1 KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 3 Petikan berikut menerangkan tentang penentangan masyarakat tempatan di tanah air kita. Sumber: Buku teks Sejarah tingkatan 5. Berdasarkan petikan, anda dikehendaki membuat kajian terperinci tentang salah seorang pemimpin tempatan yang menentang British awal abad ke 19. Hasilkan satu laporan kajian kes tersebut yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mempunyai aspek berikut: a. Tajuk kajian b. Nama penulis c. Objektif kajian d. Kaedah kajian e. Kandungan kajian yang meliputi: i. Pengenalan secara umum ii. Sebab pemimpin tempatan menentang British iii. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan tersebut iv. Kesan penentangan pemimpin tempatan v. Cara memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini. vi. Kesan kepada negara jika rakyat tiada semangat patriotik vii. Iktibar yang diperolehi daripada peristiwa penentangan pemimpin tempatan f. Kesimpulan / Rumusan g. Sumber rujukan h. Membentangkan laporan kajian (pada satu tarikh yang ditetapkan) 1. Tugasan hendaklah ditulis tangan dengan kemas dan tersusun diatas kertas bersaiz A4 bergaris / kertas kajang ATAU .boleh ditaip dalam Microsoft word dengan tulisan Arial saiz 11 dan disimpan dalam bentuk PDF untuk dihantar kepada guru. 2. Minima penulisan bermula daripada tajuk kajian hingga rumusan ialah tidak kurang daripada 5 muka surat sahaja. Maksimum, 10 muka surat. 3. Tarikh penghantaran Kajian Kes akan diberitahu kelak namun anggaran masa adalah dalam masa 4 minggu dari sekarang. 4. Semua murid Tingkatan 3 wajib melaksanakan kajian kes ini. 5. Berikut merupakan langkah-langkah yang dapat menjelaskan lagi cara untuk murid-murid melaksanakan kajian kes ini. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan bermula abad ke 19 lagi.
2 a. Tajuk. Mulakan penulisan anda dengan menulis tajuk kajian kes anda. Contohnya: “SEMANGAT JUANG WIRA NEGARA”. Walaubagaimana pun, anda boleh memilih tajuk lain yang anda rasa sesuai dengan cita rasa anda. Pemilihan tajuk adalah bebas. b. Nama Penulis. Dibawah tajuk yang anda pilih, tulis nama penuh anda sendiri. Contohnya: SEMANGAT JUANG WIRA NEGARA Oleh: Rabiatul Adawiyah Binti Ramli c. Objektif Kajian Senaraikan 3 objektif kajian anda yang merangkumi objektif pengetahuan, objektif kemahiran dan objektif nilai. Contohnya: Tujuan saya membuat kajian ini adalah untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri sebagai seorang warganegara. Oleh itu, Objektif kajian ini adalah: 1. Memperolehi pengetahuan iaitu mengetahui peristiwa penentangan wira negeri Melaka kita iaitu Penghulu Dol Said dalam usahanya menentang British di Naning dan membela maruah bangsa. 2. Membentuk kemahiran menganalisis dokumen dalam menghurai peristiwa penentangan dan kesan penentangan Penghulu Dol Said terhadap British melalui pelbagai bahan yang dikumpul. 3. Seterusnya dapat menanam semangat patriotik dan jati diri sebagai warganegara Malaysia generasi baru yang akan menyambung kemakmuran dan kedaulatan negara. d. Kaedah kajian. Senaraikan 3 kaedah kajian yang anda gunakan untuk menghasilkan kajian kes ini. Ada beberapa kaedah kajian yang boleh anda pilih seperti kaedah penyelidikan perpustakaan (buku-buku/ majalah/ akhbar/dll di perpustakaan), melayari internet (blog/ laman sesawang), menemubual orang sumber dan kaedah audio visual (menonton video/ dokumentasi/ rancangan TV), melawat tempat kajian. Contoh penulisan kaedah kajian: Saya telah menggunakan kaedah: 1. Penyelidikan perpustakaan dengan memperoleh bahan-bahan bacaan seperti buku dan majalah yang saya jadikan sumber rujukan. Ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan peristiwa kebangkitan di Naning. 2. Melayari internet dengan mengunjungi laman sesawang…………………………………………… untuk menambah maklumat tentang kesan perjuangan pemimpin tempatan di Naning. 3. Audio Visual merupakan kaedah yang membolehkan saya mendapat maklumat tambahan tentang cara memupuk semangat nasionalisme dan kesannya apabila rakyat tiada semangat patriotik. Saya telah menonton dokumentari daripada Majalah 3 yang disiarkan pada 26 Ogos 2020 bertajuk “Ayuh semarakkan semangat patriotisme” e. Penulisan Kandungan kajian yang meliputi semua aspek berikut: i. Pengenalan secara umum ii. Sebab pemimpin tempatan menentang British iii. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan tersebut iv. Kesan penentangan pemimpin tempatan v. Cara memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini. vi. Kesan kepada negara jika rakyat tiada semangat patriotik vii. Iktibar yang diperolehi daripada peristiwa penentangan pemimpin tempatan f. Rumusan: Murid boleh menyalin semula pengetahuan , kemahiran, nilai/ patriotism pada diri dan negara yang ditulis pada bahagian 1. Iaitu bahagian objektif. Murid perlu huraikan dengan lebih lanjut lagi.
3 Contoh penulisan rumusan: Penghasilan kerja kursus ini memberi pengetahuan bahawa …………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Selain itu, ………………………………………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Seterusnya, ……………………………………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… g. Rujukan: Perlu minima 3 sumber rujukan. Contoh Penulisan Sumber Rujukan (pilih mana-mana yang berkenaan yang anda gunakan untuk kajian kes ini) i. Buku Lofti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publication and Distributor Sdn. Bhd. Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation:Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press. ii. Jurnal Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979. Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”,dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960. iii. Ensiklopedia Tajuk, jilid dan tahun. iv. Akhbar Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. v. Orang Sumber Encik Ismail bin Mohd Kasim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur. Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor. vi. Melawat Tempat Kajian Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur. Tapak Ekskavansi Tingkayu, Kunak, Sabah. Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak. vii. VCD Tajuk program, terbitan. viii. Radio/ Televisyen Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian. ix. Majalah Nama majalah, tarikh, tahun. x. Sumber lain Jenis sumber, alamat/ punca sumber. xi. Internet http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm