The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nyna2903, 2021-10-11 15:47:52

FLORA DAN FAUNA

BINA INSAN GURU

Kembara
flora dan fauna

NUR AMANINA FARHANAH BINTI MOHAMAD KAMAL
5 PISMP PJ3

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
MPU 3112 - BINA INSAN GURU
EN MOKHTAR BIN YACOB

“Flora bermaksud semua tumbuhan hidup di
dalam sesuatu kawasan atau zaman, khususnya
tumbuhan yang asli.”

—Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat

FLORA

0 POKOK PISANG 0 0POKOK BETIK POKOK
1 MUSA 3 5CARICA PAPAYA POINSETTIA

PARADISIACA LINN EUPHORBIA
PULCHERRIMA
0 POKOK TERUNG
2 SOLANUM 0 BUNGA KEMBOJA
4 PLUMERIA
MELONGENA
RUBRA

01

POKOK PISANG

MUSA PARADISIACA

KETERANGAN AM :

● Nama Biasa : Pisang
● Nama Saintifik : Musa paradisiaca
● Keluarga : Musaceae
● Asal : Pisang berasal daripada kawasan Tropika.
● Kawasan Utama Tanaman : Di Malaysia tanaman pisang diusahakan di kebanyakan

negeri-negeri. Walau bagaimanapun, kawasan yang terbesar pengeluaran terletak
di negeri Pahang dan Perak.
● Kegunaan : Pisang enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat
kek, pencuci mulut, kuih, ia juga sangat enak dimakan selepas digoreng
panas-panas.
● Cuaca : Tanaman pisang sesuai diusahakan di kawasan bersuhu antara 12- 32ºC
dengan taburan hujan antara 1000 – 3000 mm.
● Tanah : Pisang boleh ditanam di pelbagai jenis tanah. Tanah yang paling sesuai
ialah sederhana gembur, dengan saliran yang baik. PH tanah antara 5.5 – 8.0.

02

POKOK TERUNG

SOLANUM MELONGENA

6

KETERANGAN AM :

● Nama Biasa : Terung
● Nama Saintifik : Solanum Melongena
● Keluarga : Solanaceae
● Asal : India dan Sri Lanka
● Kawasan Utama Tanaman : Kawasan utama pengeluaran terung mengikut laporan

statistik Jabatan Pertanian Malaysia (Data termasuk terung panjang, terung bulat
dan jenis lain) adalah di Pahang (331 hektar) diikuti dengan Johor (200 hektar)
dan Sarawak (188 hektar).
● Kegunaan : Terung meningkatkan fungsi saluran gastrointestinal, diperlukan untuk
fungsi sistem kekebalan tubuh yang baik, melindungi dari jangkitan, dan kerana
kesan antioksidan yang kuat, mereka dikenal sebagai cara mencegah barah.
● Cuaca : Tanaman terung sesuai diusahakan pada suhu 25-35°C.
● Tanah : Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut,tanah BRIS dan tanah bekas
lombong

03

POKOK BETIK

CARICA PAPAYA LINN

KETERANGAN AM :

● Nama Biasa : Betik
● Nama Saintifik : Carica Papaya Linn
● Keluarga : Caricaceae
● Asal : Betik dipercayai berasal dari Amerika tropika. Orang-orang Spanyol telah membawa

spesies betik ke Filipina dan kemudian dibawa pula ke Malaysia.
● Kawasan Utama Tanaman : Tanaman Betik banyak terdapat di negeri Selangor, Johor dan

Perak
● Kegunaan : Buah betik yang mengkal (agak keras) biasanya dibuat rojak. Betik muda juga

sesuai dijadikan halwa (jeruk manis). Betik muda juga mempunyai kegunaan tersendiri
dalam petua orang Melayu. Getah betik muda boleh digunakan untuk menghaluskan tumit
kaki yang pecah-pecah.
● Cuaca : Betik memerlukan taburan hujan yang seimbang untuk proses pendebungaan.
Biasanya taburan hujan sebanyak 1200 mm dengan suhu antara 21-33 c. Betik tidak sesuai
di tanam di kawasan angin yang kuat yang boleh menyebabkan pokok rebah/ tumbang.
● Tanah : Memerlukan sistem pengairan yang boleh menghalang dari berlakunya banjir.
Kesesuaian tanah ialah pH 5.0 - 5.5.

BUNGA KEMBOJA

PLUMERIA RUBRA

04

KETERANGAN AM :

● Nama Biasa : Bunga Kemboja
● Nama Saintifik : Plumeria Rubra
● Keluarga : Apocynaceae
● Asal : Tumbuhan ini berasal dari Amerika Tengah.
● Kegunaan : Pokok Bunga Kemboja dalam masyarakat Melayu di Malaysia sering ditanam di

kawasan tanah perkuburan Islam sejak zaman dahulu dan ini mungkin disebabkan bau
harum serta pokok ini mudah ditanam dikawasan tanah perkuburan dan ianya mudah
tumbuh sama seperti pokok bunga lain.
● Cuaca : Bunga Kemboja mampu hidup dalam suhu 5 hingga 52°C. Sebab itu tanaman ini
juga dikenali dengan mana lain iaitu Desert Rose.
● Tanah : Medium tanaman yang diperlukan oleh bunga kemboja adalah pada kadar nisbah
1:1:1 (pasir: arang; kompos) Selain arang, boleh digantikan dengan sekam. Medium bunga
kemboja lebih sempurna jika mempunyai sedikit campuran dolomit.

05

POKOK POINSETTIA

EUPHORBIA PULCHERRIMA

12

KETERANGAN AM :

● Nama Biasa : Pokok Poinsettia
● Nama Saintifik :
● Keluarga : Apocynaceae
● Asal : Tumbuhan ini berasal dari Amerika Tengah.
● Kegunaan : Pokok Bunga Kemboja dalam masyarakat Melayu di Malaysia sering ditanam di

kawasan tanah perkuburan Islam sejak zaman dahulu dan ini mungkin disebabkan bau
harum serta pokok ini mudah ditanam dikawasan tanah perkuburan dan ianya mudah
tumbuh sama seperti pokok bunga lain.
● Cuaca : Bunga Kemboja mampu hidup dalam suhu 5 hingga 52°C. Sebab itu tanaman ini
juga dikenali dengan mana lain iaitu Desert Rose.
● Tanah : Medium tanaman yang diperlukan oleh bunga kemboja adalah pada kadar nisbah
1:1:1 (pasir: arang; kompos) Selain arang, boleh digantikan dengan sekam. Medium bunga
kemboja lebih sempurna jika mempunyai sedikit campuran dolomit.

Fauna (Bio) bermaksud seluruh binatang yang

hidup di sesuatu daerah tertentu. Juga dikenali

sebagai Dunia Haiwan. Terbahagi kepada 2

iaitu di air dan juga di darat.”

—Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat

FAUNA

0 0 0 BURUNG
BELALANG SEMUT 5 MERPATI

1 3
0
2 KUCING 0
4 IKAN EMAS

BELALANG

Sejenis serangga berwarna hijau, berkepak dan
berkaki panjang yang senang didapati di celahan
pokok ataupun rumput. Terdapat beberapa jenis
belalang, antaranya belalang kacung,
mentadak-mentadu, cengkadak, belalang kunyit,
belalang hijau dan lain-lain. Ada juga jenis belalang
yang dimakan oleh suku kaum tertentu.

KUCING

Dalam agama Islam, kucing merupakan haiwan
peliharaan yang disayangi, sebagaimana yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kucing
domestik ialah haiwan yang dihormati dalam
agama Islam. Kucing domestik juga dikagumi
kerana kebersihannya.

17

SEMUT

Semut adalah serangga sosial dalam famili
Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan
lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam
kumpulan Hymenoptera. Mereka mudah dikenal
pasti dengan antena yang menyinggung dan
struktur seperti nod yang tersendiri yang
membentuk suatu pinggang langsing.

18

IKAN EMAS

Ikan Mas merupakan salah satu ikan terawal
yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan
akuarium yang dipelihara.

19

BURUNG MERPATI

Merpati merupakan spesies burung
yang paling dikenali dari keluarga
Columbidae yang merangkumi
sekitar 310 spesies. Ia dicirikan
badan gempal dengan leher pendek
dan halus, paruh langsing dengan
cere pangkal paruh berisi. Mereka
makan biji benih, buah-buahan dan
tumbuh-tumbuhan.

20

Sayangilah flora dan fauna kerana tanpanya, kita pasti tidak dapat hidup dengan baik.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version