The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU BIL.1_2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiqahmahattar89, 2022-12-17 02:55:35

Minit mesyuarat Bil.I

MINIT MESYUARAT GURU BIL.1_2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN (BRASS)

25150 KUANTAN, No Tel : 09-536 6235

PAHANG DARUL MAKMUR No. Faks : 09-536 1457

E-mel : [email protected]

Blog : smkbrangin.blogspot.com

MINIT MESYUARAT GURU SMK BUKIT RANGIN BIL.1/2022

TARIKH : 18 MAC 2022
HARI : JUMAAT
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 11.40 PAGI

1.0 UCAPAN ALUAN PENGETUA PUAN HANITA BINTI KASSIM

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Puan pengetua
menzahirkan rasa syukur kerana diberi ruang dan peluang untuk
bertemu dengan warga BRASS secara bersemuka dalam mesyuarat
guru kali pertama sesi 2022/2023 dan dikuti bacaan doa dipimpin oleh
al-fadhil Ustaz Fatthul Mueim bin Bustaman(GPK HEM).

1.2 Ucapan selamat datang kepada dua orang guru baru berpindah ke
BRASS, Encik Edrin Faisal bin Mad Isa dari Melaka dan Ustazah
Faizahanum binti Hamedon dari SMK Pelindung .

1.3 Pengetua meminta guru-guru supaya memberi perhatian dengan
maklumat-maklumat yang disampaikan melalui BRASS Official.

1.4 Pengetua mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada
guru-guru atas segala sumbangan dan pengorbanan dalam
menguruskan murid-murid dan sekolah terutama menguruskan SPM dan
program-program kecemerlangan sepanjang 2021-2022 dalam
meneraju kelestarian BRASS.

1.5 Hasrat dan harapan 2022 Pn Pengetua terhadap semua warga BRASS,
antaranya:

i. Peningkatan akademik dari Kluster 2 ke Kluster 1, dengan
pencapaian GPS 2.99 ke bawah.
Guru-guru diminta untuk berusaha untuk mencapai GPS yang
lebih baik berbanding pada tahun lepas yang mengalami sedikit
penurunan pada tahun 2020.
GPS 2.99 ke bawah boleh dicapai dengan usaha yang berterusan
dengan mengamalkan kaedah D.U.I.T (Doa, Istiqamah dan
Tawakal)

ii. Kemenjadian murid
Guru-guru perlu menggalakan dan memberi ruang pelajar untuk
sertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah, PPD atau JPN
dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa
untuk mendapat gred yang tinggi dalam kokurikulum di samping
melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah terpuji.

iii. Guru-guru dan AKP
Puan pengetua menegaskan guru perlu menjaga intergriti dalam
bekerja dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi
menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Kerjasama antara guru-
guru untuk membawa BRASS kepada tahap yang lebih
cemerlang.

iv. Keseronokan bekerja bersama dalam harmoni untuk
kecemerlangan diri sendiri, murid-murid dan sekolah. Pengetua
mengingatkan supaya tiada unsur-unsur bermasam muka di
antara rakan sekerja.

v. “Betulkan yang biasa, biasakan yang betul”.
Guru-guru diingatkan tentang kerja buat mengikut perancangan
tahunan. Sebagai contoh setiausaha bidang-bidang masing
perlu cakna tentang tarikh mesyuarat yang telah ditetapkan.
Begitu juga dengan ketua-ketua panitia perlu menyegerakan
penyediaan fail-fail panitia supaya mengikut takwim yang
ditetapkan. Minit mesyuarat perlu dikeluarkan 2 minggu selepas
tarikh mesyuarat.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat bil.4/2021 dicadangkan untuk pengesahan oleh YM
Raja Roslinda binti Raja Ishak dan disokong oleh Puan Siti Mariam binti
Abdullah

Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru-guru perlu sanggup menerima perubahan untuk
penambahbaikan.
Guru mesti tepati masa terutama kehadiran ke sekolah, mesyuarat,
penghantaran dokumen (fail-fail panitia yang perlu dikemaskinikan),
penghantaran markah dalam SAPS supaya tidak mengganggu proses
pemarkahan. Guru-guru perlu melakukan tanggungjawab dengan
penuh keikhlasan.

Tindakan: Makluman

4.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Pengurusan Pentadbiran

4.1.1 Guru perlu bersedia menerima perubahan dan sanggup
melakukan perubahan dan ada inisiatif untuk menaikkan kualiti.
Setiap perubahan bermatlamatkan menambahbaik diri,
kumpulan, organisasi dan murid.

4.1.2 Guru perlu menghargai dan sentiasa mendahului masa.
Contohnya kehadiran ke sekolah, mesyuarat, penghantaran
dokumen, markah dan sebagainya.

4.1.3 Guru perlu melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan
penuh keikhlasan. Hindari sikap merungut atau cakap belakang.
Cogan kata “saya yang menjalankan amanah” perlu sentiasa
semat di dada.

4.1.4 Guru perlu ada inisiatif dan kemahuan yang kuat untuk menaikkan
imej sekolah dalam pelbagai bidang.
Jika rakan boleh mengapa kita tidak boleh. Mesti ada inisiatif
untuk menaikkan nama sekolah.

4.1.5 Guru perlu bersikap proaktif iaitu sentiasa bersikap positif dan
mampu memberi pertolongan tanpa disuruh.
Guru-guru dingatkan supaya tidak mengajar sambil duduk
terutama kelas-kelas awal pagi. Jangan bersembang atau
menggunakan telefon dalam tempoh masa yang lama ketika
berada di dalam kelas.
Penggunaan method PDCA / RCA perlu bagi mengatasi difisit di
kalangan murid.

4.1.6 Guru perlu wujudkan nilai bekerjasama dan jauhkan sikap
memencilkan diri atau berkelompok.

4.17 Guru mesti menjaga rahsia dan aib rakan sekerja, murid dan
sekolah di mata pihak luar dan tidak menghebahkan cerita-cerita
peribadi murid.

4.1.8 Guru perlu bersikap musyawarah, diplomasi dan berkompromi,
Usah perbesarkan isu remeh-temeh dan cuba selesaikan masalah
secara profesional dan berbincang secara baik.

4.1.9 Guru perlu menyertai semua program sekolah secara ikhlas dan
kerja sama-sama. Jangan sesekali berfikir aku seorang tak ada,
takkan program tak boleh dilaksanakan.

4.10 Guru perlu wujudkan semangat kekitaan dan kekeluargaan yang
kuat. Kita keluarga besar BRASS mesti bekerjasama dan kerja
bersama-sama.

4.11 Guru tidak boleh mencampur aduk antara tugas rasmi dengan
tugas peribadi.

4.12 Guru perlu menganggap kerja sebagai ibadah yang dimulai
dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah dan sentiasa
mengharapkan keredhaan Allah.

4.13 Guru perlu melihat sesuatu kepentingan secara keseluruhan
bukan daripada pandangan sempit atau peribadi.

4.14 Guru perlu ambil tahu perkara yang berhubung dengan
perjawatan dan perkhidmatan.
Guru-guru perlu peka dengan arahan KPM, SPI dan dasar-dasar
kerajaan, selalu buka dan semak data e-Operasi/HRMIS

4.15 Guru perlu menjaga penampilan mengikut SPI Bil 6 1985 dan SPI Bil
12/2016. Etika berpakaian Penjawat Awam (Guru) dan
pemakaian tanda nama, pakaian rasmi atau formal, berkasut
bukan berselipar/ sandal pada setiap masa sewaktu bekerja (di
dalam atau luar sekolah).

4.16 Cuti:
i. Cuti sakit hendaklah dimaklumkan segera kepada
pengetua sekiranya pengetua masih berada di dalam
negeri sebaik sahaja cuti dikeluarkan oleh doktor untuk
memudahkan urusan penggantian/relief.
Elakkan temujanji dengan doktor waktu pagi, sekiranya
tidak dapat dielakkan guru perlu menukar masa dengan
guru yang lain.

ii. Cuti rehat atau CRK perlu dipohon tertakluk kepada 9
perkara yang telah dinyatakan dan tidak boleh digunakan
untuk memanjangkan cuti. CRK hendaklah dirancang
terlebih dahulu kecuali kecemasan.

iii. CRK tertakluk kepada sebab yang disenaraikan sahaja dan
tidak boleh digunakan untuk memanjangkan cuti.

iv. Cuti Keluar Negara hanya diluluskan semasa cuti
persekolahan dan tidak boleh gunakan CRK.

4.17 Makluman dan edaran surat-surat rasmi dari KPM, JPN, PPD atau
mana-mana pihak mesti melalui Pengetua atau Penolong Kanan
untuk diminitkan sebelum diedarkan dalam telegram atau
whatsapp.

4.18 Lewat Hadir
Pengetua mengingatkan guru-guru yang lewat akan diberi
amaran. Amaran Pertama akan dikeluarkan jika kelewatan
berlaku 3 kali dan amaran kedua selepas 6 kali kelewatan.
Selepas pukul 7.20 pagi pengetua mengingatkan supaya letak di
luar pagar untuk elakkan double parking.

4.2 PENGURUSAN KEWANGAN

4.2.1 Surat kuasa kepada semua guru yang terlibat dalam memungut
kewangan sekolah.

4.2.2 Perbelanjaan/pembelian hanya oleh
i. GKMP dan KP iaitu PCG
ii. PK Kokurikulum iaitu kewangan kokurikulum
iii. PK HEM iaitu bantuan murid

4.2.3 Semua pegawai berkenaan hendaklah mengemukakan
anggaran perbelanjaan lengkap setengah tahun kedua masing-
masing. Kertas kerja untuk program yang telah diluluskan
hendaklah diserahkan untuk semakan dan kelulusan pada atau
sebelum 13 Mei 2022 (Jumaat).

4.2.4 Semua prosedur kewangan mesti dipatuhi. Kelulusan
perbelanjaan hanya boleh dibuat oleh pengetua sahaja.
Pengetua meminta berjumpa dengan beliau untuk berbincang
tentang pembelian.

4.3 PENGURUSAN KURIKULUM / AKADEMIK

4.3.1 Jadual Waktu 2022
Jadual waktu akan diedarkan selepas habis mesyuarat dan
terdapat sedikit perubahan jadual waktu kelas.

4.3.2 Dasar Kurikulum BRASS 2022
i. Guru perlu fokus kepada akademik dan pencapaian
peperiksaan awam.
ii. Usahakan untuk keluar daripada point 3 kepada point 2.

iii. Guru-guru perlu memantau subjek masing-masing untuk
meningkatkan GPS.

iv. Guru-guru perlu kompeten dalam PdPc bertindak dengan
penuh tanggungjawab.

v. Slogan “kejayaan milik semua murid”, guru-guru jangan
menafikan hak murid. Setiap murid menyumbang GPS
sekolah.

vi. Penekanan kepada 3 proses yang saling berkait
- Kurikulum
- Pedagogi
- Pentaksiran (PBD, UTQH, PAJSK berlaku sepanjang tahun)

vii. Bilik-bilik darjah mesti kondusif.

viii. PBD berlaku sepanjang tahun, sekurang-kurangnya 1 kali
@ 2 kali seminggu, yang penting ada peningkatan Tahap
Pencapaian (TP).
Sekolah akan didatangi oleh pegawai KPM untuk
memantau pada 4-7 April 2022. Penyelarasan PBD perlu di
lakukan di peringkat sekolah , guru mata pelajaran
dan KB perlu duduk sekali untuk berbincang.

ix. Sentiasa mengamalkan PDCA ( Plan, Do, Check , Action)

4.3.3 Pengurusan mata pelajaran
Amali sains , Kerja Kursus, Projek T3 (RBT , Geografi ) UTQH perlu
dilaksanakan dengan baik.
Guru-guru sains wajib masuk makmal untuk menjalankan
amali , setakat ini sekolah mempunyai 6 pembantu makmal
untuk menjaga 6 makmal yang ada.

4.3.4 Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) / Sukatan
Pelajaran (SP)
Guru-guru mesti ada DSKP (hardcopy / softcopy) dan dapat
ditunjukkan dengan serta merta apabila diminta.

4.3.5 e-RPH (Rancangan Pengajaran Harian)
e-RPH akan diagih/masuk ikut bidang bermula tahun ini.

i. Bidang Votek (Pn Hjh Norziah bt Johod)
ii. Bidang Kemanusian (Tn Hj Fatthul Mueim bin Bustaman)
iii. Bidang Bahasa (En Mustaza bin Mukri)
iv. Bidang Sains & Mate (Pn Hanita binti Kassim)

Guru-guru perlu menghantar e-RPH selewat-lewatnya sabtu pagi.
Kegagalan guru-guru menghantar e-RPH boleh menyebabkan
tindakan tatatertib dan boleh didenda RM5000.00

4.3.6 Pelaksanaan Ujian / Peperiksaan/ Pentaksiran Standard.

4.3.7 Pencerapan PdPc dan Buku Latihan
Guru-guru perlu rujuk jadual pencerpan di dalam buku fokus muka
surat 60 dan perlu mengingatkan pencerap untuk mencerap.

4.3.8 Peningkatan Kualiti PdPc Guru.

Guru-guru sangat digalakkan membudayakan PLC

4.3.9 Pelaksanaan KBAT dalam PAK21
Mesti dimulakan daripada tingkatan 1 lagi. Pelajar perlu diajar
teknik penyelesaian masalah bukan sekadar teknik
menjawab soalan sahaja kerana ianya boleh membataskan
pemikiran KBAT calon.

4.3.10 Pelaksanaan Program Kecemerlangan Akademik 2022

4.3.11 Headcunt 2022 / Profil akademik BRASS 2022

4.3.12 Pemantapan pelaksanaan PBS
Guru-guru perlu melaksanakan PBD, SEGAK, PAJSK, PEKA, PAFA
dan Psikometrik.

4.3.13 Memelihara Masa Instruksional (MMI)

Guru perlu menggunakan inisiatif/program berikut untuk
memperkasakan PAK 21 dalam pedagogi guru dan pencapaian
akademik murid melalui:

i. KBAT (Flipped Classroom)
ii. RCA & Intervention/PDCA
iii. PLC
Iv. GPI setiap murid. GPMP setiap kelas
v. PAK 21- Communication, Collaboration, Critical Thinking,

Creative Thinking, Common Sense Value dan Problem
Solving.
vi. Learning walk –kemaskini papan kenyataan

Tindakan : Makluman

5.0 Mesyuarat Kurikulum (Pembentangan oleh Pn. Hjh. Norziah binti Johod)

5.1 Ucapan alauan.
Ucapan tahniah kepada semua guru berjaya melaksanakan
amanah yang diberikan pada tahun 2021.

5.2 Pengesahan perlantikan tugas-tugas muka surat 54-63 dalam
buku fokus.
Program kurikulum rujuk muka surat 21-32
Pn X (Pn Faizahanum binti Hamedon)

5.3 KPI kurikulum
Tingkatan 1 ,2 dan 3 gps 2.74
Tingkatan 4 2.86
Target SPM 2022 GPS 2.86

5.4 SKPMG 1 / Pengurusan Kurikulum
Standard 3.1.1 Pengurusan Kurikulum
Standard 3.1.2 Pengurusan Mata pelajaran
Standard 3.1.3 Pengurusan Masa instruksional
Standard 3.1.4 Pengurusan Penilaian murid

5.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Dilakukan secara berterusan melalui lisan, pemerhatian dan
bertulis. Pembelajaran dan PBD mesti dilaksanakan seiring.
Laporan PBD pertama pada bulan julai.

5.6 DSKP
Panitia perlu berbincang bersama ahli panitia untuk menetapkan
Tahap Pencapain (TP). Kriteria kejayaan perlu direkod dan mesti
ada senarai nama pelajar sebagai borang transit .

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Ucapan penutup oleh Puan Hanita binti Kassim

6.1.1 Ucapan tahniah kepada guru-guru yang naik pangkat pada
tahuni ini.

6.1.2 Guru perlu mengetahui prestasi gred masing-masing dan
menjalankan tugas mengikut gred itu sebagai contoh, Guru gred
DG 41melaksanakan tugas dengan penyeliaan dan bimbingan.

Guru DG48 mampu menyelia dan membimbing dan
berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi
dan melakukan pencegahan. Guru DG 52 menjadi pembimbing
dan berkebolehan merancang dan melaksanakan
penambahbaikan dalam bidang-bidang tertentu.
Guru DG54 mesti mempunyai kepakaran khusus secara cekap
dan berkesan. Guru juga perlu mengamalkan PDCA iaitu Plan, Do,
Check and Action. Adalah tidak mencukupi melakukan yang
terbaik tetapi mesti tahu apa yang akan dilakukan dan melakukan
yang terbaik.

6.1.2 Puan pengetua mengajak agar semua guru bersama-sama
dalam semua aktiviti, program sekolah, Program Al-Ma’thurat dan
Program Khas.

6.1.4 Menepati masa ke sekolah, ke kelas dan mesyuarat dan
penghantaran dokumen seperti e-RPH, markah murid dan
tugasan lain.

6.1.5 Guru juga perlu bersama-sama membangunkan perkembangan
murid dalam aspek displin, tingkahlaku, kebersihan dan
kekemasan diri.

6.1.6 Berkerjalah dengan gembira. Muhasabah diri, cuba tangani stress
dengan baik, memaafkan orang lain jaga tutur kata dan elakkan
konflik tanpa sebab.

6.1.7 Guru perlu berintegriti. Elakkan kena kejar selalu dan menjaga
masa PdPR iaitu core business guru.
Guru perlu bersedia dan peka apabila diminta untuk data-data
“Ad Hoc” dari PPD / JPN.

6.1.8 Fotostat /Riso
Bahan yang hendak difotostat /riso perlu dihantar selewat-
lewatnya 2 hari sebelum, dengan mendapatkan tandatangan
daripada pengetua/PK.
Pejabat ada menerima mesin fotostat dari jabatan tetapi hanya
untuk kegunaan pejabat.

6.1.9 Guru perlu menjauhi:
i. Penentang tanpa sebab
ii. Hanyut dari komitmen
iii. Fokus yang yang tidak tepat
iv. Batu api atau sokong yang membawa rebah
v. Penyumbang minimum
vi. Pak turut
vii. Kurang kerjasama dan kurang bersatu
viii. Syak wasangka dan berprasangka
x. Asyik dalam zon selesa
xi. Cepat berpuas hati

6.2 Pendaftaran Tingkatan Satu (En. Fatthul Mueim bin Bustaman)
6.2.1 Fail Pengurusan Kelas
Guru-guru kelas tahun 2021 yang belum menyerahkan fail
pengurusan kelas, bolehlah menghantarnya ke bilik PK HEM.
Pendaftaran Ting 1 rujuk pada kertas kerja Pendaftaran
Tingkatan1. Ibubapa dan pelajar tingkatan 1berurusan di kaunter
semakan di foyer dan seterusnya ke kaunter pendaftaran di
Anjung Lestari.

6.3 Kokurikulum (En. Mustaza bin Mukri)
6.3.1 Buku laporan 2021 mesti di hantar kepada PK Kokurikulum (guru
penasihat yang belum menghantar perlu hantar selewat-
lewatnya 30 Mac 2022)

6.3.2 Papan kenyataan perlu dikemaskini
6.3.3 Penyertaan murid

Guru perlu memberi galakan kepada murid untuk menyertai
aktiviti kokurikulum ke peringkat tertinggi.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.40 pagi

Laporan disediakan oleh:

…………………………………………
(PN. HJH. KAMARIAH BINTI MANAF)
Pencatat Minit Mesyuarat

Disemak oleh:

………………………………………………
(PUAN HANITA BINTI KASSIM)
Pengetua
SMK BUKIT RANGIN

KEHADIRAN MESYUARAT GURU KALI PERTAMA (58/70)

1. Pn Hanita binti Kassim
2. Pn Hjh Norziah binti Johod
3. Tn Hj Fatthul Muiem bin Bustaman
4. En Mustaza bin Mukri
5. Pn Nordalina binti Mohd Isa
6. Pn Anisah binti Harun
7. Pn Noor Azmah binti Abdul Wahab
8. YM Raja Roslinda binti Raja Ishak
9. Pn Zahuara binti Bakar
10. Pn Nor Rahishah binti Abd. Rahim
11. En Abdul Manaf bin Baharudin
12. Pn Asiah binti Jusoh
13. Pn Ezzatul Irada binti Abdul Ghani
14. Pn Farhana Azyyati binti Md Nor
15. Pn Fauziah binti Abdul Halim
16. En Hamizi bin Taib
17. Pn Juhaida binti Yusop
18. Pn Hjh Junaidah binti Abd Jalil
19. Pn Kamariah binti Manaf
20. En Khairul Annuar bin Kassim
21. Pn Laili Masturah binti Abdullah
22. En Mohd Firdaus bin Mamat
23. En Mohd Hasnor bin Ngah @ Abdullah
24. Tn Hj Mohd Puzi bin Mohd Zahari
25. En Muhammad Zuhari bin Rosli
26. Pn Nabilah binti Kamaruzaman
27. Pn Noor Aida binti Abdul Latif
28. Pn Noor Mala binti Daud
29. Pn Nor Azizah binti Ahmad Bakri
30. Pn Nor Hasmah binti Mat Nasir
31. Pn Nor Kamalizan binti Mohd Ali
32. Pn Norashida binti Mat Zin
33. Pn Norasma binti Muhammad
34. Pn Norita binti Mohammad
35. Pn Noryusnita binti Omar
36. Pn Nurmysita binti Mohamed Mokhtar
37. Pn Nurul Fakhriah binti Abdul Rahman
38. Pn Nurul Rozalin binti Hamzah
39. En Rizuan Shah bin Hapipi
40. Pn Rosliza binti Saleh
41. Pn Rosmaria binti Omar

42. Pn Sapura binti Mat zali
43. Pn Sarifah binti Mansor
44. Pn Siti Mariam binti Abdullah
45. Pn Siti Nor Azura binti Abdullah Norhairi
46. Pn Sunita Bibi binti Abdul razak
47. Pn Suzana binti Awang
48. Pn Suzana binti Hassan
49. Pn Syarifah @ Noriana binti Chik
50. Pn Tuti Malindawati binti Muslim Tandjung
51. Pn Umi Kalsom binti Mohd Nasir
52. Pn Wan Azimah binti Wan Ahmad
53. En Wan Kamarul Ariffin bin Wan Wan Tajulruddin
54. Pn Zakiah binti Abdul Kadir
55. Pn Zuhaini binti Mustaffa
56. Pn Zuraida binti samsudin
57. En Edrin Faisal bin Mad Isa
58. Pn Faizahanum binti Hamedon

TIDAK HADIR - Cuti Sakit
- bersebab
1. En Apandi bin Nazar -Kuarantin
2. Cik Asnarita binti Tarmizi -bersebab
3. Pn Hjh Asnor Samiza binti Mohd Salleh -bersebab
4. Pn Hjh Farah Ilyani binti Hassan -pemeriksa
5. En. Mohd Hanafyieh bin Omar -pemeriksa
6. En Mohd Nazir bin Noh -bersebab
7. Pn Norahayu binti Mat Junoh -kuarantin
8. Pn Norzalina binti Mazlan -cuti sakit
9. Pn Rosmini binti Ishak -Kuarantin
10. Pn Rosni binti Che Hak -mesyuarat
11. Pn Wan Norizan binti Wan Mohd
12. Pn Hjh Zaharah binti Md Amin


Click to View FlipBook Version