SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ROKET AIR PARACHUTE Tarikh: 7 OKTOBER 2023 Masa: 7.40 pagi – 2.00 petang 1. Melibatkan pelajar Sains Hayat dan Sains Fizikal Program SDS dan SES. Satu kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli (maksimum). Jenis pertandingan bagi setiap kumpulan akan ditetapkan oleh penganjur. 2. Setiap kumpulan boleh membina lebih daripada 1 model roket air dengan menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. Jenama botol minuman yang bersesuaian dengan pelancar adalah coco cola, 100 plus dan kickapoo. 3. Setiap kumpulan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun dan catatan masa roket di udara akan diambil. 4. Setiap kumpulan perlu membuat payung terjun menggunakan plastik sampah yang bersesuaian. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk gambar dibawah 5. Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi 6. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air (air paip) dan udara sahaja dan setiap kumpulan tidak dibenarkan menggunakan bahan lain yang boleh membantu meningkatkan tekanan seperti penggunaan air coca-cola, mentos, panadol, soda bikarbonat, eno dll.
7. Setiap kumpulan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket dengan menggunakan bahan yang tidak dihadkan. 8. Setiap kumpulan perlu menghasilkan model roket air yang unik dan mampu menunjukkan unsurunsur kreatif dan inovatif. 9. Setiap kumpulan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja sama ada menggunakan roket yang sama atau berlainan. 10. Tempoh pemasangan (setup) dan persediaan untuk pelancaran roket air adalah tidak melebihi 5 minit. 11. Masa akan diambil bermula dari pelancaran roket air sehingga ianya: i. Jatuh ke permukaan tanah; atau ii. Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau iii. Hilang daripada pandangan para hakim; atau iv. Berada di udara melebihi 15 minit. 12. Hanya MASA PALING LAMA DI UDARA sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah keseluruhan. Hanya percubaan terbaik sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah keseluruhan. 13. Kos pembinaan roket adalah di bawah tanggungan kumpulan masing-masing.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ROKET SESARAN Tarikh: 7 OKTOBER 2023 Masa: 7.40 pagi – 2.00 petang 1. Melibatkan pelajar Sains Hayat dan Sains Fizikal Program SDS dan SES. Satu kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli (maksimum). Jenis pertandingan bagi setiap kumpulan akan ditetapkan oleh penganjur. 2. Setiap kumpulan boleh membina lebih daripada 1 model roket air dengan menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. Jenama botol minuman yang bersesuaian dengan pelancar adalah coco cola, 100 plus dan kickapoo. 3. Setiap kumpulan perlu kreatif dalam membentuk rekaan kon muncung dan sirip roket dengan menggunakan bahan yang tidak dihadkan. 4. Setiap kumpulan perlu menghasilkan model roket air yang unik dan mampu menunjukkan unsurunsur kreatif dan inovatif. 5. Setiap kumpulan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja sama ada menggunakan roket yang sama atau berlainan. 6. Kos pembinaan roket adalah di bawah tanggungjawab kumpulan masing-masing. 7. Hanya JARAK PALING JAUH DARI PELANCAR (dalam zon) sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah keseluruhan. Hanya percubaan terbaik sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah keseluruhan. Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).