Peristiwa
Perletakan
Hajarul
Aswad
Nurina•Aisyah•Puteri•
Hajarul Aswad bermaksud batu hitam atau
nama isteri Nabi Ibrahim A.s yang
membawa maksud berkulit gelap. Hajarul
Aswad merupakan batu yang terdapat di
penjuru kaabah. Jemaah yang ingin
mengerjakan ibadah tawaf, penjuru yang
terletak Hajarul Aswad ini dijadikan tanda
sebagai tempat permulaan tawaf dan
tempat pengakhirannya.
SEJARAH HAJARUL ASWAD
DARI MANA DATANGNYA
BATU HAJARUL ASWAD INI?
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila
pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi
Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah
batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Kemudian Nabi Ismail a.s pergi dari satu bukit ke
satu bukit untuk mencari batu yang baik dan
sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu
di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril
a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi
Ismail dengan segera membawa batu itu kepada
Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira
melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau
menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim
a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima daripada
yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu
(Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh
Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu
dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah.
Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah
disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu
kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad
itu, yang tidak mencium cukuplah dengan
memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Peristiwa Perletakan Hajarul Aswad
Hajarul Aswad adalah batu hitam yang
berasal daripada syurga. Asalnya berwarna
putih dan terletak di penjuru sebelah
kaabah.
Ketika nabi berusia 35 tahun, kota Mekah dilanda
banjir besar, menyebabkan dinding kaabah runtuh.
Hajarul Aswad telah berubah dari kedudukan
asalnya.
Pembinaan semula kaabah dilakukan secara
gotong-royong. Perselisihan faham telah berlaku
untuk menentukan siapa yang berhak meletakkan
Hajarul Aswad di tempat asalnya. Pertelingkahan
berlanjutan selama beberapa hari sehingga hampir
mencetuskan peperangan.
Kaum-kaum yang bertelagah ialah Bani Hasyim,
Bani Makhzum, Bani Auf, Bani Asad, Bani Abdul Dar,
Bani Adi. Sebagai penyelesaian, mereka bersepakat
melantik orang yang pertama memasuki pintu bani
Syaibah menjadi hakim. Ditakdirkan Allah, orang
yang pertama memasuki pintu itu ialah nabi
Muhammad yang terkenal dengan gelaran al-amin.
Nabi Muhammad yang bijaksana telah
membentangkan kain dan meletakkan Hajarul
Aswad di tengah-tengah kain tersebut. Baginda
meminta wakil-wakil kaum memegang penjuru kain
tersebut dan mengangkatnya bersama-sama ke sisi
kaabah.
Setelah itu, baginda mengangkat dan
meletakkannya di tempat asal. Tindakan baginda
yang bijaksana itu telah mengelakkan berlakunya
peperangan.
Hukum
Menyentuh dan Mencium
Hajarul Aswad
Imam Hanafi : Imam Syafie dan Hanbali :
Sunnah mencium hajar aswad, Sunnah mencium hajar aswad
bila tidak memungkinkan, dengan kening, bila tidak
cukup menyentuhnya, bila tidak memungkinkan, cukup menyentuhnya
memungkinkan cukup bertakbir, dan mencium tangan yang dipakai
bertahmid atau bertahlil ke mencium tadi, bila tidak
arahnya. memungkinkan cukup beri isyarat
dan tangan ke arah hajar aswad.
Imam Maliki :
Sunnah mencium hajar aswad, dan
bibirnya yang warna putih, bila tidak
memungkinkan, cukup menyentuhnya,
bila tidak memungkinkan cukup
bertakbir, bertahmid atau bertahlil ke
arahnya, tanpa berisyarat. Beliau
menambahkan, ketika mencium hajar
aswad adalah dengan hidung, bukan
dengan kening atau dua pipi
Dari Nafi' beliau berkata:
"Saya melihat Ibnu RA menyentuh Hajar Aswad
dengan tangannya kemudian mencium tangan
beliau itu dan beliau berkata, aku tidak pernah
meninggalkan perbuatan ini sejak aku melihat
Rasulullah SAW melakukan". (HR Muslim).
Pengajaran
Sikap tolong menolong
Kita patut mencontohi
peribadi Rasulullah yang turut
membantu menyelesaikan
konflik perselisihan faham
antara kabil arab tersebut.