The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT BRASS KE DUA (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiqahmahattar89, 2022-12-17 02:43:02

Minit Mesyuarat BRASS 2

MINIT MESYUARAT BRASS KE DUA (1)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN (BRASS)
25150 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

No Tel : 09-536 6235
No. Faks : 09-536 1457
E-mel : [email protected]
Blog : smkbrangin.blogspot.com

TARIKH MINIT MESYUARAT GURU SMK BUKIT RANGIN BIL.2/2022
HARI
TEMPAT : 17 OKTOBER 2022
MASA : ISNIN
: BILIK MESYUARAT
: 2.30 PETANG HINGGA 4.30 PETANG

1.0 UCAPAN ALUAN PENGETUA, PUAN HANITA BINTI KASSIM

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Puan pengetua menzahirkan
rasa syukur dan terima kasih atas kehadiran guru ke mesyuarat guru kali kedua
bagi sesi 2022.

1.2 Puan pengetua mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen
yang jitu yang diberikan oleh semua guru dalam menjalankan setiap tugas yang
diamanahkan.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat bil.2/2022 dicadangkan untuk pengesahan oleh Puan
Nurmysita binti Mohamed Mokhtar dan disokong oleh Encik Wan Kamarul
Ariffin bin Wan Tajulruddin.

Makluman: semua guru

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru perlu melindungi masa instruksional sekiranya meninggalkan kelas untuk
mengikuti apa sahaja program atau kursus dengan membekalkan latihan atau
kerja sekolah kepada pelajar.

3.2 Dari segi kehadiran ke sekolah, guru perlu hadir awal ke sekolah kerana
tingkahlaku guru menjadi contoh tauladan kepada para pelajar.

Makluman dan tindakan: semua guru

4.0 ISU-ISU DIBINCANGKAN

4.1 PENGURUSAN PENTADBIRAN
4.1.1 Guru-guru diminta untuk mengisi dan melengkapkan borang
keberhasilan. Keputusan peperiksaan pertengahun tahun boleh
dijadikan indikator dalam membantu guru-guru meletakkan sasaran
pencapaian pelajar di dalam borang keberhasilan. Puan pengetua
memaklumkan bahawa borang keberhasilan tersebut mestilah
dihantar kepada pegawai penilai masing-masing sebelum 4/11/2022
(Jumaat).

4.1.2 SMK Bukit Rangin merupakan sebuah sekolah yang berada dalam
kohort 7 ts25. Justeru, guru-guru perlu mengenali apa itu Pelan
Intervensi Transformasi Sekolah (PinTaS) dan mengetahui tentang
perancangan strategik untuk melaksanakan PinTaS.

4.1.3 Dialog Prestasi boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut
kesesuaian. Walaupun tiada dialog prestasi bagi tingkatan 1 sehingga
tingkatan 4, guru-guru juga perlu menghasilkan Root Cause Analysis
(RCA). Dialog Prestasi mempunyai 4 kluster iaitu:-

• Enrolmen murid
• Kemenjadian murid
• Hal Ehwal Murid
• Kecemerlangan sekolah yang merangkumi aspek kepimpinan

dan organisasi

4.1.4 Sewaktu Dialog Prestasi:-
• Data yang diberikan perlu tepat
• Melibatkan komunikasi dua hala
• Tindakan susulan dirancang dan pelan intervensi dipantau
oleh ketua. Antara contoh pelan intervensi ialah
membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil
berdasarkan markah peperiksaan.

4.1.5 Semua guru perlu melengkapkan myportfolio di dalam HRMIS
masing-masing. Mereka juga diingatkan untuk melaksanakan
pengisytiharan harta setiap 5 tahun sekali. Hal ini penting kerana ia
mempengaruhi kenaikan gred guru-guru.

4.2 ETIKA DAN SIKAP GURU
4.2.1 Guru-guru tidak dibenarkan untuk memakai jubah ke sekolah. Baju
kurung tidak boleh dipakai bersama blazer dan hanya baju korporat
yang bewarna putih sahaja dibenarkan untuk dipakai ke sekolah.

4.2.2 Puan pengetua menegur sikap segelintir guru yang hadir lewat ke
sekolah, tidak mengikuti program sekolah, keluar dari kawasan
sekolah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pentadbir
serta tidak mengisi maklumat di dalam buku keluar masuk sekolah.
Sekiranya kemalangan terjadi ketika guru keluar dari kawasan
sekolah dalam waktu bertugas, guru berkenaan akan dikenakan
tindakan tatatertib daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Justeru, puan pengetua menasihati guru-guru untuk
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak mengambil
mudah sesuatu perkara.

4.3 PERMOHONAN CUTI
4.3.1 Cuti Rehat Khas (CRK) - guru-guru perlulah memohon terlebih
dahulu sebelum mengambil Cuti Rehat Khas. CRK juga tidak boleh
diambil atas alasan untuk pergi bercuti. Puan pengetua juga
memaklumkan bahawa jumlah CRK akan bertambah menjadi 15 hari
bermula 1/10/2022 bagi guru-guru yang telah berkhidmat lebih
daripada 10 tahun.

4.3.2 Sijil Cuti Sakit (MC) - Bagi guru yang sakit, mereka perlu
memaklumkan sebab ketidakhadiran kepada pengetua dan segera ke
klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan sijil cuti sakit.

4.4 PRESTASI GRED DAN PERANAN
4.4.1 Penjawat awam perlulah menjalankan tugas dengan baik dan
berintegriti. Guru-guru DG 54 di sekolah ini adalah seramai 12 orang
dan mereka merupakan golongan pemikir strategik, guru DG 52 pula
bertindak sebagai peneraju perubahan manakala guru DG 48
berperanan sebagai mentor kepada guru DG 44.

4.4.2 Guru-guru digalakkan untuk memohon Guru Cemerlang (GC).

4.5 PENGURUSAN KEWANGAN
4.5.1 Mengenai pengurusan kewangan, puan pengetua memaklumkan
bahawa masih banyak panitia yang tidak menghantar nota minta.

4.5.2 Setiap sekolah akan diberikan zakat yang berjumlah RM3000 di
mana zakat ini akan digunakan untuk anak-anak asnaf. Sehubungan
itu, guru-guru kelas diminta untuk memaklumkan kepada Ustaz
Fatthul senarai nama pelajar yang tidak mampu untuk membayar
yuran PIBG sekolah pada tahun ini supaya bantuan boleh diberikan
kepada mereka.

4.6 PENGURUSAN KURIKULUM
4.6.1 Melindungi Masa Instruksional (MMI) - guru-guru diminta untuk
membekalkan pelajar dengan kerja sekolah atau latihan sekiranya
mereka tiada di sekolah atas urusan tertentu. Salah satu latihan atau
bahan yang boleh digunakan oleh guru-guru ialah modul soalan-
soalan latihan.

4.6.2 Guru-guru Tingkatan 5 (bagi subjek yang terlibat dengan kerja
kursus) diminta untuk memastikan pelajar-pelajar menyiapkan dan
menghantar kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan.

4.6.3 Guru-guru diingatkan untuk menghabiskan silibus subjek masing-
masing dan puan pengetua memaklumkan bahawa peperiksaan
percubaan SPM akan berlangsung pada 14/11/2022 manakala
peperiksaan akhir tahun bagi semua tingkatan pula akan diadakan
pada bulan Januari tahun hadapan.

Makluman dan tindakan: semua guru

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 PEMBENTANGAN HEM OLEH USTAZ FATTHUL MUEIM
5.1.1 Ucapan terima kasih didedikasikan kepada semua guru yang telah
menyokong semua program yang dianjurkan oleh HEM.

5.1.2 Semua guru diseru untuk membaca yasin bersama-sama pelajar
pada setiap hari Jumaat.

5.1.3 Bagi Melindungi Masa Instruksional (MMI), perhimpunan pagi
akan ditamatkan tepat pada masanya supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) boleh dimulakan pada pukul 7.40 pagi. Namun,
pada hari Jumaat, PdP akan bermula pada pukul 7.50 pagi bagi
memberi laluan kepada program Tazkirah Jumaat.

5.1.4 Peranan dan tanggungjawab guru bertugas:
i. Membantu mengawal pelajar ketika solat zuhur berjemaah.
ii. Peka terhadap tugasan masing-masing. Bagi guru yang

bertugas untuk menulis laporan, mereka hendaklah menulis
laporan tersebut dengan jelas dan terperinci kerana maklumat
yang terkandung di dalam laporan yang ditulis akan dijadikan
eviden sekiranya timbul sebarang masalah atau isu pada masa
akan datang. Manakala, guru bertugas yang mengendalikan

perhimpunan pula hendaklah menerangkan sekurang-
kurangnya satu aspek yang terdapat dalam sekolah sejahtera.

5.1.5 Peranan dan tanggungjawab guru-guru kelas:
i. Merekodkan kehadiran murid di dalam Aplikasi Pangkalan Data
Murid (APDM) sebelum pukul 10 pagi.
ii. Mengemaskini maklumat murid di dalam APDM. Hal ini penting
kerana maklumat tersebut akan dijadikan rujukan dalam memberi
sumbangan kepada pelajar.

5.1.6 Peranan dan tanggungjawab semua guru:
i. Guru subjek kedua dan ketiga perlulah mengemaskini kehadiran
murid di dalam group telegram kehadiran.
ii. Membenarkan pelajar solat pada waktu yang telah ditetapkan bagi
memudahkan urusan kawalan pelajar.

iii. Semua guru adalah guru disiplin. Justeru, semua guru berperanan
menegur pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan disiplin.

iv. Mengemaskini maklumat di dalam sistem e-operasi terutamanya
maklumat pengalaman mengajar dan alamat rumah kerana ia
menjadi asas pertimbangan untuk pergerakan guru.

v. Peka terhadap tarikh di dalam rancangan pelajaran harian (e-rph)
mereka kerana terdapat guru yang tidak menukar tarikh dan tidak
menulis refleksi. Adalah penting bagi guru-guru untuk
menyediakan e-rph secara terancang kerana ia mempengaruhi
urusan kenaikan pangkat guru-guru.

vi. Melengkapkan myportfolio di dalam HRMIS masing-masing.
Taklimat tentang myportfolio akan dijalankan pada 27-28/10 di
bilik PAK21 dan guru-guru digalakkan untuk menghadiri taklimat
tersebut bagi memudahkan mereka memahami cara
pengemaskinian myportfolio.

vii. Mengunci masuk nama pelajar ke dalam Sistem Salah Laku
Disiplin Murid (SSDM). Ustaz Fatthul memaklumkan bahawa 56
orang guru telah mengunci masuk nama pelajar ke dalam SSDM
dan SMK Bukit Rangin berada di kedudukan ke-6 dalam senarai
sekolah yang mengunci masuk nama pelajar ke dalam SSDM.

5.1.7 Mengenai kelas tambahan tingkatan 5, Ustaz Fatthul mengingatkan
guru-guru untuk:

i. Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya guru ingin
mengadakan kelas tambahan pada hari Sabtu atau Ahad supaya
pihak pentadbir boleh memaklumkannya kepada pengawal
keselamatan sekolah. Hal ini penting bagi mengelakkan perkara
yang tidak diingini daripada berlaku.

ii. Memaklumkan kepada pelajar tentang etika berpakaian ketika
menghadiri kelas tambahan pada hari Sabtu atau Ahad di mana
pelajar mestilah memakai baju kokurikulum sekolah, berkasut
sekolah dan bagi pelajar perempuan mereka mestilah memakai
tudung yang mematuhi syariat.

iii. Memastikan pelajar berada di sekolah tepat pada masanya atau
tidak terlalu lewat bagi mengelakkan orang yang tidak dikenali
daripada menyelinap masuk ke dalam kawasan sekolah dan
melakukan perbuatan yang mengancam keselamatan warga SMK
Bukit Rangin.

iv. Memastikan pelajar pulang ke rumah selepas tamat kelas tambahan
dan mengerjakan solat Isyak di rumah.

Makluman dan tindakan: semua guru

5.2 PEMBENTANGAN KOKURIKULUM OLEH ENCIK MUSTAZA BIN
MUKRI

5.2.1 Ucapan terima kasih didedikasikan kepada semua guru yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam memastikan kejayaan setiap
program yang dijalankan oleh Unit Kokurikulum.

5.2.2 Aktiviti perkhemahan akan diadakan pada tahun hadapan dan majlis
Anugerah Kokurikulum pula akan dijangkakan diadakan pada bulan 11.

5.2.3 Guru-guru diingatkan untuk melengkapkan buku laporan aktiviti
unit, kelab dan sukan. Terdapat 10 laporan yang perlu disediakan oleh
guru-guru penasihat di dalam buku laporan tersebut. Buku laporan
hendaklah dihantar pada bulan Disember tahun ini.

5.2.4 Papan kenyataan untuk kelab-kelab tertentu akan ditukar kepada yang
baharu kerana papan kenyataan sedia ada telah reput dan tidak lagi
sesuai untuk digunakan.

5.2.5 Perhimpunan koko telah dijalankan sebanyak 3 kali pada tahun ini dan
pada minggu berikutnya, unit yang bertanggungjawab mengendalikan
perhimpunan koko ialah Unit Uniform Kaspa dan Puteri Islam.

Makluman dan tindakan: semua guru

5.3 PEMBENTANGAN KGKT OLEH ENCIK HANAFYIEH BIN OMAR

5.3.1 Encik Hanafyieh selaku Pengerusi Kelab Guru dan Staf (KGKT)
membentangkan laporan aktiviti yang telah dan bakal dilaksanakan
oleh KGKT BRASS.

Program KGKT 2022/2023:-
1. Jamuan raya/hari guru
2. Persaraan En Apandi
3. Hi Tea Hari Guru/Pekerja @WhiteHall
4. Persaraan Pn Zakiah Kadir
5. Persaraan Pn Norziah
6. Pertukaran Pn Tini
7. Pertukaran Pn Zaharah
8. Pertukaran En Akmal
9. Pertukaran Pn Farhana
10. Guru Praktikum - 5 org
11. Aktiviti Jualan
12. Bubur Lambuk World 3.0
13. QurbanAid 1441H
14. Trip Jakarta-Bandung

Aktiviti/Projek yang bakal dilaksanakan:-
1. Baju Korporat KPM
2. Family Day
3. Ladap@Team Building
4. Benchmark luar negeri
5. Annual Dinner
6. Hadiah Hari Jadi
7. Bowling Piala YDP & Pengetua
8. Projek Parkir (KGKT+KOOP)

5.3.2 Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah, semua parkir
adalah berbayar mulai tahun hadapan termasuk parkir para pentadbir,
ketua bidang dan AKP. Hasil kutipan akan digunakan untuk menampung
kos pembinaan parkir luar dan aktiviti KGKT.

5.3.3 Guru-guru diminta untuk mengisi borang soal selidik berkenaan jumlah
bayaran sewa parkir serta memberi cadangan (sekiranya ada).

Makluman dan tindakan: semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh:-

...............................................
(CIK ASNARITA BINTI TARMIZI)
Pencatat minit mesyuarat
SMK Bukit Rangin

Disemak oleh:-

...............................................
(PUAN HANITA BINTI KASSIM)
Pengetua
SMK Bukit Rangin

KEHADIRAN MESYUARAT GURU KALI KEDUA

GURU HADIR:-

1. Pn Hanita binti Kassim
2. Tn Hj Fatthul Mueim bin Bustaman
3. En Mustaza bin Mukri
4. Pn Noor Azmah binti Abd Wahab
5. YM Raja Roslinda binti Raja Ishak
6. Pn Zahuara binti Bakar
7. Pn Nor Rahishah binti Abd Rahim
8. Pn Anisah binti Harun
9. En Abdul Manaf bin Baharudin
10. Pn Asiah binti Jusoh
11. Cik Asnarita binti Tarmizi
12. Pn Asnor Samiza binti Mohd Salleh
13. En Edrin Faisal bin Md Isa
14. Pn Ezatul Irada binti Abdul Ghani
15. Pn Faizahanum binti Hamedon
16. Pn Farah Ilyani binti Hassan
17. Pn Fauziah binti Abdul Halim
18. En Hamizi bin Taib
19. Pn Juhaida binti Yusop
20. Pn Kamariah binti Manaf
21. En Khairul Annuar bin Kasim
22. Pn Laili Masturah binti Abdullah
23. En Mohd Firdaus bin Mamat
24. En Mohd Hanafyieh binti Omar
25. En Mohd Hasnor bin Ngah @ Abdullah
26. Tn Hj Mohd Puzi bin Mohd Zahari
27. En Muhamad Zuhari bin Rosli
28. Pn Nabilah binti Kamaruzaman
29. Pn Noor Aida binti Abdul Latif
30. Pn Noor Juslili binti Jusoh

31. Pn Noor Mala binti Daud
32. Pn Nor Azizah binti Ahmad Bakri
33. Pn Nor Hasmah binti Mat Nasir
34. Pn Norahayu binti Mat Junoh
35. Pn Norasma binti Muhammad
36. Pn Norita binti Mohammad
37. Pn Noryusnita binti Omar
38. Pn Norzalina binti Mazlan
39. Pn Nur Afiqah binti Asri
40. Pn Nurmysita binti Mohamed Mokhtar
41. Pn Nurul Fakhriah binti Abdul Rahman
42. Pn Nurul Rozalin binti Hamzah
43. En Rizuan Shah bin Hapipi
44. Pn Rosliza binti Saleh
45. Pn Rosmaria binti Omar
46. Pn Rosmini binti Ishak
47. Pn Rosni binti Che Hak
48. Pn Sapura binti Mat Zali
49. Pn Sarifah binti Mansor
50. Pn Siti Amalina binti Sariman
51. Pn Siti Mariam binti Abdullah
52. Pn Siti Nor Azura binti Abdullah Norhairi
53. Pn Suzana binti Awang
54. Pn Suzana binti Hassan
55. Pn Syarifah @ Noriana binti Chik
56. Pn Tuti Malindawati binti Muslim Tandjung
57. Pn Wan Azimah binti Wan Ahmad
58. En Wan Kamarul Ariffin bin Wan Wan Tajulruddin
59. Pn Wan Norizan binti Wan Mohd
60. Pn Wan Nor Syahida binti Wan Mahamad Hanafi
61. Pn Zuhaini binti Mustaffa
62. Pn Zuraida binti Samsudin

GURU TIDAK HADIR:-

1. Pn Umi Kalsom binti Mohd Nasir - Cuti Bersalin
2. Pn Nordalina binti Mohd Isa - Cuti Kuarantin sehingga 19/10/2022
3. Pn Sunita Bibi binti Abdul Razak - MC
4. Pn Junaidah binti Abdul Jalil - CRK
5. Pn Nor Kamalizan binti Mohd Ali - CRK
6. Pn Nor Ashikin binti Che Mahmood - MC
7. Pn Norashida binti Mat Zin - MC

JUMLAH KEHADIRAN: 62/69

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version