INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TAHUN AKADEMIK: 2022
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)
BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
PROGRAM : PPISMP
AMBILAN: JUN 2022
SEMESTER: SATU
NAMA PENSYARAH: DR. ABDUL KARIM BIN MANSOR
NAMA PELAJAR: NURIZZATI NAZIHAH BINTI INCHE MOHD MARZUKI
ANGKA GILIRAN: 2022152310018
NO KAD PENGENALAN: 040612110574
TARIKH HANTAR:
3 OKTOBER 2022
Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah.
Tandatangan Pelajar: Tarikh: 3 OKTOBER 2022
BIODATA DIRI
NAMA : NURIZZATI NAZIHAH BINTI INCHE
MOHD MARZUKI
NO. KAD PENGENALAN : 040612110574
KUMPULAN/UNIT : BMMB1
KURSUS/ SEMESTER : SATU
AMBILAN : JUN 2022
ALAMAT E-MEL :
[email protected]
ALAMAT RUMAH : LOT 10512 KAMPUNG
BANGGOL PERADONG MANIR,
21200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
NO. TELEFON : 0169223373
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK
1.
0 PENGENALAN
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SEBELUM MERDEKA
2.1.1 SISTEM EJAAN WILKINSON
2.1.2 SISTEM EJAAN ZA'BA
2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA
2.1.4 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
2.2 PERKEMBANGAN SISTEM EJAA
N RUMI SELEPAS MERDEKA
2.2.1 SISTEM EJAAN RUMI PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU
UNIVERSITI MALAYA (PBMUM)
2.2.2 SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA (EJAAN
MALINDO)
2.2.3 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
DALAM ENYERAGAMKA
N SISTEM EJAAN RUMI
4.
0 CABARAN SISTEM EJAA
N RUMI MASA KINI
5.
0 KESIMPULAN
6.
0 RUJUKAN
SISTEM
EJAAN JAWI
1.0 PENGENALAN
Tulisan merupakan alat untuk menunjukkan fikiran dan perasaan
dalam diri seseorang. Bahasa pula merupakan ungkapan melalui
lisan seseorang bagi menyampaikan maksud sesuatu perkara dan
digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi. Seterusnya,
adanya sistem ejaan bagi melengkapkan sesebuah komunikasi.
Tulisan bahasa melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
tulisan Jawi dan tulisan Rumi. Sejarah perkembangan sistem ejaan
rumi bermula sejak kedatangan pengaruh asing dalam bahasa yang
diolah mengikut ketamadunan bangsa Melayu. Perkara ini untuk
memastikan bangsa Melayu mempunyai imej tersendiri apabila
adanya bahasa rasmi. Kajian menunjukkan bahawa bahasa Sanskrit
dan bahasa Arab yang diguna pakai dalam bahasa Melayu Klasik
merupakan pengaruh bahasa Melayu. Oleh itu, sistem ejaan rumi
mula disebarkan ketika Tanah Melayu berada di bawah penjajah.
Oleh hal yang demikian, adanya sistem ejaan Wilkinson, sistem
ejaan Za’ba, sistem ejaan Fajar Asia dan sistem ejaan rumi Kongres.
Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, usaha bagi menyebarkan
sistem ejaan rumi semakin aktif. Kesannya, perkembangan sistem
ejaan rumi dapat dilihat dengan sistem ejaan rumi Persekutuan
Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), sistem ejaan bahasa
Malaysia-Indonesia (MALINDO) dan sistem ejaan rumi bahasa
Melayu 1972.
2.0 SEJARAH
PERKEMBANGAN
SISTEM EJAAN
RUMI
2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
SEBELUM MERDEKA
Sejak awal abad ke-20, sistem ejaan Rumi makin
diperlukan dan penting kerana tidak semua pihak dapat
memahami ejaan jawi yang digunakan untuk
menjelaskan sistem bunyi bahasa Melayu yang
sepatutnya. Selain itu, sistem Pendidikan negara
menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar.
Oleh sebab itu, penggunaan sistem ejaan rumi yang
teratur dan betul dapat difahami oleh pelbagai pihak
untuk menggantikan tulisan jawi pada zaman itu.
Antara sistem ejaan Rumi yang digunakan ketika itu
adalah:
i) sistem ejaan Wilkinson
ii) sistem ejaan Za’ba
iii) sistem ejaan Fajar Asia
iv) sistem ejaan Rumi Kongres.
2.1.1 SISTEM EJAAN WILKINSON
Sejak tahun 1902, R.J. Wilkinson menjadi pemimpin
jawatankuasa ejaan yang didirikan oleh kerajaan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu bagi menguruskan perancangan ejaan yang
pertama di Tanah Melayu. Pada Oktober 1904, ejaan Wilkinson
diperkenalkan berdasarkan nama Romanised Malay Spelling
dalam bentuk laporan. Sistem ejaan rumi Wilkinson yang
digunakan di sekolah-sekolah adalah sama seperti yang
digunakan dalam kamus serta karya-karya yang diterbitkan oleh
Wilkinson sejak tahun 1901 hingga 1940-an. Wilkinson
mengatakan bahawa terdapat dua sistem perumian Bahasa
Melayu. Antaranya adalah perumian secara harafiah mengikut
ejaan dan sistem seterusnya ialah perumian secara fonetik
dimana mengikut sebutan sesuatu perkataan.
Keduadua sistem ini mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri. Antara kelebihan kaedah
harafiah adalah kaedah ini dapat menyeragam terus
dengan maksud manakala kekurangannya pula adalah
sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk
disamakan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu. Selain
itu, kekurangan kaedah fonetik pula merupakan
sebutan bahasa Melayu tidak sama di sesuatu
tempat. Wilkinson telah memperkenalkan penggunaan
huruf vokal seperti a, e(taling), e(pepet), I, o dan u.
Manakala huruf konsonan pula ch menunjukkan huruf
c, sh pula sebagai sy.
2.1.2 SISTEM EJAAN ZA’BA
Sistem ejaan Wilkinson telah dibuat penambahbaikan oleh Zainal
Abidin Ahmad, iaitu Za’ba. Za’ba merupakan pakar bahasa yang
dipandang tinggi kerana pengetahuan dan ilmu beliau yang mendalam
terhadap bahasa sehingga dianugerahkan gelaran Pendeta. Kebanyakan
sekolah-sekolah di Tanah Melayu menggunakan sistem ejaan sekolah
atau dikenali sebagai sistem ejaan Rumi Za’ba.
Pelita Bahasa Penggal
Pelita Bahasa Penggal
Pelita Bahasa Penggal
Pertama (1940) Kedua (1946) Ketiga (1949)
KARYA-KARYA
Ilmu Mengarang Bahasa
ZA'BA Melayu (1951)
Kitab Ilmu Bahasa Melayu
(1926)
Kitab Rahsia Ejaan Jawi
(1929)
Dalam karya penulisannya, beliau menerangkan penggunaan
kata-kata istilah yang lebih tepat serta memberikan penekanan
terhadap sistem ejaan jawi dan rumi. Sistem ejaan ini mula
digunakan di Maktab Perguruan Sultan Idris.
Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang dikesan iaitu
sistem ini sukar difahami kerana terdapat beberapa pengejaan
kata yang mempunyi Sistem Ejaan Rumi Wilkinson.
Seterusnya, penulisan yang menggabungkan penggunaan
tulisan rumi tidak seragam pengejaannya berpunca daripada
kaedah penggunaan aneka ragam lambing huruf dan beberapa
sistem ejaan rumi yang lain yang digunakan dalam kamus
ekabahasa dan dwibahasa. Kesan daripada masalah ini,
terdapat sebahagian pihak hadir untuk mewujudkan sistem
ejaan rumi yang baru dalam tempoh 1940 hingga 1959.
2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA
Sistem Ejaan Fajar Asia adalah kaedah ejaan yang digunakan
dalam majalah Fajar Asia yang diterbitkan sejak 1943 di Singapura
iaitu kaedah yang diambil daripada sistem ejaan Wilkinson dan
sistem ejaan Za’ba. Majalah ini dibawah pimpinan Zainal Abidin bin
Ahmad iaitu ketua pengarang. Sistem ejaan Fajar Asia merupaka
satu inisiatif untuk menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan
ejaan rumi bahasa Indonesia dari aspek pengejaan kata dan cara
penulisan keharmonian vokal. Walau bagaimanapun, Angkatan
Sasterawan 50 telah mengangkat ejaan Fajar Asia sebagai ejaan
rasmi. Tongkat Warrant, Keris Mas dan A. Samad Ismail merupakan
angkatan penulis generasi muda yang membentuk persatuan ini.
Mereka memikirkan bahawa wajarnya mereka bergerak dalam
pertubuhan penulis untuk bersepakat berkaitan tuntutan berkaitan
politik, bahasa dan sastera Melayu. Malayan Military Administration
(MMA) telah menjadikan surat khabar dan majalah sebagai medan
untuk mereka menyebarkan propaganda di Tanah Melayu.
Kebanyakan akhbar di Jepun diterbitkan menggunakan huruf jawi
berbanding huruf rumi. Majalah Fajar Asia diminati ramai kerana
menceritakan tentang keberanian perjuangan tokohtokoh terdahulu
serta majalah ini merupakan anatar majalah yang menggunakan
ejaan rumi.
FAJAR ASIA
ANGKATAN SASTERAWAN 50
2.1.4 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Pada 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang
pertama diadakan di Singapura, seterusnya pada 1954 pula
diakan di Seremban dan diikuti pada 1956 di Singapura dan
Johor Bahru. Sistem ejaan rumi kongres merupakan sistem
ejaan rumi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu. Dalam Kongres bahasa Melayu
yang ketiga, isu ejaan rumi dipandang serius. Terdapat
pergolakan dalam menentukan jenis tulisan bahasa Melayu yang
rasmi iaitu anatar tulisan jawi mahupun tulisan rumi. Oleh hal
demikian, ahli peserta kongres bersepakat untuk membuat
pembaharuan yang lebih khusus dan jelas seperti membuat
penambahbaikan sistem ejaan Za’ba. Pada tahun 1956, kongres
kali ketiga telah membuat penetapan bahawa tulisan rumi
merupakan tulisan rasmi bahasa Melayu. Kesimpulannya,
terdapat empat dasar pengejaan bahasa Melayu dan huruf rumi
seperti ejaan di Malaya dan Indonesia perlu diseragamkan.
Tambahan lagi, peraturan ejaan perlu mudah difahami oleh
semua pihak. Oleh itu, sistem fonologi dianggap sebagai sistem
yang baik berbanding sistem fonetik serta satu fonem hanya
dijelaskan dengan satu tanda huruf sahaja. Selain itu, cara
pengejaan perlu sekata mengikut kaedah satu dan semacam.
Akhir sekali, ejaan perkataan-perkataan dari bahasa asing
hendaklah disusun mengikut hukum berdasarkan fonologi
Melayu.
2.2 PERKEMBANGAN SISTEM
EJAAN RUMI SELEPAS
MERDEKA
2.2.1 SISTEM EJAAN RUMI PERSEKUTUAN BAHASA
MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM)
Sistem ejaan rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti
Malaya (PBMUM) merupakan sistem ejaan rumi yang digunakan dalam
Jurnal Bahasa yang diterbitkan pada 1959 oleh PBMUM. Walau
bagaimanapun, sistem ejaan rumi PBMUM belum diperakui dan tidak
dijadikan kaedah sistem ejaan rasmi. Tindakan ini dijadikan sebagai
inisiatif bagi melanjutkan kearah penyatuan antara ejaan rumi bahasa
Melayu dengan bahasa Indonesia. Ini kerana, sistem ejaan yang
diketengahkan oleh sistem ejaan Fajar Asia hampir sama dengan
sistem ejaan ini. Ketika Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu ke-3,
PBMUM telah merekomendasikan tentang sistem ejaan PBMUM ini.
Cadangan PBMUM telah melingkungi penolakan huruf-huruf kembar
atau rangkap konsonan. Perkara ini telah menyebabkan fonem
digantikan dengan huruf lain seperti c menggantikan fonem ch.
Seterusnya, Malaya perlu bersambung dengan ejaan Indonesia dalam
jangka masa yang terdekat. Selain itu, PBMUM menekankan supaya
ejaan ‘pun’ ditulis jauh yang bermaksud ‘juga’ dan sebaliknya. Akhir
sekali, fonem ‘ain’ dan fonem ‘hamzah’ tidak berubah kerana ejaan
rumi diolah sedikit daripada tulisan Jawi.
2.2.2 SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA
(EJAAN MALINDO)
Matlamat untuk menyeragamkan tulisan rumi masih tidak dapat
dicapai selepas perbincangan daripada sistem ejaan Kongres dan
sistem ejaan PBMUM dilakukan. Perkara ini disebabkan oleh sistem
ejaan Kongres tidak dapat dilakukan apabila adanya sifat terlalu
idealistik dari sudut linguistik yang susah untuk diaplikasikan. Walau
bagaimanapun, matlamat untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi
antara kedua-dua buah negara iaitu Malaysia-Indonesia masih
diteruskan. Hal ini demikian kerana beberapa perjumpaan dan
persidangan telah diadakan oleh wakil daripada kedua-dua negara
tersebut. Rentetan daripada perjanjian persahabatan antara kedua-
dua negara tersebut telah dimaterai pada 1959, perjumpaan antara
Tuan Syed Nasir Ismail sebagai ketua Jawatankuasa Persekutuan
Ejaan Rumi Tanah Melayu dan Prof Slamet Muljana sebagai ketua
Panitia Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia. Perjumpaan
antara mereka telah digagaskan sebagai sistem ejaan bersama yang
dikenali sebagai sistem Ejaan MALINDO. Maklumat berkaitan fonem
vokal, diftong, konsonan serta perlambangannya, penggunaan tanda
sempang, huruf besar, kaedah penulisan dan penyebutan abjad,
penulisan kata depan dan penggunaan tanda baca dapat diperoleh
daripada sistem ejaan ini.
2.2.3 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972
Sistem ejaan rumi Bahasa Melayu 1972 mempunyai sepadanan
dengan sistem ejaan MALINDO. Perkara ini telah merangkumi aspek
jalinan kerjasama yang dibentuk antara kedua-dua buah negara iaitu
Malaysia dan Indonesia. Walau bagaimanapun, sistem itu tidak boleh
diaplikasikan kerana adanya konfrontasi antara Malaysia dengan
Indonesia, Akhirnya, sistem ejaan baru untuk bahasa Melayu serta
bahasa Indonesia berjaya mencapai penghujung bagi segala kegiatan
bagi semua sistem ejaan pada 1972. YAB Tun Abdul Razak bin Dato’
Hussein iaitu Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Sistem
ejaan Rumi Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
manakala Presiden Soeharto telah merasmikan sistem ejaan ini di
Jakarta. Penyelarasan ejaan rumi telah memfokuskan kepada
penyelarasan huruf vokal yang mempunyai ejaan kata jati daripada
bahasa Melayu dan ejaan kata pinjam daripada bahasa asing.
Penglibatan aspek pengejaan yang baik dalan sistem ejaan rumi telah
membuatkan Sistem ejaan rumi Bahasa Melayu 1972 mencapai
kesepakatan yang lebih konkrit. Perkara ini dapat dilihat menerusi
usaha yang berpanjangan secara bersama dalam merancang
pembinaan bahasa dengan lebih lama. Seterusnya, bahan-bahan yang
berkaitan bahasa dan sastera semakin diperbanyakkan bagi
menguasai ejaan rumi. Istilah juga diselaraskan bagi pengunaan akan
datang. Antara aspek utama Sistem Ejaan Rumi 1972 :
Mempunyai beberapa
Partikal 'lah', 'kah' dan
jenis huruf dalam bahasa
'tah' ditulis berangkai
dengan perkataan yang
Melayu seperti huruf
berada di hadapannya
vokal, diftong dan huruf
konsonan
AspEejakauntaRmu
ma iS19is7t2em
Terdapat penulisan
Tanda baca
kata bahasa Melayu
digunakan dalam
seperti penulisan
ayat
rangkai kata
Adanya sistem
penyelarasan
huruf vokal
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA
dan PUSTAKA (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada 1956
hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayuke-
3. DBP diwujudkan apabila memperoleh keputusan akhir daripada
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 dan diubah kepada
Badan Berkanun apabila diberi kelulusan rasmi oleh Akta Dewan
Bahasa dan Pustaka yang pada awalnya penubuhan bertaraf
jabatan kerajaan. Memperluaskan bahasa kebangsaa dalam
semua bidang seperti sains dan teknologi merupakan antara
matlamat DBP berdasarkan Akta DBP. Terdapat pelbagai usaha
yang dibuat untuk meluaskan sistem ejaan rumi menerusi sejarah
perkembangan sistem ejaan rumi. Oleh itu, terdapat perbezaan
dalam sistem ejaan kerana dipimpin oleh individu yang berlainan.
Perkara ini menyebabkan DBP memainkan peranan bagi
menyeragamkan sistem ejaan rumi.
Pelbagai rujukan panduan pembentukan kata dan sistem ejaan lain terhasil
berdasarkan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang diselenggara oleh DBP.
Tambahan pula, DBP telah diberikan amanah bagi merancang, menyelidik dan
memperkukuh bahasa Melayu dengan pelbagai cara. Oleh hal demikian, DBP
telah membuat rangka bagi merancang korpus bahasa yang meliputi sistem
ejaan, perbendaharaan kata serta sistem tulisan. Seterusnya, pemilikan kuasa
autonomi telah menaikkan tujuannya iaitu pembakuan bahasa dengan
memantapkan sistem ejaan rumi serta penggubalan istilah sehingga ejaan
rumi masih digunakan sehingga kini.DBP telah melaksanakan perkara ini
melalui dasar bahasa dengan menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah serta institusi.DBP telah menubuhkan
Jawatankuasa Istilah (JKI) yang berkolaborasi dengan institut pengajian tinggi
awam untuk mengumpul, membentuk dan mengembangkan istilah dan ejaan
bahasa Melayu dalam pelbagai bidang. DBP telah menganjurkan program
Minggu Penulis Remaja yang bertujuan memupuk penulis muda bagi mencapai
misi dan objektif mereka. Program ini diadakan bagi mewujudkan pewaris
generasi ilmu kesusasteraan pada masa depan. Antara inisiatif bagi
mengukuhkan ilmu kesusasteraan melalui sistem ejaan ini, DBP telah
menerapkan cara penganugerahan untuk menggalakkan para sasterawan
mendalami dalam bidang tersebut. Selain itu, DBP berperanan bagi
menyeragamkan sistem ejaan rumi dengan cara mencetak dan menerbitkan
bagi usaha percetakan atau penerbitan buku-buku dan kamus-kamus dalam
bahasa kebangsaan. Hal ini demikian kerana DBP merupakan antara penerbit
terbesar di Malaysia. Bahan ilmiah bagi pelajarpelajar sekolah seperti buku
teks dan buku rujukan merupakan hasil pencetakan oleh pihak DBP dalam
tulisan rumi. Tambahan pula, DBP juga ada menerbitkan buku-buku
kesusasteraan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan ejaan rumi.
Perkara ini memberikan impak yang positif dalam bidang kesusasteraan,
Pendidikan dan industri percetakan Malaysia.
4.0 CABARAN SISTEM
EJAAN RUMI MASA
Walaupun sistem ejaan rumi telah lama digunakan di Tanah Melayu, namun
itu tidak bermakna sistem ejaan rumi ini tidak terancam dengan arus
kemodenan. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh sistem ejaan rumi adalah
bahasa asing semakin digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Ini
kerana, masyarakat perlu memahami dan menguasai penggunaan sistem ejaan
rumi dalam bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu haruslah dimartabatkan
berbanding bahasa asing. Tambahan lagi, pendedahan awal bahasa melalui
ejaan rumi dalam kalangan kanak-kanak belum menunjukkan hasil yang
memberangsangkan juga merupakan antara cabarannya. Hal ini demikian
kerana, terdapat pelajar dari kaum lain yang sudah berada di sekolah menengah
masih belum menguasai cara mengeja tulisan rumi dengan baik. Masalah ini
terjadi disebabkan oleh masih ada segelintir masyarakat yang menganggap
bahawa jika mereka menguasai bahasa Melayu sejak kecil, bahasa ibunda
mereka akan hilang. Malah, penggunaan bahasa atau slanga yang kian meluas
merupakan cabaran sistem ejaan rumi. Masalah ini dapat dilihat apabila hasil
kajian yang dibuat menunjukkan bahawa masyarakat dipengaruhi slanga yang
popular dalam ejaan mereka. Oleh itu, pihak DBP perlu memainkan peranan bagi
mendapatkan penyelesaian untuk masalah yang semakin meluas sehingga hari
ini dengan menghasilkan karya-karya yang mempunyai unsur-unsur memperbaiki
penggunaan ejaan dan bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan masyarakat.
Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, komunikasi dalam ruang
siber semakin mendapat perhatian oleh masyarakat. Pada era globalisasi ini,
media sosial seperti Whatsapp, Instagram dan Youtube menyebabkan
masyarakat dapat berinteraksi dalam bahasa perututuran dan penulisan.
Penggunaan singkatan dalam sistem ejaan tidak boleh digunakan kerana
perkara ini dapat menjejaskan kedaulatan bahasa. Penggunaan singkatan dalam
ejaan ini sangat membimbangkan kerana dapat mencemarkan keaslian dalam
sistem ejaan baahsa Melayu. Di samping itu, ejaan yang tidak lengkap ini tidak
mematuhi hukum tatabahasa bahasa Melayu.
5.0 KESIMPULAN
Masalah ini dapat dilihat apabila hasil kajian yang dibuat
menunjukkan bahawa masyarakat dipengaruhi slanga yang popular
dalam ejaan mereka. Oleh itu, pihak DBP perlu memainkan peranan
bagi mendapatkan penyelesaian untuk masalah yang semakin
meluas sehingga hari ini dengan menghasilkan karya-karya yang
mempunyai unsur-unsur memperbaiki penggunaan ejaan dan
bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan masyarakat. Selaras
dengan perkembangan sains dan teknologi, komunikasi dalam
ruang siber semakin mendapat perhatian oleh masyarakat. Pada
era globalisasi ini, media sosial seperti Whatsapp, Instagram dan
Youtube menyebabkan masyarakat dapat berinteraksi dalam
bahasa perututuran dan penulisan. Penggunaan singkatan dalam
sistem ejaan tidak boleh digunakan kerana perkara ini dapat
menjejaskan kedaulatan bahasa. Penggunaan singkatan dalam
ejaan ini sangat membimbangkan kerana dapat mencemarkan
keaslian dalam sistem ejaan baahsa Melayu. Di samping itu, ejaan
yang tidak lengkap ini tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa
Melayu.
6.0 RUJUKAN
Cikgu Saberi. (2010). Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-
bahasa-melayu.html
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran
pemerkasaan bahasa Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa
di Malaysia. Asian People Journal,3(2), 187189.
https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/152/15
0
Izzah Zah. (2013). Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi
bahasa Melayu.
https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan perkembangan-
sistem-ejaan-rumibahasa-melayu
Junaini Kasdan. Peristilahan dan Masyarakat : Cabaran Masa Kini.
https://www.researchgate.net/profile/Junaini-
Kasdan/publication/304351600_Peristilahan_dan_Masyarakat_Caba
ran_Masa_Kini/links/57
6cc0d208aedb18f3eb30ed/Peristilahan-dan-Masyarakat-Cabaran-
Masa-Kini.pdf
Muhammad Fakhruddin bin Ishak. (2010). Kesan Teknologi Moden
Terhadap Perubahan Hukum : Analisis Terhadap Penggunaan Short
Message Service (SMS).
https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/47280771/TESIS_FULLpdf-
with-cover-page-v2.pdf
Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan EJaan Rumi
bahasa Melayu : Bahagian II. Sekata, 9(1), 35-42.
https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sek
ata-9-1-28.pdf
Nrllysazm. (2021). Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan
Rumi. https://anyflip.com/dtfgb/knjf/basic
Nur Farhah Amirah Binti Abdul Malek. (2021). E-Portfolio
BMMB1074.
https://issuu.com/farhah1234/docs/kerja_khusus_e-
portfolio_bmmb1074-converted
Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, & Zurihan Yusoff.
(2020). Pengenalan Sejarah Perkembangan bahasa Melayu.
Global ediastreet Sdn Bhd.
Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2019). Sendeng-Barat dalam
Sastera Melayu Moden :
Cabaran Sebuah Cengkaman.
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/
view/1892