BUKIT
MALAWATI
KUALA SELANGOR
KUMPULAN 4
Mohd Khazrul Shalimi bin Azmi Muhammad Hilmi bin Abd Halim Muhammad Zafri bin Othman
289101 289135 289148
Yusniza binti Yusoff Idayu binti Mohd Yasin Nor Nadia binti Abu Zarin
289231 289049 289379
PENGENALAN
• Terletak di kawasan Pekan Lama Kuala Selangor dibawah pentadbiran
Majlis Perbandaran Kuala Selangor iaitu lebih kurang sejam perjalanan
atau 53 kilometer jarak dari pusat bandar Shah Alam.
• Merupakan sudut strategik kerana ia terletak di muara Sungai Selangor
yang mengalir ke Selat Melaka dengan menghadap ke Laut Selat Melaka
dan Sumatera Indonesia.
• Kota Malawati dianggarkan berkeluasan 30 ekar telah digazetkan sebagai
Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah pada 20 Julai 1977 di bawah
seksyen 15(1), Akta 168 (Akta Bendapurba 1976).
• Pada awal kurun ke-16, orang melayu telah membina kubu di Bukit
Melawati atas arahan Tun Mahmud Shah dari Kota Melaka dan kawasan ini
merupakan dibawah taklukkan empayar Melaka dan kemudianya dibawah
taklukkan empayar Johor.
• Pada akhir kurun ke 17 peneroka-peneroka bugis mula bertapak dan
menguasai di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu lalu menabal Raja
Lumu yang merupakan anakanda dari pangeran asal pejuang Bugis yang
terkenal iaitu Daeng Chelak sebagai Sultan Selangor yang pertama pada
tahun 1766 dengan menobatkannya Sultan Salahudin Shah.
LATAR BELAKANG KUALA SELANGOR
• Daerah Kuala Selangor menjadi daerah yang
signifikan kepada penggaluran sejarah penubuhan
institusi Kesultanan Negeri Selangor.
• Dikatakan nama Selangor berasal daripada
perkataan ‘langau’ yang merujuk kepada populasi
yang sering menghurung.
• Namun, nama Selangor berasal daripada hybrid
perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’ di pinggir Sungai
Selangor.
MONUMEN TINGGALAN SEJARAH
DI BUKIT MALAWATI
TANGGA SERATUS
• Dibina semasa pemerintahan Raja Lumu (Sultan
Salehuddin), Sultan Selangor yang pertama sekitar tahun
1766-1768.
• Bagi menghubungkan Jeti Pelabuhan Pengkalan Batu Buruk
di Kuala Selangor ke Kompleks pemerintahan Sultan
Salehuddin untuk mendapatkan perkenanan dari istana
bagi para pedangan luar untuk berniaga di Selangor.
• Ia diperbuat dari kepingan-kepingan batu granit yang
dikatakan mempunyai 100 anak tangga.
• Fakta ini dikuatkan lagi dari catititan pengembara English
dalam tulisannya oleh Isabella L. Bird (1831 – 1906)
BATU HAMPAR
• Batu hampar merupakan seketul batu dan
terletak di tengah-tengah pintu masuk Bukit
Malawati.
• Batu hampar berukuran 5x5x1 kaki persegi
dan tapaknya disokong oleh timbunan tanah
dan pasir.
• Ianya digelar batu hampar dan ada kalanya
dipanggil batu pemancung yang bermaksud
papan pemenggal kepala.
KOTA TANJUNG KERAMAT
• Diasaskan oleh Raja Lumu
(Sultan Salehuddin) sebagai pusat Latihan
ketenteraan dan kota kubu pertahanan
• merupakan hub pengawasan kepada lalulintas
kapal-kapal dagang yang singgah di Pengkalan
Batu Buruk
• Pernah diserang oleh pihak Belanda pada
tahun 1784 terhadap Kerajaan Kesultanan
Melayu Selangor di Bukit Malawati.
MERIAM tiga SULTAN
Meriam Sultan Salehuddin
• Diperbuat daripada besi, sepanjang 9 kaki 3.024 inci
dan lubang muzzle face berukuran 12 cm. Ukur lilit
depan bersaiz 76.2 cm, ukur lilit belakang bersaiz
137.16 cm, diameter mulut bersaiz 30 cm dan lubang
meriam bersaiz 12 cm.
Meriam Sultan Ibrahim
• Diperbuat daripada besi. Meriam ini telah meletup
dengan sendirinya buat pertama kalinya ketika hendak
dipindahkan sempena pembukaan Istana Alam Shah di
Klang. Meriam ini sekali lagi meletup dengan sendirinya
pada tahun 1976. Mitos mengatakan bahawa meriam ini
akan meletup dengan sendirinya setiap kali pertabalan
Sultan Selangor yang baharu.
Meriam Sultan Muhammad
• Diperbuat daripada besi kapasiti peluru antara 24
hingga 32 pound dan mempunyai paten Inggeris yang
bercorak touch bole pada vent field.
MERIAM BETOI BOGA/ PENGGAWA
• Dijumpai di Kuala Sungai Buloh pada 23 September 1961 dan dinamakan
sebagai Petoi Baga yang bermaksud ‘Puteri Putih’ dalam bahasa Bugis.
Dipercayai milik pemerintah Selangor ketiga iaitu Sultan Muhammad
yang mangkat pada tahun 1826.
• Dalam usaha untuk membawa meriam Petoi Boga pulang ke Kuala
Selangor , beberapa ritual dan ‘pujuk rayu’ telah dilakukan bertujuan
untuk memujuk meriam Petoi Baga dibawa ke Bukit Malawati.
• Antara syarat yang dikenakan ialah meriam ini hendaklah dinaikkan ke
dalam bot bermula dengan muncungnya, diletakkan berhampiran
makam sultan serta muncungnya dihalakan ke Kuala Sungai Buloh.
Meriam ini mesti dihalakan menghadap Pulau Besar, Melaka bertujuan
untuk mendapatkan meriam ‘jantan’ yang pernah menjadi pasangan
semasa era Kesultanan Melayu Melaka. Meriam ini dipercayai merupakan
meriam ‘betina’ dan badan meriam ini perlu dibalut dengan kain kuning
sebagai simbolik ‘aurat’.
• Untuk mengenang insiden ini, pada 29 September 1973, meriam Petoi
Boga telah ditukarkan nama kepada meriam Penggawa bersempena
jawatan Datuk Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Kuala Selangor.
MAKAM ANAK DARA
• Terletak di atas Bukit Tanjung Keramat.
• Dipercayai kepunyaan seorang gadis sunti dan warak iaitu
Rubiah yang dipaksa untuk berkahwin.
• Pada malam pernikahannya, Kuala Selangor bergelap gelita
dan Rubiah menghilangkan diri.
• Bapanya bermimpi Rubiah melarang daripada mencarinya
kerana ia telah mendapat tempat yang aman.
• Bapanya menemui selendang anaknya tersangkut di pokok.
Disebabkan itu, sebuah makam dibina berhampiran pokok
tersebut.
• Makam ini hanyalah replika.
PERIGI BERACUN
• Merupakan telaga yang berturap simen, berbentuk
bulat dan terletak di pinggir jalan ke Bukit Malawati
mengarah ke rumah rehat.
• Penderhaka atau pesalah dimasukkan ke dalam perigi
yang diisikan dengan air beracun iaitu miang rebung
dan pelbagai jenis getah beracun sehingga paras dagu
sehinggalah penderhaka atau pesalah tersebut tersiksa
sehingga mati.
• Dijadikan sebagai tempat siksaan dan hukum berat
kepada penderhaka sultan.
• Perigi yang ada sekarang bukanlah yang asal.
RUMAH API KUALA SELANGOR
• Rumah Api ini mula dibina pada tahun 1907 apabila penjajahan British keatas Tanah
Melayu dengan anggaran kos dibelanjakan sebanyak $77,965.00 dan beroperasi
sepenuhnya pada tahun 1910.
• Rumah Api Kuala Selangor ini pada mulanya dikenali dengan nama ‘Rumah Api
Altingsburg’ iaitu sempena nama Gabenor Belanda yang pernah berkuasa pada ketika
itu.
• Merupakan panduan arah atau petunjuk kepada kapal-kapal yang belayar melalui Selat
Melaka. Binaan Rumah Api ini berketinggian 83 meter dari dasar laut dan 27 meter dari
dasar darat dengan pancaran sinaran lampu sejauh 18 batu nautika atau 56 kilometer.
• Lampu ini mula beroperasi pada jam 7:30 petang hingga 7:30 pagi dengan corak 2 kali
kelipan pada setiap 15 saat.
• Diwartakan dibawah Jabatan Warisan Negara manakala pengurusannya adalah dibawah
Jabatan Laut Malaysia dan bangunan Rumah Api ini akan dicat dalam tempoh 3 tahun
sekali anggaran kos RM200 ribu.
BUSUT MALAWATI
• Merupakan satu busut atau bukit kecil yang dibina khas diatas Bukit
Malawati dengan panggilan nama Busut Malawati dengan keluasan 20x20
kaki persegi dan mempunyai ketinggian tidak kurang daripada 20 kaki serta
satu pohon sena yang kini telah berumur 200 tahun.
• Dibina pada era pemerintahan Sultan Selangor yang ke-2 iaitu Sultan
Ibrahim Shah.
• Menjadi tempat rekreasi seperti tempat berehat, tempat perundingan,
tempat delegasi aristocrat dan tempat aktiviti menyabong ayam pada
ketika itu.
• Dibawah busut ini dipercayai terdapat sebuah gua kecil yang menjadi
tempat penyimpanan harta raja-raja pada ketika itu.
• Sumber lisan masyarakat setempat mempercayai bahawa busut ini dijaga
oleh jelmaan yang dikenali sebagai ‘Datuk Puteh’ dan bersama beberapa
orang bendahari serta pengawalnya.
MAKAM TIGA SULTAN
• Terdiri dari 3 makam Sultan Selangor yang terawal
iaitu:
• Raja Lumu @ Sultan Salahuddin (1742 – 1778). Anak
sulung kepada Daeng Chalek (Pahlawan Bugis Lima
Bersaudara). Raja Lumu telah membebaskan
Selangor dari penguasaan Johor – Riau dan
membentuk kerajaan Sendiri. Ditabal pada 1756
sebagai Sultan Pertama.
• Sultan Ibrahim (1778 – 1826). Seorang yang gagah
dan berani.
• Sultan Mahmud (1826 – 1857). Pemerintahan agak
lemah kerana ketidakupayaan menguasai raja-raja
dan para pembesar di daerah lain. Disebabkan itu
berlakunya pecahan daerah di Selangor iaitu Kuala
Selangor, Bernam, Langat, Lukut dan Klang.
TELAGA TUJUH
• Asalnya sebuah telaga yang mempunyai
tujuh mata air yang tidak pernah kering.
• Tinggal sedikit sahaja telaga kerana telaga
lain sudah tertimbus.
• Masyarakat sering menggunakan ia sebagai
membayar niat.
• Menjadi kegunaan seharian ketika suatu
masa dahulu oleh mangsa banjir yang
terpaksa berpindah ke Pekan Kuala
Selangor.
MUZIUM SEJARAH DAERAH KUALA SELANGOR
• Terletak diatas tapak asas Kota Kesultanan Raja
Lumu.
Dahulunya merupakan bekas kediaman Pegawai
• Daerah Kuala Selangor.
• Ditakbir urus di bawah Perbadanan Adat Melayu &
Warisan Negeri Selangor.
• Riauitaun:g- pameran di kategorikan kepada 7 bahagian
(1) Sejarah Awal Kuala Selangor
(2) Asal-usul nama Negeri Selangor
(3) Sejarah Penubuhan Negeri Selangor
(4) Sejarah Institusi Kesultanan Selangor
(5) Koleksi artifak Daerah Kuala Selangor
(6) Sejarah Kota Pertahanan Kuala Selangor
(7) Tinggalan Sejarah Bukit Malawati yang masih
wujud.
BAITUL HILAL
• Bangunan Baitul hilal dibina
khas bagi mencerap hilal
Ramadhan (awal Puasa), Syawal
(Raya Aidilfitri) dan Zulhijjah
(Raya Qurban) di samping
cerapan bulan bagi setiap bulan
islam.
PERKHIDMATAN TRAM
• Kenderaan persendirian hanya
dibenarkan naik ke puncak Bukit
Malawati pada hari Isnin hingga Jumaat.
• Bagi mengelakkan kesesakan pada
hujung minggu,pengunjung boleh
menaiki tram yang boleh memuatkan
sehingga 50orang
• Bayaran - RM 5 bagi dewasa
- RM 3 untuk kanak-kanak
LOTONG
• Datang dari hutan bakau berhampiran tepi
laut di bawah kaki Bukit Malawati.
• Lotong atau nama
saintifiknya rachypithecus adalah haiwan
seakan monyet yang jinak.
• Pengunjung boleh memberi makanan
seperti sayur kacang dan pisang yang
dijual di atas Bukit Malawati.
TARIKAN LAIN DI
KAWASAN SEKITAR
KUALA SELANGOR
TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
• Meliputi kawasan seluas 240 hektar.
• Di bawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam
Malaysia.
• Taman ini dibahagikan kepada hutan hujan tropika
dan hutan paya bakau dipenuhi flora dan fauna.
• Menjadi tempat persinggahan burung yang
berhijrah dari Siberia ke Australia.
• Kemudahan seperti laluan khas bagi merentas
hutan, menara dan pondok untuk meninjau burung,
dan chalet bagi yang berminat untuk bermalam.
TAMAN IKAN AIR TAWAR
• Di bawah seliaan Majlis Daerah Kuala
Selangor.
• Didirikan pada tahun 2004 tetapi mula
beroperasi pada 2009.
• Terdapat lebih dari 60 spesis ikan air tawar
seperti ikan toman, ikan kelisa, ikan belida
kebanyakannya diperolehi dari Sungai
Selangor.
• Terdapat galeri bagi mendapat maklumat
lebih lanjut tentang jenis-jenis ikan,
peralatan menangkap ikan serta tempat
yang sesuai bagi menyimpan ikan air tawar.
KELIP-KELIP
• Terdapat di dua tempat iaitu di Kampung
Kuantan dan Bukit Belimbing.
• Pengunjung akan dibawa menyusuri sungai
Selangor dengan menaiki bot dengan kadar
sewa RM50.00.
• Kelip-kelip atau nama saintifiknya Pteroptyx
Tener biasanya berukuran 6 mm kelipan
pada kadar tiga kelipan sesaat.
• Kelip-kelip dikatakan bergantung hidup pada
cecair dari pokok berembang.
• Jangka hayat selama dua hingga tiga bulan
sahaja.
Kerosakan artifak dan monumen
• Beberapa artifak sejarah yang telah rosak
seperti meriam, tangga seratus dan bahan
pameran di ini menyebabkan artifak sejarah
ini tidak dapat menggambarkan situasi
sebenar sejarah yang berlaku.
• Cadangan - mewartakan Bukit Malawati jadi
peruntukan yang ada dapat disalurkan bagi
pembangunan dan pemuliharaan kawasan
sekitar Bukit Malawati
KESIMPULAN
• Peninggalan monumen yang terdapat di Kota Malawati merupakan antara warisan ketara yang
telah mencapai status Warisan Negeri Selangor dan digazetkan di bawah Akta Benda Purba pada
20 Julai 1977. Pengisahan ini menggalurkan sejarah kepentingan Kota Malawati, peradaban
masyarakat feudal dan kebergantungan sosioekonomi Selangor pada Selat Melaka.
• Kunjungan ke Kuala Selangor sememangnya menyeronokkan kerana dapat memberikan
pengalaman yang indah serta sayu melihat tapak-tapak peninggalan, pentadbiran dan kubu lama
disamping dapat mempelajari sejarah serta kisah lagenda yang terus menjadi tarikan sehingga
kini. Malah kunjungan ke Kuala Selangor juga memberi kepuasan kerana dapat menikmati
kesegaran makanan lautnya yang segar sambil melihat keindahan flora dan fauna semula jadi
sekeliling.