KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR www.rurallink.gov.my www.facebook.com/kplbofficial www.twitter.com/kplb_gov Tel 03-8891 2000 E-mel [email protected] GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA DAN PROGRAM AMENITI SOSIAL TAHUN 2020
Carta Aliran Proses Permohonan Projek Papan Tanda Projek Lampiran Bergambar Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) Tujuan Latar Belakang Objektif Projek Komponen JPD Skop JPD Spesifikasi JPD Kriteria Pemilihan Projek JPD Projek JPD – Jalan Ladang/ Pertanian Projek Luar Skop Agensi Pelaksana Penyerahan Projek Pendaftaran MARRIS Penutup Lampiran A : Peraturan Pelaksanaan JPD – Jalan Ladang/Pertanian Alamat Perhubungan Lampiran KANDUNGAN 2 3 13 13 13 14 16 16 17 18 18 18 21 25 27 29 5 5 5 5 6 6 7 7 7 8 8 8 8 9 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Kata Alu-Aluan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Program Ameniti Sosial (PAMS) Tujuan Latar Belakang Objektif Program Skop dan Komponen Skop Kerja Kriteria Pemilihan Projek Pelaksanaan Kemudahan Untuk Golongan Berkeperluan Khas (OKU) Penyerahan Projek Punca Kuasa Penutup
2 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 KATA ALU-ALUAN YBHG. DATO’ DR. AHMAD JAILANI BIN MUHAMED YUNUS Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Garis Panduan pelaksanaan projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial tahun 2020 merupakan usaha Kementerian untuk memperkemas dan menambahbaik peraturan sedia ada supaya ia bergerak selari dengan perkembangan semasa sesuai dengan aspirasi masyarakat dan Kerajaan. Projek ini adalah keperluan yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup masyarakat di luar bandar dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial. Sesuai dengan fokus pelaksanaannya yang bersifat touch point dan people centric, Kementerian komited untuk memastikan semua kampung dan penduduk menerima manfaat ini demi memajukan akses jalan perhubungan dan tuntutan pembangunan sosioekonomi yang berkaitan. Menyusuli matlamat ini, Kementerian berharap pelaksanaan projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial dapat diseratakan ke seluruh pelosok negara melalui pendekatan yang proaktif, menyeluruh dan dekat dihati masyarakat di luar bandar. Sekian, terima kasih. “LUAR BANDAR SEJAHTERA” Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020
3 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Garis Panduan ini telah mengambil kira pelbagai input di lapangan, kehendak masyarakat dan turut mesra Golongan Berkeperluan Khas (OKU). Skop pelaksanaan projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial ini juga telah dikemaskini untuk membolehkan pelaksanaan yang lebih lancar dan berkesan. Kriteria pemilihan, skop dan kaedah pelaksanaan ini juga disesuaikan dengan keadaan semasa dari segi dasar dan perubahan proses pengurusan projek Kerajaan. Dengan Garis Panduan baru ini diharapkan memberikan panduan yang lebih jelas termasuk proses-prosesnya yang direkayasa (reengineering) bagi memastikan Kementerian mengadaptasi pendekatan terbaik dalam melaksanakan projek-projek yang memberikan manfaat kepada masyarakat di luar bandar ini selaras dengan dasar pembangunan yang telah digariskan. Sekian, terima kasih. “LUAR BANDAR SEJAHTERA” KATA ALU-ALUAN YBHG. DATO’ HAJAH NORISON BINTI RAMLI Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pembangunan Luar Bandar Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020
4 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA
5 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 1. TUJUAN 2. LATAR BELAKANG 3. OBJEKTIF PROJEK 4. KOMPONEN JPD 1.1 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) ini disediakan sebagai dokumen rujukan dalam melaksanakan projek JPD di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Ia menerangkan mengenai kriteria-kriteria dan peraturan-peraturan dalam pelaksanaan projek JPD KPLB termasuk Jalan Ladang/Pertanian. 2.1 Projek JPD telah dilaksanakan oleh KPLB sejak tahun 1981. Tujuan projek ini adalah untuk menyediakan jalan-jalan perhubungan yang menyambungkan antara sesebuah kampung dengan kampung yang lain atau menghubungkan kampung tertentu dengan jalan raya utama. Projek ini disasarkan untuk memberikan keselesaan perhubungan dan jaringan jalan kepada masyarakat luar bandar seterusnya dapat meningkatkan kualiti, taraf hidup serta indeks akses perhubungan kepada mereka. 3.1 Memperluaskan jaringan jalan perhubungan di antara kampung- kampung di luar bandar dengan lokasi-lokasi kemudahan awam dan tumpuan penduduk setempat dan kawasan sekitar; 3.2 Mempergiat aktiviti ekonomi dan sosial melalui akses dan jaringan jalan perhubungan yang lebih menyeluruh; dan 3.3 Mempertingkat taraf jalan perhubungan masyarakat luar bandar dengan kualiti jalan yang lebih baik dan selesa. 5 4.1 Komponen JPD meliputi : i. Jalan; ii. Pembentung; iii. Jambatan dan jalan tuju; iv. Longkang; v. Bahu jalan; vi. Perabot jalan (seperti Papan Tanda); dan vii. Peralatan keselamatan pengguna jalan (seperti Road Hump/Bonggol, Guard Rail/Penghadang Sisi Jalan dan Lintasan Pejalan Kaki) Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020
6 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 5. SKOP JPD 6. SPESIFIKASI JPD 5.1 Skop JPD terbahagi kepada tiga (3) komponen iaitu Bina Baru, Naik Taraf dan Baik Pulih iaitu: i. Bina Baru Membina baru jalan, pembentung, longkang dan jambatan. Pembinaan pembentung, longkang dan jambatan haruslah bersekali dengan pembinaan jalan mengikut spesifikasi JPD yang ditetapkan; ii. Naik Taraf Menaik taraf jalan atau melebarkan jalan (termasuk jambatan) sedia ada; dan iii. Baik Pulih Pembaikan jalan, bahu jalan, perabot jalan sedia ada dan menurap semula permukaan jalan. 5.2 JPD yang telah didaftarkan dibawah MARRIS adalah menjadi tanggungjawab MARRIS dan tidak boleh diselenggara oleh KPLB. 6.1 Spesifikasi JPD adalah mengikut kesesuaian lokasi dengan mengambilkira kelebaran jalan, bahu jalan, rizab jalan dan jenis jalan seperti berikut: i. Lebar turapan 2.5 hingga 4.27 meter (8 hingga 14 kaki); ii. Disediakan bahu jalan; iii. Ketebalan batu (crusher run) minimum 0.23 meter; iv. Ketebalan Premix minimum 0.05 hingga 0.08 meter; v. Gred cerun maksimum 12%; vi. Lapis Resap Pengikat (Prime Coat - optional) 0.7 liter / m2; vii. Disediakan ruang kenderaan berselisih (lay by) (mengikut keperluan) bergantung kepada rizab jalan; viii. Disediakan longkang sisi jalan (mengikut keperluan) untuk mengelakkan kerosakan jalan akibat air bertakung bergantung kepada rizab jalan; ix. Mendapat kebenaran izin lalu (Right of Way) daripada tuan tanah (perlu ada borang izin lalu) (bagi projek bina baru dan naik taraf sahaja); dan x. Disediakan Laluan Lintasan Pejalan Kaki di kawasan yang sesuai/perlu. xi. Disediakan papan tanda seperti di lampiran.
7 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 8. PROJEK JPD – JALAN LADANG/PERTANIAN 9. PROJEK LUAR SKOP 7. KRITERIA PEMILIHAN PROJEK JPD 8.1 Projek Jalan Ladang/Pertanian adalah sub skop projek JPD yang turut dilaksanakan oleh KPLB untuk tujuan mengangkut hasil ekonomi pertanian di kawasan luar bandar. 8.2 Peraturan yang menerangkan mengenai skop, spesifikasi dan kriteria projek JPD - Jalan Ladang/Pertanian ini adalah seperti di Lampiran A. 9.1 Jalan yang tidak menepati skop dan kriteria jalan ladang / pertanian tidak boleh dilaksanakan. Contohnya adalah seperti: i. jalan menuju ke sesebuah rumah; ii. membina dataran kejat (hard standing); dan iii. kerja-kerja yang tiada kaitan dengan pembinaan jalan ladang/pertanian contohnya seperti memasang dan membina pagar, kawat berduri, pintu pagar, laluan berbumbung, garaj jentera, stor baja, wakaf, pondok, 7.1 Pemilihan Projek JPD hendaklah memenuhi salah satu daripada kriteriakriteria berikut: i. Jalan kampung di luar kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); ii. Jalan di dalam kawasan yang diwartakan tetapi belum dikuatkuasakan melalui Akta PBT; iii. Memberi manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut; (sekurang-kurangnya 2 buah rumah atau 10 orang pengguna). iv. Memberi kemudahan perhubungan kepada pusat sosial, riadah dan pusat-pusat kemudahan awam; v. Meliputi jalan yang menyambungkan di antara sebuah kampung dengan kampung lain dan / atau menghubungkannya dengan jalan besar/utama; vi. Meliputi kampung terpinggir serta penempatan kampung tersusun yang disedia oleh Kerajaan Negeri; vii. Kampung dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW), Lembaga Kemajuan Tanah (LKT), pentadbiran Jabatan Kemajuan Orang Asli dan agensi/agensi rangkaian di bawah KPLB sama ada yang masih berkuatkuasa atau yang telah dibubarkan. viii. Pelaksanaan di kawasan seperti saliran sungai, tali air dan ban perlulah dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran manakala bagi kawasan dibawah pentadbiran agensi luar seperti MADA, KEMUBU, FELDA dan seumpamanya tidak tertakluk di bawah program ini.
8 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 11. PENYERAHAN PROJEK 12.PENDAFTARAN MARRIS 13.PENUTUP 11.1 Projek JPD yang telah siap dilaksanakan hendaklah dibuat penyerahan kepada Pejabat Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat. 12.1 Agensi pelaksana bertanggungjawab memaklumkan kepada Pejabat Daerah/ Agensi Teknikal untuk mendaftarkan setiap projek JPD yang menepati standard, skop dan spesifikasi ke dalam Malaysian Road Record Information System (MARRIS). 12.2Pendaftaran MARRIS hendaklah dilakukan dalam tempoh enam (6) bulan selepas siap supaya penyelenggaraan jalan dilaksanakan oleh MARRIS. 13.1 Garis Panduan Pelaksanaan ini hendaklah diikuti sepenuhnya dalam pelaksanaan projek JPD di bawah KPLB. 10.AGENSI PELAKSANA 10.1 Projek jalan ladang / pertanian boleh dilaksanakan sama ada oleh Pejabat KPLB Negeri (PKN) atau Agensi-agensi di bawah KPLB atau lain-lain agensi yang bersesuaian. bangsal, pancuran air, kolam air, pintu gerbang dan sebagainya.
9 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 1. TUJUAN Peraturan ini bertujuan untuk memberi panduan dan penerangan pelaksanaan projek JPD – Jalan Ladang/Pertanian di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). 2. LATAR BELAKANG 2.1 Jalan Ladang/Pertanian bertujuan untuk memberi impak menyeluruh ke atas pembangunan sosioekonomi kawasan luar bandar dengan menyediakan kemudahan jalan perhubungan desa yang asas bagi jalan ladang / pertanian. Pembinaannya dikaitkan dengan aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. 2.2 Pelaksanaan Jalan Ladang/Pertanian bertujuan agar kemudahan jalan bagi keperluan golongan pekebun kecil persendirian dan tidak terancang di sektor perladangan dan komoditi dipertingkatkan. Dengan itu, jalan kampung sedia ada turut meliputi jalan ke kebun persendirian, jalan ladang, jalan yang menjadi laluan utama kenderaan berat dan jalan ladang yang digunakan oleh pekebun kecil dan orang ramai di kampung berhampiran. 3. SKOP JALAN LADANG / PERTANIAN 3.1 Jalan Ladang/Pertanian meliputi kerja naik taraf dan membina baru jalan ladang/pertanian pekebun kecil bagi menghubungkan kampungkampung berhampiran yang bertujuan sebagai laluan utama kenderaan bagi mengangkut barangan dan hasil pertanian. Skop pelaksanaan jalan ladang / pertanian terbahagi kepada tiga (3) komponen iaitu Bina Baru, Naik Taraf dan Baik Pulih seperti berikut: i) Bina Baru Membina baru jalan, pembetung dan jambatan supaya jajaran jalan ladang/pertanian memberi faedah penggunaan yang maksimum; ii) Naik Taraf Menaik taraf jalan, pembentung dan jambatan sedia ada tanpa Lampiran A PERATURAN PELAKSANAAN JALAN PERHUBUNGAN DESA (JPD) - JALAN LADANG / PERTANIAN
10 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 mengubah jajaran atau dengan perubahan jajaran; dan iii) Baik Pulih Pembaikan ke atas jalan, bahu jalan, longkang, pembetung, jambatan dan perabot jalan sedia ada. 4. SPESIFIKASI JALAN LADANG/PERTANIAN 4.1 Spesifikasi jalan ladang/pertanian perlu mengikut kesesuaian lokasi dengan mengambilkira kelebaran bahu jalan, rizab jalan dan kegunaan jalan. Pelaksanaan menaik taraf, membina baru dan senggaraan jalan ladang / pertanian hendaklah dilaksanakan sama ada jalan batu (crusher run) yang dimampatkan (compact gravel) atau menggunakan kaedah / teknologi ‘soil stabilization’ atau diturap (premix) mengikut kesesuaian / keperluan dengan spesifikasi seperti berikut: i) Lebar turapan 2.5 hingga 4.27 meter (8 hingga 14 kaki); ii) Ketahanan jalan adalah untuk menampung kenderaan berat maksimum 5 tan; iii) Binaan secara konkrit di kawasan berbukit/tinggi; iv) Disediakan ruang kenderaan berselisih (lay by) (mengikut keperluan) bergantung kepada rizab jalan; v) Disediakan longkang sisi jalan (mengikut keperluan) untuk mengelak kerosakan jalan akibat air bertakung bergantung kepada rizab jalan; vi) Mendapat kebenaran izin lalu daripada tuan tanah; dan vii) Disediakan papan tanda seperti di lampiran. 5. KRITERIA JALAN LADANG/PERTANIAN 5.1 Meliputi jalan ke kebun/ladang pertanian milik persendirian dan pekebun kecil yang dikendalikan di bawah agensi KPLB. 5.2 Keutamaan diberikan kepada ladang yang sedang diusahakan/dimajukan oleh pekebun kecil agar dapat menjadi rangkaian perhubungan yang bermanfaat kepada penduduk/ kampung sekitarnya untuk mengangkut barangan dan mengeluarkan hasil tanaman; dan 5.3 Jalan yang menghubungkan jalan besar / jalan utama dengan jalan ladang / pertanian / pekebun kecil bagi menghubungkan kampungkampung berhampiran yang bertujuan sebagai laluan utama kenderaan bagi mengangkut hasil pertanian.
11 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020
12 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM AMENITI SOSIAL
13 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 1. TUJUAN 2. LATAR BELAKANG 1.1 Garis Panduan Pelaksanaan Program Ameniti Sosial (PAMS) disediakan sebagai dokumen rujukan dalam melaksanakan projek PAMS di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). 2.1 Garis Panduan Pelaksanaan PAMS Tahun 2020 ini adalah garis panduan yang ditambah baik dan dipinda daripada Garis Panduan PAMS Tahun 2016. Ia bertujuan untuk memperkemas tatacara pelaksanaan projek PAMS ini selaras dengan perkembangan semasa dan memenuhi hasrat pencapaian visi Kementerian dan Negara ke arah pelaksanaan projek yang lebih berkesan dan memberi manfaat kepada kumpulan sasar di luar bandar. 2.2 Projek PAMS KPLB mula dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) bermula dari tahun 2002. Ia diwujudkan untuk melengkapkan prasarana sosial di kawasan luar bandar supaya seimbang dengan pertumbuhan ameniti sosial di kawasan bandar. 2.3 Kemudahan ameniti sosial merupakan kemudahan awam yang disediakan untuk kegunaan masyarakat yang dikongsi bersama dan menjadi tumpuan komuniti setempat dan sekitarnya. Kemudahan ini disediakan dalam bentuk kemudahan tempat, bangunan atau prasarana yang akan digunakan bagi menjalankan fungsi sosial seterusnya dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan maju. 3. OBJEKTIF PROGRAM 3.1 Menjamin pembangunan yang seimbang di antara bandar dan luar bandar dari segi penyediaan kemudahan masyarakat untuk mencapai matlamat pertumbuhan dengan ekuiti selaras dengan dasar urbanisasi negara; 3.2 Memastikan pelaksanaan pembangunan kampung-kampung di luar bandar dapat dilakukan secara bersepadu merangkumi program kemudahan infrastruktur, utiliti, ameniti sosial dan pembangunan insan; 3.3 Memperlengkapkan pembangunan kemudahan infrastruktur, modal insan dan ekonomi yang diwujudkan di kampung-kampung secara terancang untuk mencapai impak yang lebih berkesan; 13 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020
14 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 4. SKOP DAN KOMPONEN 4.1 Projek PAMS memberi tumpuan kepada beberapa jenis projek yang dikenalpasti menjadi keperluan utama dan penting untuk disediakan dan dibangunkan di sesebuah kampung. Skop PAMS ini adalah merangkumi komponen/kategori/projek seperti berikut:- a) Kemudahan Pengurusan Desa i. Dewan Serbaguna ii. Balairaya iii. Stor iv. Pusat Komuniti Desa (PKD) b) Kemudahan Rekreasi dan Riadah i. Padang Berastaka ii. Taman Rekreasi Umum c) Kemudahan Prasarana i. Tandas Awam ii. Longkang Konkrit/Parit iii. Pondok Hentian Bas/Teksi iv. Plank Walk Laluan Umum v. Jeti vi. Wakaf vii. Laluan Berbumbung viii. Pagar ix. Masjid/Surau x. Dataran Kejat xi. Titi xii. Kemudahan Pelupusan Sampah 4.2 Keterangan terperinci mengenai skop dan komponen projek PAMS adalah seperti berikut.
15 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Bil Skop dan Komponen Komponen/Sub Skop 1. Dewan Serbaguna Dewan Orang Ramai, Bilik Gerakan, Pusat Gunasama, Pusat Sumber dan Balai Penghulu. 2. Balairaya Balai Serbaguna, Balai Budaya dan Pusat Kegiatan Masyarakat 3. Masjid/Surau Masjid kecil kampung, Surau, Musolla atau Madrasah 4. Stor Stor di pelbagai tempat kemudahan ramai 5. Wakaf Termasuk wakaf aktiviti ekonomi 6. Pondok Hentian Bas/Teksi - 7. Pusat Komuniti Desa Untuk naik taraf/baik pulih sahaja dengan syarat bukan tanah individu 8. Tandas Awam Tandas di pelbagai tempat kemudahan awam 9. Titi Titi dan Jambatan Kecil 10. Jeti Termasuk pontoon dan dirujuk sebagai Jeti Perhubungan Desa 11. Plank Walk Laluan Umum Termasuk akses dari jeti ke kawasan rumah antara rumah di kampungkampung air 12. Laluan Berbumbung - 13. Padang Berastaka Padang Serbaguna 14. Taman Rekreasi Umum Termasuk taman kanak-kanak 15. Dataran Kejat Di pelbagai kemudahan umum 16. Pagar Pagar Kubur, Pagar Masjid/Kemudahan Desa dan Pagar TABIKA KEMAS (bangunan milik KEMAS sahaja) 17. Longkang Konkrit/Parit Benteng dan Pembentung 18. Kemudahan Pelupusan Sampah -
16 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 5. SKOP KERJA 6. KRITERIA PEMILIHAN PROJEK 5.1 Skop kerja bagi PAMS dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut : i. Bina Baru ii. Naik Taraf iii. Baik Pulih 5.2 Skop kerja projek ini meliputi kos pembinaan fizikal, pembelian dan pemasangan lekapan asas termasuk pendawaian elektrik dan bekalan air (bagi projek bina baru dan naiktaraf). 5.3 Bayaran pampasan atau kos pengambilan semula tanah adalah tidak termasuk dalam skop PAMS. 5.4 Pembelian peralatan dan landskap juga tidak termasuk dalam skop PAMS. 6.1 Pemilihan projek PAMS yang ingin dilaksanakan hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut: i. Terletak di kawasan luar bandar atau pinggir bandar dan di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); ii. Melibatkan kampung-kampung dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW), Lembaga Kemajuan Tanah, pentadbiran Jabatan Kemajuan Orang Asli dan agensi/agensi rangkaian di bawah KPLB termasuk di LKW yang telah dibubarkan; iii. Projek-projek adalah untuk kegunaan awam yang dikongsi bersama dan menjadi tumpuan masyarakat setempat dan sekitarnya; vi. Projek-projek yang melibatkan pembinaan premis bangunan seperti Dewan Serbaguna dan Balairaya hendaklah dibina di atas tanah milik Kerajaan/Agensi Kerajaan.
17 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 7. PELAKSANAAN KEMUDAHAN UNTUK GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS (OKU) 7.1 Pelan Tindakan OKU yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menggariskan keperluan untuk menyediakan kemudahan bagi Golongan Berkeperluan Khas (OKU) berdasarkan rekabentuk sejagat (universal design). 7.2 Antara elemen khas untuk Golongan OKU ini adalah seperti ramp, handrail dan grab bar, Laluan Khas, Tandas OKU, Tempat Letak Kereta Khas OKU dan Pondok Bas/Teksi yang mesra OKU. 6.2 Dalam melaksanakan projek ini, agensi pelaksana projek hendaklah merujuk kepada jabatan/agensi seperti berikut mengikut keperluan/ kesesuaian projek : Pejabat Daerah dan Tanah untuk status tanah/berkaitan; UPEN/BPEN negeri untuk penyelarasan pelaksanaan/dasar. Jabatan Teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mana-mana projek yang memerlukan khidmat ini. JPS untuk pelaksanaan di kawasan saliran, sungai, tali air dan ban. Permohonan di dalam kawasan sekolah hendaklah dirujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan di dalam kawasan premis Kerajaan hendaklah dirujuk kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkenaan. Contohnya di dalam kawasan klinik desa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Permohonan kemudahan sukan, gelanggang dan padang permainan hendaklah dirujuk kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Permohonan jeti nelayan/kemudahan berkaitan hendaklah dirujuk kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) manakala permohonan bagi jeti komersil tidak dipertimbangkan kerana di luar skop PAMS KPLB. Permohonan di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah, Lembaga Kemajuan Tanah dan Lembaga Kemajuan Pertanian yang di luar seliaan KPLB hendaklah dirujuk kepada agensi yang berkenaan. Contohnya FELDA, KADA, MADA dan lain-lain. Permohonan membina baru Masjid hendaklah dirujuk kepada Majlis/ Jabatan Agama Islam Negeri.
18 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 7.3 Projek PAMS di bawah KPLB perlu memasukkan elemen-elemen untuk Golongan Berkeperluan Khas (OKU) mengikut kesesuaian dalam pelaksanaan projek tersebut. 8. PENYERAHAN PROJEK 9. PUNCA KUASA 10.PENUTUP 8.1 Projek PAMS yang telah siap dilaksanakan hendaklah dibuat penyerahan kepada Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan atau badan bertanggungjawab mengikut kesesuaian kaedah penyerahan projek dan bidang tanggungjawab di peringkat negeri. Tanggungjawab Pihak Penerima Projek tersebut adalah seperti berikut: i. Memantau dan menyelenggara projek yang telah diserahkan melalui peruntukan Pihak Penerima Projek. ii. Memantau urusan penyelenggaraan dan penyeliaan projek yang telah diserahkan kepada pihak pengurusan kampung. iii. Melaksanakan pemeriksaan rutin secara berkala bagi memastikan projek prasarana yang telah diserahkan sentiasa dalam keadaan sempurna untuk digunakan oleh masyarakat setempat. iv. Memastikan projek/prasarana yang telah diserahkan dimanfaatkan sepenuhnya oleh kumpulan sasaran (penduduk luar bandar) untuk tujuan kemasyarakatan, pengurusan aktiviti desa, peningkatan sumber ekonomi setempat dan sebagainya. 9.1 Garis Panduan Pelaksanaan Program Ameniti Sosial telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar KPLB pada 17 Mei 2019. 9.2 Pelaksanaan elemen untuk Golongan Berkeperluan Khas (OKU) dalam projek PAMS KPLB adalah juga berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil. 1/2019 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 29 April 2019. 10.1 Garis Panduan Pelaksanaan PAMS ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya dalam pelaksanaan projek-projek PAMS KPLB.
19 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020
20 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 ALAMAT PERHUBUNGAN
21 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai garis panduan ini, rujukan bolehlah dibuat kepada pegawai-pegawai di Bahagian Prasarana seperti berikut : Talian Perhubungan Unit JPD dan PAMS : 03-8891 2247/ 2249/ 2250 / 2282 atau menerusi alamat seperti berikut : Setiausaha Bahagian Bahagian Prasarana Kementerian Pembangunan Luar Bandar Aras 23, No.47, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA Tel. : 03-8891 2000 Faks : 03-8888 2337 Atau Pengarah Pejabat KPLB Negeri Sabah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Tingkat 2, Blok C, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu SABAH Tel. : 088-254 316/317 Faks : 088-254 349 Pengarah Pejabat KPLB Negeri Sarawak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Tingkat 2, Blok Pentadbiran Kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sarawak Lot 8185, Blok 26, Muara Tuang Land District 94300 Kota Samarahan SARAWAK Tel. : 082-232 434 Faks : 082-253 811 21 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020
22 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Pengarah Pejabat KPLB Negeri Pahang Kementerian Pembangunan Luar Bandar Pejabat RISDA Negeri Pahang Aras 4, Blok B, Lot 7876, Jalan Haji Junid 25200 Kuantan, PAHANG Tel. : 09-516 3251/ 3252 Faks : 09-516 3249 Pengarah Pejabat KPLB Negeri Johor Kementerian Pembangunan Luar Bandar P.O Box 27, Aras 7, Bangunan KWSP Johor Bahru, Jalan Dato’ Dalam, 80000 Johor Bahru, JOHOR Tel. : 07-2266 406/ 407 Faks : 07-2266 409 Pengarah Pejabat KPLB Negeri Kedah/Perlis/ Pulau Pinang Kementerian Pembangunan Luar Bandar Tingkat 7, Wisma Persekutuan Jalan Kampung Baru 05000 Alor Setar, KEDAH Tel. : 04-7314 957 Faks : 04-7314 956 Pengarah Pejabat KPLB Negeri Sembilan Kementerian Pembangunan Luar Bandar No 255 & 256, Jalan Haruan 5/7 Pusat Komersial Oakland, Seremban 2 70300 Seremban, NEGERI SEMBILAN Tel. : 06-6314162/06-631 4166 Faks : 06-6314164 Pengarah Pejabat KPLB Negeri Melaka Kementerian Pembangunan Luar Bandar No 2.1, 2.2 & 2.3, Tingkat 2 Arked Hang Tuah, Jalan Hang Tuah 75300 MELAKA Tel. : 06-2883 960 Faks : 06-2883 961 Pengarah Pejabat KPLB Negeri Perak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Blok B, Tingkat 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, PERAK Tel. : 05-2411 064/ 063 Faks : 05-2411 068
23 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Pengarah Pejabat KPLB Negeri Terengganu Kementerian Pembangunan Luar Bandar No. 19, Pusat Komersial Chabang Tiga 21000 Kuala Terengganu TERENGGANU Tel. : 09-6305 011 Faks : 09-6305 010 Pengarah Pejabat KPLB Negeri Kelantan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Bangunan FELCRA Berhad Tingkat 1 Lot 145 & 146, Seksyen 25 Jalan Sultan Yahya Petra 15150 Kota Bharu KELANTAN Tel. : 09-7480 960 Faks : 09-7433 287 Pengarah Pejabat KPLB Negeri Selangor/ Wilayah Persekutuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Aras 20, No.47, Persiaran Perdana Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA Tel. : 03-8891 2156 Faks : 03-8888 2331
24 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Lampiran
25 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Lampiran CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA (JPD) DAN PROGRAM AMENITI SOSIAL (PAMS) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR Menerima permohonan / aduan daripada pemimpin masyarakat, persatuan penduduk dan masyarakat umum. Permohonan projek / aduan dipanjangkan kepada Pejabat KPLB Negeri (PKN) bagi tujuan siasatan dan Perakuan Mesyuarat JPPP. Surat Arahan Pelaksanaan Projek dan salinan waran peruntukan akan dikemukakan kepada agensi pelaksana untuk pelaksanaan projek. Peruntukan akan disalurkan ke PKN/ agensi pelaksana berdasarkan senarai projek yang telah diluluskan dalam Mesyuarat JPPP KPLB. Senarai projek yang telah disiasat dan memenuhi skop diangkat untuk pembentangan, dinilai dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pemilihan Projek (JPPP) KPLB. Mula 25 Terima Permohonan / Aduan Surat Arahan Pelaksanaan Projek Siasatan Projek (Skop dan Kos) Kelulusan Projek Penyaluran Peruntukan ke PKN/Agensi Pelaksana Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020
26 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Projek akan dilaksanakan oleh pelaksana yang dipersetujui seperti Pejabat KPLB Negeri (PKN), agensi-agensi di bawah KPLB atau agensi-agensi lain yang sesuai. Pejabat KPLB Negeri (PKN) atau agensi pelaksana projek perlu mengemukakan laporan prestasi projek kepada Bahagian Prasarana, KPLB untuk tujuan rekod dan penyelarasan. Projek yang telah siap dilaksanakan hendaklah dibuat penyerahan kepada Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi bertanggungjawab mengikut kesesuaian kaedah penyerahan projek dan bidang tanggungjawab di peringkat negeri. Tamat Pelaksanaan Projek Projek Siap (Fizikal & Kewangan) Penyerahan Projek
27 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 PAPAN TANDA PROJEK Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020
28 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020
29 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 JALAN PERHUBUNGAN DESA (JPD) PROGRAM AMENITI SOSIAL (PAMS) JPD – JALAN LADANG PERTANIAN Dewan Serbaguna Balairaya Lampiran Bergambar
30 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Masjid/ Surau Wakaf Pusat Komuniti Desa (PKD) Stor Pondok Hentian Bas/Teksi Tandas Awam
31 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Titi/ Jambatan Kecil Plank walk Laluan Umum Padang Serbaguna Jeti laluan Berbumbung Taman Rekreasi Umum
32 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial Tahun 2020 Dataran Kejat Longkang Konkrit/ Parit Pagar Kemudahan Pelupusan Sampah
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR www.rurallink.gov.my www.facebook.com/kplbofficial www.twitter.com/kplb_gov Tel 03-8891 2000 E-mel [email protected] GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA DAN PROGRAM AMENITI SOSIAL TAHUN 2020