MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERENGGAN ISI KARANGAN MURID TINGKATAN 1 DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK IDEA BERKOTAK-KOTAK Siti Zubaidah binti Mahari SMK Pendeta Za’ba [email protected] ABSTRAK Kemahiran menulis karangan dalam subjek Bahasa Melayu Tingkatan 1 merupakan kemahiran yang sering ditunggu-tunggu oleh murid kerana mereka sangat teruja untuk mempelajarinya memandangkan kemahiran ini sangat relevan dan menarik perhatian mereka. Namun, pengkaji mendapati murid hanya berminat untuk mempelajari kemahiran menulis perenggan pendahuluan dan perenggan penutup sahaja. Seawal memasuki bahagian menulis perenggan isi, murid sudah mulai tidak fokus dan ketandusan idea sewaktu sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Hal ini yang demikian, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid mencipta isi bertepatan dengan arahan soalan dan dimensi karangan, mengaplikasikan contoh, kesan, ungkapan menarik, peribahasa dan aspek KBAT dalam penulisan serta menulis sekurang-kurangnya lima ayat dalam perenggan isi. Sebagai langkah alternatif bagi melaksanakan penilaian projek ini, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan Teknik Idea Berkotak-Kotak iaitu kaedah merangka isi dan ayat huraian berdasarkan kata petunjuk yang terdapat di dalam kotak. Seramai 10 orang murid tingkatan 1UIAM melaksanakan kajian ini selama 2 minggu. Data dipungut menggunakan analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan tindakan ini telah dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis karangan dan guru menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu Tingkatan 1. Kata kunci: Kemahiran menulis karangan, Bahasa Melayu, Kajian Tindakan
KIT META; MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TINGKATAN 4 DALAM SUBTOPIK PENYEDIAAN MEDIUM TANAMAN MENGIKUT NISBAH CAMPURAN PEMASUAN Hasnah binti Mohamed SMK Pendeta Za’ba [email protected] ABSTRAK Modul Penyediaan Medium Tanaman Mengikut Nisbah Campuran Pemasuan merupakan bab yang sangat penting dalam subjek MPV Landskap & Nurseri Tingkatan 4 kerana nisbah campuran pemasuan merupakan asas utama kepada proses penanaman yang betul. Dalam modul Penyediaan Medium Tanaman Mengikut Nisbah Campuran Pemasuan tingkatan 4, terdapat dua nisbah yang perlu diingat oleh murid iaitu nisbah campuran medium semaian dan nisbah campuran medium pemasuan. Namun, murid sering terlupa atau tertukar antara nisbah campuran medium semaian dengan nisbah campuran medium pemasuan. Hal ini yang demikian, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid mengenalpasti struktur tanah loam, bahan organik dan pasir sungai dengan baik dan dapat membezakan nisbah medium semaian dengan nisbah medium pemasuan. Sebagai langkah alternatif bagi melaksanakan penilaian projek ini, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart sebanyak satu kitaran dengan menggunakan intervensi Kit MeTa iaitu satu kit bertemakan medium penanaman. Seramai 10 orang murid tingkatan 4USM melaksanakan kajian ini selama 2 minggu. Data dipungut menggunakan pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan tindakan ini telah dapat membantu murid menguasai subtopik Penyediaan Medium Tanaman Mengikut Nisbah Campuran Pemasuan dan guru dapat menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Landskap & Nurseri tingkatan 4. Kata kunci : Nisbah Campuran, Medium Penanaman, Kajian Tindakan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TINGKATAN 1 DALAM SUBTOPIK LAKARAN PETA MALAYSIA MENGGUNAKAN TEKNIK LUTAK Fairuz binti Nasir SMK Pendeta Za’ba [email protected] ABSTRAK Bab lakaran peta Malaysia merupakan bab yang sering ditunggu-tunggu oleh murid kerana mereka sangat teruja untuk mempelajarinya memandangkan ia topik yang menarik perhatian mereka kerana boleh mengenali negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Dalam bab ini, terdapat tiga subtopik yang perlu dipelajari oleh murid iaitu negeri-negeri di Malaysia, melakar peta Malaysia dan ibu negeri serta ibu negara. Murid tidak menghadapi masalah untuk menyatakan negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Namun, apabila pengkaji mula menerangkan cara melakar peta Malaysia, murid sudah mulai bosan dan tidak memberikan perhatian sewaktu sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Malah apabila pengkaji meminta murid untuk melakar peta Malaysia, hasil yang ditunjukkan adalah sangat tidak memuaskan. Situasi ini sangat berbeza dengan sikap mereka yang sangat teruja dengan pelbagai respon sewaktu mempelajari subtopik negeri-negeri di Malaysia. Hal ini yang demikian, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid melakar peta Malaysia dengan betul dan mengenalpasti kedudukan negeri pada peta kerana lakaran peta yang dilukis adalah tidak tepat. Sebagai langkah alternatif bagi melaksanakan penilaian projek ini, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan teknik Lutak iaitu melukis petak untuk lakaran peta Malaysia yang lebih tepat. Seramai 10 orang murid tingkatan 1USM melaksanakan kajian ini selama 2 minggu. Data dipungut menggunakan analisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan tindakan ini telah dapat membantu murid menguasai subtopik peta Malaysia dan guru dapat menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Geografi tingkatan. Kata kunci : Peta Malaysia, Lakaran, Kajian Tindakan.
HIRAGANA AV KARUTA: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TINGKATAN 2 DALAM MENGENAL HURUF HIRAGANA BAHASA JEPUN Asmahani binti Ahmad @ Amros SMK Pendeta Za’ba [email protected] ABSTRAK Bab mengenal huruf Bahasa Jepun Tingkatan 1 merupakan bab yang agak mencabar memandangkan Bahasa Jepun mempunyai 3 jenis tulisan yang digunakan sekaligus dalam penulisan. Murid yang menguasai ketiga-tiga jenis tulisan tersebut akan dapat membaca dengan lancar. Sebaliknya, jika murid tidak menguasai ketiga-tiga jenis tulisan ini, pengkaji mendapati mereka akan ketinggalan dalam bab seterusnya, malah motivasi diri juga akan semakin merudum. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca huruf hiragana dan guru dapat menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Jepun tingkatan 2. Kajian ini membantu murid mengenalpasti bunyi serta membezakan huruf-huruf hiragana, seterusnya meningkatkan kemahiran membaca murid dalam Bahasa Jepun. Sebagai langkah alternatif bagi melaksanakan penilaian projek ini, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart sebanyak satu kitaran dengan menggunakan intervensi Hiragana AV Karuta iaitu set kad karuta bergambar serta audio. Seramai 8 orang murid Tingkatan 2UKM terlibat dalam pelaksanaan kajian ini selama 2 minggu. Data dipungut menggunakan analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan tindakan ini telah dapat membantu murid menguasai huruf Hiragana dan guru dapat menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Jepun Tingkatan 2. Kata kunci: Hiragana, Permainan Karuta, Kajian Tindakan
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TINGKATAN 4 DALAM BAB HINDARI DOSA -DOSA BESAR Siti Sarah Binti Yob SMK Pendeta Za’ba [email protected] ABSTRAK Bab hindari dosa - dosa besar dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan 4 merupakan bab yang di minati oleh murid kerana mereka sangat teruja untuk mempelajarinya memandangkan ia topik yang relevan dengan kehidupan dan menarik perhatian mereka. Namun, pengkaji mendapati murid menghadapi masalah untuk mengingat senarai dosa – dosa besar yang perlu dihindari dengan sempurna kerana tahap ingatan mereka sederhana dan lemah. Seawal memasuki subtopik hindari dosa- dosa besar, murid tiada masalah dan memberikan perhatian sewaktu sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Walaubagaimanapun apabila sesi soal jawab, murid menghadapi masalah untuk menyenaraikan dosa - dosa besar seperti yang diterangkan oleh guru. Sebagai langkah alternatif bagi melaksanakan penilaian kepada topik ini, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan Akronim Hindari Dosa -Dosa Besar. Seramai 10 orang murid tingkatan 4UUM melaksanakan kajian ini selama 1 minggu. Data dipungut menggunakan analisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan tindakan ini telah dapat membantu murid menguasai subtopik hindari dosa – dosa besar dan guru dapat menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Islam tingkatan 4. Kata kunci: Akronim Hindari Dosa Besar, Kajian Tindakan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TINGKATAN 5 GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL DALAM TOPIK LUKISAN PENGORAKAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN INOVASI DIGITAL “ECO PACK” Azleen Fazlia Binti Abu Kassim SMK Pendeta Za’ba [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam topik Lukisan Pengorakan menggunakan pendekatan inovasi digital “Eco Pack”. Kumpulan sasaran terdiri daripada muridmurid Tingkatan 5 UM SMK Pendeta Za’ba seramai dua orang. Komponen pengajaran dan pembelajaran kali ini melibatkan pendekatan STEM yang menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan seharian, masyarakat dan alam sekitar. Objektif bagi kajian ini adalah murid dapat menganalisis pengaplikasian kaedah terbaik dalam menghasilkan Lukisan Pengorakan berdasarkan bongkah, murid dapat mengenal pasti jenis Lukisan Pengorakan mengikut pengkelasan bongkah dan murid dapat menentukan kaedah yang akan digunakan dalam menghasilkan Lukisan Pengorakan berdasarkan analisis yang telah dilakukan. Melalui kajian ini, murid akan di rangsang minda kreatif untuk membuat penyiasatan terhadap topik Lukisan Pengorakan dengan 7 langkah yang perlu murid lalui untuk menghasilkan pembungkusan produk yang kreatif yang diberi nama “ECO PACK”. Seterusnya pengkaji menguji kefahaman murid dengan cabaran minda menggunakan kaedah menjawab kuiz Augmented Reality (A.R) dengan aplikasi MAKAR. Dapatan kajian mendapati 100% murid-murid meningkat dalam Ujian Selaras Satu 2022 dengan mendapat markah A- bagi kedua-dua murid terbabit. Impak daripada kajian ini adalah murid dapat mempelajari dan mengeksplorasi ilmu baharu kerana mampu merealisasikan lukisan pengorakan daripada 3 lakaran model yang direka dan dipilih secara rawak reka bentuk model yang terbaik untuk dijadikan sebagai prototaip penghasilan projek inovasi “ECO PACK”. Kata kunci: Grafik Komunikasi Teknikal, Lukisan Pengorakan, MAKAR, Eco pack
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TINGKATAN 5 DALAM MENGURUSKAN AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG MENGGUNAKAN APLIKASI HEALTHIFYME. Angeline a/p Veren SMK Pendeta Za’ba [email protected] ABSTRAK Tajuk pemakanan tingkatan 5 merupakan tajuk yang sangat diminati oleh murid-murid kerana makanan dan kehidupan harian tidak dapat dipisahkan. Namun pengkaji mendapati murid keliru dan tidak memberikan perhatian sewaktu sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan tidak dapat menjawab soalan yang diajukan. Pengkaji beranggapan bahawa murid tidak dapat mengaplikasikan kemahiran pengurusan diet dalam kehidupaan harian mereka. Hal ini yang demikian, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid menjelaskan maksud pengurusan diet seimbang dan sihat sepanjang hayat, mengaplikasikan kemahiran pengurusan diet seimbang dan sihat mengikut keperluan diri dan menilai kepentingan pemilihan diet seimbang dan sihat sepanjang hayat. Sebagai langkah alternatif bagi melaksanakan penilaian projek ini, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart sebanyak satu kitaran dengan menggunakan aplikasi HealtifyMe. Seramai 10 orang murid tingkatan 5UKM melaksanakan kajian ini selama 3 minggu. Data dipungut menggunakan analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan tindakan ini telah dapat membantu murid menguasai tajuk Pemakanan dan guru dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran PJPK tingkatan 5. Kata kunci: Pemakanan, Aplikasi HealtifyMe, Kajian Tindakan
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TINGKATAN 3 DALAM TOPIK REKA BENTUK MEKATRONIK MENGGUNAKAN BBM IPO - MEKATRON Nurul Hafizah Bt Ruzman SMK Pendeta Za’ba [email protected] ABSTRAK Bab reka bentuk mekatronik merupakan permulaan bab dalam tajuk Tingkatan 3. Bab ini menggabungkan empat elemen dalam aplikasi teknologi yang telah dipelajari murid semasa di Tingkatan 2. Murid akan merasa seronok mempelajari bab ini kerana akan membuat amali kerja tangan penambahbaikan pada produk asal yang diberikan. Walaubagaimanapun, pengkaji merasakan murid lebih teruja untuk membuat amali penambahbaikan berbanding mengenalpasti komponen yang akan ditambahbaik. Buktinya setiap kali dalam sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPc) murid sering bertanya bilakah amali kerja tangan akan dijalankan. Pengkaji beranggapan murid sukar mengenalpasti komponen kerana murid tidak memahami fungsi bagi setiap elemen dalam mekatronik. Hal ini yang demikian, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid mengenalpasti elemen dan fungsi elemen mekatronik dengan baik dan murid dapat menghasilkan gambar rajah blok produk mekatronik sedia ada. Sebagai langkah alternatif bagi melaksanakan penilaian projek ini, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart sebanyak satu kitaran dengan menggunakan intervensi bahan bantu mengajar iaitu papan gambar rajah blok yang dinamakan IPO – Mekatron di mana komponen produk akan dipasang dan disusun pada blok tersebut. Seramai 10 orang murid Tingkatan 3 UUM dan 3 UIAM melaksanakan kajian ini selama 2 minggu. Data dipungut menggunakan analisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan tindakan ini telah dapat membantu murid menguasai subtopik gambar rajah blok dan guru menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih berpusatkan kepada murid. Kata kunci : Mekatronik, Gambar rajah blok, Kajian Tindakan
BIODATA PEMBIMBING PENULISAN KAJIAN TINDAKAN MOHD LOQMANUL HAKIM BIN KAMARULDZAMAN SMK Pendeta Za’ba, Taman Paroi Jaya, 70400, Seremban Mohd Loqmanul Hakim bin Kamaruldzaman, merupakan Guru Cemerlang Sains di SMK Pendeta Za’ba Seremban. Mempunyai kelayakan dalam Master of Agricultural Science and Environmental Technology dari The University of Sydney, Australia. Berpengalaman dalam bidang Pendidikan Sains dengan memberi fokus kepada program pembudayaan STEM menengah rendah. Merupakan Duta Guru STEM KPMYayasan PETRONAS Kohort 2 & Edufluencer KPM 2022. Antara pencapaian beliau yang terkini ialah memenangi Pingat Platinum Pertandingan Inovasi PdP peringkat Antarabangsa dan cerpen beliau bertemakan Sains Fiksyen bertajuk “Malaysia Pada Tahun 2049: Kepentingan F_klon” telah diterbitkan dalam buku Antologi Kisah Future. Sepanjang berkhidmat selama 7 tahun, beliau aktif dalam penghasilan inovasi PdP STEM dan pembentangan Kajian Tindakan. Kini, beliau sedang menyambung pengajian peringkat PhD dalam bidang Pendidikan Sains dibawah tajaan KPM (HLPS), pengajian separuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
BIODATA PESERTA PENULISAN KAJIAN TINDAKAN NURUL HAFIZAH BT RUZMAN SMK Pendeta Za’ba, Taman Paroi Jaya, 70400, Seremban Nurul Hafizah Bt Ruzman, merupakan guru akademik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di SMK Pendeta Za’ba Seremban. Mempunyai kelayakan dalam Bachelor Sains Perhutanan dari Universiti Pertanian Malaysia dan pengkhususan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Sains Pertanian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berpengalaman selama 12 tahun dalam bidang Pendidikan bermula sebagai guru akademik Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sehingga KSSM dilaksanakan dimana matapelajaran KHB re-brand kepada RBT. Pernah menghadiri kursus RBT anjuran PPD dan panitia daerah dan kursus persendirian secara atas talian yang dikendalikan oleh guru pakar RBT. Juga pernah mengikuti kursus robotik Mindstorm EV3 anjuran Sasbadi dan Rero Edu sebagai guru penasihat kelab robotik. SITI SARAH BINTI YOB SMK Pendeta Za’ba, Taman Paroi Jaya, 70400, Seremban Siti Sarah Binti Yob merupakan Guru Pendidikan Islam di SMK Pendeta Za’ba Seremban. Mempunyai kelayakan dalam Sarjana Muda Dalam Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (Pendidikan Islam) Universiti Putra Malaysia. Berpengalaman mengajar Pendidikan Islam dari tingkatan 1 hingga 5. Telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 20 tahun.
SITI ZUBAIDAH BINTI MAHARI SMK Pendeta Za’ba, Taman Paroi Jaya, 70400, Seremban Siti Zubaidah binti Mahari merupakan Guru Akademik di SMK Pendeta Za’ba Seremban. Mempunyai kelayakan dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia. Bermajorkan Bahasa Melayu dan minor dalam bidang Kesusasteraan. Berpengalaman mengajar dalam bidang Bahasa Melayu. Beliau baru sahaja memulakan karier sebagai seorang pendidik bermula pada tarikh 1 Mac 2022 sebaik sahaja tamat pengajiannya. AZLEEN FAZLIA BINTI ABU KASSIM SMK Pendeta Za’ba, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Azleen Fazlia Bt Abu Kassim, merupakan Ketua Panitia Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) di SMK Pendeta Za’ba. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Berpengalaman dalam bidang pendidikan lukisan kejuruteraan selama 18 tahun dan 13 tahun mengajar Pendidikan Seni Visual. Memegang jawatan Ketua Panitia GKT dan Ketua Panitia PSV dalam Akademi Youtuber Malaysia peringkat kebangsaan. Antara pencapaian beliau yang terkini ialah memenangi Pingat Emas dan Special Award dalam Pertandingan Inovasi The National Innovation and Invention Competition (NIICE), pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi KonPPI-2 dan pingat Gangsa dalam pertandingan International Illnovasi Competition at the International Medical University (IMU) Learning Resources Festival 2022. Beliau aktif sebagai youtuber pendidikan yang diasah bakat dari Akademi Youtuber Malaysia dan mempunyai channel youtube Cikgu Leen yang memuatkan video-video pendidikan subjek Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) dan dan Pendidikan Seni Visual (PSV).
FAIRUZ BINTI NASIR SMK Pendeta Za’ba, Taman Paroi Jaya, 70400, Seremban Fairuz binti Nasir merupakan Guru Akademik di SMK Pendeta Za’ba Seremban. Mempunyai kelayakan dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Keusahawan dan Perdagangan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berpengalaman mengajar dalam bidang Geografi, Reka Bentuk Teknologi, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Antara penglibatan beliau ialah terlibat dalam pertandingan Young Innovators Challenge peringkat daerah. Beliau juga telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2021. Telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 8 tahun. ANGELINE A/P VEREN SMK Pendeta Za’ba, Taman Paroi Jaya, 70400, Seremban Angeline a/p Veren, merupakan Guru PJPK di SMK Pendeta Za’ba Seremban. Mempunyai kelayakan dalam Ijazah Sarjana Pendidikan Sains Sukan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Berpengalaman dalam bidang Pendidikan PJPK dan merupakan JUN KSSM PJPK.
ASMAHANI BINTI AHMAD @ AMROS SMK Pendeta Za’ba, Taman Paroi Jaya, 70400, Seremban Asmahani binti Ahmad @Amros merupakan Guru Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jepun) di SMK Pendeta Za’ba, Seremban. Mempunyai kelayakan dalam Ijazah Sarjana Muda TESL dari Pusat Pendidikan Persediaan, Universiti Teknologi Mara serta Teaching of Japanese as a Foreign Language (TJFL) dari Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah mendapat latihan dalam Special Invitation Programme for Japanese-Language Teachers di The Japan Foundation, Japanese-Language Institute Urawa, Jepun pada 2011. Beliau berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris sejak tahun 2003 manakala mula mengajar Bahasa Jepun pada tahun 2010 hingga sekarang. Beliau pernah terlibat sebagai panel penggubal Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan (DSKP) Bahasa Jepun Tingkatan 2 bersama Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai jurubahasa bagi Program Lawatan Homestay Hippo Club Japan ke Malaysia pada 2011. Beliau juga terpilih sebagai Counterpart Teacher dalam Program Nihongo Partner peringkat antarabangsa anjuran Japan Foundation dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2017. Antara pencapaian beliau sepanjang perkhidmatan ialah dianugerahkan Anugerah Guru Lonjakan Saujana bagi mata pelajaran English for Science and Technology SPM pada 2005 dan 2007 serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2008 dan 2017. HASNAH BINTI MOHAMED SMK Pendeta Za’ba, Taman Paroi Jaya, 70400, Seremban Hasnah binti Mohamed, merupakan Guru Akademik MPV Landskap & Nurseri di SMK Pendeta Za’ba Seremban. Mempunyai kelayakan dalam Bacelor Pendidikan Sains Pertanian (Kemahiran Hidup) dari Universiti Putra Malaysia. Berpengalaman dalam bidang Pendidikan MPV Landskap & Nurseri selama 10 tahun dan telah berkhidmat dalam dunia pendidikan bermula pada tahun 2008.
SEKALUNG PERNGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA; • TUAN HAJI MOHD ADNAN BIN SAFFII, PENGETUA CEMERLANG • BARISAN PENTADBIR • SEMUA GURU SMK PENDETA ZA’BA ATAS SOKONGAN YANG DIBERIKAN SEPANJANG SESI PEMBENTANGAN BERLANGSUNG