The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dd, 2021-10-08 08:31:28

BUKU LAPORAN MAT PIBG 2020 _ 2021

BUKU LAPORAN MAT PIBG 2020 _ 2021

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

SENARAI KANDUNGAN

____________________________________________________________________________

BAHAGIAN 1 : PENDAHULUAN 2

____________________________________________________________________________

1.1 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 28 3

1.2 Aturcara dan Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 28 4

1.3 Sekapur Sireh : Ucapan Guru Besar 5

1.4 Seuntai Kata : Ucapan YDP PIBG 7

1.5 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020 / 2021 9

1.6 Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 28 11

____________________________________________________________________________

BAHAGIAN 2 : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 27 2019 14

____________________________________________________________________________

2.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 2019 / 2020 15

____________________________________________________________________________

BAHAGIAN 3 : LAPORAN TAHUNAN BIRO-BIRO JAWATANKUASA PIBG

SESI 2020 / 2021 25

____________________________________________________________________________

3.1 Laporan Setiausaha dan Bendahari 26

3.2 Laporan Biro Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 28

3.3 Laporan Biro Akademik dan Sahsiah 51

3.4 Laporan Biro Pembangunan dan Keceriaan 53

3.5 Laporan Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi 56

3.6 Laporan Biro Kebajikan dan Keselamatan 58

3.7 Laporan Sukan dan Kokurikulum 61

3.8 Laporan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) 62

____________________________________________________________________________

BAHAGIAN 4 : LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2020 / 2021 64

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

BAHAGIAN 5 : USUL-USUL YANG DITERIMA 70

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

BAHAGIAN 6 : AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021 / 2022 79

1

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

BAHAGIAN 1 :
PENDAHULUAN

2

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

1.1 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28

3

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

1.2 ATURCARA DAN AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 /
2021

8.30 pagi Pendaftaran
Kehadiran ibu bapa / penjaga

9.00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG
Ucapan Aluan Penasihat PIBG
Penyampaian Sijil AJK PIBG 2020/2021

9.45 pagi Mesyuarat bermula
- Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-27/2021
- Perkara berbangkit
- Pembentangan Laporan Biro sesi 2020/2021
- Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan
dan Laporan Juruaudit bagi tahun berakhir 31 Disember
2020.
- Persetujuan Kutipan Sumbangan PIBG 2021
- Pembentangan dan pembahasan usul

- Pembubaran AJK PIBG 2020/2021
- Pelantikan Pengerusi Sementara
- Pembentukan AJK PIBG 2021/2022: Undian dalam

talian
- Hal-hal lain
- Ucapan penangguhan YDP PIBG 2021/2022

1.00 tengah hari Bersurai

4

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

1.3 SEKAPUR SIREH
UCAPAN GURU BESAR
PUAN AZLINDA SHAM BINTI ABDULLAH SANI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Yang Berbahagia Encik Ikhwan Efendi bin Nazaruddin
Yang Dipertua PIBG SKTTDI 2
Yang Berusaha Puan Noorveda binti Hashim
Guru Penolong Kanan Tadbiran
Encik Kamaruddin bin Mahamad
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Amirul bin Mohd Yusoff
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Rohayati binti Ahmad
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru-guru
Ahli Jawatankuasa PIBG SKTTDI 2
dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul secara
maya sempena Mesyuarat Agung PIBG SKTTDI 2 kali ke-28 tahun 2021 ini. Sesungguhnya, jauh
di sudut hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini dilakukan secara bersemuka. Namun apakan
daya, pandemik Covid-19 menjadi kekangan bukan sahaja kepada kita bahkan kepada
masyarakat seluruh dunia. Kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan
demi memastikan kita kembali ke dalam norma yang biasa.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya pasti ibu bapa tertanya-tanya tentang keselamatan anak-anak di sekolah apabila
sekolah akan dibuka sepenuhnya kelak. Keselamatan guru dan anak-anak sentiasa menjadi
keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kami yakin dengan kerjasama ibu bapa, guru dan anak-anak
mematuhi SOP yang telah dikeluarkan, anak-anak kita akan hadir ke sekolah dalam keadaan
selamat. Dalam hal ini kami berharap ibu bapa atau penjaga dapat memastikan bahawa anak-
anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.

Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan
yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang
kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak
pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan
kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT.

Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak
sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam
bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak

5

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
yang berjaya. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil
sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus
menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang
pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita. Kecemerlangan
sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak
pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan
musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan
tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa
sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah.

Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima
kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa
menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak
pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

6

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

1.4 SEUNTAI KATA
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2020 / 2021
ENCIK IKHWAN EFFENDI BIN NAZARUDDIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Yang Berbahagia Puan Azlinda Sham binti Abdullah Sani
Guru Besar SKTTDI 2
Yang Berusaha Encik Muhd. Amin AmirulZaman bin Kamarul Zaman
Naib YDP PIBG
Yang Berusaha Puan Noorveda binti Hashim
Guru Penolong Kanan Tadbiran
Encik Kamaruddin bin Mahamad
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Amirul bin Mohd Yusoff
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Rohayati binti Ahmad
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru-guru
Ahli Jawatankuasa PIBG SKTTDI 2
dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan inayah-Nya dapat
kita sekali lagi bertemu bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK. Taman Tun Dr.
Ismail (2) kali ke-28. Kita semua sedia maklum bahawa mesyuarat kali ini terpaksa dilaksanakan
secara atas talian atas faktor peningkatan kes Covid-19 yang masih belum reda. Walau
bagaimana pun, tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa
untuk sama-sama menjayakan mesyuarat kali ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
syabas kepada barisan AJK PIBG kerana berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG dalam keadaan yang mencabar dengan pelbagai kekangan dan hambatan akibat pandemik
Covid-19 yang melanda negara sejak lebih setahun lalu.

Mesyuarat ini merupakan medium yang terbaik untuk ibu bapa dapat berkongsi idea dan
memberikan pandangan yang bernas untuk sama-sama melonjakkan lagi kecemerlangan anak-
anak kita dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, apa lagi dalam pembinaan sahsiah anak-
anak.

Saya percaya dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada semua ibu bapa, setiap
program yang kita rancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kepakaran ibu bapa dalam
pelbagai bidang tertentu sangat diperlukan untuk membantu pihak PIBG mengadun program
dengan lebih baik demi kemenjadian anak-anak kita semua.

Seperti yang kita sedia maklum, sistem pendidikan anak-anak kita agak berubah sedikit
coraknya seperti kelaziman yang kita pernah lalui, tetapi kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa
bersedia menerima perubahan dan menerima keadaan ini dengan hati yang terbuka. Kejayaan

7

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
anak-anak adalah bergantung kepada sokongan kita sebagai ibu bapa serta guru-guru walaupun
ada ketikanya kita berhadapan dengan detik-detik yang sukar.

Akhir bicara, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama demi
kemajuan anak-anak kita khususnya dan sekolah amnya. Saya juga berharap semoga mesyuarat
pada kali ini berjalan dengan lancar dan beroleh keberkatan daripada Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.

8

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

1.5 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020 / 2021

PENASIHAT
Puan Azlinda Sham binti Abdullah Sani

YANG DIPERTUA
Encik Ikhwan Efendi bin Nazaruddin

NAIB YANG DIPERTUA
Encik Muhammad Amin AmirulZaman bin Kamarul Zaman

SETIAUSAHA BENDAHARI
Cik Nurul Asyiqin binti Sabri En. Muhd. Habibullah bin Mohd. Arshad

NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI
Pn. Sharifah Hidiana bt. Syed Taufik Idid Cik Mursyida Nazihah binti Abdul Muttalib

JURUAUDIT DALAMAN
Encik Mohd. Ridzuan bin Raslan (Ibu Bapa)

Encik Mohd. Sabri bin Yaakob (Guru)

BIRO PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
En. Muhd. Amin AmirulZaman bin Kamarul Zaman (Ibu Bapa)

Pn. Sharifah Hidiana bt. Syed Taufik Idid (Guru)

BIRO AKADEMIK & SAHSIAH
Puan Siti Munira binti Helmy (Ibu Bapa)

Puan Hanani binti Mohamad (Guru)

9

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

BIRO PEMBANGUNAN & KECERIAAN
En. Mohd. Firdaus bin Zakaria (Ibu Bapa)

En. Akmalriza bin Zainordin (Guru)

BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK)
Puan Raja Nor Liyana binti Raja Aznil (Ibu Bapa)
Puan Sharmila A/P Sathasivam (Guru)

BIRO SUKAN & KOKURIKULUM
Puan Emylia binti Ahmad (Ibu Bapa)

Cik Sarikei Koammapat (Guru)

BIRO KEBAJIKAN
Puan Nafisah binti Moht. Yusof Khir (Ibu Bapa)
Puan Nur Fazlin Rizwa binti Mohd. Rosdi (Guru)

BIRO KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB)
Encik Mohd. Ridzuan bin Raslan (Ibu Bapa)

Cik Mursyida Nazihah binti Abdul Muttalib (Guru)

10

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

1.6 AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
KALI KE - 28

JAWATANKUASA TUGAS
PENDAFTARAN 1. Menyediakan dua link pendaftaran

- Nurfariha bt. Mohd Azam kehadiran bagi ibu bapa / penjaga dan
- Robiatul Adawiyah bt. Abd Razak guru.
- Puteri Nur Liyana bt. Megat Abdul Hajat 2. Menganalisis kehadiran ibu bapa /
- Nurul Syazwani bt. Jaafar penjaga dan guru.
- Faratul Syeeda bt. Mohamad Radzi 3. Mencetak dua salinan analisis
- Nur Wahidah bt. Mohamad Redzuan kehadiran dan menyerahkan kepada
Setiausaha PIBG sesi 2021/2022.

BUKU LAPORAN PIBG 1. Menyediakan buku laporan tahunan
- Nurul Asyiqin binti Sabri PIBG kepada Guru Besar untuk
- Sharifah Hidiana binti Syed Taufik Idid semakan.
- Mohamad Habibullah b. Mohd Arshad
- Mursyida Nazihah bt. Abdul Muttalib 2. Menyediakan buku laporan tahunan
- Sharmila a/p Sathasivam PIBG dalam bentuk flipbook dan
- Sarikei Koammapat menyerahkan kepada AJK ICT.
- Hanani bt. Mohamad

BACAAN DOA 1. Menyediakan teks doa yang
- Nik Abdul Rashid bin Tengku Mamat bersesuaian.
- Hafez b. Abd Samad
2. Membaca doa semasa majlis.
3. Menyerahkan teks doa kepada AJK

Dokumentasi.

PENYEDIAAN SIJIL & VIDEO AJK 2020/2021 1. Menyediakan sijil penghargaan untuk
- Rashidatul Nazifah bt. Ab Rahim (Sijil) AJK PIBG sesi 2020/2021.
- Norliana bt. Osman (Sijil)
- Nurul Amira bt. Muhammad Azha (Sijil) 2. Menguruskan acara penyampaian
- Nurul Nadiah bt Fauzi (Sijil) sijil.
- Muhamad Fuad b. A Hamid (Video)
- Mohd Aizad b. Rasedi (Video)
- Muhamad Zaki bin Ahmad Saghir
(Video)

PENYEDIAAN TEKS UCAPAN 1. Berbincang dengan Guru Besar dan
- Halimatun Saadiah bt. Rafie (Guru YDP tentang isi teks ucapan yang
Besar) akan disampaikan.
- Norazlin bt. Othman (Guru Besar)
- Julia Chee(YDP) 2. Menyediakan teks ucapan yang
lengkap

11

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

- Junita bt. Khalid (YDP) 3. Menghantar teks ucapan kepada
Guru Besar dan YDP melalui emel.
PENYEDIAAN E-BANNER
- Suzuna bt. Baharuldin 4. Satu salinan teks ucapan diserahkan
- Kumaresen a/l Mahalingam kepada AJK Dokumentasi.
- Siti Rahimah bt. Che Hassan
- Dhineshwar a/l Nanbalagan 1. Menyediakan backdrop digital untuk
mesyuarat.

2. Menyerahkan backdrop kepada AJK
ICT untuk dipaparkan.

*latar GM, E-banner hebahan, thumbnail,
buku program

AJK ICT DAN SEBARAN MAKLUMAT 1. Menyediakan pautan Google Meet
- Nurain bt. Mohd Hassan untuk mesyuarat.
- Nur Fazlin Rizwa bt. Mohd Rosdi
- Muhammad Ariff Zakwan b. Ismail 2. Mengurus kemasukan ahli menyertai
- Abu Mansur b. Moh Hanapiah mesyuarat.
- Muhamad Ridhuan b. Ghani
3. Memberikan taklimat tatacara
pengundian kepada semua ahli
mesyuarat.

4. Memuat naik / memaparkan pautan
kehadiran, flipbook dan pautan
pengundian di ruangan polls.

5. Memastikan kelancaran mesyuarat
dari mula sehingga selesai.

PENGACARA MAJLIS 1. Menyediakan skrip pengacara majlis.
- Akmalriza b. Zainordin 2. Mengacarakan majlis mengikut
- Shalini a/p Muniandy
aturcara yang disediakan.

PENCATAT MINIT 1. Mencatat minit mesyuarat Agung kali
- Faridah bt. Bakar ke-28/2021.
- Laili Amalia bt. Muhammad
- Fasihah bt. Abdul Wahab @ Mukhtar 2. Menyerahkan minit yang lengkap
- Jusnita bt. Samsudin kepada Setiausaha PIBG sesi
- Hasniyah bt. Hassan 2021/2022.
- Almiza bt. Abdullah
- Nik Zaliana bt. Ismail *11 Agenda – (1 agenda 2 orang pencatat)
- Nurul Ain bt. Zolkiffly
- Romaida bt. Daud
- Wan Hazlina bt W. Mohd Sobri
- Nur Sa'adah bt. Md Sul Haimi
- Nor Ermawaty bt. Othman
- Siti Norain bt. Baharuddin
- Nor Hamidah bt. Mohammed Abbas

12

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

- Siti Aisyah bt. Ibrahim
- Norazilah bt. Che Nor
- Umi Kalsom bt. Jaaffar
- Norul Janah bt. Mat Adam
- Siti Safinaz bt. Zainal Abidin
- Siti Zubaidah bt. Md Yaacob
- Wan Noraida bt. Wan Mahmood
- Siti Masitoh bt. Abdul Hajar

PENGERUSI SEMENTARA 1. Mendengar dan menyebut dengan
- Wan Mohd Hamdan b. Ghazali baik nama-nama calon AJK PIBG sesi
2021/2022.
AJK PENGUNDIAN
- Mohd Sabri b. Yaakob 2. Memperkenalkan barisan calon.
- Malarvily a/p Vijaya Kumaran
- Norsuria bt. Idris 1. Mendengar dan menyebut dengan
- Arozani bt. Abdul Aziz baik nama-nama calon AJK PIBG sesi
- Fazilah bt. Asmuni 2021/2022.
- Langgeswary a/p Mariappan
- Rozila bt. Ahmad 2. Menganalisis dan mengira undi.
- Ummu Ainzah bt. Rashid 3. Mempamerkan hasil undian kepada
- Gurmeet Kaur a/o Gurbaksh Singh
- Azman b. Abdul Wahab semua ahli mesyuarat.
- Nani Nurani bt. Zakaria 4. Menyediakan templat keputusan
- Mohd Aliff Hakimi b. Mohd Hassan
- Norlizah bt. Md. Kassim untuk dipaparkan semasa mesyuarat.
- Noorzaliza bt. Mat Lazim
- Nazatul Syima bt. Kamaruddin *pemilihan 8 orang wakil ibu bapa termasuk 1
- Nadatul Haslinda bt. Mat Desai Juru Audit Dalaman.
**AJK Guru akan ditentukan kemudian.
DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI
- Nurul Nadia bt Roslan 1. Mengambil gambar sepanjang
- Norfadilah bt. Abdullah mesyuarat berlangsung.
- Rossahanuri bt. Jusoh
- Nur Syuhadah bt Ismail 2. Membuat dokumentasi (tiga salinan)
- Roslina bt. Ab Rahman yang lengkap selewat-lewatnya dua
- Abdul Naim bin Abdul Rashid minggu selepas mesyuarat.

13

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

BAHAGIAN 2 :

MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG

KALI KE - 27 2019 / 2020

14

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

2.1 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE - 27 2019 / 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL (2)
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 27 2019 / 2020

TARIKH : 22 FEBRUARI 2020

TEMPAT : DEWAN BITARA, SK TAMAN TUN DR.ISMAIL (2)

MASA : 9.45 HINGGA 12.35 TENGAH HARI

PENGERUSI : ENCIK ASRUL BIN ABDULLAH

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1. Encik Asrul bin Abdullah (YDP) mengucapkan ribuan terima kasih di atas
kehadiran semua ibu bapa dan guru pada mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 bagi
tahun 2020.

1.2. Pengerusi memohon agar semua guru dan ibu bapa dapat menyemak buku
laporan yang telah diedarkan.

2.0 PENGESAHAN MINIT
2.1 YDP sekali lagi memohon agar semua hadirin dapat menyemak buku laporan
dan membuat pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Tun Dr.
Ismail (2) kali ke-26 2019 disahkan.

2.2 Minit mesyuarat Agung kali ke-26 telah disahkan oleh :

Pencadang: Encik Kamaruzzaman
Penyokong: Sebulat suara

3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 LAPORAN BIRO
4.1 Setiausaha
4.1.1 Setiausaha melaporkan bahawa Mesyuarat AJK PIBG sesi
2019/2020 telah diadakan sebanyak tiga kali iaitu pada tarikh 19 Jun
2019, 24 Ogos 2019 dan 5 Februari 2020.

15

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

4.1.2 Mesyuarat AJK PIBG sesi 2019/2020 telah diadakan secara
berselang-seli hari iaitu Rabu atau Sabtu (minggu kedua dan
keempat)

4.1.3 Senarai kehadiran bagi setiap mesyuarat berikut boleh dirujuk dalam
Buku Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020 muka surat 24.

4.1.4 Setiausaha turut menyatakan bahawa sebarang ketidakhadiran
adalah dengan kebenaran dan bersebab.
Makluman

4.2 Biro Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
4.2.1 Encik Muhammad Amin Amirul Zaman selaku ajk biro PPKI (wakil
ibu bapa) telah membentangkan laporan aktiviti yang telah
dilaksanakan sepanjang tahun 2019.
4.2.2 Laporan biro boleh dirujuk dalam Buku Laporan Tahunan PIBG sesi
2019/2020 muka surat 25–28.
4.2.3 Encik Muhammad Amin Amirul Zaman turut memaklumkan kepada
ibu bapa yang baru mendaftarkan anak-anak di SKTTDI (2) bahawa
kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) terletak di aras
bawah blok C.
Makluman

4.3 Biro Akademik dan Sahsiah
4.3.1 Laporan Biro Akademik dan Sahsiah telah dibentangkan oleh Puan
Nani Nurani binti Zakaria selaku ajk biro (wakil guru).
4.3.2 Laporan biro boleh dirujuk dalam Buku Laporan Tahunan PIBG sesi
2019/2020 muka surat 29–35.
4.3.3 Puan Nani Nurani binti Zakaria turut membentangkan analisis UPSR
2019.
Makluman

4.4 Biro Pembangunan dan Keceriaan
4.4.1 Encik Mohamad Firdaus bin Zakaria selaku ajk biro (wakil ibu bapa)
telah membentangkan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan
sepanjang tahun 2019.
4.4.2 Laporan biro boleh dirujuk dalam Buku Laporan Tahunan PIBG sesi
2019/2020 muka surat 36–37.
4.4.3 Encik Mohamad Firdaus bin Zakaria menyatakan bahawa SKTTDI
(2) merupakan sebuah sekolah yang telah lama dibangunkan. Oleh
hal demikian, adalah wajar sekiranya banyak isu infrastruktur atau

16

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

kemudahan yang memerlukan penambahbaikan dari semasa ke
semasa.
4.4.4 Encik Mohamad Firdaus bin Zakaria memaklumkan bahawa kerja-
kerja baik pulih infrastruktur sekolah terutamanya tandas
kebanyakannya menggunakan peruntukan persendirian daripada
Encik Asrul bin Abdullah selaku YDP PIBG sesi 2019/2020 di
samping peruntukan daripada ahli parlimen Segambut dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
4.4.5 Beberapa isu (khususnya tandas) masih belum dapat diatasi
sepenuhnya dan memerlukan baik pulih secara berkala kerana kos
penyelenggaraan yang sangat tinggi.
4.4.6 PIBG dan pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan sumbangan
daripada ibu bapa dalam pelbagai bentuk khususnya kemahiran dan
kewangan bagi mengatasi isu-isu pembangunan dan keceriaan yang
timbul.

Makluman

4.5 Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4.5.1 Laporan biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah
dibentangkan oleh Puan Raja Nor Liyana binti Raja Aznil selaku ajk
biro (wakil ibu bapa).
4.5.2 Laporan biro boleh dirujuk dalam Buku Laporan Tahunan PIBG sesi
2019/2020 muka surat 38–41.
4.5.3 Puan Raja Liyana turut memaklumkan bahawa usaha untuk
mendapatkan penajaan komputer sedang dilaksanakan bagi
melancarkan proses pembelajaran.
4.5.4 Puan Raja Liyana turut menjelaskan bahawa pihak PIBG telah
menyediakan kemudahan telefon bimbit di pondok pengawal.
4.5.5 Sekiranya melibatkan urusan di luar waktu persekolahan (ambil anak
lewat dan sebagainya), ibu bapa bolehlah memanfaatkan
kemudahan tersebut di talian 017-3524182 di samping menghubungi
guru kelas mahupun pihak sekolah.
Makluman

4.6 Biro Kebajikan dan Keselamatan
4.6.1 Encik Ikhwan Efendi bin Nazaruddin selaku ajk biro (wakil ibu bapa)
telah membentangkan laporan aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang tahun 2019.
4.6.2 Laporan biro boleh dirujuk dalam Buku Laporan Tahunan PIBG sesi
2019/2020 muka surat 42–44.

17

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

4.6.3 Encik Ikhwan Efendi bin Nazaruddin turut menyatakan bahawa
sebagai salah satu usaha mengekang wabak penyakit yang
melanda sepanjang 2019/2020, pihak PIBG turut memberikan
sumbangan berbentuk penyediaan hand sanitizer dan topeng muka.
Makluman

4.7 Biro Sukan dan Kokurikulum
4.7.1 Laporan biro Sukan dan Kokurikulum telah dibentangkan oleh Encik
Asrul bin Abdullah selaku ajk biro (wakil ibu bapa).
4.7.2 Laporan biro boleh dirujuk dalam Buku Laporan Tahunan PIBG sesi
2019/2020 muka surat 45.
Makluman

4.8 Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
4.8.1 Puan Siti Fadzillah binti Ismail selaku ajk biro (wakil ibu bapa) telah
membentangkan laporan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang
tahun 2019.
4.8.2 Laporan biro boleh dirujuk dalam Buku Laporan Tahunan PIBG sesi
2019/2020 muka surat 46–49.
Makluman

5.0 LAPORAN KEWANGAN PIBG
5.1 Laporan Kewangan ini telah disediakan oleh Puan.Norazlin binti Othman
(Bendahari PIBG) dan telah diaudit oleh Juruaudit PIBG iaitu, Puan Rozanna binti
Mohammed Noor. (Rujuk Buku Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020 – muka
surat 50 dan lampiran)
Makluman

5.2 Bendahari memaklumkan bahawa baki akhir pada 31 Disember 2018 adalah
sebanyak RM132 644.33.
Makluman

5.3 Puan Nafisah binti Mohd Yusof Khir
5.3.1 Puan Nafisah binti Mohd Yusof Khir memohon penjelasan
berkenaan penggunaan wang PIBG untuk bayaran UNIFI sekolah
yang tercatat sebanyak tiga kali dalam Buku Laporan Tahunan PIBG
sesi 2019/2020 – Lampiran.
5.3.2 Puan Nafisah binti Mohd Yusof Khir turut meminta penjelasan
tentang penyelenggaraan tandas yang berulang kali dan tidak
menggunakan wang PIBG.

18

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

5.3.3 Pengerusi menjelaskan bahawa pihak PIBG telah melanggan UNIFI
untuk kegunaan sekolah (pembelajaran dan pentadbiran) semasa
tempoh peralihan daripada 1Bestari.Net kepada UNIFI yang terkini
dibekalkan oleh kerajaan.

5.3.4 Encik Mohamad Firdaus bin Zakaria selaku ajk biro Pembangunan
dan keceriaan menjelaskan bahawa kos-kos penyelenggaraan
banyak ditanggung oleh sumber luar dan sumbangan peribadi.

5.3.5 Isu tandas pula merupakan isu yang akan sentiasa berulang dan
perlu dibaiki secara berkala.

5.3.6 Catatan keluar masuk duit sumbangan tidak dapat direkodkan
kerana kos-kos penyelenggaraan dibayar secara terus kepada pihak
kontraktor yang terlibat oleh pemberi sumbangan.

5.3.7 Cadangan agar duit sumbangan dicatatkan untuk masa akan datang
diterima sebagai penambahbaikan pengurusan semasa.

5.3.8 Encik Ikhwan Efendi bin Nazaruddin turut memberikan penjelasan
tentang persoalan Puan Nafisah berkaitan kos penyelenggaraan
yang tidak menggunakan wang PIBG.

5.3.9 Encik Ikhwan Efendi bin Nazaruddin menyatakan bahawa setiap
proses penambahbaikan yang ingin dilaksanakan perlu melalui
beberapa prosedur yang ditetapkan dan mengambil masa untuk
dilaksanakan.

5.3.10 Oleh hal yang demikian, penggunaan duit sumbangan adalah cara
terpantas untuk melaksanakan proses penambahbaikan bagi satu-
satu infrastruktur mahupun aset sekolah yang rosak.
Makluman

5.4 Encik Muhammad Syukry bin Muhammad Sabri
5.4.1 Encik Muhammad Syukry bin Muhammad Sabri memohon
penjelasan tentang tempoh kontrak UNIFI yang dilanggan oleh
pihak PIBG untuk kegunaan sekolah seperti yang dinyatakan
sebelum ini.

5.4.2 Pengerusi menjelaskan bahawa pihak PIBG telah melanggan UNIFI
untuk kegunaan sekolah (pembelajaran dan pentadbiran) semasa
tempoh peralihan daripada 1Bestari.Net kepada UNIFI yang terkini
dibekalkan oleh kerajaan.

5.4.3 Perkhidmatan UNIFI tersebut telah dihentikan sebaik sahaja bekalan
UNIFI daripada pihak kerajaan dimulakan awal tahun ini.

Makluman

5.5 Pengerusi memohon agar laporan kewangan ini disahkan:

19

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

Pencadang: Encik Asmin
Penyokong: Sebulat suara

Makluman

5.6 Kutipan Sumbangan PIBG
5.6.1 Pengerusi memohon agar semua hadirin menyemak kembali Buku
Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020 muka surat 51.
5.6.2 Cadangan kutipan sumbangan PIBG tahun 2020 yang tertera dalam
muka surat 51 menunjukkan tiada kenaikan jumlah sumbangan jika
dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
5.6.3 Pengerusi memohon agar cadangan ini disahkan:
Pencadang: Encik Kamaruzzaman
Penyokong: Sebulat suara
Makluman

6.0 PEMBENTANGAN DAN PEMBAHASAN USUL
6.1 Puan Nafisah binti Mohd Yusof Khir
6.1.1 Puan Nafisah binti Mohd Yusof Khir mencadangkan agar kewangan
PIBG dapat diuruskan dengan lebih sistematik melalui pembahagian
bajet mengikut keperluan setiap biro untuk melaksanakan gerak
kerja.
6.1.2 Puan Nafisah binti Mohd Yusof Khir turut mencadangkan agar kerja-
kerja penambahbaikan dapat diberikan keutamaan khususnya
pemegang-pemegang besi di laluan dan tangga-tangga yang telah
mula berkarat.
6.1.3 Masalah tersebut wajar diberikan perhatian bagi mengelakkan
kecederaan kepada murid-murid SKTTDI (2) dan membendung
masalah kulit seperti alergik dalam kalangan murid-murid yang
mempunyai masalah kulit sensitif.
6.1.4 Mesyuarat sebulat suara bersetuju agar cadangan mengenai
pengurusan kewangan PIBG khususnya melibatkan pembahagian
bajet diterima dan diperhalusi mulai sesi 2020/2021 bagi
membolehan sebarang aktiviti atau gerak kerja dapat dilaksanakan
dengan lebih efisyen dan berkesan.

Tindakan: Bendahari

6.2 Puan Nurul Jannah binti Mohd Yunos

20

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

6.2.1 Puan Nurul Jannah binti Mohd Yunos mencadangkan agar kelas
robotik / programming / lukisan dapat dilaksanakan pada hari Sabtu
atau Ahad.

6.2.2 GPK Kokurikulum menjelaskan bahawa kelas robotik sedang
dilaksanakan pada ketetapan yang berikut;

Hari Masa Tahap
Isnin 1.30 – 2.30 Tahap 1
2.30 – 3.30 Tahap 2

6.2.3 Kelas robotik ini melibatkan instruktor luar yang ditugaskan mengikut
ketetapan oleh pihak World Robotic.

6.2.4 GPK Kokurikulum memaklumkan bahawa sekiranya ibu bapa
berminat untuk menyertai kelas robotik pada hari Ahad, ibu bapa
bolehlah mendaftarkan anak-anak di kelas robotik yang dianjurkan
di SK Seksyen 9, Kota Damansara kerana penyertaannya dibuka
untuk murid-murid selain murid-murid sekolah tersebut.

Makluman

6.3 Encik Tan Chee Wee
6.3.1 Encik Tan Chee Wee mencadangkan agar pihak sekolah
menyediakan program pagi untuk murid-murid bukan beragama
Islam semasa program bacaan Yasin dilaksanakan.
6.3.2 Puan Penasihat menyatakan bahawa pihak sekolah telah
menyediakan aktiviti yang bersesuaian untuk murid-murid bukan
beragama Islam semasa program bacaan Yasin dilaksanakan.

Makluman

6.4 Encik Muhammad Syukry bin Muhammad Sabri

6.4.1 Encik Muhammad Syukry bin Muhammad Sabri meminta penjelasan
tentang penggunaan Google Classroom di SKTTDI (2).

6.4.2 Encik Muhammad Syukry bin Muhammad Sabri turut memohon
penjelasan tentang intervensi pihak sekolah untuk mengatasi
masalah murid lemah meskipun telah menyertai kelas tambahan.

21

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

6.4.3 Puan Penasihat menjelaskan bahawa penggunaan Google
Classroom dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di SKTTDI (2)
telah mula dijalankan mulai awal tahun 2020.

6.4.4 Pemberian id dan kata laluan untuk murid-murid telah dilaksanakan
supaya murid-murid dapat memanfaatkan teknologi dalam sesi
pembelajaran.

6.4.5 Sekiranya terdapat murid-murid yang belum menerima id dan kata
laluan, hal ini akan dirujuk kepada penyelaras bestari sekolah.

6.4.6 Berkaitan dengan intervensi kelas tambahan oleh pihak sekolah,
pengerusi menjelaskan bahawa sekiranya tidak dijalankan kelas
tambahan bilangan murid yang tidak menguasai akan lebih ramai.
Makluman

6.5 Puan Suraya Jasmin Adnan
6.5.1 Puan Suraya Jasmin Adnan mencadangkan agar pihak sekolah
menyediakan satu saluran untuk para ibu bapa mengumpulkan
pakaian-pakaian dan uniform-uniform terpakai untuk kegunaan
mereka yang kurang berkemampuan.
6.5.2 Puan Penasihat amat mengalu-alukan sebarang sumbangan
daripada pihak ibu bapa dan sekiranya ibu bapa berminat untuk
memberikan sumbangan, bolehlah berurusan terus dengan pejabat.
6.5.3 Sekiranya sumbangan dimasukkan ke dalam akaun SUA, proses
untuk mengeluarkan duit sumbangan tersebut akan memerlukan
kertas kerja.
6.5.4 Sebaiknya sumbangan dimasukkan ke akaun PIBG dan perlu
dinyatakan dan dimaklumkan mengikut tujuan yang diingini.
Makluman

6.6 Encik Kamaruzzaman
6.6.1 Encik Kamaruzzaman mencadangkan agar wang PIBG digunakan
untuk menghargai guru-guru.
6.6.2 Hal ini boleh dilaksanakan khususnya semasa Sambutan Hari Guru
dan sebagainya.
6.6.3 Pengerusi menjelaskan bahawa wang PIBG sebelum ini
sememangnya hanya berfokus kepada keperluan murid-murid
SKTTDI (2).
6.6.4 Cadangan ini boleh dilaksanakan sekiranya mesyuarat bersetuju
untuk memberikan kebenaran agar wang PIBG boleh digunakan
untuk menghargai guru-guru.
6.6.5 Cadangan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

22

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

Makluman
7.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2018 / 2019

7.1 Encik Asrul bin Abdullah selaku Pengerusi Mesyuarat Agung Kali ke-27
membubarkan seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2020.

7.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua AJK yang telah bersama-sama berusaha dan berganding bahu
demi kecemerlangan anak-anak di SKTTDI (2).

7.3 Beliau juga berharap agar AJK yang bakal dilantik nanti akan dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik.

Makluman

8.0 PEMBENTUKAN AJK PIBG 2020/2021

PENASIHAT : Puan Azlinda Sham binti Abdullah Sani

PENOLONG PENASIHAT : 1. Puan Noorveda binti Hashim

2. Encik Kamaruddin bin Mahamad

3. Encik Amirul bin Mohd Yusoff

4. Puan Rohayati binti Ahmad

YANG DIPERTUA : Encik Ikhwan Efendi bin Nazaruddin

NAIB YANG DIPERTUA : Encik Muhammad Amin AmirulZaman bin Kamarul Zaman

SETIAUSAHA : Cik Nurul Asyiqin binti Sabri

NAIB SETIAUSAHA : Puan Sharifah Hidiana binti Syed Taufik Idid

BENDAHARI : Encik Mohamad Habibullah bin Mohd Arshad

NAIB BENDAHARI : Cik Mursyida Nazihah binti Abdul Mutallib

JURU AUDIT: 1. Encik Mohd Ridzuan bin Raslan

2. Encik Mohd Sabri bin Yaakob

AJK IBU BAPA: 1. Encik Mohamad Firdaus bin Zakaria

2. Puan Raja Nor Liyana binti Raja Aznil

23

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

3. Puan Siti Munira binti Helmy

4. Puan Nafisah binti Mohd Yusof Khir

5. Puan Emylia binti Ahmad

AJK GURU: 1. Encik Akmalriza bin Zainordin

2. Puan Hanani binti Mohamad

3. Cik Sarikei Koammapat

4. Cik Sharmila A/P Sathasivam

5. Cik Nur Fazlin Rizwa binti Mohd Rosdi

9.0 HAL –HAL LAIN
9.1 Tiada

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Encik Ikhwan Efendi bin Nazaruddin selaku Yang Dipertua PIBG sesi 2020/2021
mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang bersama-
sama hadir dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini.

10.2 Beliau berharap agar kerjasama daripada semua pihak dapat digarap dalam
membangunkan PIBG ke arah kecemerlangan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………. ………………………………………
(NURUL ASYIQIN BINTI SABRI) (IKHWAN EFENDI BIN NAZARUDDIN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Taman Tun Dr. Ismail (2) SK Taman Tun Dr. Ismail (2)

24

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

BAHAGIAN 3 :

LAPORAN TAHUNAN
BIRO JAWATANKUASA
PIBG SESI 2020 / 2021

25

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

3.1 LAPORAN SETIAUSAHA DAN BENDAHARI

Objektif
● Bahagian setiausaha bertanggungjawab untuk menjalankan keurusetiaan bagi semua
mesyuarat dan program PIBG, mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit
mesyuarat, serta menyimpan rekod-rekod Persatuan mengikut Perlembagaan
Persekutuan.
● Bahagian bendahari bertanggungjawab dalam pengurusan, pengawalan dan
penyelenggaraan akaun PIBG, menyediakan Laporan Kewangan bulanan dan tahunan
serta membantu dalam penyediaan dan pemantauan audit.

Senarai Kehadiran Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG 2020 / 2021

BIL NAMA JAWATAN TARIKH

19 / 23 12 / 23 20 / 23 20 / 23

11.03.20 19.06.20 12.08.20 29.09.21

(Anjung (GMeet) (Anjung (GMeet)

Bicara) Bicara)

1 Puan Azlinda Sham Binti Penasihat (Guru Besar) // //
Abdullah Sani

2 Encik Ikhwan Efendi Bin Yang Di Pertua PIBG // //
Nazaruddin

3 Encik Muhammad Amin Naib Yang Di Pertua & Biro /X / /

Amirul Zaman PPKI (Ibu bapa)

4 Puan Noorveda Binti Penolong Penasihat (GPK // //
Hashim Pentadbiran & Kurikulum)

5 Encik Kamaruddin Bin Penolong Penasihat (GPK // //
Mahamad Hal Ehwal Murid)

6 En. Amirul Bin Mohd. Penolong Penasihat (GPK // //
Yusoff Kokurikulum)

7 Puan Rohayati Binti Penolong Penasihat (GPK X/ / /
Ahmad Pendidikan Khas)

8 Cik Nurul Asyiqin Bin Setiausaha (Guru) // //
Sabri

26

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

9 Puan Sharifah Hidiana Bt. Naib Setiausaha & Biro PPKI / / / /
/ X / /
Syed Taufik Idid (Guru) /
/ / / X
10 Encik Mohamad Bendahari (Guru) X X X /
Habibullah Bin Mohd. / X / /
X X / X
Arshad / X / /
/ / / X
11 Cik Mursyida Nazihah Naib Bendahari & Biro KSIB / X / /
Binti Abdul Muttalib (Guru) / / / /
/ / / /
12 Mohd. Sabri Bin Yaakob Juruaudit Dalaman (Guru) / X / /
X X / /
13 Encik Akmalriza Bin Biro Pembangunan & / X X /
Zainordin Keceriaan (Guru) / X X
27
14 Encik Mohammad Biro Pembangunan &
Firdaus Bin Zakaria Keceriaan (Ibu Bapa)

15 Puan Hanani Binti Biro Akademik & Sahsiah
Mohamad (Guru)

16 Puan Siti Munira Binti Biro Akademik & Sahsiah
Helmy (Ibu bapa)

17 Cik Sharmila A/P Biro Teknologi Maklumat &
Sathasivam Komunikasi - TMK (Guru)

18 Puan Raja Nor Liyana Biro Teknologi Maklumat &
Binti Raja Aznil Komunikasi - TMK (Ibu bapa)

19 Cik Nur Fazlin Rizwa Binti Biro Kebajikan (Guru)
Mohd. Rosdi

20 Puan Nafisah Binti Moht. Biro Kebajikan (Ibu bapa)
Yusof Khir

21 Cik Sarikei Koammapat Biro Sukan & Kokurikulum
(Guru)

22 Puan Emylia Binti Ahmad Biro Sukan & Kokurikulum
(Ibu bapa)

23 Encik Mohd. Ridzuan Bin Biro Kumpulan Sokongan

Raslan Ibu Bapa - KSIB (Ibu bapa)

dan Juruaudit Dalaman (Ibu

bapa)

Petunjuk : / = Hadir

X = Tidak Hadir Bersebab

LAPORAN BENDAHARI JAWATANKUASA PIBG 2020 / 2021

- Rujuk Laporan Kewangan - muka surat 6

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

3.2 LAPORAN BIRO PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

Oleh:
Wakil Ibu Bapa (En. Muhammad Amin Amirulzaman Bin Kamarul Zaman)

Wakil Guru (Pn. Sharifah Hidiana Bt. Syed Taufik Idid)

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKTTDI (2) diketuai oleh seorang guru Penolong
Kanan Pendidikan Khas iaitu Puan Rohayati Binti Ahmad, turut dibantu oleh 22 orang guru, 8
orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), dengan jumlah keseluruhan 102 orang Murid
Berkeperluan Khas (MBK) pada tahun 2021.

Meskipun sekolah telah ditutup sementara bermula pada 18 Mac 2020 dan dibuka semula pada
15 Julai 2020 secara berperingkat dan ditutup kali kedua pada 9 November 2020 di seluruh
negara, pihak AJK PIBG tetap membantu menambahbaik keperluan infrastruktur kelas
pendidikan khas walau pun kutipan sumbangan PIBG agak kurang memberansangkan berikutan
pandemik COVID-19.

Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan pada tahun 2020:

PERKARA

BIL.

PROGRAM TARIKH CATATAN
Program dan aktiviti murid
1 Program “Green & Cleen” bersama AEON. 19.02.2020

2 Program MyCPR bersama PPUM 26.02.2020

3 Bengkel Robotik Zon Tengah 03.03.2020

4 Perjumpaaan Bersama Ibu Bapa & Pra Sidang 12.03.2020
Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

5 Pertandingan Zon Bangsar Pudu (e-Sukan) 06.07.2020 -
07.07.2020

6 Pertandingan Zon Bangsar Pudu (e-Mahabbah) 25.08.2020 -
26.08.2020

7 ‘KLIT Challenge For Youth With Disabilities’ 02.09.2020 -
03.09.2020

8 Pertandingan Zon Bangsar Pudu (e-Kesenian) 13.10.2020 -
14.10.2020

9 Program ‘U Got Talent’ anjuran panitia Muzik 08.10.2020

10 Pertandingan Jom Baca & Jadi Kreatif Peringkat 24.11.2020 -
Wilayah KL 25.11.2020

28

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

Program “Green and Cleen” Bersama AEON Tahun 2020
- keceriaan dan penambahbaikan taman / kebun bunga
- penukaran pintu kelas PPKI
- penambahan ram setiap kelas untuk laluan kerusi roda
- penambahbaikan papan tanda kelas dan papan tanda kata-kata hikmah di laluan
koridor PPKI
- sumbangan tong sampah kitar semula dan peralatan perkebunan serta alatan
kebersihan dan keceriaan (penyapu, penyodok, tong sampah, peralatan mengecat)
- pondok menunggu di Taman Pusat Sumber Sekolah
- sumbangan trampolin gergasi untuk murid PPKI beserta ‘artificial grass’
- sumbangan ‘goodie bags’ untuk murid PPKI
- baik pulih lantai kelas dan koridor yang berlubang / retak
- gotong-royong keceriaan kelas bersama ibu bapa dan staf AEON
- Program ini turut di sertai oleh YBrs. Naib Yang-Dipertua PIBG SKTTDI2 En.
Muhammad Amin Amirul Zaman, YBrs. Pengurus Besar AEON (nama), YBrs. Pn Guru
Besar SKTTDI 2 Pn Azlinda Sham Abdullah Sani, YBrs. GPK PPKI, Pn Rohayati
Ahmad dan semua barisan guru-guru PPKI.

29

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

30

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

31

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

32

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Pra Sidang Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
Tahun 2020

- Program Perjumpaan Bersama Ibu Bapa PPKI ini merupakan satu inisiatif untuk
memberikan penerangan dan pendedahan kepada ibu bapa tentang program
pendidikan khas khususnya program inklusif. Manakala program Pra Sidang RPI pula
adalah sesi soal jawab antara ibu bapa dan guru-guru mengenai perkembangan dan
pemulihan yang dilaksanakan kepada murid sepanjang tempoh RPI dilaksanakan.

- Program ini turut di sertai oleh YBrs. Naib Yang-Dipertua PIBG SKTTDI2 En.
Muhammad Amin AmirulZaman, YBrs. Pn Guru Besar SKTTDI 2 Pn Azlinda Sham
Abdullah Sani, YBrs. GPK PPKI, Pn Rohayati Ahmad dan semua barisan guru-guru
PPKI.

33

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

34

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

35

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

Program “MYCPR Awareness 2020” Bersama PPUM Tahun 2020
- Program ini merupakan satu inisiatif pihak sekolah bersama PIBG untuk memberi
pendedahan serta memupuk kesedaran kesihatan berkaitan teknik Cardiopulmonary
Resuscitation (CPR) kepada murid-murid tahap 1 dan 2 dari badan beruniform arus
perdana dan PPKI.
- Penerangan dan latihan amali CPR ini telah dilaksanakan oleh pihak Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM) yang terdiri daripada doktor terlatih, Dr. Mohd Afiq Mohd Nor
dan staf dari Jabatan Kecemasan dan Trauma PPUM.
- Turut serta di dalam program ini ialah YBrs. Naib Yang-Dipertua PIBG SKTTDI 2, En.
Muhammad Amin Amirul Zaman, YBrs. Puan Guru Besar, Pn. Azlinda Sham Abdullah
- Sani serta guru-guru badan beruniform SKTTDI 2.

36

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

Program Robotik Zon Tengah Bagi Murid Berkeperluan Khas Tahun 2020
- Program ini telah dijalankan pada 3 Mac 2020. Ia bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada PPKI untuk belajar kemahiran asas robotik.

37

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

38

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
Aktiviti Kokurikulum Tahun 2020

- Program mingguan yang dijalankan pada setiap hari Rabu pukul 2.00 petang – 4.00
petang untuk murid Tahap 2 PPKI (Tahun 4, 5 dan 6) melibatkan Unit Beruniform
Pengakap, Kelab Kraftangan, Kelab Tarian & Kebudayaan, Sukan Badminton dan
Permainan Dalaman Karom.

39

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

Program Jom Baca & Jadi Kreatif Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun
2020

- Program ini telah dijalankan pada 6 Oktober 2021. Namun, majlis penyampaian hadiah
telah diadakan pada 24 dan 25 November 2020 di Sektor Sumber Dan Teknologi
Pendidikan, JPWPKL, Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Pertandingan E-Mahabbah Peringkat Zon Bangsar Pudu Kuala Lumpur Tahun 2020
- Pertandingan e-Mahabbah peringkat Zon Bangsar Pudu telah dijalankan pada 29
September 2020 secara atas talian (Google Meet).
- PPKI SKTTDI(2) telah menghantar penyertaan sebanyak 5 kategori. 4 daripadanya
telah berjaya merangkul gelaran Johan iaitu e-Taranum (Umar Al-Khattab), e-Hafazan-
Lelaki (Arik Najhan) e-Hafazan Perempuan (Yasmina Salam Horani) dan e-Bercerita
(Muhammad Ezzat Hanif).

40

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

- Manakala kategori e-Nyanyian Solo yang diwakili Arissadura telah berjaya mendapat
tempat ke-3. Tahniah kepada semua pemenang!

‘Kuala Lumpur Information Technology (KLIT) For Youth with Disabilities’ Peringkat
Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) Tahun 2020

- Program anjuran JPWPKL ini telah dijalankan pada 2 dan 3 September 2021 secara
atas talian (Google Meet)

- Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran teknologi
maklumat di kalangan murid-murid PPK

41

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

Berikut adalah gambar-gambar program yang melibatkan PPKI dan kerja-kerja
penambahbaikan infrastruktur di blok PPKI yang telah dilaksanakan pada awal tahun
2021:

BIL PERKARA / AKTIVITI / PROGRAM TARIKH CATATAN
30.01.2021 Penyelenggaraan
1 Pintu tandas, rel, 2 unit kipas kelas
disleksia

2 Pembaikan longkang 30.01.2021

3 Lampu 28.02.2021

4 ‘KLIT Challenge For Youth With 03.08.2021 - Program dan aktiviti
Disabilities’ 09.09.2021 murid

5 Pertandingan e-sukan Pendidikan Khas 15.03.2021 -
peringkat JPWPKL 30.04.2021

6 Pertandingan e-mahabbah Pendidikan 10.05.2021 -
Khas peringkat negeri & kebangsaan 20.06.2021

7 Pertandingan e-kokurikulum Pendidikan 01.08.2021 -
Khas peringkat negeri dan kebangsaan 10.11.2021

Kerja-Kerja Baikpulih dan Penambahbaikan Infrastruktur Blok PPKI Tahun 2021

42

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
Pertandingan e-Mahabbah Peringkat JPWPKL Tahun 2021

43

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

44

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
Pertandingan e-Sukan Peringkat JPWPKL Tahun 2021

45

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)

46

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
Pertandingan KLIT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat JPWPKL Tahun
2021

47

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
Pertandingan e-Kokurikulum Peringkat JPWPKL & Kebangsaan Tahun 2021

48

LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28 SESI 2020 / 2021
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
Majlis Bacaan Yaasin Sempena Pembukaan Sekolah (PPKI) Pada 04 Oktober 2021

49


Click to View FlipBook Version