa dan belajar untuk menguasai penulisan
jawi ini.
9
8.0 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN
Kesimpulannya, semua umat Islam seharusnya memandang serius dan mengambil
berat tentang tulisan Jawi ini sebagai satu tanggungjawab di dalam memartabatkan tulisan
Jawi di dalam dunia pendidikan. Bahkan penguasaan jawi juga sangat membantu dalam
pembacaan Al-Quran yang lebih baik dan lancar. Biasanya murid yang lemah dalam tulisan
dan bacaan jawi akan menghadapi masalah untuk membaca Al-Quran dengan baik.
Kajian ini telah memberi impak kepada guru dan murid dalam menambah baik proses
pembelajaran dan pengajaran terutamanya kepada penulisan jawi. Cadangan tindakan yang
dikemukakan telah memberi idea dan sedikit sebanyak meningkatkan semangat dan
motivasi guru dan murid.
Tulisan Jawi merupakan kunci khazanah ilmu dan warisan bangsa Melayu yang mesti
dikekalkan hingga ke akhir zaman. Semua pihak harus mengambil bahagian dalam usaha
mengembalikan kegemilangan tulisan jawi agar menjadi satu seni yang bukan asing di
kalangan umat Islam khususnya.
10
RUJUKAN
Saiful Abdul Rahman, & Mazlan Ibrahim. (2019). Tahap dan Faktor yang
mempengaruhi penguasaan tulisan jawi di kalangan murid Tahun Enam. 9(11).
https://attahkimjournal.com/wp-content/uploads/SAIFUL-BAHRI.pdf
Suhana Abd Hamid, Ahmad Marzuki Mohamad, & Ahmad, A. (2016). Statistik
Penguasaan Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Agama. International
Journal of Humanities Technology and Civilization, 2, 50–63.
https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/814
Siti Fatimah Saufee (2006) Penguasaan tulisan Jawi di kalangan murid-murid tahap satu
di sekolah rendah di Daerah Meradong. Seminar Penyelidikan Pendidikan
Institut Perguruan Rajang Bintangor, Sarawak.
138258069 Kajian Tindakan Pelajaran Jawi. (2021). Scribd.
https://www.scribd.com/doc/294480947/138258069-Kajian-Tindakan-Pelajaran-
Jawi
11