DISIPLIN 2026WARGA BERDISIPLIN WARGA BERJAYA
PAKAIAN SERAGAM*Pakaian Pelajar Lelaki*• Baju Kemeja• Baju putih berlengan pendek• Baju putih berlengan panjang (untuk kelas Aliran KAA)• Baju berlengan besar tidak dibenarkan.• Lengan baju tidak berlipat.• Baju hendaklah berkocek satu sahaja di sebelah kiri dada.• Leher baju mesti berkolar• Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar.• Butang baju hendaklah sentiasa dikancing.• Hanya singlet (baju dalam) berwarna putih (tanpa corak) dibenarkan.
*Seluar*• Seluar panjang berwarna hijau (olive green)• Seluar hendaklah potongan biasa dan tidak berfesyen.• Seluar tidak terlalu ketat dan pendek• Seluar tidak boleh berconteng.• Seluar tidak boleh dipakai di bawah pusat.
*TaliPinggang*Lebar tali pinggang tidak boleh melebihi 3cmKepala tali pinggang yang besar atau berfesyentidak dibenarkan.Hanya tali pinggang berwarna hijau dibenarkan.Tali pinggang kulit tidak dibenarkan.
*Pakaian Pelajar Perempuan*Pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai baju kurung dan bertudung.Tudung wajib melepasi bahu.Pelajar perempuan bukan Islam boleh memakai blouse dan pinafore. Walaupun demikian, pelajar perempuan bukan Islam dibenarkan memakai baju kurung dan wajib memakai simis terutama yang memakai baju kurung.
Baju Kurung dan tudung.Baju kurung teluk belanga (tradisional) mesti 2 inci labuhdari paras lutut dan berwarna putih.Baju kurung mesti longgar dan berkancing di leher.Tudung berwarna putih dan tidak terlalu singkat.Serkop kepala yang dibenarkan hanya yang berwarna putihsahaja.Kain berwarna biru laut dan menutup buku lali.Kain hendaklah tidak boleh berconteng
*Blouse dan Pinafore*• Blouse warna putih dan pinafore berwarna birul laut.• Hujung pinafore hendaklah labuh 3 inci di bawah paras lutut.• Lengan blouse hendaklah potongan biasa, tidak besar dan tidak terlipat.
*Lencana Sekolah, Tali leher dan Tanda Nama*• Lencana sekolah , tali leher dan tanda nama hendaklah dipakai sepanjang masa berada di sekolah.• Lencana dan tanda nama hendaklah dijahit pada pakaian seragam sekolah.• Lencana hendaklah dijahit pada kiri (pelajar perempuan) atau bahagian kocek baju / atas kocek (pelajar lelaki).• Tanda nama hendaklah dipakai di sebelah atas / bawah lencana sekolah, di tempat yang bersamaan dengan tengah saku (baju kurung) dan di atas paras saku (blouse/pinafore).
*Kasut dan Stokin*• Kasut kanvas berwarna putih / hitam (tanpa corak atau belang)• Kasut putih / hitam tidak boleh diconteng.• Stoking berwarna putih / hitam mesti melepasi buku lali.• Kasut kulit, ‘track’ dan ‘boot’ tidak dibenarkan.
*PENAMPILAN DIRI*• Rambut Pelajar Lelaki.• Rambut hendaklah pendek (tidak melebihi 3 inci) dan kemas.• Rambut depan tidak melebihi separuh paras dahi.• Rambut tepi tidak menutupi telinga.• Rambut belakang nipis dan tidak menyentuh kolar baju.• Potongan rambut tidak boleh berfesyen (seperti punk, diwarnakan, berekor, berjuntai dihadapan).• Pelajar dilarang mewarna rambut
Spesifikasi Rambut Yang Dibenarkan
• *Rambut Pelajar Perempuan*• Sama ada memakai telekung mini atau tidak.• Rambut tidak mencecah bahu.• Rambut yang panjang hendaklah diikat pada pangkal rambut dan ditocang. Hanya getah dan klip rambut sahaja yang dibenarkan. Fancy clip dan perhiasan rambut adalah dilarang• Reben yang boleh digunakan adalah yang berwarna putih, biru gelap atau hitam sahaja dan tidak berfesyen yang keterlaluan.
• *Barang Kemas dan Barang Perhiasan*• Semua bentuk barang kemas dan barang perhiasan adalah dilarang dibawa atau dipakai.• *Persolekan*• Pelajar dilarang membawa dan memakaisemua jenis alat solek• Pelajar dilarang mencukur atau mencabut bulu kening sama ada pelajar perempuan @ lelaki.
• *Lain-lain*• Pelajar perempuan bukan Islam yang berbaju kurung dikehendaki memakaianya secara sopan dan sentiasa mengancingkan butang baju kurungnya.• Pelajar lelaki dilarang membela misai dan janggut.• Semua pelajar tidak dibenarkan memelihara / menyimpan kuku yang panjang. Kuku mesti dalam keadaan bersih, pendek dan tidak diwarnakan.
LARANGAN !!!!• PELAJAR DILARANG MEMBAWA TELEFON BIMBIT.-sekiranya ditangkap membawa telefon bimbit, boleh ambil selepas SEBULAN dengan denda.- Sekiranya perasan TERbawa, terus beri kepada guru untuk disimpan dan ambil semasa balik.
LARANGAN !!!!• PELAJAR DILARANG MEMBAWA / HISAP / MEMILIKI VAPE- Sekiranya pelajar ditangkap membawa atau menghisap atau memiliki vape, mandatori GANTUNG SEKOLAH dan boleh dibuang sekolah sekiranya berulang.
LARANGAN !!!!• PELAJAR DILARANG BAWA / HISAP/ MEMILIKI ROKOKSekiranya pelajar ditangkap membawa atau menghisap rokok, akan diberi amaran @ surat amaran @ gantung @ buang.- (mengikut tahap kesalahan@ pengulangan kesalahan)
LARANGAN !!!!• PELAJAR DILARANG MERAYAU / KELUAR KELAS TANPA KEBENARAN DAN PAS KELUAR- Sekiranya ditangkap hukuman disipilin akan dikenakan sama ada rotan @ amaran @ surat amaran.(mengikut tahap kesalahan@ pengulangan kesalahan)
LARANGAN !!!!• PELAJAR DILARANG BERSIDAI DIKORIDOR- Demi keselamatan, pelajar dilarang bersidai di koridor kelas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
LARANGAN !!!!• PATUHI ARAHAN GURU SEMASA DI MAKMAL DAN BENGKEL- Bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini semasa pdpc di makmal dan bengkel, sila patuhi arahan guru. JANGAN ambil mudah perkara ini
LARANGAN !!!!• Pelajar di Larang Ponteng Kelas• Pelajar di Larang Ponteng Sekolah- Sekiranya ditangkap hukuman disipilin akan dikenakan sama ada rotan @ amaran @ surat amaran.(mengikut tahap kesalahan@ pengulangan kesalahan)
LARANGAN !!!!• Dilarang Rambut Berfesyen
LARANGAN !!!!• Pelajar Perempuan dilarang memakai dan membawa alat solek (make up)- Sekiranya ditangkap hukuman disipilin akan dikenakan sama ada rotan @ amaran @ surat amaran.(mengikut tahap kesalahan@ pengulangan kesalahan)
LARANGAN !!!!• BIADAP Dengan Guru- Sekiranya ditangkap hukuman disipilin akan dikenakan sama ada rotan @ surat amaran @ gantung @ buang(mengikut tahap kesalahan@ pengulangan kesalahan)
AKTIVITI LUAR PDP WAKTU PETANG / PAGI- Sekiranya pelajar terlibat dengan aktiviti luar pdpc pada waktu petang / pagi seperti Kelas Tambahan, Latihan Sukan, Latihan Koir, dan sebagainya, pelajar WAJIB memakai pakaian beridentiti sekolah seperti t-shirt KrMJ, t-shirt Koko Hijau, berseluar TIDAK KETAT, Bertudung sekolah, (Tidak dibenarkan Shawl) dan BERKASUT
MOTORSIKAL- Pelajar Ting 4 dan 5 sahaja dibenarkan untuk memakir motor di kawasan parkir dengan bersyarat.- Sekiranya kawasan parkir telah penuh motor yang lewat tidak akan dibenarkan memakir di kawasan parkir- Pintu pagar kawasan parkir akan ditutup jam 7.15 pagi walaupun masih ada kosong. Dan pelajar tidak dibenarkan memakir di kawasan parkir.
PEMAKAIAN PELAJAR- Isnin – Uniform sekolah- Selasa – KrMJ- Rabu – t-shirt / uniform lengkap Badan Beruniform- Khamis – Uniform sekolah / baju koko hijau- Jumaat – Uniform sekolah / baju melayu & baju kurung KAA
• PELAJAR-PELAJAR JUGA DILARANG MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH
KESIMPULAN• DATANG SEKOLAH DENGAN NIAT UNTUK BELAJAR DAN MENJADI ANAK/PELAJAR YANG BAIK UNTUK IBUBAPA DAN GURU.• MANUSIA MEMPUNYAI AKAL FIKIRAN YANG BAIK. TAHU MEMBEZAKAN YANG MANA BAIK DAN MANA YANG BURUK.