The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rifqahsufi, 2023-09-10 10:45:33

PERTANDINGAN MUZIKAL SAINS

KARNIVAL SAINS

DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Drama Muzikal Sains, Kolej Matrikulasi Pahang. Pertandingan ini memberi peluang kepada semua pelajar Jurusan Sains bagi mementaskan karya terpilih masingmasing berdasarkan tema yang ditetapkan. 1.2 Pertandingan terbahagi kepada DUA peringkat iaitu Peringkat Saringan dan Peringkat Akhir 1.3 Peringkat Akhir: Hanya 6 kumpulan dengan markah tertinggi di Peringkat Saringan akan dipilih untuk membuat persembahan drama muzikal. 1.4 Pertandingan Drama Muzikal Sains anjuran Jabatan Sains ini merujuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan aktiviti kokurikulum akademik. 2.0 SUMBER Sinopsis dan skrip drama haruslah asli dan tiada unsur plagiarism. 3.0 TEMA Sains dan Teknologi : ”Membudayakan Sains Teknologi, Alam Lestari” 4.0 PENYERTAAN 4.1 Semua pelajar KMPh : Jurusan Sains dan & Jurusan Perakaunan. Bagi Jurusan Perakaunan anda diwajibkan untuk menyertakan sekali pelajar Jurusan Sains dalam kumpulan anda. 4.2 Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi 15 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew.


DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 4.3 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah lengkap sebelum dikemukakan untuk pertandingan. 4.4 Penyertaan daripada pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai pertandingan amat digalakkan. 5.0 SINOPSIS & SKRIP 5.1 Kandungan sinopsis dan skrip drama adalah daripada mana-mana silibus mata pelajaran Sains. 5.2 Sinopsis drama perlu dihantar kepada urusetia semasa pendaftaran untuk ke peringkat saringan. 5.3 Skrip penuh dan video ’teaser’ perlu dihantar kepada urusetia bagi kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir. 6.0 VIDEO TEASER (PERINGKAT AKHIR) 6.1 Setiap kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir perlu membuat rakaman video teaser yang berdurasi selama 1 hingga 2 minit sahaja. 6.2 Rakaman video tersebut perlu dimuatnaik atau diserahkan kepada urusetia pertandingan pada tarikh yang telah ditetapkan. 6.3 Video teaser akan dimainkan sebagai ’intro’ sebelum setiap kumpulan membuat persembahan. 7.0 DISIPLIN PENTAS. 7.1 Ruang lakon hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan. 7.2 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan sewaktu pementasan seperti peralatan tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah menggunakan replika ( yang selamat ) sahaja. 7.3 Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK DIBENARKAN. 7.4 Penggunaan alatan multimedia seperti projektor tayangan, projektor LCD serta pancaran laser TIDAK DIBENARKAN.


DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 7.5 Kumpulan drama TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan. 7.6 Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia / haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undangundang dan dasar kerajaan. 7.7 Setiap kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan dewan atau pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop/ set dan kebersihan selepas produksi serta memastikan keselamatan premis yang digunakan. 8.0 MASA PERSEMBAHAN 8.1 Persembahan tidak melebihi 20 minit, tidak termasuk masa transisi. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5 markah daripada markah keseluruhan. 8.2 Masa untuk persiapan dihadkan selama 5 minit dan masa mengosongkan pentas dihadkan selama 5 minit. 8.3 Masa persembahan dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog. 9.0 PEMARKAHAN 9.1 Bahasa ( 40 markah ) 9.1.1 Pengucapan dialog yang lancar menggunakan struktur ayat yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai dengan watak 9.1.2 Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan watak 9.1.3 Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan watak 9.1.4 Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa, perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai dengan watak 9.1.5 Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sejadi sesuai dengan watak dan budaya setempat 9.1.6 Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis


DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 9.2 Persembahan (20 markah) 9.2.1 Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan. 9.2.2 Memperlihatkan persembahan yang menarik. 9.2.3 Memperlihatkan persembahan yang kreatif. 9.2.4 Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman dramatik. 9.2.5 Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas. 9.3 Lakonan ( 20 markah ) 9.3.1 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik. 9.3.2 Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan ( gerak, gerak isyarat / gesture dan ekspresi ) dengan baik. 9.3.3 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara – artikulasi, intonasi dan projeksi ) yang baik . 9.3.4 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai satu ensembel) dengan baik. 9.3.5 Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan baik. 9.3.6 Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah. 9.4 Sinematografi ( 10 markah ) 9.4.1 Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan. 9.4.2 Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan. 9.4.3 Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna. 9.4.4 Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan. 9.4.5 Rekaan/pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan. 9.4.6 Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.


DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 9.5 Pengarahan ( 10 markah ) 9.5.1 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip. 9.5.2 Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam drama. 9.5.3 Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan lakonan dengan baik. 10.0 PENGHAKIMAN / PENILAIAN. 10.1 Peringkat Saringan dinilai oleh 7 orang hakim, termasuk Ketua Hakim. 10.2 Peringkat Akhir dinilai oleh 3-4 orang hakim, termasuk Ketua Hakim. 10.3 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan. 10.4 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri. 10.5 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep Jawatankuasa Drama Muzikal Sains. 10.6 Keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD. 11.0 DISIPLIN PESERTA 11.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang pertandingan ini berlangsung terutama tatacara berpakaian dan adab kelakuan bagi menjaga nama baik program, individu serta sekolah. 11.2 Penggunaan selipar, berseluar pendek, baju ’t’ tanpa kolar serta pakaian yang mencolok mata adalah DILARANG sama sekali sewaktu menonton persembahan sepanjang pertandingan berlangsung, termasuk Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah.


DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 11.3 Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur/ pengelola bagi memastikan kelancaran program. 12.0 TINDAKAN 12.1 Pihak Jawatankuasa Drama Muzikal Sains berhak MEMBATALKAN penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep . 13.0 AM Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Drama Muzikal Sains, Kolej Matrikulasi Pahang. ****************************************************************************************************** PERINGKAT BAHAN YANG PERLU DIHANTAR PERINGKAT SARINGAN 1. Sinopsis Drama Muzikal Sains PERINGKAT AKHIR 1. Skrip Drama Lengkap 2. Video Teaser BIL PERKARA TARIKH Perdaftaran Peserta & Penghantaran Sinopsis Pertandingan di Peringkat Saringan Keputusan Pertandingan di Peringkat Saringan Penyerahan Skrip Drama & Rakaman Video Teaser Pertandingan Peringkat Akhir


DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG No. Giliran : …………………………………………………………………… Nama Kumpulan : …………………………………………………………………… Tajuk Drama : …………………………………………………………………… Perkara Kriteria Penskoran Markah Catatan Bahasa (40 markah) Struktur tatabahasa yang betul, sebutan jelas dan lancar Pengolahan bahasa yang baik, indah & gramatis Lemah: 1 – 10 Baik: 11 – 29 Cemerlang: 30 - 40 Persembahan ( 20 markah ) Meyakinkan/ menarik Kreativiti/Dramatik Pemikiran Lemah: 1 - 6 Baik: 7 - 14 Cemerlang:15 - 20 Lakonan ( 20 markah ) Penghayatan watak Gesture/gerak isyarat Kesatuan lakonan Pentafsiran watak Lemah: 1 - 6 Baik: 7 - 14 Cemerlang: 15 - 20 Sinematografi ( 10 markah ) Rekaan Set Prop, kesan bunyi, cahaya Tatarias Lemah: 1 - 3 Baik: 4 - 7 Cemerlang: 8 - 10 Pengarahan ( 10 markah ) Tafsir skrip Bentuk watak Kawalan keseluruhan Lemah: 1 - 3 Baik: 4 - 7 Cemerlang: 8 - 10 JUMLAH 100 Tandatangan Hakim : ..........................................


DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG BORANG KEPUTUSAN HAKIM INDIVIDU PERTANDINGAN DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG Nama : ................................................................ Tarikh : ................................ HAKIM 1/2/3/ GILIRAN PESERTA MARKAH KEDUDUKAN Tandatangan Hakim………………………………..


DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG GILIRAN PESERTA HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 JUMLAH KEDUDUKAN Pengesahan oleh Ketua Hakim, ……………………………………… ( )


DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG BORANG KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN DRAMA MUZIKAL SAINS KARNIVAL SAINS 2023 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG A. KEPUTUSAN KESELURUHAN KEDUDUKAN GILIRAN PESERTA JUDUL DRAMA JOHAN NAIB JOHAN KETIGA B. KEPUTUSAN INDIVIDU ANUGERAH WATAK JUDUL DRAMA GILIRAN PELAKON LELAKI TERBAIK PELAKON PEREMPUAN TERBAIK PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK PELAKON PEMBANTU PEREMPUAN TERBAIK SINEMATOGRAFI TERBAIK PENGARAH TERBAIK PENGESAHAN HAKIM HAKIM NAMA TANDATANGAN TARIKH 1 2 3


Click to View FlipBook Version