ASSESSMENT COVER SHEET/
LEMBARAN HADAPAN PENILAIAN KURSUS
JABATAN AGRO BIOTEKNOLOGI
PROGRAM : BIOTEKNOLOGI
SESSION/ SESI : 1 2021/2022
MPU21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
LECTURER’ S NAME/ : MASTURA MAMAT
NAMA PENSYARAH
TYPE OF ASSESSMENT/ :
JENIS PENILAIAN
TITLE/ TAJUK : E-BOOK BENDERA MALAYSIA LAMBANG
BANGSA DAN NEGARA
SUBMISSION DATE/ :
TARIKH HANTAR
RECEIVED DATE (fill in by lecturer) :
TARIKH TERIMA (diisi oleh pensyarah)
STUDENT’S NAME/ NAMA PELAJAR MATRIC NUMBER/ CLASS/
NUR ALEYA EMIRA BINTI NOR JIMY NOMBOR MATRIK KELAS
DANIAL ARIF BIN ASROL
NOR AHMAD DANIAL BIN ABDUL WAHAB 23DBT21F1053 DBT1A
JOEL KOH 23DBT21F1018 DBT1A
23DBT21F1029 DBT1A
23DBT21F1006 DBT1A
MARKS/ MARKAH:
CLO1 CLO2 CLO3 CLO4 TOTAL
MARKS/
JUMLAH MARKAH
LECTURER’S COMMENT/
KOMEN PENSYARAH
BENDERA MALAYSIA LAMBANG
BANGSA DAN NEGARA
HALAMAN
PENULIS
NUR ALEYA EMIRA DANIAL ARIF BIN ASROL
BINTI NOR JIMY 23DBT21F1018
23DBT21F1053
NOR AHMAD DANIAL BIN JOEL KOH
ABDUL WAHAB
23DBT21F1006
23DBT21F1029
ISI KANDUNGAN M/S
PENGHARGAAN 4
PENGENALAN 5
SEJARAH BENDERA MALAYSIA 6
LATAR BELAKANG MOHAMED HAMZAH 10
PENERANGAN REKA BENTUK BENDERA 12
MAKSUD WARNA DAN BENTUK DALAM 15
BENDERA
PANDUAN WARNA BENDERA DAN 17
BANNER BERDASARKAN PMS
JENIS-JENIS BENTUK BENDERA 18
BENDERA TERBESAR DI MALAYSIA 19
HARI-HARI BENDERA MALAYSIA
DIKIBARKAN 20
DIMANA PEMASANGAN BENDERA
MALAYSIA DIPERBOLEHKAN 21
CARA PEMASANGAN BENDERA YANG
BETUL 22
NILAI MORAL 24
BAGAIMANA BENDERA MALAYSIA 25
MENYATUKAN MASYARAKAT
RUMUSAN 27
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat
Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya dapat kami menyiapkan tugasan kerja folio ini
dengan penuh kejayaan.
Dikesempatan ini kami ingin menghadiahkan
ribuan terima kasih kepada PN MASTURA ,selaku
PENSYARAH bagi matapelajaran Etika dan
Peradaban kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada kami untuk
menyempurnakan tugasan penting ini.
Ucapan penghargaan juga ingin kami
berikan kepada para rakan seperjuangan
kerana telah banyak menghulurkan
bantuan mahupun kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan baik sekali.
Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada
semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah kalian hulurkan
teramat kami hargai. Biar jasa jadi
kenangan.
Sekian, terima kasih
PENGENALAN
PENGHASILAN E-FOLIO INI ADALAH UNTUK
KAMI MENCERITAKAN DAN MENYAMPAIKAN
BEBERAPA PERKARA MENGENAI BENDERA
MALAYSIA.SEHUBUNGAN DENGAN ITU,SETIAP
NEGARA MEMILIKI BENDERA YANG MENJADI
KEBANGGAAN MEREKA.SETIAP NEGARA
MEMILIKI BENDERA MEREKA YANG
TERSENDIRI.CORAK DAN WARNA PADA
BENDERA TERSEBUT MEMILIKI MAKSUD.
BENDERA KITA IAITU JALUR GEMILANG
DIREKA OLEH ENCIK MOHAMED HAMZAH. IA
DIKIBARKAN SECARA RASMI PADA 26 MEI
1950.
sejarah bendera
Penciptaan bendera persekutuan
tanah melayu telah diilhamkan
melalui satu pert
andingan mereka
cipta bendera peringkat kebangsaan
pada Mei 1948
seramai 373 karyawan telah
mengambil bahagian dalam
pertandingan tersebut dan telah
melalui proses pemilihan serta
pertimbangan
Pada 15 November 1949 hanya tiga
reka bentuk yang berjaya dipilih ke
peringkat akhir
Reka bentuk seorang arkitek Jabatan
Kerja Raya Negeri Johor,Encik
Mohamed Hamzah telah mendapat
majoriti dan perkenan mesyuarat
Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23
Februari 1950
6
sejarah bendera
walaubagaimanapun reka bentuk
bendera telah bebe
rapa pindaan iaitu
bulan sabit dan bintang yang pada
asalnya berwarna putih diganti
dengan warna kuning bagi
melambangkan warna diraja
7
Pertama kali bendera Malaysia dikibarkan
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31
Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring
dengan berkumandangnya lagu Negaraku
yang buat kali pertama diperdengarkan
kepada umum.Bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur
melintang berwarna merah dan putih telah
bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik
sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada
16 September 1963.
8
Bendera Malaysia Jalur Gemilang
Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam
31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan
negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan
Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir
sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi
bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang
9
Latar belakang
Mohamed Hamzah
Haji Mohamed bin Hamzah ( 1918 - 19 Februari 1993)
merupakan seorang pereka bentuk bendera dan arkitek
Malaysia. Beliau merupakan pencipta Jalur Gemilang,
iaitu Bendera Malaysia. Beliau bertugas sebagai
seorang arkitek di negeri Johor dan telah ditugaskan
untuk membina banyak struktur dan bangunan
kerajaan di negeri tersebut
10
Kelahiran:
5 Mac 1918
Hospital Kandang Kerbau (kini Hospital Wanita
dan Kanak-kanak KK), Singapura, Negeri-negeri
Selat
Meninggal dunia:
19 Februari 1993 (umur 74)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat dikebumikan:
Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor
Bahru, Johor, Malaysia
Warganegara:
Malaysia
Pendidikan:
Seni lukis
Pusat pendidikan:
Kolej Raffles, Singapura, Negeri-negeri Selat
Pekerjaan:
Arkitek
Terkenal kerana
Mereka bentuk Bendera Malaysia, Jalur Gemilang
Pasangan:
Kamariah bte Alias
Nong Hashim
Rohaya
Robangi binti Daud
Anak:
Mariam binti Mohamed
Ibu bapa:
Hamzah bin Abdullah (bapa)
Aminah binti Haji Tahir (ibu)
11
Penerangan reka bentuk
bentuk negara
Bendera Malaysia atau nama rasminya Jalur
Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih
(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur
merah yang melambangkan keberanian rakyat
Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara
ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua
bersilang sehingga jalur putih yang terakhir
melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan
yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1
Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol
untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.
12
26 Mei 1950 (bintang 11 titik asal dan 11 jalur)
16 September 1963 (bintang 14 mata dan 14 jalur
terkini)
Rekaan
Empat belas jalur melintang bergantian merah dan
putih,di kanton, bulan sabit kuning dan bintang 14-
titik di padang biru
Direka oleh
Mohamed Hamzah
Bahagian segi empat yang berwarna biru tua di atas
sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur
merah yang kelima itu melambangkan perpaduan
rakyat Malaysia, kanton tersebut mengandungi anak
bulan yang melambangkan agama Islam sebagai
agama bagi Persekutuan (seperti yang telah tertakluk
di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia).
13
Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13
buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna
kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan
warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia
Baginda Raja-raja Melayu.
Empat warna ini yang melambangkan keberanian,
kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan
Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja sebagai Ketua
Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di
Malaysia.
14
Maksud warna
dan bentuk
Menggambarkan Menunjukkan keberanian
perpaduan rakyat dan kesediaan dalam
yang terdiri daripada
berbilang kaum di mengharungi segala segala
jenis cabaran demi negara
negara ini.
yang tercinta.
Melambangkan Melambangkan warna
kesucian dan DiRaja, secara
khususnya
keluhuran hati rakyat
dalam mengangkat menggambarkan
nama negara ke kedaulatan Raja-Raja
persada dunia.
Melayu yang
Berpelembagaan.
15
Menggambarkan Menunjukkan
Agama Islam perpaduan antara 13
sebagai agama
persekutuan buah negeri dan 1
wilayah persekutuan .
14 jalur berwarna merah dan
putih yang sama lebar
menggambarkan 13 buah negeri
dan sebuah Wilayah Persekutuan
yang memiliki keanggotan yang
sama dalam negara Malaysia.
16
Panduan warna
bendera
berdasarkan
Pantone Matching
System
C:100 199
M:100
2768
M:100
Y:100 108
Y:100 17
Jenis Bendera
Bendera Jalur Gemilang yang saiz
biasanya berukuran panjang 244 cm
dan lebarnya 122 cm.
Bendera gegantung jalur gemilang
yang kebanyakkan digantung pada
tiang lampu jalan.Bendera tersebut
berukuran panjang 70 cm dan
lebarnya 243 cm.
18
Tiang bendera
Malaysia di
Dataran Merdeka
Tahukah anda , Tiang bendera
Dataran Merdeka pernah memegang
rekod sebagai tiang bendera tertinggi
di dunia! Rekod itu dipegang selama
23 tahun sejak 1957 sehingga 1980 ,
apabila Korea Utara mendirikan tiang
bendera yang lebih tinggi.
Bendera Malaya dinaikkan pertama kali pada 19
tengah malam 31 Ogos 1957. Sebuah tiang bendera
berukuran 95-meter, menandakan tempat di mana
berulang-kali Perdana Menteri Malaysia berdiri
dan melaungkan kata simbolik “Merdeka”
sebanyak tiga kali. Sejak daripada itu, Dataran
Merdeka telah dipilih sebagai tempat untuk
mengadakan perarakan Hari Merdeka pada 31
Ogos setiap tahun.
Hari-hari bendera
Malaysia dikibar
Pada hari perhimpunan
sekolah.
Hari merdeka.
Pada setiap hari iaitu
dikibarkan pada waktu pagi
dan diturunkan pada waktu
petang.
Hari kejohanan sukan.
Hari peringatan wira negara.
20
Tempat yang
diperbolehkan bendera
Malaysia dipasang
Tiang bendera di pejabat atau
tapak perhimpunan.
Pusat sukan atau stadium.
Boleh diletakkan pada kenderaan
dengan syarat dipasang dengan
kukuh.
Gerai-gerai.
21
Cara Pemasangan
Bendera
Susunan Bendera di Dua bendera
luar dan di dalam dikibarkan pada majlis
bangunan
peringkat negeri
semasa hari-hari
kebesaran negeri
Tiga bendera Susunan Apabila
dikibarkan di majlis Mengibarkan Bendera
Persekutuan Dengan
peringkat
Persekutuan Negeri-Negeri
Bendera-bendera yang
dikibarkan secara
sebaris
22
Kesan tidak mengikuti
cara pemasangan
bendera
"Apa juga alasan di sebalik pemasangan Jalur
Gemilang secara terbalik, ia tidak wajar diterima
dan dimaafkan dengan mudah disebabkan
tindakan itu seolah-olah menghina dan
mempersendakan kedaulatan negara Malaysia
yang merdeka."
Polis menangkap empat individu termasuk
seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai
memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor
secara terbalik di sebuah kilang perabot di
Kawasan Perindustrian Tebrau pada 11 Ogos
2020.
Artikel penuh:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/72036
8/4-ditahan-pasang-bendera-terbalik
https://www.sinarharian.com.my/article/44151/BERITA/
Nasional/Jalur-Gemilang-terbalik-Ini-bukan-perkara-
main-main
23
Nilai Murni Yang Dapat
Diserapkan melalui Jalur
Gemilang
Nilai cinta akan negara
Mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Bersyukur atas kemerdekaan yang diperoleh.
Menghargai jasa para pejuang negara yang sanggup
berkorban demi negara.
Tidak menconteng, memijak dan menyalahgunakan
bendera negara.
Nilai bersatu-padu
Muafakat membawa berkat.
Bersatu mempertahankan negara daripada kuasa
asing.
Saling hormat-menghormati antara kaum.
24
Jalur Gemilang
Menyatukan Rakyat
RAKYAT Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64
pada 31 Ogos ini. Kita harus bersyukur kerana sejak
memperoleh kemerdekaan pada 1957, negara pada
umumnya kekal aman.
Setiap rakyat Malaysia didorong untuk mengibarkan Jalur
Gemilang kerana akan mewujudkan suasana yang tepat dan
menambah warna untuk meraikan Hari Kemerdekaan kita
bersama dengan rasa bangga dan semangat patriotik.
25
Jalur Gemilang
Menyatukan Rakyat
Pembangunan sosial melalui aktiviti kemasyarakatan seperti
sukan, lawatan, festival, gotong-royong dan lain-lain juga
harus diteruskan untuk meningkatkan integrasi masyarakat
dan semangat kejiranan.
Setiap rakyat Malaysia harus didorong untuk mengibarkan
Jalur Gemilang kerana akan mewujudkan suasana yang tepat
dan menambah warna untuk meraikan Hari Kemerdekaan
kita bersama dengan rasa bangga dan semangat patriotik.
26
Rumusan
Kami amat bersyukur kerana telah
menyelesaikan E-folio ini.Ketika
menjalankan tugasan E-folio ini,banyak
pengetahuan,pengajaran nilai yang telah
kami pelajari.Selepas membicara tentang
bendera Malaysia lambang negara,kami
amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana keunikan
maksud dan sejarah penting yang dibawa
oleh bendera Jalur Gemilang yang kami
pelajari.Selain itu, kami juga dapat
menguasai kemahiran membuat
penyelidikan dengan tatacara yang betul
serta dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi antara satu sama lain.
Sekian, terima kasih
27