KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 (EDISI DALAM TALIAN) Anjuran: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Kelolaan: Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu Pejabat Pendidikan Daerah Daro dengan Kerjasama: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 2 1.0 PENGENALAN 1.1 Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. 1.2 Deklamasi sajak membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan. 1.3 Bagi pelaksanaan tahun 2023, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menjalinkan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertemakan Wira Anti Rasuah (WAR). 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi. 2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa. 2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya puisi. 3.0 PELAKSANAAN 3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh JPNS dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Tiga (3) pemenang peringkat daerah akan mewakili daerah masing-masing ke peringkat negeri Sarawak bagi setiap kategori. Hanya pemenang (johan) peringkat negeri bagi setiap kategori akan bertanding ke peringkat kebangsaan. 4.0 KATEGORI 4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu seperti berikut: 4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6 4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3 4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5 4.1.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 3 5.0 SYARAT-SYARAT 5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. 5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. 5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan tatarias dibenarkan. 5.4 Setiap peserta diberikan masa seperti berikut: 5.4.1 Murid Tahun 4 - 6 : tiga (3) hingga lima (5) minit sahaja 5.4.2 Murid Tingkatan 1 - 3 : tiga (3) hingga tujuh (7) minit sahaja 5.4.3 Murid Tingkatan 4 - 5 : tiga (3) hingga tujuh (7) minit sahaja 5.4.4 Murid Tingkatan 6 : tiga (3) hingga tujuh (7) minit sahaja 5.5 Peserta tidak dibenarkan menggunakan muzik latar. 5.6 Tema tidak boleh dijadikan sebagai tajuk sajak dan penyampaian sajak perlu menepati tema yang ditetapkan. 5.7 Tema di peringkat negeri adalah Wira Anti Rasuah (WAR). 5.8 Peserta hendaklah menghafal teks sajak. Penggunaan telepanduan (teleprompter) adalah tidak dibenarkan. 5.9 Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi tidak melebihi 5 minit untuk sekolah rendah dan 7 minit untuk sekolah menengah dan Tingkatan 6. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong lima (5) markah daripada markah keseluruhan. 5.10 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera (komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek visual dan audio. Rakaman video mestilah dilakukan secara rakaman pegun (single shoot) dan tidak boleh melalui proses suntingan. Video tersebut hendaklah memperlihatkan sekurang-kurangnya 70% imej peserta dan hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan resolusi 720P/1080P serta dihantar dalam bentuk pautan. 5.11 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Tidak dibenarkan zum dekat (zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa rakaman video dilakukan. 5.12 Kandungan video tidak boleh memaparkan sebarang bentuk perkataan atau grafik yang menunjukkan identiti sekolah atau negeri.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 4 5.13 Penggunaan latar belakang (layar hijau) dalam video rakaman adalah dibenarkan tetapi mestilah imej statik (tidak bergerak) sahaja dan tiada membawa sebarang markah. 5.14 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada PPD Pengelola mengikut tarikh yang ditetapkan. 6.0 SUMBER BAHAN 6.1 Peserta boleh mengambil sajak sedia ada dan mendeklamasikan sajak yang bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh JPN (peringkat negeri) atau KPM (peringkat kebangsaan). 6.2 Teks sajak hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan. 6.3 Peserta perlu menyatakan tajuk dan penulis sajak semasa persembahan.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 5 7.0 ASPEK PEMARKAHAN 7.1 Butiran penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang berikut: 7.1.1 Vokal 20 markah 7.1.2 Intonasi 15 markah 7.1.3 Nada 10 markah 7.1.4 Artikulasi 15 markah 7.1.5 Kelancaran 10 markah 7.1.6 Penghayatan 10 markah 7.1.7 Mimik Muka/ Bahasa Tubuh 10 markah 7.1.8 Ketertiban 5 markah 7.1.9 Keterampilan 5 markah Jumlah 100 markah 8.0 PENGHAKIMAN 8.1 Peringkat negeri dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua hakim. 8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan. 8.3 Keputusan rasmi dilaksanakan secara sistem juri. 8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas konsep. 8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 9.0 HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN Peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala pemenang akan mendapat trofi dan sijil pencapaian. Senarai anugerah yang diberikan adalah seperti berikut: 9.1 Johan 9.2 Naib Johan 9.3 Tempat Ketiga 9.4 Tempat Keempat 9.5 Tempat Kelima 10.0 TINDAKAN Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 6 11.0 HAK MILIK VIDEO Pihak JPN berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan. 12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN 12.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 12.2 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan lanjut daripada pihak JPN dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan yang dianjurkan oleh JPN. 12.3 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 A. MAKLUMAT PESERTA Gambar Nama peserta : peserta No. kad pengenalan : Tarikh lahir : Umur: Jantina : Bangsa: No. telefon bimbit : E-mel : Alamat surat-menyurat : Nama dan alamat sekolah : Tahap/Tingkatan : Tajuk sajak : Pautan teks sajak : B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING Nama guru pembimbing : No. telefon bimbit : E-mel : C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar. Tandatangan Guru Besar/Pengetua : Cap sekolah : No. telefon : 6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 7 BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 Giliran peserta: ……………… Aspek Penilaian Markah Maksimum Markah diperoleh Catatan hakim Suara (70%) Vokal 20 Intonasi (Peralihan Suara) 15 Nada 10 Artikulasi 15 Kelancaran 10 Gaya dan Teknik (30%) Penghayatan 10 Mimik Muka/Bahasa Tubuh 10 Ketertiban 5 Keterampilan 5 Jumlah 100 Ulasan hakim: Pengesahan oleh hakim ……………………………………… ( )
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 BORANG RUMUSAN HAKIM 8 Giliran peserta Markah peserta Kedudukan Catatan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Pengesahan oleh hakim ……………………………………… ( )
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 BORANG RUMUSAN HAKIM 9 Giliran peserta Kedudukan peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3 Agregat/ Purata Keputusan panel hakim 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Pengesahan oleh ketua hakim ……………………………………… ( )
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 10 BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA PENGESAHAN HAKIM NAMA TANDATANGAN HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 Pengesahan oleh ketua hakim ……………………………………… ( )