The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normyazariquef, 2020-10-05 05:04:36

PCDC Handbook testing

PCDC Handbook testing

BUKU PANDUAN
IBU BAPA DAN PENJAGA

Dikeluarkan Oleh:
Kumpulan Syarikat Perodua

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka
Surat
Bahagian I
1.0 PENGENALAN 4
5
1.1 Pendahuluan 6
1.2 Tafsiran 7
1.3 Latar Belakang 8
1.4 Objektif Penubuhan 8
1.5 Waktu Operasi
1.6 Kemudahan 10
10
Bahagian II 10
2.0 PENDAFTARAN & PEMBERHENTIAN 11

2.1 Pendaftaran 12
2.1.1. Kelayakan Pekerja 12
2.1.2. Kelayakan Anak-Anak 13
2.1.3. Dokumen Sokongan
2.1.4. Carta Aliran Pendaftaran 13
14
2.2 Yuran
2.2.1. Jadual Yuran 16
2.2.2. Bayaran Tambahan 17
2.2.3. Terma Pembayaran 17
18
2.3 Pemberhentian 19
2.3.1. Sebab-Sebab Pemberhentian 19
2.3.2. Carta Aliran Pemberhentian 19

Bahagian III 21
3.0 PANDUAN IBU/BAPA/PENJAGA 21
21
3.1 Peranan dan Tanggungjawab Ibu/Bapa/Penjaga 22
3.2 Buku Log Harian
3.3 Barang Keperluan Harian 24
3.4 Kebersihan dan Kesihatan 24
3.5 Bekalan Makanan 26
3.6 Panduan Komunikasi 28
3.7 Kes Kecemasan 29
34
Bahagian IV
4.0 AKTIVITI PEMBELAJARAN

4.1 Jadual Harian
4.2 Aktiviti Luar/Tambahan
4.3 Menu Harian
4.4 Pakaian Seragam

Bahagian V
5.0 MAKLUMAT TAMBAHAN

5.1 Senarai Penyakit Berjangkit
5.2 Keselamatan & Peraturan Lawatan PCDC
5.3 Soalan Lazim
5.4 Hubungi Kami
5.5 Lampiran
5.6 Galeri

2

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

BAHAGIAN I
1.0 PENGENALAN

3

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama
1.1 PENDAHULUAN

Buku Panduan ini diwujudkan bagi memberi panduan kepada ibu/bapa/penjaga yang berhasrat
untuk menghantar anak di Perodua Child Development Centre (PCDC) bermula daripada
proses pendaftaran, pembelajaran sehingga pemberhentian. Maklumat yang disalurkan di
dalam buku ini akan memberi kemudahan kepada para ibu/bapa/penjaga untuk membuat
semakan sekiranya terdapat kemusykilan berkaitan hal-hal pentadbiran PCDC mahupun hal-
hal berkaitan anak-anak yang dihantar.
Panduan ini juga tidak menyekat Perodua daripada menggubal Undang-Undang, Polisi &
Peraturan yang ada dari semasa ke semasa untuk memastikan pihak ibu/bapa/penjaga
mendapat maklumat terkini dan betul. Sebarang perubahan akan diberitahu melalui notis, surat
pekeliling atau edisi baru buku ini.
Sehubungan itu, pihak pengurusan Perodua berharap agar para ibu/bapa/penjaga dapat
memahami dengan jelas serta mematuhi segala peraturan dan syarat yang telah ditetapkan
demi kebaikan bersama.

4

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

1.2 TAFSIRAN

“Kumpulan Syarikat Perodua” terdiri daripada Perusahaan Otomobil Sdn Bhd, Perodua Sales
Sdn Bhd, Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Perodua Engine
Manufacturing Sdn Bhd dan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd.

“pengurusan Perodua” bermaksud pegawai di Jabatan Sumber Manusia yang bertanggungjawab
dalam pengurusan hal ehwal PCDC.

“pengurusan PCDC” bermaksud Operator yang dilantik oleh Perodua sebagai pengendali
taska/tadika PCDC.

“pekerja” bermaksud pekerja Kumpulan Syarikat Perodua.

“kakitangan PCDC” bermaksud pekerja di PCDC termasuk, guru-guru, pembantu guru, pembantu
tadbir serta pengendali.

“taska” ialah kategori anak dari 3 hingga 4 tahun.

“tadika” ialah kategori anak dari 5 hingga 6 tahun.

“transit harian” bermaksud anak-anak pekerja Perodua yang tidak didaftarkan di PCDC tetapi
ingin menghantar anak di PCDC semasa musim cuti sekolah atau sebab-sebab kecemasan seperti
pengasuh bercuti atau sebab-sebab lain.

“penyakit berjangkit” penyakit yang boleh merebak kepada orang lain melalui udara, air,
makanan atau sentuhan cecair badan yang mengandungi pathogen (agen penyakit).

“Pegawai Perubatan Bertauliah” pegawai perubatan yang disahkan dan didaftarkan di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“alat bantu mengajar” kelengkapan yang digunakan oleh tenaga pengajar dan murid untuk
membantu dalam menyampaikan pengajaran.

“Lampiran I” adalah senarai yuran tahunan serta bayaran tambahan mengikut peringkat umur.

“Lampiran II” adalah senarai jadual harian mengikut peringkat umur.

“Lampiran III” adalah takwim aktiviti tahunan PCDC.

“Lampiran IV” adalah menu harian mengikut peringkat umur.

5

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

1.3 LATAR BELAKANG

1.3.1. Perodua Child Development Centre (PCDC) mula dibina pada 4 Ogos 2014 dan mula
beroperasi pada 1 September 2016.

1.3.2. Di awal penubuhan PCDC, terdapat seramai 44 anak-anak pekerja Perodua dari
semua kategori iaitu bayi, kanak-kanak dan pelajar tadika.

1.3.3. PCDC terdiri daripada 3 blok bangunan yang boleh menempatkan seramai 250 orang

kanak-kanak dan ianya terdiri daripada:
 Blok A – 1 bilik asuhan bayi dan 1 bilik kanak-kanak yang berumur 2 bulan

sehingga 2 tahun.
 Blok B – 4 bilik taska untuk anak-anak berumur 3 – 4 tahun.
 Blok C – 4 kelas tadika untuk anak-anak berumur 5 – 6 tahun dan 2 bilik transit

untuk anak-anak berumur 7 – 12 tahun.

1.3.4. PCDC beroperasi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1.3.5. PCDC juga diinspirasikan daripada program PERMATA Negara yang merupakan
program asuhan dan didikan awal kepada kanak-kanak yang menawarkan
pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus kanak-kanak
untuk menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke
alam persekolahan kelak.

6

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama
1.4 OBJEKTIF PENUBUHAN

1.4.1. Untuk menyediakan kemudahan “one-stop childcare centre” kepada pekerja Perodua
bagi penjagaan kanak-kanak di kawasan berhampiran tempat kerja.

1.4.2. Untuk memastikan pekerja berada dalam persekitaran kerja yang kondusif, dan
seterusnya meningkatkan produktiviti dan sahsiah pekerja.

1.4.3. Untuk menyediakan persekitaran yang sesuai dan terbaik untuk anak-anak pekerja
Perodua (dalam pendidikan awal kanak-kanak).

1.4.4. Masa perjalanan yang singkat untuk menghantar dan mengambil anak-anak.
1.4.5. Sebahagian daripada usaha pengekalan pekerja.

7

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama
1.5 WAKTU OPERASI

PCDC beroperasi mengikut kalendar hari bekerja Kumpulan Perodua termasuk cuti-cuti yang
dijadualkan. Waktu operasi PCDC bermula daripada jam 7.00 pagi sehingga 7.00 petang dan
lanjutan sehingga 8.00 malam (mengikut terma dan syarat).

1.6 KEMUDAHAN
 Padang
 Taman permainan
 Tapak semaian
 Kolam aktiviti
 Perpustakaan
 Bilik darjah berhawa dingin
 Bilik komputer
 Bilik sakit
 Dewan makan
 Kamera litar tertutup
 Kawasan berpagar
 24 jam kawalan keselamatan
 Tandas khas kanak-kanak
 Ruang kanak-kanak menunggu yang selesa dan kondusif
 Laluan foyer untuk menghantar dan mengambil anak-anak

8

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

BAHAGIAN II
2.0 PENDAFTARAN & PEMBERHENTIAN

9

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama
2.1 PENDAFTARAN

2.1.1. Kelayakan pekerja
a) Ibu atau bapa atau kedua-duanya adalah pekerja Kumpulan Syarikat Perodua yang
terdiri daripada semua peringkat.
b) Ibu atau bapa atau kedua-duanya adalah pekerja tetap dan kontrak jangka panjang
melebihi setahun.

2.1.2. Kelayakan anak-anak
a) Anak yang sudah dilahirkan dan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.
b) Berumur 2 bulan sehingga 12 tahun.
c) Tahap kesihatan anak yang memuaskan tanpa memerlukan penjagaan khas
mengikut saranan pegawai perubatan yang berdaftar.

2.1.3. Dokumen sokongan
a) Borang pendaftaran mengikut kategori anak.
b) Borang akuan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
c) Salinan sijil kelahiran atau mykid anak.
d) Salinan rekod imunisasi dalam buku rekod kesihatan anak yang perlu dikemaskini
setiap tahun.
e) 2 keping gambar anak berukuran passport yang perlu dikemaskini setiap tahun.
Permohonan yang berjaya adalah berdasarkan pendaftaran terawal menggunakan
konsep ‘first come, first serve’. Walaubagaimanapun, pihak syarikat mempunyai kuasa
mutlak atas segala keputusan kemasukan anak-anak ke PCDC.
Pendaftaran terawal merujuk kepada pekerja yang menghantar borang pendaftaran
yang lengkap beserta dokumen sokongan. Sebarang tempahan tempat tanpa
penghantaran borang yang lengkap tidak akan dilayan.

10

2.1.4 Carta aliran pendaftaran: Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

Pekerja mengisi Pelajar melalui
borang pendaftaran tempoh percubaan

selama 1 bulan

Pekerja
menghantar
borang kepada
Jabatan Sumber

Manusia

Berjaya

Kelulusan

Tidak* Ya

Tidak* Ya

Pekerja Anak tidak Anak
menyerahkan meneruskan meneruskan
borang permohonan sesi tadika/ sesi tadika/
kepada pihak
pengurusan PCDC taska di taska di
PCDC PCDC

Pekerja
membuat
pembayaran

Tamat

*Pihak pengurusan PCDC akan memberikan pengesahan kepada pekerja sekiranya anak pekerja
tidak berjaya meneruskan sesi tadika/taska di PCDC

11

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

2.2 YURAN

2.2.1. Jadual Yuran (Rujuk Lampiran I)

Ibu/bapa/penjaga akan dibekalkan dengan senarai yuran tahunan dan bulanan yang
perlu dibayar mengikut kategori anak.

2.2.2. Bayaran Tambahan (Rujuk Lampiran I)
a) Bayaran lebih masa akan dikenakan selepas jam 7.00 petang dan dihadkan
sehingga jam 8.00 malam sahaja. Pada bulan Ramadhan, bayaran lebih masa dikira
selepas jam 6 petang.
b) Bayaran transit harian pada hari Isnin hingga Ahad & cuti umum.
c) Pelajar transit sekolah rendah yang membayar yuran bulanan akan dikenakan
bayaran tambahan dalam dua keadaan berikut:
i. Hadir ke taska kerana tidak ke sekolah pada hari persekolahan.
ii. Hadir ke taska pada musim cuti sekolah.
d) Pekerja yang perlu menghantar anak ke PCDC berdasarkan situasi seperti di
bawah:

Bil. Situasi Caj

Syarikat cuti tetapi pekerja perlu menghantar Bayaran tambahan
1. anak: mengikut Cuti Umum

a) Jika pekerja cuti/cuti ganti sempena Cuti Tiada bayaran
Umum*
Tiada bayaran
b) Jika pekerja cuti Compulsory Annual Bayaran tambahan
Leave (CAL)
mengikut hari
Syarikat menetapkan kerja ganti pada hari Sabtu/Cuti Umum
2. Sabtu/Cuti Umum:

a) Pekerja perlu bekerja

b) Pekerja tidak perlu bekerja tetapi perlu
hantar anak

Contoh:

Bil. Situasi Penjelasan Caj

1. Pekerja PMSB/PGMSB Cuti ganti sempena Bayaran tambahan cuti
cuti tetapi ingin Cuti Umum umum dikenakan
menghantar anak
Compulsory Annual Tiada bayaran
2. Pekerja PSSB cuti tetapi Leave (CAL) tambahan
ingin menghantar anak
Cuti Umum Bayaran tambahan cuti
umum dikenakan

12

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama
2.2.3. Terma Pembayaran

a) Bayaran bulanan hendaklah diserahkan sebelum 3hb pada setiap bulan pada bulan
semasa.

b) Bayaran sebanyak 50% dikenakan sekiranya anak-anak tidak hadir ke PCDC
selama sebulan berdasarkan terma dan syarat.

c) Semua jenis bayaran perlu dibuat mengikut kaedah pembayaran yang telah
ditetapkan.

2.3 PEMBERHENTIAN
2.3.1. Sebab-sebab pemberhentian
a) Pekerja menamatkan perkhidmatan dengan Perodua secara sukarela atau bersara.
b) Pekerja ditamatkan perkhidmatan oleh Perodua.
c) Pekerja secara sukarela untuk tidak meneruskan sesi tadika/taska anak-anak di
PCDC atas sebab-sebab tertentu.
Sekiranya situasi pemberhentian berlaku seperti di atas, ibu atau bapa perlu
menguruskan pemberhentian anak di PCDC dengan serta merta dengan merujuk
kepada carta aliran pemberhentian (klausa 2.3.2). Tarikh akhir anak-anak berada di
PCDC adalah sebelum atau sama dengan tarikh akhir ibu atau bapa berkhidmat di
Perodua.

13

2.3.2. Carta Aliran Pemberhentian: Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

Pekerja mengisi Pekerja menyerahkan
borang borang lengkap
kepada PCDC
pemberhentian
menyatakan sebab- PCDC memberi surat
sebab pemberhentian pengesahan

pemberhentian

PCDC memulangkan
bayaran*

Tamat

*Sebahagian bayaran akan dipulangkan dalam bentuk barangan seperti buku pelajaran dan
perkakas aktiviti anak-anak di sekolah.

14

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

BAHAGIAN III
3.0 PANDUAN IBU/BAPA/PENJAGA

15

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

3.1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU/BAPA/PENJAGA

3.1.1. Ibu/bapa/penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat yang ditetapkan tanpa
mengganggu aliran perjalanan kenderaan yang lain semasa menghantar mahupun
mengambil anak-anak.

3.1.2. Ibu/bapa/penjaga tidak boleh merokok dan meludah di persekitaran dalam dan luar
PCDC dan perlu sentiasa menjaga kebersihan PCDC.

3.1.3. Ibu/bapa/penjaga mestilah berpakaian sopan, bersesuaian dan berpenampilan kemas
ketika berada di dalam kawasan PCDC.

3.1.4. Ibu/bapa/penjaga mestilah berkelakuan baik dan berkomunikasi secara berhemah
serta mewujudkan perhubungan yang baik dan harmoni sesama ibu/bapa/penjaga
serta kakitangan PCDC.

3.1.5. Ibu/bapa/penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan PCDC seperti ruang anak-
anak belajar, ruang tidur dan dapur PCDC tanpa kebenaran daripada pengurusan
PCDC.

3.1.6. Ibu/bapa/penjaga adalah dilarang mengambil gambar anak-anak di PCDC untuk apa
jua tujuan (kecuali untuk kegunaan PCDC) tanpa kebenaran daripada pihak
pengurusan PCDC.

3.1.7. Ibu/bapa/penjaga yang ingin melawat anak perlu mematuhi peraturan ketika lawatan
serta mendapatkan kebenaran awal daripada pengurusan PCDC.

3.1.8. Ibu/bapa/penjaga perlu memastikan anak-anak tidak memakai atau membawa
sebarang barangan berharga dan merbahaya di dalam kawasan premis PCDC.

3.1.9. Ibu/bapa/penjaga dikehendaki menyediakan keperluan peribadi anak-anak dan
memastikan barang-barang yang dibawa dilabelkan dengan nama anak masing-
masing.

3.1.10. Ibu/bapa/penjaga perlu sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan harian anak-
anak dan komunikasi harian guru-guru kepada ibu/bapa/penjaga pada setiap hari.

3.1.11. Ibu/bapa /penjaga perlu memastikan sebarang tugasan harian anak yang dibawa
pulang diselesaikan jika diminta oleh guru-guru di PCDC.

3.1.12. Ibu/bapa/penjaga mestilah memberi keutamaan dan sentiasa peka kepada kebajikan
anak-anak serta menghormati hak-hak mereka.

3.1.13. Bagi ibu yang masih menyusukan anak, perlu mengikuti peraturan yang telah
digariskan di dalam peraturan PCDC berkenaan prosedur bekalan susu ibu.

3.1.14. Ibu/bapa/penjaga dilarang sama sekali melengah-lengahkan bayaran pada setiap
bulan tanpa sebab yang munasabah dan jika berlaku ia mestilah dimaklumkan kepada
pihak pengurusan PCDC.

16

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

3.1.15. Jika terdapat sebarang konflik, ibu/bapa/penjaga perlu berbincang secara berkhemah
mengikut panduan komunikasi yang telah ditetapkan.

3.1.16. Adalah menjadi tanggungjawab ibu/bapa/penjaga untuk memaklumkan
Penyelia/Operator PCDC jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi bagi
memudahkan untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan (Cth: perubahan alamat
atau nombor telefon).

3.1.17. Ibu/bapa/penjaga berhak untuk membuat sebarang aduan mengenai sesuatu perkara
di PCDC yang berkenaan dengan anak-anak mereka samada melalui pengurusan
PCDC atau pengurusan Perodua.

3.1.18. Pihak PCDC sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dari pihak
ibu/bapa/penjaga untuk kepentingan perkembangan anak-anak di PCDC.

3.2 BUKU LOG HARIAN

3.2.1. Buku Log Harian ini bertujuan untuk kelancaran komunikasi di antara
ibu/bapa/penjaga dan pengasuh di taska.

3.2.2. Buku Log Harian ini disediakan untuk anak-anak berumur 0 hingga 2 tahun.

3.2.3. Ibu/bapa/penjaga perlu mencatatkan keadaan kesihatan dan fizikal anak serta
sebarang maklumat yang perlu dimaklumkan kepada pihak PCDC secara harian

3.2.4. Ibu/bapa/penjaga dikehendaki mengisi Buku Log Harian pada setiap hari dan
menyerahkan kepada pengasuh setiap kali menghantar anak ke PCDC untuk
dikemaskini.

3.2.5. Buku ini boleh didapati di pejabat PCDC dan perlu membeli yang baru sekiranya ada
keperluan.

3.3 BARANG KEPERLUAN HARIAN

Berikut adalah antara keperluan yang perlu disediakan oleh ibu/bapa/penjaga.
Ibu/bapa/penjaga dinasihatkan untuk melabel nama anak pada setiap keperluan tersebut untuk
mengelakkan kejadian bertukar barang keperluan.

3.3.1. 2 bulan - 1 tahun
a) Tilam/toto kecil dan sarung tilam
b) Bantal dan sarung bantal
c) Perkakas mandi dan selepas mandi
d) 4 helai lampin pakai buang dan 4 pasang baju
e) Tuala mandi (dibawa pulang setiap minggu)
f) Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor
g) Botol susu dan susu secukupnya

17

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

3.3.2. 2 tahun – 6 tahun
a) Bantal dan sarung bantal
b) Perkakas mandi dan selepas mandi
c) 3 helai lampin pakai buang (jika perlu) dan 3 pasang baju
d) Tuala mandi (dibawa pulang setiap minggu)
e) Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor
f) Botol susu dan susu secukupnya

3.3.3. 7 hingga – 12 tahun
a) Perkakas mandi dan selepas mandi
b) 2 pasang baju
c) Tuala mandi (dibawa pulang setiap minggu)
d) Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor
e) Baju uniform sekolah dan buku

3.4 KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

3.4.1. Ibu/bapa/penjaga harus memastikan anak-anak di dalam keadaan bersih apabila tiba
di PCDC.

3.4.2. Bayi dan anak-anak menggunakan lampin pakai buang (jika masih perlu
menggunakannya) bagi tujuan kebersihan.

3.4.3. Penyakit berjangkit: Ibu/bapa/penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar anak
yang mengalami penyakit seperti HFMD, H1N1, campak, sakit mata dan lain-lain
penyakit berjangkit ke PCDC sehingga mendapat pengesahan dari pegawai
perubatan bertauliah bahawa anak tersebut telah pulih sepenuhnya.

3.4.4. Ibu/bapa/penjaga dikehendaki memaklumkan secara bertulis atau lisan tentang
kesihatan anak-anak yang perlu diberi perhatian oleh pengasuh contohnya alergi,
lelah, G6PD, alahan susu dan makanan tertentu.

3.4.5. Ibu/bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada kakitangan PCDC sekiranya anak-
anak perlu mengambil ubat tertentu dan dinasihatkan untuk meninggalkan pesanan
penting (cth: jenis dan dos pengambilan ubatan) secara bertulis kepada kakitangan
PCDC.

18

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

3.5 BEKALAN MAKANAN

3.5.1. Ibu/bapa/penjaga dibenarkan untuk membawa makanan yang dibekalkan daripada
rumah.

3.5.2. Ibu/bapa/penjaga tidak digalakkan untuk membawa makanan yang tidak berkhasiat
ke sekolah bagi mendidik anak-anak untuk makan makanan berkhasiat.

3.5.3. Ibu/bapa/penjaga perlu memastikan bekalan makanan yang dibawa bersih dan tidak
menyebabkan kepada kemudaratan kepada anak serta anak-anak lain.

3.5.4. Ibu/bapa/penjaga digalakkan untuk membawa bekalan makanan sekiranya anak
mempunyai alahan kepada makanan tertentu.

3.6 PANDUAN KOMUNIKASI

3.6.1. Sebarang maklumat, aduan atau cadangan penambahbaikan mengenai
perkhidmatan PCDC perlu melalui saluran yang betul samada melalui pihak
pengurusan Perodua atau PCDC.

3.6.2. Aduan dan cadangan perlu:
a) Secara bertulis – email/surat/aplikasi Whatsapp
b) Menyertakan bukti – rakaman video atau gambar (jika ada).

3.6.3. Membudayakan amalan komunikasi yang berhemah demi mewujudkan hubungan dua
hala yang positif dan menjaga sensitiviti serta keharmonian bersama.

3.6.4. Dilarang berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau tanpa
mengetahui punca yang berunsur negatif kepada sesama ibu/bapa/penjaga atau
mana-mana pihak samada secara lisan ataupun bertulis.

3.7 KES KECEMASAN

Sekiranya berlaku kecemasan di PCDC, ibu/bapa/penjaga perlu mengambil tindakan berikut:
a) Mendapatkan anak dalam kadar segera mengikut prosedur meninggalkan tempat kerja

jika diminta berbuat demikian.
b) Memaklumkan kepada kakitangan PCDC tindakan awal yang perlu di ambil terhadap

anak.
c) Sekiranya berada diluar kawasan, maklumkan butiran keluarga terdekat untuk dihubungi.
d) Dalam kes penyakit berjangkit, anak perlu diambil serta merta dan mendapatkan

penjagaan luar dari PCDC sehingga tempoh yang ditetapkan oleh pegawai perubatan
yang merawat.

19

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

BAHAGIAN IV
4.0 AKTIVITI PEMBELAJARAN

20

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama
4.1 JADUAL HARIAN

Jadual waktu anak-anak adalah berbeza mengikut peringkat umur, pakej pembelajaran atau
aktiviti yang telah didaftarkan. PCDC juga menjalankan program-program tambahan kepada
anak-anak selain aktiviti wajib seperti yang dijadualkan. Program tambahan ini tidak diwajibkan
dan mempunyai bayaran tambahan. (Rujuk Lampiran II)

4.2 AKTIVITI LUAR/TAMBAHAN
4.2.1. Pihak PCDC akan merancang aktiviti tahunan PCDC bersama ibu/bapa/penjaga.
Sebarang aktiviti yang akan dijalankan akan dimaklumkan kepada ibu/bapa/penjaga
sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum aktiviti tersebut dijalankan. (Rujuk
Lampiran III).
4.2.2. Bayaran tertentu mungkin akan dikenakan kepada ibu/bapa/penjaga untuk menjayakan
sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti luar/tambahan anak atau yang melibatkan
ibu/bapa/penjaga.
4.2.3. Pihak PCDC sangat menggalakkan penglibatan ibu/bapa/penjaga di dalam aktiviti-
aktiviti yang berkenaan di PCDC dari semasa ke semasa seperti cadangan berikut:
a) Membantu dalam program yang telah disusun bersama PCDC dan anak-anak.
b) Memberi cadangan-cadangan yang membina dari semasa ke semasa.
c) Membekalkan bahan peralatan yang mudah dibawa dari rumah jika diminta.
d) Membuat alat bantu mengajar bersama.

4.3 MENU HARIAN
Piramid makanan merupakan panduan kepada pengurusan PCDC dalam memilih makanan
yang berkhasiat kepada anak-anak. Penyediaan makanan yang seimbang menjadi keutamaan
yang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian
pada kadar yang betul. Ibu bapa akan dibekalkan dengan menu makanan harian mengikut umur
anak-anak pada setiap tahun. (Rujuk Lampiran IV)

21

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

4.4 PAKAIAN SERAGAM

Pihak pengurusan PCDC menyediakan pakaian seragam untuk anak-anak seawal dua

(2) tahun. Anak-anak yang berumur lima (5) dan enam (6) tahun adalah diwajibkan memakai

pakaian seragam pada setiap hari. Berikut adalah jadual pakaian seragam mengikut peringkat

umur:

Pakaian Toddler 3 & 4 tahun 5 & 6 tahun
Baju rasmi PCDC

- - Isnin & Rabu

Lelaki Perempuan
Baju sukan PCDC

Selasa & Khamis Isnin hingga Selasa &
Khamis Khamis

Lelaki Perempuan
Baju rasmi PCDC

- - Jumaat

Lelaki Perempuan

Pakaian bebas* Isnin, Rabu & Jumaat Jumaat -
22
*Anak-anak dibenarkan untuk memakai pakaian yang sesuai untuk pembelajaran anak-anak.

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

BAHAGIAN V
5.0 MAKLUMAT TAMBAHAN

23

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

5.1 SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT

a) Sakit mata conjunctivitis
b) Cacar air – chicken pox
c) Demam campak – measles
d) Demam panas – high fever
e) Influenza A H1N1
f) Cirit birit – diarrhea
g) Batuk kering – tuberculosis
h) HFMD/Coxsackie/Impetigo
i) Kutu – fleas
j) Kudis buta – scabies
k) Beguk – Mumps
l) Rotavirus
m) Sebarang penyakit berjangkit yang dikategorikan sebagai penyakit berjangkit oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

5.2 KESELAMATAN & PERATURAN LAWATAN PCDC

5.2.1. Ibu/bapa/penjaga yang menghantar anak ke PCDC akan dibekalkan dengan dua (2)
pelekat khas kenderaan bagi tujuan pengecaman dan keselamatan. Hanya kenderaan
yang mempunyai pelekat sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan PCDC.

5.2.2. Jika ibu/bapa/penjaga ingin mengambil anak lebih awal dari waktunya atau dalam kes
kecemasan, ibu/bapa/penjaga perlu memaklumkan lebih awal kepada kakitangan
PCDC sebelum datang mengambil anak-anak.

5.2.3. Sekiranya anak-anak akan dilawat/diambil/dihantar di PCDC oleh selain daripada
ibu/bapa/penjaga, ibu/bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada kakitangan PCDC
dan memberikan butiran yang lengkap seperti nama, hubungan dan nombor
kenderaan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

24

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama
5.2.4. Panduan laluan kenderaan di Foyer utama PCDC:-

25

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

5.3 SOALAN LAZIM

a) Berapakah umur kanak-kanak yang boleh dihantar ke PCDC?
- Kanak- kanak berumur dua (2) bulan sehingga dua belas (12) tahun.

b) Berapa kuota bagi seorang pekerja untuk menghantar anak ke PCDC?
- Tiada kuota bagi seorang pekerja kerana ia bergantung kepada kekosongan semasa

permohonan dibuat.

c) Siapakah yang perlu dihubungi untuk berurusan berkenaan PCDC? masing-
- Pekerja boleh berhubung dengan Jabatan Sumber Manusia mengikut syarikat

masing.

d) Adakah saya boleh membayar bayaran lebih masa secara tunai kepada guru-guru atau
kakitangan PCDC?

- Ya. Bayaran lebih masa boleh dibayar secara tunai kepada kakitangan PCDC atau guru
bertugas.

e) Bilakah saya perlu membayar yuran bulanan?
- Bayaran yuran bulanan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 3 hari bulan pada bulan

semasa.

f) Bagaimana untuk saya mendapatkan pelekat kenderaan PCDC?
- Ibu/bapa/penjaga boleh mendapatkannya di pejabat PCDC.

g) Bagaimana cara untuk saya memberitahu bahawa anak saya perlu diberi ubat mengikut
masa yang ditetapkan?

- Ibu/bapa/penjaga akan diberi borang untuk diisi sekiranya anak perlu mengambil ubat.
Ibu/bapa/penjaga perlu untuk melabel ubat-ubatan dengan nama anak dan dos bagi
memudahkan kakitangan PCDC memberi anak mengikut dos dan masa yang telah
ditetapkan.

h) Adakah pihak PCDC membenarkan anak saya membawa bekalan makanan dari rumah?
- Anak-anak dibenarkan untuk membawa bekalan daripada rumah dengan syarat makanan

dibawa mestilah bersih dan tidak memudaratkan anak serta anak-anak-anak yang lain.

i) Bagaimanakah saya ingin membuat sebarang aduan untuk sebarang ketidakpuasan hati
berkenaan anak saya atau pengurusan PCDC?

- Sebarang aduan boleh dibuat secara bertulis kepada Jabatan Sumber Manusia mengikut
syarikat masing-masing.

j) Adakah saya boleh menamatkan sesi anak saya di PCDC pada bila-bila masa?
- Ibu/bapa/penjaga boleh merujuk kepada carta aliran pemberhentian jika berhasrat untuk

menamatkan sesi anak di PCDC (rujuk klausa 2.3.2).

26

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama
k) Adakah pekerja kontrak boleh menghantar anak ke PCDC?
- Pekerja kontrak melebihi setahun adalah layak untuk menghantar anak ke PCDC.
l) Adakah saya perlu menunggu giliran jika saya ingin mendaftarkan anak saya ke PCDC?
- Ya kerana ia bergantung kepada kekosongan sewaktu permohonan dibuat.
m) Bila susu anak mula dibancuh untuk sesi petang sebelum balik?
- Pada jam 5.15 petang.
n) Adakah cikgu ada menyediakan ‘potty training’ untuk anak & bagaimana caranya?
- Ya. PCDC menyediakan ‘potty training’ untuk anak dengan mendapat kerjasama

sepenuhnya daripada ibu/bapa/penjaga.
o) Bagaimana boleh saya mendapatkan Buku Log Harian untuk anak dua (2) tahun dan ke

bawah?
- Buku Log Harian boleh didapati di pejabat PCDC.
p) Apakah jadual pembelajaran anak dalam seminggu?
- Setiap tahun ibu/bapa/penjaga akan dibekalkan dengan jadual tahunan pembelajaran

anak-anak sebagai rujukan.

27

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama
5.4 HUBUNGI KAMI

Sebarang aduan atau hal-hal berkaitan PCDC boleh hubungi:
a) Pengurusan PCDC:

 Email : [email protected]
 Tel : 03-6092 8888/6733 8888 (samb:4612)
b) Pengurusan Perodua:
 Jabatan Sumber Manusia PSSB
 Jabatan Sumber Manusia PMSB/PEMSB
 Jabatan Sumber Manusia PGMSB

28

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

5.5 LAMPIRAN
Borang Pendaftaran PCDC

29

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

Lampiran I – Senarai Yuran Tahunan

30

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

Lampiran II – Senarai Jadual Harian

31

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

Lampiran III – Takwim Aktiviti Tahunan

32

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

Lampiran IV – Menu Harian

33

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

5.6 GALERI

Bilik darjah berhawa dingin

Dewan makan

34

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

Taman permainan

Kolam aktiviti

35

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

Tapak semaian

Padang

36

Buku panduan ibu/bapa/penjaga-Edisi Pertama

Laluan foyer

Tempat letak kenderaan

37


Click to View FlipBook Version