The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2-NURUL SYAZREENA BINTI ASRAZ-BMA-030916070592-P22232664

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL SYAZREENA BINTI ASRAZ IPG-Pelajar, 2024-03-22 08:49:37

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DAN ISU KESALAHAN BAHASA

TUGASAN 2-NURUL SYAZREENA BINTI ASRAZ-BMA-030916070592-P22232664

PENSYARAH : ENCIK HJ MUHAMAD BIN TAYAB PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU & ISU KESALAHAN KATA BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK


DISEDIAKAN OLEH : NAMA : NURUL SYAZREENA BINTI ASRAZ ANGKA GILIRAN : 2022232440022 KELAS : BAHASA MELAYU A


APA ITU BAHASA? Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran (Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua)


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU 6 vokal 18 konsonan


PROSES PEMBENTUKAN KATA s Bahasa Melayu sudah mempunyai P istem imbuhan yang lengkap. ertambahan bidang ilmu dan s ik is h t t e is m as yang baharu menyebabkan unt imbuhan asing dipinjam b uk menampung kemasukan B entuk-bentuk kata pinjaman. be erlakunya proses penambahan M ntuk imbuhan dalam bahasa da e r l i a p yu dengan meminjam imbuhan ada bahasa asing. Imbuhan asing diterima b sepenuhnya (mempertahankan m e e ntuk asalnya) atau diubah suai ngikut sistem tatabahasa bahasa Melayu.


PEMBENTUKAN KATA BAHARU Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) , perkataan baharu lazimnya muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu.


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU IMBUHAN DARIPADA ARAB-PARSI IMBUHAN DARIPADA YUNANI-LATININGGERIS IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT


IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT Imbuhan daripada Sanskrit merupakan jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Imbuhan daripada Sanskrit terbahagi kepada dua jenis iaitu imbuhan awalan dan akhiran. Awalan maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, pancaAkhiran -man, -wan, -wati, -nita


Berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama. Membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. awalan mahamaha- + guru = mahaguru maha- + siswa = mahasiswa maha- + raja = maharaja Secara lazimnya, ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha- + kata adjektif dieja berasingan. Perkataan maha dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh. maha- + mulia = maha mulia maha- + besar = maha besar maha- + agung = maha agung


Awalan tata- digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama, yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan. awalan tatatata- + tertib ----> tatatertib tata- + bahasa ----> tatabahasa tata- + susila ----> tatasusila tata- + cara ----> tatacara tata- + hukum ----> tatahukum tata- + nama ----> tatanama tata- + kerja ----> tatakerja


awalan pra- awalan swaAwalan pra- ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya pra- + kata ----> prakata pra- + syarat ----> prasyarat pra- + sejaraj ----> prasejarah pra- + siswazah ----> prasiswazah pra- + sangka ----> prasangka pra- + wacana ----> prawacana pra- + sarana ----> prasarana pra- + universiti ----> prauniversiti pra- + saran ----> prasaran Awalan swa- digunakan untuk menerbitkan kata nama yang memberi makna sendiri. Awalan ini mempunyai potensi untuk menjadi awalan yang produktif, walaupun penggunaannya agak terbatas swa- + daya > swadaya (kekuatan sendiri) swa- + asta > swasta (berdiri sendiri) swa- + sambada > swasambada (keperluan sendiri) swa- + tantra > swatantra (pemerintahan sendiri) swa- + tenaga > swatenaga (tenaga sendiri) swa- + layan > swalayan (layan sendiri)


akhiran -wan, -man Penggunaan kedua-dua akhiran -wan dan - man akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas atau pemilik sesuatu sifat atau keupayaan. -man digunakan bagi bentuk kata dasar yang berakhir dengan huruf i, manakala - wan digunakan untuk bentuk kata dasar yang berakhir dengan huruf a akhiran -wati, -nita seni + -man ----> seniman budi + -man ----> budiman cendekia + -wan ----> cendekiawan harta + -wan ----> hartawan angkasa + -wan ----> angkasawan Kedua-dua akhiran ini digunakan sebagai usaha menimbulkan padanan kepada akhiran -man dan -wan. Tujuannya untuk menunjukkan kategori jantina, iaitu -man dan -wan bagi lelaki dan -wati dan -nita bagi wanita seni + -wati ----> seniwati angkasa + -wati ----> angkasawati sukarela + -wati ----> sukarelawati biduan + -nita ----> biduanita karyawan + -nita ----> karyawanita


Bahasa Melayu mula mendapat pengaruh daripada bahasa Arab-Parsi sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Bahasa Arab mula digunakan oleh masyarakat Melayu disebabkan bahasa Arab merupakan bahasa rasmi untuk agama Islam. Hal ini memudahkan proses asimilasi unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Penyerapan unsur imbuhan Arab Parsi dalam bahasa Melayu amat terbatas. Terdapat dua jenis imbuhan pinjaman Arab-Parsi iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. IMBUHAN DARIPADA ARAB-PARSI


Terdapat hanya satu imbuhan awalan yang berasal daripada bahasa Parsi iaitu bi-. Imbuhan bi- bermaksud tidak dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif, tetapi penggunaanya amat terbatas. Pembentukan istilah sains dan teknologi dengan menggunakan imbuhan ini pernah dilakukan tetapi hasilnya agak terhdad IMBUHAN AWALAN bi- + lazim ---> bilazim (tidak lazim) bi- + adab ---> biadab (tidak berada) bi- + normal ---> binormal (tidak normal)


Imbuhan akhiran -wi dan -i digunakan untuk membentuk kata adjektif iaitu mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. Imbuhan -wi digunakan apabila kata dasar berakhir dengan vokal. Imbuhan -i digunakan apabila kata dasar berakhir dengan konsonan. IMBUHAN AKHIRAN sejara(h) + -wi ----> sejarawi dunia + -wi ----> duniawi bahar + -i ----> bahari manusia + -wi ----> manusiawi azal + -i ----> azali Akhiran -wi, -i


Imbuhan akhiran -iah digunakan untuk membentuk kata adjektif yang membawa maksud sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. IMBUHAN AKHIRAN alam + -iah ----> alamiah lahir + -iah ----> lahiriah ilm(u) + -iah ----> ilmiah batin + -iah ----> batiniah Akhiran -iah


Mukminin/mukminat, muslimin/muslimat, musyrikin/musyrikat, ustaz/ustazah dan sultan/sultanah merupakan bentuk kata bahasa Arab yang tidak asing lagi bagi orang Melayu. Imbuhan -in, -at, dan -ah digunakan untuk menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan. IMBUHAN AKHIRAN hadir + -in ----> hadirin munafik + -in ----> munafikin hadir + -at ----> hadirat Akhiran -in, -at, -ah munafik + -at ----> munafikat salih + -ah ----> salihah qari + -ah ----> qariah


IMBUHAN DARIPADA YUNANI-INGGERIS-LATIN Bahasa Yunani-Latin-Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kebanyakan imbuhan daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris adalah bentuk imbuhan awalan. Bagi bentuk imbuhan yang lain pula hanya sekadar diserap sebagai sebahagian kata pinjaman untuk bahasa Melayu. Dalam imbuhan awalan Yunani-Latin-Inggeris, terdapat beberapa daripadanya yang bersifat produktif. Bentuk-bentuk produktif yang dimaksudkan ialah pembentukan kata untuk peristilahan. Terdapat juga bentuk awalan yang lain namun tidak digunakan sebagai imbuhan tetapi sebagai kata pinjaman. Imbuhan akhiran Yunani-Inggeris-Latin masih tidak diserap sebagai imbuhan pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Kebanyakan daripada bentuk ini diserap masuk untuk menjadi kata pinjam dalam bahasa Melayu.


IMBUHAN AWALAN Awalan proTujuannya digunakan untuk menunjukkan bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. pro- + aktif > proaktif pro- + kerajaan > prokerajaan pro- + barat > probarat Awalan poliTujuannya untuk pengertian banyak. poli- + klinik > poliklinik poli- + semi > polisemi poli- + fasa > polifasa


IMBUHAN AWALAN Awalan antiTujuannya berlawanan dengan awalan pro Tujuannya untuk melawan, membantah, menentang, atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. anti- + sosial > antisosial anti- + kerajaan > antikerajaan anti- + penjajah > antipenjajah Awalan autoTujuannya untuk memberi pengertian secara bersendirian. auto- + graf > autograf auto- + carta > autocarta auto- + glutinasi > autoglutinasi


IMBUHAN AWALAN Awalan supraTujuannya berfokus kepada melebihi, mengatasi atau merentas. supra- + nasional > supranasional supra- + kategori > suprakategori supra- + sistem > suprahidrat Awalan subTujuannya untuk pengertian sebahagian daripada keseluruhan. sub- + bidang > subbidang sub- + kelas > subkelas sub- + sistem > subsistem


IMBUHAN PINJAMAN Imbuhan pinjaman infrainfra- + orbit > infraorbit infra- + struktur > infrastruktur infra- + merah > inframerah Imbuhan pinjaman kilokilo- + gram > kilogram kilo- + meter > kilometer kilo- + watt > kilowatt


IMBUHAN PINJAMAN Imbuhan pinjaman milimili- + meter > milimeter mili- + gram > miligram mili- + liter > mililiter Imbuhan pinjaman teletele- + graf > telegraf tele- + komunikasi > telekomunikasi tele- + gram > telegram


IMBUHAN PINJAMAN Imbuhan pinjaman multimulti- + sel > multisel multi- + butiran > multibutiran multi- + aras > multiaras Imbuhan pinjaman supersuper- + larut > superlarut super- + set > superset super- + sonik > supersonik


IMBUHAN AKHIRAN Akhiran -isme sosial + -isme > sosialisme nasional + -isme > nasionalisme ideal + -isme > idealisme Akhiran -ik fonem + -ik > fonemik logis(t) + -ik > logistik linguis(t) + -ik > linguistik


IMBUHAN AKHIRAN Akhiran -al klinik + -al > klinikal praktik + -al > praktikal kritik + -al > kritikal


IMBUHAN AKHIRAN Akhiran -si klasifikasi revolusi sensasi Akhiran -is ekonomis sistematis kritis


ISU KESALAHAN KATA DALAM BAHASA MELAYU


Za'ba (1965),Nik Safiah Karim (1978), Asmah Haji Omar (1980) dan Arbak Othman (1981) berpendapat bahawa kesalahan berlaku kerana adanya penggunaan aspekaspek bahasa yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku. Penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaanya yang standard dianggap sebagai kesalahan bahasa, kecuali jika bahasa itu digunakan di luar batas formal, misalnya penggunaan dialek-dialek Melayu. KESALAHAN KATA


Perkataan ‘online’ merupakan perkataan daripada bahasa Inggeris. Percampuran bahasa dalam keratan akhbar tersebut merupakan kesalahan ketara yang dapat dilihat. Dalam bahasa Melayu, perkataan ‘online’ bermaksud ‘dalam talian’. Terdapat segelintir masyarakat yang masih keliru dengan ‘dalam talian’ atau ‘atas talian’. Masyarakat Malaysia menterjemahkan terus perkataan ‘online’ daripada bahasa Inggeris yang menjadi ‘atas talian’. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘dalam talian’ merupakan sesuatu yang berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan komputer. Istilah ‘atas talian’ tidak wujud dalam bahasa Melayu. PERCAMPURAN BAHASA online dalam talian Sumber : Keratan akhbar


Kesalahan ejaan merupakan kesalahan umum bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana ejaan merupakan peringkat yang paling asas dalam bahasa. Akan tetapi, disebabkan sikap ketidakprihatinan masyarakat, masalah ini seringkali berlaku dan semakin berleluasa. Perkataan ‘anjir’ yang digunakan merupakan kata sumpah serapah yang merupakan varian lain daripada perkataan anjing. KESALAHAN EJAAN Sumber : Keratan akhbar anjir anjing


Terdapat kesalahan ejaan bahasa Melayu dalam majalah tersebut iaitu ‘taqwa’ yang sepatutnya dieja ‘takwa’ . Perkara ini berlaku disebabkan oleh pengaruh sebutan dari bahasa Arab. Walaupun dalam tulisan jawi takwa dieja dengan huruf ق) qaf), namun dalam rumi ia dieja dengan huruf k. KESALAHAN EJAAN Sumber : Majalah taqwa takwa


Perbendaharaan kata merupakan keseluruhan kata dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang sering dilakukan dalam perbendaharaan kata adalah kesalahan ejaan. Terdapat satu kesalahan yang telah dikesan dalam gambar yang dilampirkan iaitu perkataan 'talifon'. Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah 'telefon'. KESALAHAN PERBENDAHARAAN KATA Sumber : Kain rentang talifon telefon


Gambar yang dipaparkan menunjukkan kesalahan hukum DM. ‘Goreng pisang’ menunjukkan perbuatan menggoreng pisang sementara itu ‘pisang goreng’ merujuk kepada pisang yang telah digoreng. Maka, hukum DM yang betul bagi frasa tersebut ialah ‘ pisang goreng’. HUKUM DM Sumber : Kain rentang goreng pisang pisang goreng


Kesalahan penggunaan kata ganda dalam gambar yang ditunjukkan ialah frasa "sisa-sisa makanan". Ia merupakan pengulangan kata yang memiliki makna yang sama secara berlebihan atau disebut sebagai lewah. Frasa tersebut haruslah digantikan dengan ‘sisa makanan’ sahaja. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANDA Sumber : Notis sisa-sisa makanan sisa makanan


Menurut Kamus Dewan, perkataan ‘merbahaya’ pernah digunakan suatu ketika dahulu. Namun, disebabkan tiada kewujudan imbuhan ‘mer-’ dalam sistem morfologi bahasa Melayu, perkataan tersebut ditukarkan dengan menggunakan imbuhan ‘ber-’ iaitu ‘berbahaya’. KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN Sumber : Papan tanda merbahaya berbahaya


Pada zaman teknolgi ICT yang semakin berkembang, banyak perkataan baharu yang muncul. Bahasa Melayu perlu berinteraksi dengan perkembangan teknologi, perdagangan dan kegiatan ekonomi yang bersifat global. Oleh itu, penggunaan dan penguasaan tatabahasa Melayu akan menjadi lemah jika kerajaan tidak melaksanakan peranannya sebgai penguatkuasa. Tegasnya, semua pihak haruslah berusaha dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memastikan penggunaannya secara menyeluruh dan betul dalam semua urusan baik dalam bentuk tulisan mahupun lisan. KESIMPULAN


RUJUKAN Anne Jeffrey Kihob dan Saidatul Nornis Mahali. (2021). Penguasaan murid tentang penggunaan imbuhan dalam penulisan karangan respons terbuka. Universiti Malaysia Sabah. Hasmidar Hassan, Mardian Shah Omar dan Puteri Roslina Abdul Wahid. (2018). Kecelaruan morfologi dalam penulisan bahasa Melayu oleh penutur asing. Jurnal Linguistik, 22 (2), 20 - 36 Kamus Dewan Bahasa (Edisi keempat). (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Hazreen Shah Hassan dan Sharil Nizam Sha’ri. (2019). Analisis kesalahan penggunaan bahasa dalam rencana akhbar. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 21 (2), 55−71 Muhammad Marwan Mohd Tanos dan Nik Safiah Karim. (2014). Proses pemendekan dalam pembentukan kata submorfologi Bahasa Melayu: satu tinjauan awal. International Journal of the Malay World and Civilisation, 2 (3), 51 - 65


SEKIAN, TERIMA KASIH Dari Kedah ke Pekan Sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugasan diberi, Di lain masa bersua lagi.


Click to View FlipBook Version