The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH ERA UMAIYYAH DAN ABBASIYAH DALAM SUMBANGAN PENULISAN DAN TERJEMAHAN.pptx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zack Wan, 2022-10-02 11:45:47

SEJARAH ERA UMAIYYAH DAN ABBASIYAH DALAM SUMBANGAN PENULISAN DAN TERJEMAHAN.pptx

SEJARAH ERA UMAIYYAH DAN ABBASIYAH DALAM SUMBANGAN PENULISAN DAN TERJEMAHAN.pptx

SEJARAH ERA
UMAIYYAH DAN
ABBASIYAH KDI 2323

TAJUK : PENULISAN DAN
PENTERJEMAHAN

NAMA PENSYARAHd : SHANUN BINTI HJ MUSA

AIMAN HILMI BIN AZLI (21111064)
LUQMAN HAKIM BIN HARITH (20110977)
MUHAMMAD SHAFIQ BIN CHE DAUD (20110984)

Disediakan oleh: MUHAMMAD ZAKWAN BIN CHE RAMLI (21111060)

PENGENALAN

Kerajaan Bani Umayyah



Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan dan nama Umayyah diambil sempena
nama datuk beliau iaitu Muawiyyah bin Abdul Syams.
Kerajaan ini berkuasa dari tahun 661 sehingga tahun 750.
Banyak perluasan kuasa pesat berlaku terutamanya ketika zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid I.
Pusat kegiatan ilmu utama adalah di Cordova, Toledo, Granada.

Kerajaan Bani Abbasiyah

2

Nama Abbasiyah diambil sempena nama pengasasnya iaitu Abbas bin Abdul Mutalib.
Kerajaan ini berkuasa selepas kejatuhan Bani Umaiyyah pada tahun 705 hingga tahun 1258.
Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Khalifah Ma’mun, perkembangan ilmu
pengetahuan berlaku dengan pesat.

2

PERKEMBANGAN DALAM
PENULISAN

PEMERINTAHAN ZAMAN UMAYYAH (Nuqt al-‘Irab):

Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan, semakin ramai orang yang bukan berbangsa Arab memeluk agama
Islam. Dengan sebab itu, antara masalah yang berlaku dalam kalangan mereka ialah apabila mereka membaca al-Quran
yang tidak mempunyai baris (harakah). Hal ini adalah kerana ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat,
umat Islam tidak memerlukan baris untuk membantu mereka dalam pembacaan al-Quran.
Muawiyah bin Abi Sufyan telah mengarahkan Ziyad bin Abi Sufyan beliau menghantar anaknya Ubaidillah bin Ziyad
untuk mengadapnya. Dalam pertemuan itu, Muawiyah mendapati terlalu banyak kesalahan tatabahasa, selepas peristiwa
itu Ziyad terus memikirkan cara yang terbaik untuk meny3 elesaikan masalah tersebut. Kemudian beliau memanggil Abu
al-Aswad al-Duali, iaitu seorang ulama al-Quran yang terkemuka pada ketika itu . Abu al-Aswad al-Duali telah
menggunakan dakwat yang berwarna merah untuk membezakan dengan tulisan mashaf yang berwarna hitam. Titik-titik
(baris-baris) ini dinamakan Nuqt al-‘Irab. Fungsi titik-titik merah ini adalah sebagai baris (harakah) supaya para pembaca
al-Quran tidak tersilap atau terkeliru ketika membaca al Quran.

3

PEMERINTAHAN ZAMAN UMAYYAH (Nuqt al-‘Ijam):

Pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, semakin banyak negara Islam yang baru telah dapat didirikan. Agama Islam yang
merupakan agama yang benar dan sesuai untuk semua bangsa manusia terus diterima dan dianuti.

Khalifah Abdul Malik memerintahkan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi, gabenor di Iraq bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.Al-
Hajjaj bin Yusut al-Thaqafi telah melantik dua orang ulama yang pakar dalam bahasa Arab dan ilmu Qiraat, iaitu Nasr bin ‘Asim dan
Yahya bin Ya’mar untuk mencipta sesuatu tanda dalam mashaf.

Nasir ibnu Asim dan Yahya ibnu Ya'mur mencipta titik-titik yang boleh membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain. Titik-
titik itu ditulis dengan menggunakan dakwat yang sama warn4 a dengan tulisan mashaf, supaya ia berbeza dengan titik-titik (baris-baris)
yang direka oleh Abu al-Aswad al-Duali.

Pada tahap ini, berlaku satu lagi pembaharuan perkembangan titik dan baris di dalam mashaf. Nasr bin ‘Asim dan Yahya bin Ya’mar
telah mencipta satu titik yang berwarna hitam bersamaan dengan warna tulisan mashaf. Titik-titik ini menggunakan warna hitam untuk
membezakan dengan titik-titik merah Nuqt al-‘Irab. Titik-titik hitam ini dinamakan Nuqt al- ‘Ijam dan bertujuan untuk membeza satu
huruf dengan huruf yang lain.

4

KERAJAAN BANI ABBASSIYAH

Perkembangan keilmuan yang berlaku :

PEKARA KETERANGAN

BAITULHIKMAH Merupakan sebuah institusi keilmuan yang ditubuhkan oleh khalifah Harun al- Rashid.
Institusi ini berkembang secara meluas dan mencapai kegemilangannya pada zaman
pemerintahan Khalifah al- Makmun.
Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat dan mencapai kemuncaknya.
Kerja-kerja penterjemahan lebih sistematik. Penterjemahan bekerja secara berkumpulan
di bawah kawalan seorang penyelaras.
Penterjemahan karya falsafah dan sains, khususnya daripada bahasa Yunani menjadi
kegiatan utama.
Menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan
para ilmuwan dalam pelbagai bidang.

PENULISAN 6

Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap.
1. Mencatat segala percakapan atau idea.
2.Mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam

sebuah buku.
3.Mengarang

Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penulisan

6

PEKARA KETERANGAN

PENTERJEMAHAN Penterjemahan dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani, dan Yunani kepada Bahasa Arab.
Dua perkara penting berkaitan dengan penterjemahan:
1. Di samping menterjemah, orang Islam mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Huraian dan penambahbaikan dibuat terhadap karya dengan
memuatkan keterangan dan ulasan
2. Orang Islam berperanan penting dalam berbakti kepada kebudayaan dunia kerana mereka berjaya
memelihara warisan ilmu daripada lenyap semasa masyarakat Eropah dilanda Zaman Gelap.
Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing.
Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan Eropah.

PERKEMBANGAN Perkembangan tamadun Islam di Kot7a Baghdad dan Cordova memberi sumbangan yang besar kepada
KEILMUAN ISLAM perkembangan keilmuan di Eropah.
Perkembangan keilmuan di Eropah melahirkan zaman pemulihan budaya atau Renaissance.
Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan Islam telah mempertingkatkan pengetahuan
manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada generasi kemudian.
Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing banyak memberi faedah kepada
orang Islam sendiri.
Para ilmuan Islam telah memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehingga berlakunya ercambahan dan
perkembangan ilmu pengetahuan.

7

Ulama yang menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan
sebagainya. Antara mereka termasuklah:

Imam Malik Abu Hanifah

Menyusun buku al menyusun fikah dan
Muwatta pendapat ijtihad

Ibn Ishaq

menyusun sejarah hidup Nabi
Muhammad s.a.w.

8 2

PEMERINTAHAN ZAMAN ABBASIYAH (Harakah):

Pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, perkembangan pendidikan lebih pesat dari kerajaan Umayyah. Ini
kerana berlaku banyak pemberontakan khususnya dari golongan Syiah ketika zaman Umayyah. Maka pada zaman
Umayyah, para khalifah menumpukan perhatian dalam penyebaran Islam dan membuka wilayah-wilayah baru.
Sebaliknya pada zaman Abbasiyah, kerajaan Islam telah kukuh 2/3 dunia dan usaha lebih tertumpu kepada pengukuhan
sistem pendidikan dan ekonomi.

Pada zaman ini, telah lahir seorang imam yang sangat berilmu bernama al-Khalil bin Ahmad al-Basri. Beliau telah
9

mengubah bentuk baris-baris yang dicipta oleh Abu al-Aswad al-Duali kepada bentuk yang digunakan sekarang AlKhalil
bin Ahmad merupakan orang yang pertama memulakan pembaharuan ini.

Pada zaman Abbasiyyah, keadaannya telah diubah menjadi lebih kemas dan elok serta mudah difahami.

9

GERAKAN PENTERJEMAHAN

Gerakan penterjemahan di kalangan masyarakat Islam telah bermula
semenjak pemerintahan khalifah Bani Umayyah.
Perkembangan ini berlaku melalui peranan Khalid b. Yazid b.
Mu‛awiyah (meninggal 85 H / 704 M) yang telah mendapat gelaran
“Hakim alu Marwan” dan merupakan orang pertama mengamalkan ilmu
‘tib’ dan ‘kimia’ dari bahasa Greek ke bahasa Arab.
Beliau telah memanggil sekumpulan orang-orang Greek yang tinggal di
Mesir dan telah meminta mereka menterjemahkan kitab-kitab dalam
bahasa Greek dan Kibti tentang ilmu kimia ke dalam bahasa Arab.
Beliau telah menukar peranan hidupnya kepada lapangan ilmu
pengetahuan dengan mendalami ilmu kimia dan teknologi melalui
Maryanus al-Iskandarani, yang kemudiannya telah bangkit
menterjemahkan buku-buku sains kimia dari bahasa K1i0bti dan
Yunani ke dalam bahasa Arab
beliau berhubung dengan ilmuan Yunani di Egypt seperti Maryanus.
Kegiatan penterjemahan oleh Khalid ini dianggap sebagai peringkat
awal penterjemahan buku dari bahasa asing ke bahasa Arab.

10

Pada zaman pemerintahan Marwan al-Hakam berlaku
penterjemahan buku-buku perubatan dari tulisan asal dalam
bahasa Siryani oleh Kannasy Ahrun b. A’yan ke dalam
bahasa Arab oleh Masarjuih (Masarjawyh), seorang tabib
Parsi.

Buku terjemahan Masarjuih ini dianggap sebagai buku
perubatan pertama yang diterjemah di dalam Islam daripada
bahasa asing ke bahasa Arab.

Penterjemahan ini terpelihara hingga ke zaman ‛Umar b.
‛Abdul ‛Aziz (99-101 H / 717-718 M) yang pernah
dikeluarkan untuk bacaan umum agar masyarakat Islam
dapat memanfaatkannya.

11

Kedudukan Islam yang telah stabil di banyak bahagian, aktiviti peperangan dan pembukaan Islam yang
telah agak mengecil tetapi penyebaran Islam dan pemelukan Islam di kalangan masyarakat bukan Arab
berkembang dengan baik serta pencapaian ekonomi yang kukuh telah menyebabkan umat Islam terdedah
secara meluas kepada pelbagai budaya dan tamadun. Keadaan tersebut telah merancakkan gerakan
penterjemahan di kalangan umat Islam kerana gerakan ini melibatkan pemindahan buku ke dalam bahasa
Arab yang tidak lagi terhad kepada satu bahasa tertentu tetapi meliputi pemindahan ilmu dari pelbagai
bahasa dan tamadun termasuk Yunani, Siryani, Kibti, Parsi, India dan lain-lain. Dalam membuat
kesimpulan kepada faktor kesuburan gerakan penterjemahan dalam
masyarakat Islam di peringkat awal.

Dr Umar Farukh telah menyimpulkan beberapa faktor, antaranya :
Pertembungan Arab Islam dengan lain-lain bangsa telah mendorong orang Arab ke arah
memperluaskan pengetahuan mereka
Keperluan orang Arab Islam terhadap beberapa disiplin ilmu yang tidak mereka memiliki seperti
perubatan, matematik & lain-lain
Dorongan al-Qur’an ke arah berfikir dan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan hingga ke
peringkat menuntut ilmu sebagai tuntutan fardu dalam Islam

12

PERINGKAT PENTERJEMAHAN BERLAKU

Usaha penterjemahan telah berlaku secara meluas bukan sahaja di kalangan individu
masyarakat bahkan di kalangan pemimpin politik. Usaha penterjemahan buku dari pelbagai
bahasa seperti Yunani, India, Parsi dan lain-lain telah berlaku di samping proses
penganalisaan terhadap pelbagai teori dan pemikiran. Pada dekad ini juga penguasaan
bahasa Arab mula meluas di kalangan masyarakat bukan Arab kerana dorongan bagi
mendalami al-Qur’an dan al-Sunnah yang merupakan dua sumber utama dan asasi pemikiran
serta pengetahuan Islam. Di samping penguasaan dalam bahasa Arab, masyarakat bukan Arab
ini turut menguasai bahasa-bahasa asal mereka. Penguasaan dua bahasa atau lebih di
kalangan masyarakat telah menjadi faktor utama dan memberi laluan kepada masyarakat

13

Islam untuk mengaktifkan usaha penterjemahan. usaha penterjemahan pada dekad ini
dapat dirumuskan kepada tiga peringkat iaitu:

13

Peringkat kedua usaha Peringkat
penterjemahan buku-buku asing Kedua
ke bahasa Arab berlaku di zaman
pemerintahan al-Ma’mun (198-218

/ 813-833).

Peringkat pertama Peringkat Iaitu peringkat penterjemahan selepas era
Ketiga Ma’mun. Pada tempoh ini merupakan

14 kesinambungan dari zaman sebelum ini. Pada
tempoh itu buku dari pelbagai bahasa asing
Bermula dari era pemerintahan khalifah Abu
Ja‛far al-Mansur (136-158 H / 753-774 M) telah diterjemah secara meluas ke bahasa
hingga Harunal-Rashid (170-193 H / 786- Arab dan telah mempengaruhi minda
808 M) masyarakat Islam.

14

USAHA PENTERJEMAHAN

Sebelum pemerintahan khalifah al-Ma’mun, tokoh yang memainkan peranan besar dalam gerakan
penterjemahan ialah ‛Abdullah b.al-Muqaffa yang telah meninggal pada 143H /759M). Beliau
memainkan peranan besar dalam memindahkan buku-buku dari bahasa asing ke bahasa Arab khususnya
buku-buku sastera dari bahasa Parsi, antara yang utama ialah Kitab Kalilah Wa Daminah. Pada zaman
pemerintahan khalifah al-Mansur, peranan penterjemahan telah mula diletakkan di bawah
tanggungjawab dan perhatian kerajaan, dan pada zaman pemerintahan Harun al-Rashid, usaha
penterjemahan berlaku dalam bentuk aplikasi yang teratur dengan tokoh-tokoh seperti Yuhana b.
Masawaih dan al- Hajjaj b.Matar sebagai antara to1k5 oh yang bergerak aktif dan cergas dalam bidang
penterjemahan Kemuncak pencapaian dan usaha penterjemahan berjalan lebih teratur dan meluas pada
zaman al-Ma’mun apabila beliau telah menubuhkan Bait al-Hikmah di kota Baghdad pada tahun 200H
/815M.

15

Pengaruh Bait al-Hikmah Ke Atas Kegiatan Intelektual

Gerakan penterjemahan dan penerbitan buku-buku oleh Bait al-Hikmah
pada zaman al-Ma’mun telah mendorong umat Islam untuk membaca dan
mengkaji kitab-kitab terjemahan

Ilmuan Islam juga berusaha untuk mentafsir dan membuat ulasan serta
memperbetulkan kesilapan yang terdapat dalam kitab-kitab terjemahan tersebut.

16

Pemelukan Islam oleh masyarakat bukan Arab telah membawa kepada
perkembangan meluas dalam usaha penterjemahan

16

FAKTOR BERLAKUNYA KEGIATAN
PENTERJEMAHAN

Seiring dengan pertambahan umat Islam daripada pelbagai bangsa dan budaya hasil dari perkembangan agama Islam,
bahasa Arab tidak mampu dikuasai golongan ‘ajam (bukan bangsa Arab) dengan baik. Oleh sebab itu kegiatan
penterjemahan diwujudkan.

Pertembungan budaya dan tamadun turut menjadi pemangkin kepada gerakan penterjemahan yang berkembang.
Kedudukan Baghdad iaitu ibu kota pemerintahan Abbasiyyah adalah berdekatan dengan tamadun India dan juga Rom.

17

Selepas kedatangan Islam, Nabi Muhammad menggalakkan dan menyuruh para sahabatnya untuk mempelajari bahasa
asing demi tujuan dakwah dan diplomasi bersama kerajaan lain. Misalnya, Zaid ibn Thabit yang menguasai bahasa
Hebrew untuk tujuan meluaskan dakwah ke bangsa Yahudi.

17

TUJUAN PENTERJEMAHAN

Secara umum, aktiviti penterjemahan ini merangkumi satu objektif asas iaitu untuk memahami makna teks asal
dan menukilkannya dalam bentuk laras bahasa yang baru. Misalnya, buku Kalilah wa Dimnah (‫)كليلة ودمنة‬
yang dikarang oleh Abdullah ibn al-Muqaffa’ pada kurun kedua hijrah semasa pemerintahan Abbasiyyah di
Baghdad.


Karya ini adalah terjemahan dan adaptasi daripada tamadun India yang asalnya ia ditulis dalam bahasa Sanskrit.
Buku ini mengisahkan tentang pengembaraa18n 2 ekor serigala dan terdapat banyak pengajaran yang boleh
diambil daripada cerita tersebut. Justeru, Ibnu al-Muqaffa’ menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab dan
mengikut uslub Arab tanpa mengubah makna yang ingin disampaikan dalam teks asal.

18

KRITERIA DAN SYARAT MENJADI
PENTERJEMAHAN

I. Pertama, sarjana-sarjana yang menterjemah perlulah terlebih dahulu menguasai bahasa teks yang ingin diterjemah. Syarat
ini adalah yang paling penting dan semestinya tanpa memahami bahasa asing tersebut, mustahil untuk penterjemahan itu
berlaku.

II.Kedua, mereka juga perlu untuk menguasai bidang ilmu di dalam buku yang ingin diterjemah. Misalnya, karya yang ingin
diterjemah berkaitan falsafah, maka mahu atau tidak, si penterjemah perlu mengetahui asas dan perbincangan ilmu falsafah
supaya pengisian hasil terjemahan tidak menyimpang darip19ada makna yang dikemukakan penulis asal.

III.Ketiga, mereka semestinya juga menguasai asas bahasa yang ingin ditulis. Dan hal ini tidaklah terlalu sukar jika seseorang
yang berbangsa Arab yang bertutur bahasa Arab ingin menterjemahkan karya Greek ke dalam bahasa Arab. Namun, segala
aspek tatabahasa, kosa kata dan struktur ayat juga perlulah diambil berat dalam proses penterjemahan tersebut

19

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulanya penulisan dan penterjemahan dalam sejarah Islam adalah satu penghargaan yang
besar bagi umat Islam dan ia adalah satu pencapaian yang harus dikagumi. Pengorbanaan mereka terhadap
agama khususnya agama Islam adalah perkara yang harus dijadikan teladan bagi semua umat Islam
terutama golongan generasi muda sekarang. Nescaya tanpa usaha-usaha mereka negara Islam tidak akan
disebar luas ajaranya. Tidak dapat dinafikanbahawa para khalifah memainkan peranan yang besar dalam
gerakan penterjemahan ini seperti khalifah Harun al-Rashid dan al-Ma’mun yang sanggup
mengeluarkan belanja yang besar bagi mendapatkan buku-buku bahasa asing dan membayar upah
kepada para penterjemah.
Kesedaran tentang kepentingan ilmu di kalangan 20khalifah telah mendorong rakyat jelata untuk turut
bergiat dalam bidang penterjemahan. Hasil terjemahan buku oleh Bait al-Hikmah telah memberi manfaat
yang sangat besar kepada masyarakat Islam kerana mereka dapat mengetahui dan mendalami ilmu-ilmu
pelbagai bidang seperti astronomi dan perubatan. Buku-buku yang telah diterjemahkan juga telah
dijadikan rujukan oleh ilmuan Islam dan hasilnya, lahir golongan intelektual Islam dalam pelbagai
bidang yang begitu dikagumi oleh masyarakat barat seperti Ibn Sina. Al-Khawarizmi, Al-Kindi dan
lain-lain.

20

RUJUKAN

Abd Rahman & Mustafa Abdullah. (2002). Pembaharuan Dalam Mashaf Rasm ‘Uthmani: Suatu Sorotan
Sejarah. Jurnal Usuluddin. Bil 6.
Abdul Fattah al-Qadhi. (2004). Terjemahan Ismail Mohd Hassan. Sejarah Al-Quran. Percetakan Yayasan
Islam Terengganu Sdn Bhd.
Ahmad Zulfiqar, Wan Nasyrudin, Sabri Mohamad & Mohd Abdul Nasir. (2015). Analisis Isu-Isu Dalam
Al-Qira’at al-Shadhdhah. Jurnal Islamiyyat.
Al-Quran dan Hadis. Daud Ismail. (2005). Dabt Mushaf Uthmani: Perkembangan, Permasalahan dan
Kaitannya Dengan Pembangunan Sosial Di Malaysia. Jurnal Usuluddin, UKM.
Dr Ali Muhammad. (2017). Sejarah Umawiyah dan Abbasiyah. Jakarta: Ummul Qurra. Dr. Bakri Syaykh
Amin. (1979). Al-Ta'bir fi al-Quran. Dar al-Syuruq. 21
http://www.moha.gov.my/images/maklumat_bahagian/PQ/Panduan_Rasm_Bab2.pdf
https://www.coursehero.com/u/file/94290580/SUMBANGAN-KERAJAAN-BANI-UMAYYAH-
KEPADA-TAMADUN-ISLAMdocx/

21


Click to View FlipBook Version