25 Februari 2022
(Jumaat)
3.00 Petang
Secara atas talian
Dirasmikan oleh :
Pn. Hjh Sahreah binti Md. Zin
Pengetua SMKPR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat yang diberikan dapat kita bersama dalam Majlis Anugerah NILAM bagi
tahun 2021. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa Pusat Sumber sekolah kerana berjaya menganjurkan majlis
gemilang ini.
Hadirin yang dihormati,
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membina tabiat membaca
dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program ini
juga merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang boleh dijalankan di sekolah. Hal ini bermakna semua
mata pelajaran terlibat dalam memperkasakan NILAM dalam sesi pembelajaran harian. Bukan itu sahaja, jika dilihat di laman E-
Pembelajaran, Pusat Sumber Sekolah kita telah giat menghebahkan bahan bacaan NILAM setiap hari melalui slot ‘BILA KAKAK PSS
BERKATA-KATA’ dan RAK BUKU MAYA . Hal ini bermakna pelaksanaan NILAM boleh dilakukan ketika murid-murid berada di rumah.
Isilah masa lapang murid-murid di rumah dengan aktiviti membaca menggunakan pelbagai bahan bacaan yang terdapat dalam Rak Buku
Maya ataupun bahan bacaan anda sendiri dan jangan lupa untuk mengisi bacaan anda dalam link NILAM yang terdapat dalam
E-kehadiran. Aktiviti ini seharusnya menjadi budaya dalam kehidupan anak-anak supaya anak-anak mengisi masa lapang dengan perkara
berfaedah di samping menambah ilmu pengetahuan.
Program NILAM di SMK Paya Rumput juga bertujuan memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengumpul markah
Kokurikulum bagi Bahagian Ekstra kurikulum dalam PAJSK. Jika murid berjaya merekod bahan bacaan yang tinggi sehingga mencapai 5
Bintang,sudah pasti pencapaian 5 Bintang ini dapat membantu meningkatkan markah murid dalam PAJSK. Selain tu, Pusat Sumber
Sekolah juga, di bawah program NILAM, akan memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya mencatat Bacaan NILAM
Terbanyak untuk setiap tahun. Ganjaran berupa sijil, plak dan baucar sentiasa menanti untuk menjadi rebutan murid-murid. Bukan itu
sahaja, sekiranya murid-murid mencatat bacaan 5 Bintang, murid-murid boleh dicalonkan untuk bertanding sebagai Tokoh NILAM
Peringkat Negeri sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Oleh itu murid-murid, rebutlah peluang ini untuk dijadikan nilai tambah dalam diri murid-murid sekali gus membantu murid-murid
sama ada dalam pencapaian akademik mahupun kokurikulum. Dalam pada itu, program ini juga merupakan satu pendekatan untuk
mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan murid dan juga merupakan satu usaha dalam
melahirkan generasi yang berilmu dan bermakna.
Sebelum saya mengkahiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua jawatankuasa PSS dan
NILAM atas komitmen yang telah diberikan sepanjang tahun 2021. Diharapkan semua jawatankuasa meneruskan kerjasama anda dan
komitmen yang baik ini bagi tahun 2022. Dengan ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya merasmikan Majlis Anugerah NILAM
bagi tahun 2021.
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam
sesebuah masyarkat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan
membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada
program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan
demikian Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah perlu mencari
pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih
berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.
Justeru itu, Majlis Anugerah NILAM merupakan satu program yang
dirancang oleh Pusat Sumber SMK Paya Rumput untuk memberi
pengiktirafan kepada murid yang telah memberi kerjasama dalam
menjayakan Program NILAM 2021.
Semoga program yang dilaksanakan ini mampu melahirkan murid yang
gemar membaca selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan.
1. Menyemai tabiat membaca dalam kalangan warga SMKPR.
2. Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.
3. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca
berkualiti.
4. Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan
serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
5. Memantapkan program NILAM.
3.00 petang : Link youtube akan diberikan melalui telegram E-Pembelajaran
3.05 petang : Ucapan Perasmian (Puan Hajah Sahreah Binti Md Zin)
3.10 petang : Pengumuman dan tayangan nama-nama penerima anugerah:
1) ANUGERAH PEMBACA TERBANYAK MENGIKUT BULAN
2) ANUGERAH PEMBACA TERBANYAK KESELURUHAN MENGIKUT
TINGKATAN
3) ANUGERAH TOKOH NILAM (KATEGORI BUKU BAHASA MELAYU)
4) ANUGERAH TOKOH NILAM (KATEGORI BUKU BAHASA INGGERIS)
3.30 petang : Bersurai
PENGERUSI : PN. HJH SAHREAH BINTI MD ZIN
TIMBALAN PENGERUSI : PN. SOYAH BINTI SANUSI
NAIB PENGERUSI I : PN. MARIAM BINTI JANTAN
NAIB PENGERUSI II : PN. NORAZIAH BINTI BIDIN
PENYELARAS : EN. MOHD SUKRI BIN SHARIF
: PN. DARIAH BINTI SULAIMAN
: PN. FAIRUDZAH BINTI AHMAD
: PN. HANIZA BINTI MOHD HAMZAH
SETIAUSAHA : PN. SITI NURUL QALBI BINTI ABDUL RASHID
AHLI JAWATAN KUASA : PN. JANAKY A/P VASU (GURU PERPUSTAKAAN/MEDIA)
: PN. ZURAIDA BINTI SHARI (GURU BBM)
: PN. LIEW JIA HUOY (SETIAUSAHA PEPERIKSAAN)
: PN. HANANI RAHAYU BINTI ABD JALIL (PENYELARAS BESTARI)
: CIK. CAROL CHU MEI YIN (PENOLONG PENYELARAS BESTARI)
: PN. NUR 'AFIFAH MARDHIAH BINTI BAKRI (S/U NILAM)
: PN. NORHANIS BINTI JAMALUDIN (PENOLONG S/U NILAM)
: EN. MUHAMMAD MUZAMMIL BIN MUHAMMAD KAMIL (AJK PSS)
: PN. SURIYANA BINTI MUKHTAR (AJK PSS)
SIJIL & PLAK : PN. SITI NURUL QALBI BINTI ABDUL RASHID
TEKS UCAPAN ALUAN : PN. NUR 'AFIFAH MARDHIAH BINTI BAKRI
HADIAH & KUPON : PN. SURIYANA BINTI MUKHTAR
BUKU PROGRAM : PN. ZURAIDA BINTI SHARI
(Anyflip)
POSTER : EN. MUHAMMAD MUZAMMIL BIN MUHAMMAD KAMIL
VIDEO UCAPAN ALUAN : PN. SITI KHADEEJAH BASHARAH BINTI MOHD ROSLAN
FOTOGRAFI : PN. NORHANIS BINTI JAMALUDIN
: PN. JANAKY A/P VASU
VIDEO TOKOH NILAM : PN. NUR 'AFIFAH MARDHIAH BINTI BAKRI
PERSEDIAAN VIDEO MAJLIS : PN. HANANI RAHAYU BINTI ABD JALIL
(YOUTUBE) : CIK. CAROL CHU MEI YIN
DOKUMENTASI : PN. SITI NURUL QALBI BINTI ABDUL RASHID
BULAN NAMA KELAS JUMLAH
JULAI JARANISWARY A/P RAMOO
1 HIBISCUS 21
OGOS JARANISWARY A/P RAMOO 1 HIBISCUS 11
SEPTEMBER GOH SHERLYN 1 HIBISCUS 15
27
OKTOBER KAREN NG MEI CHING 1 ORCHID 41
NOV & DIS NUR ADLINA BINTI AHMAD FITRI 1 DAISY
BULAN NAMA KELAS JUMLAH
JULAI
OGOS KRITHIGA A/P MOHAN 2 TUNERA 45
SEPTEMBER 2 TUNERA 52
OKTOBER KRITHIGA A/P MOHAN
2 HIBISCUS 15
NOV & DIS VYSNAVI A/P PERABAKARAN
2 IXORA 277
NUR RABIATUL AFIQAH BINTI
LAILYMURAD 2 IXORA 458
NUR RABIATUL AFIQAH BINTI
LAILYMURAD
BULAN NAMA KELAS JUMLAH
JULAI SUGAN A/L MOHAN
OGOS SUGAN A/L MOHAN 3 HIBISCUS 127
SEPTEMBER SUGAN A/L MOHAN
OKTOBER SUGAN A/L MOHAN 3 HIBISCUS 100
NOV & DIS SUGAN A/L MOHAN
3 HIBISCUS 96
3 HIBISCUS 166
3 HIBISCUS 259
BULAN NAMA KELAS JUMLAH
JULAI SUBASHINI A/P CHANDRA SEGAR
4 INTAN 19
OGOS SUBASHINI A/P CHANDRA SEGAR 4 INTAN 22
SEPTEMBER SUBASHINI A/P CHANDRA SEGAR 4 INTAN 11
OKTOBER AYU AMIRAH BINTI ROS ROMZI 4 DELIMA 21
NOV & DIS SHASVIN A/L KESAVAN 4 INTAN 85
BULAN NAMA KELAS JUMLAH
JULAI SAMUEL ONG LI KANG 5 DELIMA 31
NURIN IYLIA BINTI MOHD SHAHAR 31
OGOS SAMUEL ONG LI KANG 5 DELIMA 75
SEPTEMBER NUR IRDINA SAFIYA BINTI NORSAMSUL 5 BERLIAN 82
AKMAR
OKTOBER PUTERI JASMINE CHONG BINTI 5 INTAN 110
MOHAMAD FUAD CHONG
NOV & DIS PUTERI JASMINE CHONG BINTI 5 INTAN 152
MOHAMAD FUAD CHONG
NUR ADLINA BINTI AHMAD FITRI (1 DAISY)
NUR RABIATUL AFIQAH BINTI LAILYMURAD (2 IXORA)
SUGAN A/L MOHAN (3 HIBISCUS)
SHASVIN A/L KESAVAN (4 INTAN)
PUTERI JASMINE CHONG BINTI MOHAMAD FUAD CHONG (5 INTAN)
NUR RABIATUL AFIQAH BINTI LAILYMURAD (2 IXORA)
SUGAN A/L MOHAN (3 HIBISCUS)
Dengan sukacitanya,
Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Nilam 2021
Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan
ucapan terima kasih kepada
BARISAN PENTADBIR
PIBG SMKPR
AJK PUSAT SUMBER SMKPR
SEMUA GURU, AKP DAN WARGA SMKPR
PARA PENDERMA YANG BUDIMAN
serta semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini.
TERIMA KASIH