The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Majalah Perdana 2021 SMK Puchong Perdana

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masdura.ibrahim, 2022-03-04 03:08:39

E-MAJALAH PERDANA 2021

E-Majalah Perdana 2021 SMK Puchong Perdana

KANDUNGAN

Sekapur Sireh 4
Warga Pendidik dan Anggota Kumpulan 17
Pelaksana
Laporan Kurikulum 27
Laporan Hal Ehwal Murid 37
Laporan Kokurikulum 48
Aktiviti KGKS 72
Masih Ada Yang Sayang 78
Karya Guru 85
Karya Murid 86
Album Kenangan 107

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 3

SEKAPUR SIREH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 4

Sekapur Sireh Seulas Pinang

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Penerbitan majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah dalam
merancang dan melaksanakan kepelbagaian agenda yang dimanifestasikan sebagai
dokumentasi maklumat dan sumber rujukan semua warganya dan juga pihak lain
yang berkepentingan. Majalah sekolah merupakan wadah yang amat penting dalam
memupuk semangat kecintaan yang tinggi terhadap sekolah serta penerapan watak
dan budaya sekolah dalam kalangan warganya. Majalah sekolah yang diterbitkan
ini akan menjadi salah satu medium bagi semua warga sekolah mencapai aspirasi
sistem dan aspirasi murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025.

Sepanjang tahun 2020 dan hingga hampir pertengahan tahun 2021 kita
semua menempuh krisis penularan COVID-19 dengan pelbagai cabaran, namun
saya yakin cabaran ini tidak akan menjadi penghalang kepada semua warga
sekolah untuk menggapai kejayaan dan kecemerlangan. Dalam masa yang sama,
kita juga perlu mengimbangi segala hasrat ini dengan memastikan sekolah kekal
menjadi institusi yang selamat untuk semua warganya. Cabaran perubahan dan
krisis disebabkan COVID-19 seharusnya dijadikan titik permulaan untuk kita semua
mengubah cara berfikir serta tindakan kepada pemikiran serta tindakan yang lebih
kreatif dan inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.

Terima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi peluang kepada
saya untuk menyampaikan kata alu-aluan di dalam penerbitan majalah sekolah kali
ini. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada kepada semua warga sekolah
khususnya sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan majalah ini. Semoga
majalah ini menjadi kebanggaan semua warganya.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 5

Sekapur Sireh Seulas Pinang

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan
sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada kali ini.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi
Majalah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA kerana
berjaya menerbitkan majalah bagi tahun 2021. Penerbitan majalah sekolah
merupakan usaha murni yang harus dicontohi kerana dapat merakamkan segala
peristiwa dan pencapaian sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah ini juga akan
menjadi sumber rujukan dan kenangan sepanjang hayat buat semua warga sekolah.
Tahun 2021 merupakan tahun persekolahan yang paling mencabar buat
kita semua. Ancaman pendamik COVID-19 menyebabkan sesi persekolahan tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ketika menghadapi cabaran dan masalah
ini, kita sebagai warga pendidik janganlah mudah berputus asa, sebaliknya kita
perlu memiliki kesabaran, kekuatan akidah dan iltizam yang tinggi bagi memastikan
tanggungjawab kita dapat dilaksanakan. lnilah benteng utama yang perlu
dibudayakan dan ditanam dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik. Semoga
usaha bakti yang kita sumbangkan selama ini diberkati oleh Allah S.W.T.
Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam menangani
apa jua cabaran dan halangan dalam usaha membentuk kemenjadian anak murid
yang mampu mendepani segala cabaran pada masa hadapan. Akhir kata, saya
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mendoakan agar SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA terus menggapai
kegemilangan dan merealisasikan slogan JPN Selangor Terbilang.
Selamat Maju Jaya.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 6

Sekapur SSirehekSapeurlaSs PirinhaSngeulas Pinang
KATTIAMABLAUL-AANLUPAENGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
TIMBALAN PEGSAEWKATI OPRENPDEIRDAIKNACNADNAGEARNAH
SEKTOR PERANCANGAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita masih diberi
kekuatan untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMK PUCHONG
PERDANA, terutamanya sidang redaksi majalah “PERDANA” kerana berjaya menerbitkan
majalah sekolah ini bagi tahun 2021.

Kemunculan majalah ini merupakan satu catatan kenangan manis sepanjang
tahun yang sentiasa dinantikan oleh warga sekolah khususnya kalangan murid yang akan
menamatkan persekolahan mereka. Majalah ini merupakan medan menyalurkan bakat
dan kreativiti bagi menghasilkan idea-idea yang bernas dan menarik oleh warga sekolah.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menggariskan setiap murid
mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi
kehidupan masa hadapan dan peluang mengikuti pendidikan meskipun mereka tidak
dapat hadir ke sekolah. Dunia pendidikan global hari ini semakin mencabar apabila kita
berhadapan dengan pendemik Covid 19 yang mengubah pelaksanaan pendidikan di
sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan alternatif
pembelajaran norma baharu yang dilaksanakan di rumah atau di mana-mana lokasi yang
bersesuaian sama ada secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site.

Gabungan tenaga dan komitmen seluruh warga sekolah serta kerjasama sarana
ibu bapa bersedia menerima perubahan dan mampu merealisasikan segala hasrat dan
aspirasi pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan mampu
memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara. Akhir kata, saya memetik kata-
kata Nelson Mandela iaitu “Pendidikan adalah senjata paling ampuh untuk mengubah
dunia". Semoga usaha semua pihak dapat merealisasikan hasrat meningkatkan mutu
pendidikan negara ke arah melahirkan generasi yang berkualiti.
Sekian, terima kasih. Wassalam
SEHATI PETALING PERDANA DI PERSADA

MUSA BIN ISMAIL
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan,
b.p Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 7

Sekapur Sireh Seulas Pinang

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SMK PUCHONG PERDANA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya pada tahun
ini, saya diberi ruang dan kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam
ruangan ini. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua ahli Sidang Redaksi Majalah PERDANA 2021 kerana
telah berjaya menerbitkan e-majalah pada tahun ini.
Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama
ini dan memberikan pengertian yang besar kerana menerusi PERDANA, kita dapat
merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita.
Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi
yang cemerlang dalam aspek akademik mahupun sahsiah walaupun berdepan
dengan cabaran pandemik Covid-19. Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan
kerjasama semua pihak, SMK Puchong Perdana telah banyak mengalami perubahan
dalam pelbagai bidang.
Dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19, murid-murid perlu
berusaha lebih gigih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa sama ada
pembelajaran secara PdPR atau bersemuka. Murid-murid diingatkan agar sentiasa
mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN)
dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaupun terdapat beberapa aktiviti
yang terbatas dan tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka, namun murid-murid
masih lagi boleh melibatkan diri secara aktif melalui penganjuran aktiviti secara atas
talian sama ada program akademik mahupun aktiviti kokurikulum.
Akhir kata, saya berharap agar semua warga SMK Puchong Perdana
terus melipatgandakan usaha untuk meraih kejayaan dalam semua bidang. Saya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara
langsung bagi menjayakan penerbitan Majalah Perdana 2021. Marilah kita sama-
sama memanjatkan doa agar pandemik ini segera berakhir dan keadaan dapat
kembali seperti sedia kala.
Sekian, terima kasih.

(DATIN NOR ASHIKIN BINTI MOHAMED NOOR)
Pengetua SMK Puchong Perdana

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 8

Sekapur Sireh Seulas Pinang

KATA ALU-ALUAN
YDP PIBG SMK PUCHONG PERDANA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan
majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan
untuk saya melakarkan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi
PERDANA 2021.
Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting dalam
melahirkan kejayaan anak-anak terutamanya ketika menghadapi cabaran pandemik
Covid-19 ini. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan
landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka
melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan
hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam
kurikulum mahupun kokurikulum.
Hal ini memerlukan pautan yang jitu antara peranan guru dan tanggungjawab
seorang murid bagi menyusuri arus perubahan yang melanda dunia pendidikan
negara kita ini. Dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang kreatif dan
inovatif, semua pihak termasuk ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah
sangat memainkan peranan dalam menjayakan sarana sekolah.
Saya merayu agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian
diri dan berpegang teguh pada aku janji yang dilafazkan, kegigihan serta ketabahan
pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.
Akhir kalam, saya mendoakan SMK Puchong Perdana sentiasa beroleh kejayaan dan
segala usaha akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam segala bidang.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 9

Sekapur Sireh Seulas Pinang

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGAWAS SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Salam damai saya ucapkan kepada semua pembaca majalah PERDANA edisi
tahun 2021. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah
PERDANA 2021 kerana berjaya meneruskan kesinambungan penerbitan majalah
tradisi sekolah ini. Syukur kepada Allah atas kejayaan penerbitan majalah sekolah
bagi tahun 2021. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang
kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk dimuatkan dalam
majalah ini.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak
termasuk para pelajar SMK Puchong Perdana kerana telah memberikan kerjasama
yang baik kepada Lembaga Pengawas demi menjaga keamanan sekolah terutama
sekali pada zaman pandemik COVID-19 ini.
Kepada semua pelajar SMK Puchong Perdana, berusahalah bersungguh-
sungguh dalam setiap bidang yang anda ceburi kerana setiap usaha yang berterusan
akan diberikan ganjaran yang setimpal dengannya. Dengan penuh rasa rendah diri,
saya mewakili suara-suara pelajar tingkatan 5 ingin memohon maaf andai kata ada
tersilap bahasa, terlanjur kata dan menguris hati guru-guru. Semoga SMK Puchong
Perdana berjaya melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama pada masa akan
datang.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan
mereka menentukannya sendiri. Akhir kalam, sentiasalah menghormati guru dan
tuntutlah ilmu kerana Allah SWT. Semoga SMK Puchong Perdana bertambah
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, terima kasih.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 10

Sekapur Sireh Seulas Pinang

KATA ALU-ALUAN
KETUA EDITOR MURID

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat
sekali lagi kita saksikan sebuah penerbitan majalah yang menjadi kebanggaan
warga SMK Puchong Perdana, iaitu majalah PERDANA edisi tahun 2021. Tahun ini
merupakan tahun kedua kita semua menghadapi cabaran pandemik COVID-19.
Walaubagaimanapun, cabaran ini bukanlah suatu halangan bagi kita semua untuk
menghasilkan kenangan yang indah dalam majalah ini. Sekalung penghargaan,
penghormatan dan tahniah kepada guru penasihat dan Sidang Redaksi 2021 atas
berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam
menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SMK Puchong
Perdana. Majalah PERDANA 2021 ini turut menjadi medium bagi para pelajar
menyerlahkan dan mengasah bakat mereka yang sememangnya terpendam lama.
Dalam majalah ini, jugalah tercatatnya segala coretan suka duka para guru dan
para pelajar untuk dijadikan kenang-kenangan terutamanya bagi pelajar tingkatan
5 yang akan meninggalkan SMK Puchong Perdana yang tercinta.
Penghasilan Majalah PERDANA 2021 ini bukan sahaja merekodkan hari-
hari di SMK Puchong Perdana bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah
dalam pelbagai sudut, baik kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, kejayaan
demi kejayaan yang telah ditempa oleh para pelajar SMK Puchong Perdana turut
dimuatkan untuk tatapan semua.
Sebagai ketua editor Majalah PERDANA 2021, saya mewakili Sidang Redaksi
2021 ingin mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah mendidik kami dalam
memberikan kerjasama ini justeru ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan
dan kekurangan dalam penghasilan majalah ini. Sesungguhnya yang baik datangnya
daripada Allah dan yang sebaliknya datang daripada kelemahan diri saya sendiri.
Sesungguhnya, kami telah memerah kudrat agar Majalah PERDANA 2021 akan
tetap tersemat di hati warga SMK Puchong Perdana. Semoga dengan penghasilan
majalah ini, semua kenangan dan memori indah bersama SMK Puchong Perdana
dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 11

Sidang Redaksi Guru 2021

Masdura Ibrahim Norhayati Zakaria Rafeah Abdul Majid

Rossida Mamat Rohaiza Omar Nor Junita Mohamad

Maizurah Sajana Rajinder Kaur a/p Tarlok Singh Tuan Siti Nooryani

Chan Mee Yoke S.Sarasvathi a/p Singaravelu Rahimah Manap

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 12

Sidang Redaksi Murid 2021

Husna Qaisorah Shah Azhan Nur Qhairienna Muhammad Faris Ridwan

Muhammad Haiqal Iman Saidatul Izzah Hazeeq Aiman Rabiatul Adawiyah

Nurul Alia Hariz Safuan Nur Aliya Nazira Ahmad Solihin

Alif Azma Nur Fatin Najiha Muhamad Zakwan Luluzuhriyana

Nur Irdina Fatin Wafiqah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 13

PENGENALAN SEKOLAH

Visi, Misi dan Moto Sekolah

VISI Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI
MOTO Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi
aspirasi negara.
Berilmu Berdisiplin Berbakti

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap kerhamonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 14

PENGENALAN SEKOLAH

Piagam Pelanggan

Kami warga SMK Puchong Perdana Beriltizam:
1. Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan dengan

mesra dan cekap.
2. Memberikan pendidikan yang berkualiti.
3. Menyediakan kemudahan operasi yang berkualiti.
4. Memberi peluang meningkatkan tahap profesionalisme kepada semua guru

dan kaki tangan sokongan.
5. Memberi layanan sama rata dan berusaha melahirkan

pelajar yang holistik.

Matlamat Sekolah

• Menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran yang konduktif untuk
melahirkan pelajar yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang.

• Mewujudkan peluang yang meluas untuk perkembangan bakat dan
potensi pelajar dalam bidang kokurikulum dan memperluaskan penyertaan
kegiatan pelajar di luar sekolah.

• Membina sahsiah pelajar yang sihat dan positif melalui konsep
penambahbaikan berterusan ke arah pelanggan disiplin sifar.

• Mewujudkan iklim sekolah yang menyeronokkan melalui sekolah dan
perkhidmatan penyayang untuk membentuk generasi
Malaysia penyayang.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 15

PENGENALAN SEKOLAH

Ikrar Pelajar

Bahawasanya kami
Pelajar SMK Puchong Perdana
Dengan ini beikrar
Dan berjanji
Akan menjadi insan yang berilmu
Berketrampilan
Dan berakhlak mulia
Untuk mencapai kesejahteraan diri
Kami berjanji
Akan menjaga nama baik sekolah
Pada setiap masa
Kami berikrar
Akan sentiasa mematuhi ajaran agama
Peraturan sekolah
Menghormati ibu bapa
Dan guru kami

Lagu Sekolah

Warga sekolah ada wawasan
Tekad menjadi insan cermelang
Berilmu,berdisiplin, dan berbakti
Itulah amalan yang murni
SMK Puchong Perdana
Kebanggaan kita bersama
Sekolah unggul visi utama
Penjana generasi ternama.
Gubalan semula lirik oleh:
En Md Affindi bin Hj Sukiran

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 16

WARGA PENDIDIK
DAN

KUMPULAN PELAKSANA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 17

BARISAN PENTADBIR PERDANA HEBAT

Barisan Pentadbir SMK Puchong Perdana

Datin Nor Ashikin binti Mohamed Noor
(PENGETUA)

Mohd Husni bin Hanafi Anita binti Suhaimi
(PK PENTADBIRAN) (PK HEM)

MPS Kannagy a/p Vadiveloo Tan Poh Yoon
(PK KOKURIKULUM) (PK PETANG)

Azuraily bt Alwi Rozlina bt Jusoh
GKMP SAINS MATEMATIK GKMP KEMANUSIAAN

Pausiah bt Hj. Din Chong Yoke Shu
GKMP BAHASA GKMP TEKNIK VOKASIONAL

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 18

WARGA PENDIDIK PERDANA HEBAT

Warga Pendidik Sesi Pagi

Hasliza bt Hafizuddin Mohd Hanif bin Hamzah Hamidah bt Talib Afiza bt Zainal

Ahmad Fadhlan bin Shahifudin Ainey Fazila bt Ismail Celia a/p Henry Chan Mee Yoke

Faridah bt Tahir Fatimah Syahida bt Jusoh Fung Pet Shin Hamidi bin Abdul Ghani

Hamka bin Abang Harziana bt Ghazali Hasmuni bt Ahmad Hemalatha a/p Segar

Imalistya Husdarlina bt Mat Hussin Jaemah bt Tugiman Kaneswary a/p M.RamachandaraMurthy Kang Suat Bon

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 19

WARGA PENDIDIK PERDANA HEBAT

Warga Pendidik Sesi Pagi

Kuljit Kaur Lee Shak Fong Maizurah bt Sajana Malarvili a/p Dorasamy

Mariam bt Mohamed Aris Masani bt Mansor Masdura bt Ibrahim Mohamad Fadylisham

Mohd Taufik bin Ibrahim Muhamad Fadzil bin Md Dahari Noor Fitrizawati bt Laili Nor Asikin bt Saimin

Nor Azfaniza bt Abang Zawawie Nor Azlina bt Abdul Aziz Nor Junita bt Mohamad Noraziah bt Hamzah

Norhayati bt Zakaria Noriza bt Mat Amin Norli bt Mohamed Norliza bt Mat

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 20

WARGA PENDIDIK PERDANA HEBAT

Warga Pendidik Sesi Pagi

Norliza bt Md Yunos Norzainita bt Mohamed Nur Asyrani Hanis bt Samsudin Nur Hasni bt Abd Hamid

Nur Rawaida Hayani bt Mohd Amin Nurashikin bt Abdul Kadir Nurul Shahirah bt Ali Nur Hazwani bt Husni

Nor Hayatul Sharmila bt Ibrahim Raja Khairun Nor’Ain bt Raja Zainal Rajinder Kaur a/p Tarlok Singh Rohaiza bt Omar

Rosmawati bt Fadzim Rossida bt Mamat Rozanita bt Ahmad Rozita bt Harun

Rubiah bt Kutubuddin S.Sarasvathi a/p Singaravelu Sa’ayah bt Omar Salmiah Asmaq bt Adnan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 21

WARGA PENDIDIK PERDANA HEBAT

Warga Pendidik Sesi Pagi

Sheila bt Abdullah Sima Siti Fatimah bt Awang Noor Siti Haslinda bt Ismail Siti Hazwani bt Omar

Siti Norhaiza bt Zakaria Suhana bt Yaacob Suraya bt Md Saad Suria bt Johan

Tengku Amrina bt Engku Ibrahim Thangachelvi a/p Lauganadan Tuan Siti Nooryani bt Tuan Fauzi Wan Norhayati bt Wan Din

Wong Choy Mei Wong Teck Chin Zaliha bt Yahya Zarina bt Zakaria

Zuafidah bt Zulkefli Baskar a/l Narayanan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 22

WARGA PENDIDIK PERDANA HEBAT

Warga Pendidik Sesi Petang

Norsidah bt Abu Talib Rahimah bt Manap Putri Lily Suraini bt Baharuddin Nurul Athirah Mohd Zahirruddin

Irene Nur Aisya bt Imbak Norhasikin bt Nazir Nur Dalilah bt Bahrudin Wan Noriah bt Wan Ya’akub

Siti Izaimiza bt Zainuri Rasimah bt Ab. Rahim Nik Nor Ashikin bt N Shamsudin Hasyimah bt Nazri

Faradisa bt Noor Adzman Ninasuria bt Abd Satar Effa Nurhafifah bt Jalil Liew Lay Hong

Zuriyati bt Arifin Rusniza bt Mat Hussein Fatihah bt Ramli Mohamad Amirul bin Lutfi

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 23

WARGA PENDIDIK PERDANA HEBAT

Warga Pendidik Sesi Petang

Idrus bin Che Muhammed Siti Hamidah bt Aziz Asriyani bt Abdul Rashid Hazarina bt Ta’at

Goh Poh Hong Muhamad Farhan bin Ibrahim Gayathri a/p Raman Cheok Yeng Chiak

Suzaini bt Mahmud Mohd Azamie bin Baharudin Jamuna Devi a/p Gopal Nurulakma bt Zolkefli

Mohd Asrul bin Zakaria Nur Faizza bt Ahmad Basri Pathma a/p Muniyandi Norfishah bt Mohd Yusof

Rafeah bt Abd Majid Koh Keat Ping Mashitoh bt Andullah Yap Wan Mee

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 24

WARGA PENDIDIK PERDANA HEBAT

Warga Pendidik Sesi Petang

Farhati bt Hassim Firayani bt Md Abas Nor Zainah bt Ghazali Norliyana bt Saofi

Bala Murugan a/l Muniandy Hazsah bt Ali Jayanti a/p Munian

Masitah bt Derasik Cindy Ling Sii

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fixikal, tetapi
datang dari semangat yang tidak pernah mengalah dan tiada
kejayaan yang diraih sendirian....kejayaan adalah usaha
bersama...

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 25

ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

Barisan Anggota Kumpulan Pelaksana

Rosilawati bt Ab Wahab Muzy bt Mohamad Yusoff Zainun bt Noor

Haslin bt Hashim Halim bin Saharuddin Siti Normaya bt Abu Bakar

Roselawati bt Rasli Zurina bt Johari Sufiah bt Jamaluddin

Mohd Nadzir bin Mohamad

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 26

LAPORAN
AKTIVITI KURIKULUM

Learning process

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 27

AKTIVITI UNIT KURIKULUM

KEPUTUSAN SPM SMK PUCHONG PERDANA

Peratus Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Tahun 2010-2020

PERATUS 100 90 79.1 77.2 74.2 70.3 74.7 73.85 72.87
90 86.3 2011 2012 2013 66 69.5 2017 2018 2019 2020
80
70 2014 2015 2016
60 TAHUN
50
40
30
20
10
0
2010

PERATUS Perbandingan Pencapaian Kelulusan (SPM) Mengikut

Mata Pelajaran Tahun 2019/2020

120
100

80
60
40
20

0

MATA PELAJARAN

Se2r0ie1s91 Se2r0ie2s02

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 28

AKTIVITI UNIT KURIKULUM

KEPUTUSAN SPM SMK PUCHONG PERDANA

Senarai Calon Cemerlang SPM 2020

Bil Nama Kelas Keputusan
1 NUR KHADIJAH THAHIRAH BINTI RAHIMIN AFFANDI 5 SAINS 1 9A
2 SIMRAN KAUR BALBIL A/P BALBIL SINGH 5 SAINS 1 9A
3 KAU WENG HAW 5 SAINS 1 8A
4 NAGHULAN A/L DEVANTHIRAN 5 SAINS 1 8A
5 HO HUI QI 5 AKAUN 1 8A
6 NURUL IZZAH BINTI MOHD FAIZA 5 AKAUN 2 8A
7 ANIS MARIA BINTI MOHMAD FADZIL 5 SAINS 1 7A
8 DAMIA HUMAIRA BINTI AZMI 5 AKAUN 1 7A
9 FARAH ALIYAH BINTI AHMAD FAIRUZ 5 AKAUN 1 7A
10 ISMAIL BIN SHAIFUL AMRI 5 AKAUN 1 7A
11 NURATHIRAH ASYIQIN BINTI ISMAIL 5 AKAUN 1 7A
12 NADHIRA AFRINAZIFA BINTI AHMAD RUM 5 AKAUN 2 7A
13 NUR NABILA BINTI ABDULLAH 5 AKAUN 1 6A
14 MUHAMAD ADIB BIN ABDIAN @ NORDIN 5 AKAUN 1 6A
15 PUTERI HANI KARMILA BINTI MAZLAN 5 AKAUN 2 6A
16 NUR’ASYIQIN BINTI MOHAMAD FAUZI 5 AKAUN 1 6A
17 ADAM BIN ZABIDI 5 SAINS 1 5A
18 ASMA AMALINA BINTI ABDUL RAHMAN 5 SAINS 1 5A
19 SAMSUL HAIRUL AMIN BIN SAMSUL ZAKARIA 5 SAINS 1 5A
20 SITI FARAH BINTI JULIUS 5 SAINS 2 5A
21 SHAFIYA NORALIA BINTI NOR AIDI 5 AKAUN 1 5A
22 THARANI A/P KUMARESAN 5 AKAUN 2 5A
23 NUR ALI EHSANI BIN MOHAMMAD KHALIS 5 GRAFIK 5A
24 GRESHI JENNIFER A/P RAMESH JESUDASS 5 SRT 1 5A

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 29

AKTIVITI UNIT KURIKULUM

KOHORT SPM 2020

Program Kecemerlangan

SPM 2020

Program Kemerlangan pada tahun 2021

bagi kohort SPM 2020 telah dilaksanakan
iaitu Program Gilapan Permata bermula 21
Januari hingga 12 Januari 2021. Program
Gilapan Permata ini telah dijalankan oleh
semua panitia mengikut jadual kelas harian.
Program ini berjalan dengan lancar, murid
menunjukkan kesungguhan dan semangat
untuk belajar bagi persediaan SPM. Kelemahan
Program ini adalah dari segi kehadiran
murid yang merosot dan murid yang tidak
hadir tidak dapat bersemuka dengan guru.

Program Pecutan Akhir iaitu “Excel With
Love” telah dilaksanakan pada cuti PKP
oleh panitia secara atas talian untuk kohort
SPM 2020 iaitu pada 15 Februari hingga
19 Februari 2021. Kelas Tambahan secara
bersemuka di antara selang masa SPM juga
telah dijalankan oleh panitia masing-masing
mengikut kesesuaian untuk membekalkan
murid-murid dengan tips terakhir sebelum
SPM bagi kohort SPM 2020.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 30

KOHORT SPM 2020 AKTIVITI UNIT KURIKULUM

Pbeerrmjuualangan SPM 2020

Akhirnya setelah melalui pelbagai
rintangan pandemik serta
penangguhan peperiksaan, calon
kohort SPM 2020 menduduki SPM
bermula pada tarikh 22 Februari
dan berakhir pada 25 Mac untuk
calon yang mengambil mata
pelajaran Tasawwur.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 31

AKTIVITI UNIT KURIKULUM

PENYUSUNAN KERUSI MEJA SPM 2020

PmeenrsgehdaidaaapnifSixPikMal s2e0k2o0lah

Operasi Penyusunan kerusi meja bagi SPM
2020 telah dijalankan pada 18 Mac 2021.
Oleh kerana tiada pelajar dilibatkan untuk
operasi ini kerana PKP dan pematuhan SOP,
maka operasi ini telah dilaksanakan oleh
Penolong Kanan dengan kerjasama guru-
guru lelaki sesi pagi dan sesi petang. Semua
bilik darjah di Blok A, Blok B dan Blok C telah
digunakan sebagai Bilik Peperiksaan, Bilik
Kuarantin dan Bilik Alternatif pada tahun
ini. Operasi menampal label bilik, jadual
peperiksaan SPM dan label kedudukan
calon telah dilakukan oleh SU SPM 2020
dan SU SPM 2021 bersama Penolong SU
SPM. Operasi berjalan dengan lancar dan
kerusi meja yang diperlukan, mencukupi.

Berat sama dipikul,
ringan sama
dijinjing.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 32

AKTIVITI UNIT KURIKULUM

PROGRAM IHYA’ RAMADAN 2021

Program Ihya’ Ramadan telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan
bermula 9 April sehingga 7 Mei 2021 . Antara aktiviti yang dijalankan
sepanjang program Ihya’ Ramadan ialah ceramah Ambang Ramadan
secara atas talian pada 9 April 2021 , Pelancaran Program Ihya’ Ramadan
dan Tabung Saham Akhirat pada 16 April 2021 ,Tadarrus al-Quran
bermula 15 April sehingga 3 Mei 2021, program berbuka puasa secara
maya bersama anak-anak asnaf pada 29 April 2021, Ceramah Nuzul al-
Quran secara atas talian pada 29 April 2021 dan majlis khatam al-Quran
pada 3 Mei 2021. Alhamdulillah program berjalan lancar sebagaimana
yang dirancang dan mendapat sokongan pentadbir dan juga semua
guru.

Marhaban
Ya Ramadhan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 33

AKTIVITI UNIT KURIKULUM

PROGRAM IHYA’ RAMADAN 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 34

AKTIVITI UNIT KURIKULUM

PROGRAM IHYA’ RAMADAN 2021

Sebaik-baiknya sedekah adalah di bulan Ramadan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 35

AKTIVITI UNIT KURIKULUM

PENYERAHAN SIJIL SPM 2020

Bagi calon SPM kohort 2020, tiada majlis
penyampaian Sijil SPM 2020 dijalankan
memandangkan situasi PKP dan pematuhan
SOP norma baharu. Pada 10 Jun 2021,
keputusan SPM 2020 telah diumumkan di
mana calon boleh menyemak keputusan
masing-masing melalui 3 kaedah iaitu secara
dalam talian, perkhidmatan mesej ringkas
(SMS) atau melalui panggilan telefon ke
sekolah. Calon dikehendaki memuat turun
slip peperiksaan SPM 2020 secara dalam
talian berdasarkan pautan yang di berikan
oleh Lembaga Peperiksaan.
Pada 28 Julai 2021, Sijil SPM 2020
telah dikeluarkan dan calon SPM kohort 2020
telah mendapatkan sijil mereka secara pandu
lalu di sekolah. Operasi ini telah dilaksanakan
dengan jayanya pada 28 dan 29 Julai 2021
dengan diketuai oleh Penolong Kanan, En
Husni B Mohd Hanafi dengan kerjasama SU
SPM, Penolong SU SPM bersama anggota
kumpulan pelaksana sekolah.

Semoga calom SPM 2020
terus cemerlang

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 36

LAPORAN
AKTIVITI HAL EHWAL

MURID

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 37

AKT VITI UNIT HAL EHWAL MURID

AGIHAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah
dilaksanakan pada 10 Mac dan 12 Mac 2021. Seramai
1168 murid yang layak untuk menerima wang BAP.
Agihan wang BAP untuk murid-murid tingkatan 4 dan
5 adalah pada 10 Mac 2021 dan manakala untuk murid-
murid peralihan, tingkatan 1, 2 dan 3 adalah pada 12
Mac. Agihan untuk murid-murid tingkatan 2, 3, 4 dan
5 bertempat di Dataran Perdana manakala peralihan
dan tingkatan 1 di kantin sekolah. Hanya seorang wakil
sahaja yang dibenarkan hadir untuk mengambil wang
BAP dan diminta mengikut SOP yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 38

AKT VITI UNIT HAL EHWAL MURID

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

Program Amalan Guru penyayang merupakan program
Dasar Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan dalam
pelbagai aktiviti, antaranya Program Jom Datang Awal Ke
Sekolah, Sambutan Hari Jadi Murid dan Guru dan program
Mentor Mentee. Semua aktiviti ini dilaksanakan sepanjang
tahun bermula Januari sehingga November melibatkan
semua murid . Program Jom Datang ke sekolah merupakan
kempen mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah
oleh barisan Pentadbir , GBK dan guru bertugas. Mentor
Mentee pula adalah program di mana guru kelas sebagai
Mentor akan melaksanakan aktiviti berdasarkan modul
yang disediakan oleh pihak KPM di dalam kelas masing-
masing . Aktiviti sambutan hari jadi pula merupakan aktiviti
penghargaan untuk murid-murid sempena hari ulangtahun
kelahiran mereka. Antara aktiviti yang dilaksakanakan adalah
pemberiaan kad dan hadiah dari kelas ke kelas dan ucapan
melalui kad digital semasa PdPR.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 39

AKT VITI UNIT HAL EHWAL MURID

BERTUGAS MINGGUAN PATUH SOP

Pembukaan semula sekolah telah ditetapkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari
Rabu, 20 Januari 2021. Kerajaan telah memutuskan
bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dilaksana dengan mematuhi segala Prosedur
Operasi Standard (S.O.P) yang telah ditetapkan
dengan mematuhi ciri keselamatan dan kesihatan
yang ketat. Ini bertujuan mengelakkan wabak
pandemik COVID 19 daripada merebak semula.
Pihak SMK Puchong Perdana memberikan
perhatian serius dan keutamaan kepada
keselamatan dan kesihatan kepada warga sekolah
serta berharap dengan inisiatif ini maka penularan
pandemik dapat dibendung. Sebagai permulaan,
pembukaan sekolah hanya melibatkan murid-
murid Tingkatan 5 2020 seramai 327 orang yang
akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) pada tahun 2021. Mod Pergerakan
masuk dan keluar murid-murid yang dipilih oleh
pihak sekolah ialah gabungan MOD 2 dan MOD 4.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 40

AKT VITI UNIT HAL EHWAL MURID

PROGRAM MAJU DIRI

Program Maju Diri telah diadakan pada 3 hingga 5 Februari 2021 secara atas talian. Sasaran
adalah untuk semua murid. Antara pengisian aktiviti untuk program tersebuat adalah slot
ceramah kecemerlangan , halatuju selepas SPM , perkongsiaan berkaitan pemugaran minda
sihat ( Mental Blok) serta taklimat berkaitan disiplin serta peraturan sekolah khususnya untuk
pelajar-pelajar baharu tingkatan peralihan dan satu. 3 orang penceramah luar telah dijemput
untuk pengisian aktiviti-aktiviti tersebut. Antara objektif program ialah untuk memberi suntikan
motivasi kepada murid-murid selepas berdepan dengan proses PDPR yang panjang tahun lalu
dan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang halatuju serta matlamat jangka masa
panjang. Seramai 769 orang murid hadir sepanjang program dilaksanakan secara atas talian
tersebut, ( melalui Youtube Live).

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 41

AKT VITI UNIT HAL EHWAL MURID

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 25

Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMKPP kali sekolah tetapi juga memerlukan dorongan
ke-25 telah dijalankan pada hari Sabtu 10 mantap daripada ibu bapa itu sendiri.
April 2021 dari jam 9.00 pagi - 12.00 tengah Pihak sekolah amat memerlukan sokongan
hari secara dalam talian melalui aplikasi yang padu daripada pihak ibu bapa dari
Streamyard. Namun begitu, AJK PIBG hadir segi idea dan tenaga dalam melaksanakan
secara bersemuka untuk membincangkan pelbagai program dan aktiviti kurikulum
agenda mesyuarat. Mesyuarat PIBG diadakan serta kokurikulum yang banyak membantu
adalah bertujuan untuk menjalinkan ikatan perkembangan murid dari segi jasmani,
erat antara ibu bapa dan guru-guru supaya rohani, emosi dan intelek. 30 cabutan bertuah
dapat membantu anak didik SMK Puchong telah dimenangi oleh ibu bapa yang hadir
Perdana. Kecemerlangan seseorang pelajar dalam talian. Dalam mesyuarat tersebut, YDP
dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah PIBG yang baharu telah dilantik iaitu Encik
bukan sahaja bergantung pada pihak Lokman Basit.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 42

AKT VITI UNIT HAL EHWAL MURID

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 25

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 43

AKT VITI UNIT HAL EHWAL MURID

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 25

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 44

AKT VITI UNIT HAL EHWAL MURID

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 25

Sekalung Penghargaan

Jasamu Dikenang

Jutaan terima kasih di atas segala
khidmat bakti yang telah dicurahkan
olehbarisanAhli JawatankuasaPIBG
yang lalu. Semoga terus cemerlang
dan tidak jemu menyumbang bakti
mendokong segala usaha demi
kemajuan anak-anak SMK Puchong
Perdana baik dari sudut akademik
mahupun sahsiah.

Kejayaan adalah satu
perjalanan, bukannya
satu destinasi.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 45

AKT VITI UNIT HAL EHWAL MURID

PEMULANGAN DAN PENYERAHAN BUKU TEKS

Aktivitipemulanganbukuteks2020danpengagihan
buku teks 2021 telah dijalankan bermula 25 Januari
2021 hingga 18 Februari 2021 melibatkan semua
murid dari tingkatan peralihan, tingkatan 1 hingga
tingkatan 5 kohort 2021. Murid tidak dibenarkan
hadir ke sekolah dan hanya seorang penjaga sahaja
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah sama ada
ibu atau bapa atau wakil penjaga, mengikut jadual,
berserta dengan syarat pematuhan SOP yang telah
ditetapkan mengikut giliran. Seramai 1,893 murid
telah diagihkan buku teks melalui penjaga iaitu
sebanyak 79.2%. Pemulangan buku teks oleh calon
SPM kohort 2020 pula diadakan setelah calon-
calon tersebut tamat peperiksaan mata pelajaran
masing-masing bermula 5 Mac 2021 hingga 26
Mac 2021 mengikut jadual dengan mematuhi SOP.
Murid yang hadir apabila sekolah dibuka secara
bersemuka telah mendapatkan buku teks melalui
guru kelas masing-masing.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 46

AKT VITI UNIT HAL EHWAL MURID

PEMULANGAN DAN PENYERAHAN BUKU TEKS

Buku-buku dapat mengembangkan
kecerdasan, membina watak, dan
bahkan mengubah dunia, tetapi
tanpa dibaca, buku itu tiada
ertinya..

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 47

LAPORAN
AKTIVITI KOKURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 48

AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM

BINGKISAN KEJAYAAN KOKURIKULUM

Larian Virtual Rentas Desa Kebangsaan
2021

Tahniah atas kejayaan

Tahniah kepada Mugilan a/l K. Sathiadass (5M) yang telah mendapat Naib Johan Lelaki
Tingkatan 5 manakala Nur Fazliea Azwanis binti Muhamad Tormizi dan Nurul Atikah binti
Mohd Sukor (5C) telah mendapat Naib Johan Perempuan Tingkatan 5 dalam Pertandingan
“The Core”: Kejohanan e-Virtual XC MSSS Merentas Desa Secara Dalam Talian MSSS Tahun
2021 yang dijalankan secara individu. Peserta dipilih setelah memenangi Pertandingan
“The Core”: Kejohanan e-Virtual XC MSSD Merentas Desa Secara Dalam Talian MSSD
Tahun 2021 yang diadakan dari 18 Ogos hingga 5 September 2021.
Seramai 4 orang peserta dari SMK Puchong Perdana telah dipilih untuk menyertai
pertandingan MSSS setelah melepasi kelayakan pada peringkat MSSD. Jarak larian peserta
lelaki bagi kategori Sekolah Menengah Tingkatan 5 ialah 5 km (had masa 25 minit atau
kurang). Jarak larian peserta perempuan kategori Sekolah Menengah Tingkatan 5 ialah
5 km (had masa 30 minit atau kurang). Peserta perlu mengambil gambar semasa larian
dilakukan sama ada secara swafoto atau bantuan ahli keluarga. Peserta perlu tangkap
layar masa larian terbaik di aplikasi larian STRAVA.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 49

AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM

BINGKISAN KEJAYAAN KOKURIKULUM

GROW RIMBA CHALLENGE 2021
Kebangsaan

Tahniah atas kejayaan

Tahniah kepada Diana Fazlini bt Mukhlis (5A) Kategori Penjagaan Pokok Neem dan
Nurul Syuhada bt Mad Nazib (3C) Kategori Pembajaan Pokok Neem kerana telah
berjaya mendapat Tempat Kedua Peringkat Kebangsaan. Manakala Nur Alya Batrisya
bt Mohd Razland (3C) mendapat Tempat Kelima Peringkat Kebangsaan bagi Kategori
Selenggaraan. Tahniah juga buat guru pembimbing Pn Norliza Bt Md Yunos.
Pertandingan Grow Rimba Challenge 2021 anjuran KPM, Jungle Ambassador dan
Kelab Pencinta Alam ini telah diadakan secara maya melalui aplikasi atas talian Google
Meet bermula 17 April 2021 hingga 31 Oktober 2021. Pertandingan ini bertujuan
untuk memupuk semangat cintakan alam dengan menanam tumbuh-tumbuhan
seperti pokok neem.
Pertandingan ini disertai oleh 8 org pelajar yg terdiri daripada 5 orang dari
tingkatan 5 Amanah, 1 orang dari tingkatan 5 Bestari dan 2 orang tingkatan 3 Cerdas.
Semua peserta dikehendaki menanam pokok neem yang berusia 3 bulan di rumah
masing-masing selama 5 bulan dan segala aktiviti yang dilakukan semasa menjaga
pokok tersebut seperti menyiram dan membaja perlu dikemaskini setiap hari melalui
aplikasi geotree.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA 50


Click to View FlipBook Version