MRSM SERTING
MAJALAH
ILTIZAM
"Redefine your future together"
Edisi 2020
ILTIZAM EDISI 2020
ISI KANDUNGAN
KATA - KATA ALUAN doKUMENTASI PANDEMIK COVID-19
UCAPAN DAN PENGENALAN PERKEMBANGAN SEMASA DI DALAM
MAKTAB DAN DI LUAR MAKTAB
SEJARAH MAKTAB
KOKURIKULUM
MISI, VISI DAN MOTO
UNIT BERUNIFORM
AHLI ILTIZAM KELAB DAN PERSATUAN
SUKAN DAN PERMAINAN
TULANG BELAKANG MAJALAH
KARYA KREATIF
PENGURUSAN dan unit
BAKAT DAN SUARA HATI PELAJAR
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA UNIT Homeroom dan kelas
GURU - GURU DAN KAKITANGAN MAKTAB
PARAGON, PHOENIX, VIGOROUS,
BADAN KEPIMPINAN PELAJAR JANISSARY, ERUDITE.
NADI PENGGERAK MAKTAB KAta-kata graduan
PENCAPAIAN MAKTAB ERUDITE SPM 2020
AKADEMIK DAN KOKURIKULUM Selamat datang dan salam perpisahan
autograph
AKTIVITI MAKTAB
PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN
MENENGAH MARA
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada
sidang redaksi majalah maktab atas
kejayaan menerbitkan majalah maktab yang
istimewa ini. Tahun 2020 tidak dapat
dilupakan kerana kita sedang berhadapan
dengan cabaran yang cukup besar dalam
meneruskan kelangsungan pendidikan dan
masa depan generasi akan datang.
Sewajarnya, watikah terbitan tahunan ini menjadi satu kebanggaan bagi
setiap warga maktab kerana segala butiran dan gambar yang dimuatkan
bakal menjadi kenangan indah sepanjang zaman persekolahan. Walaupun
negara terpaksa mengharungi ujian pandemik Covid-19, majalah ini dapat
juga diterbitkan dengan membuat sorotan kenangan sepanjang tahun 2020.
Dalam menjalani kehidupan dalam norma baharu, pengajaran dan
pembelajaran juga telah melalui transformasi yang signifikan.
Kejayaan seseorang individu bukan hanya diukur melalui kejayaan dalam
bidang akademik semata-mata, tetapi juga dilihat dari segi sahsiah serta
disiplin diri. Pelajar yang berdisiplin sentiasa menghargai masa, berupaya
bertindak dengan bijak dan mampu meyerlahkan potensi diri yang sebenar ke
arah pembangunan modal insan peneraju kepimpinan negara. Oleh yang
demikian, saya berharap agar para pelajar, guru-guru serta kakitangan dapat
meningkatkan iltizam bagi mencurahkan segala usaha dan bakat demi
merealisasikan misi dan visi MARA.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada sidang
redaksi majalah yang telah berusaha gigih menerbitkan majalah maktab pada
tahun ini. Semoga majalah ini akan dimaanfaatkan sebaik mungkin oleh
seluruh warga maktab serta mencapai matlamat penerbitannya.
PENGETUA MRSM SERTING
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi
kerana dengan berkat kurnia-Nya, Sidang
Redaksi MRSM Serting telah berjaya
menerbitkan majalah ILTIZAM MRSM Serting
bagi tahun 2020.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi yang telah bertungkus
lumus berusaha untuk menerbitkan majalah ILTIZAM MRSM Serting 2020.
Semoga usaha kalian dapat memberi manfaat kepada warga MRSM
Serting. Sesungguhnya, sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi
manfaat kepada orang lain.
Meskipun pandemik Covid-19 telah menyebabkan lumpuhnya pelbagai
sektor termasuklah sektor ekonomi dan pendidikan namun pelaksanaan
program di maktab ini dapat diteruskan demi merealisasikan program-
program yang telah dirancang terutama program akademik khususnya
kepada pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM
walaupun program koakademik terpaksa ditangguhkan. Dengan terbitnya
majalah ini, dapatlah kita sama-sama mengabadikan sebahagian memori
yang telah kita lalui dan memperoleh lebih banyak kejayaan pada masa
akan datang. Syabas dan ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh
warga MRSM Serting kerana telah berjaya mengharumkan nama maktab
dan meletakkan nama MRSM Serting sebagai institusi pendidikan
menengah yang cemerlang dan terbilang.
Semoga segala usaha kita dapat memacu ke arah kegemilangan maktab
bagi setiap aspek sehingga menghasilkan pelajar-pelajar yang terasuh
minda dan jiwanya, serta berjaya di dunia dan di akhirat dengan mendapat
keberkatan dan restu daripada Allah SWT jua.
Sekian, terima kasih.
TIMBALAN PENGETUA KECEMERLANGAN
AKADEMIK
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Sidang
Redaksi MRSM Serting atas kesudian memberi
peluang kepada saya untuk menyampaikan
sepatah dua kata sebagai wacana pembuka
bagi majalah ILTIZAM ini.
Sesungguhnya, umum mengetahui bahawa MRSM Serting terkenal dengan
lakaran kecemerlangannya terdahulu. Sedalam-dalam kalbu, saya
mengharapkan agar kecemerlangan ini akan dapat diteruskan dan dikekalkan
untuk generasi kini dan akan datang.
Sehubungan itu, dalam mencapai kecemerlangan, syarat-syarat wajib yang
menentukan kecemerlangan seseorang insan itu haruslah dipatuhi.
Kecemerlangan yang kita dambakan hanya mampu kita kecapi dengan usaha
yang tidak berbelah bagi daripada semua guru. Strategi pembelajaran yang
betul juga amatlah perlu dititikberatkan oleh semua pelajar. Paling penting
adalah kebergantungan secara istiqamah kepada Allah SWT khususnya
tatkala berada pada saat-saat akhir sebelum peperiksaan.
Berkenaan majalah ILTIZAM ini, setiap institusi pendidikan lazimnya
mempunyai majalah mereka sendiri. Majalah ibarat duta kepada sesebuah
institusi. Penghasilan majalah yang berkualiti menggambarkan kualiti warga
sesebuah institusi itu dan begitulah juga sebaliknya. Oleh itu, besarlah
harapan saya agar Sidang Redaksi MRSM Serting dapat mengekalkan
penghasilan majalah yang berkualiti pada masa-masa hadapan sebagai
gambaran kepada kecemerlangan MRSM Serting.
Selamat maju jaya semua warga MRSM Serting.
TIMBALAN PENGETUA PEMBANGUNAN
PELAJAR
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada ahli Sidang Redaksi MRSM
Serting yang telah berusaha gigih untuk
merealisasikan penerbitan majalah ILTIZAM
pada kali ini. Usaha murni ini haruslah dipuji
dan diteruskan bagi menjamin
pendokumentasian bahan berlaku secara
tersusun dan berterusan.
Tanpa kerjasama dan komitmen yang kukuh daripada setiap individu yang
terlibat, usaha ini pastinya tidak mungkin berhasil. Selain itu, saya ingin
menyeru semua pelajar untuk mengambil bahagian dalam perkembangan
pesat dunia teknologi maklumat dan komunikasi hari ini. Kecanggihan
teknologi telah membuka gerbang ilmu yang pelbagai kepada semua pihak.
Dengan kemudahan internet pada hari ini, pelajar dan guru dapat melayari
internet untuk mencari bahan rujukan serta informasi yang relevan.
Di samping itu, melalui platform ini, pelajar juga diharapkan supaya dapat
mewujudkan komuniti pembelajaran forum secara maya. Secara tidak
langsung, ini dapat menggalakkan perkongsian idea baharu yang boleh
dimanfaatkan . Oleh itu, saya menyeru agar pelajar-pelajar mengambil
peluang dengan bijak agar dapat menyerlahkan potensi masing-masing.
Sekian, terima kasih.
TIMBALAN PENGETUA PEMBANGUNAN
BAKAT
Bimillahirahmanirrahim, assalamualaikum w.b.t.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi
peluang kepada saya untuk mengukir beberapa
baris ayat dan perkataan di dalam majalah
ILTIZAM ini. Terima kasih dan tahniah kepada
ahli Sidang Redaksi MRSM Serting 2020 kerana
telah berjaya menyiapkan majalah ini pada masa
yang ditetapkan. Saya amat menghargai segala usaha dan titik peluh yang
telah direncanakan oleh ILTIZAM dalam menjayakan penerbitan majalah
ILTIZAM ini. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada
seluruh pelajar yang telah berjaya mengukir kejayaan dalam bidang
kokurikulum sepanjang tahun 2020. Sesungguhnya, seorang pelajar yang
cemerlang bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik semata-mata,
tetapi juga dalam bidang kokurikulum dan pelbagai bidang yang lain. Bakat
dan keupayaan seseorang individu haruslah sentiasa dicabar agar
kecemerlangan dapat dicapai dalam bidang-bidang lain yang tidak terjangka.
Akhir kata, bersiap sedialah untuk menghadapi segala cabaran.
Sesungguhnya, takdir kita berada di tangan Allah SWT. Marilah kita bersama-
sama membangunkan MRSM Serting supaya menjadi maktab yang disanjung
tinggi oleh masyarakat di sekeliling kita. Jagalah maruah diri, jagalah maruah
maktab. Biar orang mengenali kita kerana kebaikan, jangan orang mengenali
kita kerana kekhilafan. Semoga maju jaya.
Sekian, terima kasih.
YDP PERSATUAN PENDIDIK DAN IBU
BAPA (PPIB) MRSM SERTING
ﻟ َﺴﻼ ُم َﻋﻠَ ْﻴﻜُﻢ َو َر ْﺣ َﻤ ُﺔ ﷲَِ َوﺑَﺮَﻛﺎ َتdan Salam Sejahtera,
Yang dihormati Tuan Pengetua, barisan tertinggi
pengurusan, guru-guru, warga kerja MRSM Serting dan
anak-anak yang saya amat kasihi sekalian.
Wabak Covid-19 yang melanda negara di seluruh pelusuk
dunia ini telah banyak memberi kesan buruk terhadap
ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan kesejahteraan psikologi
masyarakat di negara ini. Keadaan ini juga secara tidak
langsung telah mendatangkan kebimbangan kepada setiap
pendidik mengenai pelajar memandangkan pembelajaran
secara bersemuka tidak dibenarkan dalam usaha untuk
memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini.
Oleh sebab itu, peperiksaan besar seperti UPSR dan PT3 telah dibatalkan untuk memastikan
keselamatan pelajar terjamin. Namun begitu, SPM dan STPM akan tetap diadakan mengikut
norma yang baharu menggunakan kaedah penjadualan yang baru.
Pembelajaran jarak jauh telah dilaksanakan dengan segera dan memerlukan para pendidik untuk
mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka daripada kelas secara bersemuka
kepada kelas secara dalam talian, selari dengan kemajuan Malaysia menuju industri 4.0 yang
merangkumi kaedah pengajaran yang baru, penggunaan ‘cloud’ atau ruangan penyimpanan dalam
talian.
Ya! Ia masih belum berjalan dengan lancar. Kita semua menghadapi masalah dan cabaran yang
tersendiri untuk tetap berhubung dengan para pelajar. Terutama sekali dengan sebilangan pelajar
yang tiada gajet atau peranti serta mengalami masalah rangkaian internet yang tidak stabil. PPIB
bersama pihak pengurusan MRSM Serting mengambil langkah untuk membantu para pelajar yang
kurang bernasib baik dengan bantuan zakat yang diterima selain membelikan peranti yang
bersesuaian serta ‘top-up’ dalam memastikan mereka tidak tercicir dalam pembelajaran. Melihat
senyuman yang terpancar di wajah para pelajar dan ibu bapa mereka, membuatkan kita sama -
sama meringankan bebanan yang mereka tanggung.
Majalah Iltizam 2020 turut dihasilkan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Pada semua
yang turut serta dalam penghasilan majalah ini, saya ucapkan syabas kerana ini merupakan satu
penceritaaan menarik sepanjang tahun 2020 yang boleh dijadikan kenangan untuk dibawa dan
diceritakan semula pada suatu hari nanti. Keep up the good work! Saya percaya dengan usaha
TEAM yang hebat ini. ‘TEAM signifies Together Each Achieve More’.
Terima kasih.
PRESIDEN ILTIZAM 2019/2020
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya dapat sekali lagi kita saksikan
sebuah penerbitan majalah yang menjadi kebanggaan
warga MRSM Serting, iaitu majalah ILTIZAM edisi
2020. Sekalung penghargaan dan penghormatan
kepada guru penasihat dan pasukan Sidang Redaksi
MRSM Serting 2020 atas berkat usaha dalam
menjayakan wadah yang cukup bermakna kepada
warga MRSM Serting.
Majalah ini telah melakar segala coretan suka dan duka para guru dan para pelajar untuk
dijadikan kenang-kenangan terutamanya pelajar tingkatan 5 yang akan meninggalkan MRSM
Serting. Tahun 2020 merupakan tahun yang amat getir dan telah banyak meninggalkan kesan
kepada kita semua. Dengan ini, saya mewakili Sidang Redaksi MRSM Serting sesi 2019/2020
dengan rendah diri ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam
penghasilan majalah ini. Semoga dengan penghasilan majalah ini, semua kenangan dan
memori indah dapat dipotretkan untuk tatapan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
PRESIDEN BADAN WAKIL PELAJAR
2019/2020
Assalammualaikum w.b.t.
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur
ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya majalah
ILTIZAM ini dapat diterbitkan. Saya ingin
mengucapkan tahniah kepada ahli Sidang Redaksi
MRSM Serting sesi 2019/2020 kerana telah berjaya
menerbitkan majalah ini walaupun berhadapan
dengan satu cabaran besar yang tidak pernah
dialami oleh mana-mana ahli Sidang Redaksi
sebelum ini. Pada kesempatan ini, saya mewakili
para pelajar mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua guru MRSM Serting atas penat lelah
dan pengorbanan demi memastikan kami keluar
dari maktab ini sebagai seorang insan yang bersasiah tinggi dan berilmu dalam pelbagai perkara.
Segala kenangan pahit dan manis yang kami lalui sepanjang berada di maktab ini akan kami semat
kemas dalam hati kami dan akan kami jadikan pengajaran untuk menempuh kehidupan akan datang
yang lebih mencabar. Persahabatan dan kemesraan yang terjalin di sini juga akan kami kenang
sehingga akhir hayat. Akhir kata, saya mewakili semua pelajar ingin memohon ampun kepada para
guru atas segala salah silap yang telah kami lakukan sama ada dalam sedar atau tidak dengan penuh
rasa rendah hati. Sesungguhnya keberkatan ilmu daripada seorang guru itu merupakan salah satu
perkara yang amat penting bagi kami sebagai pelajar untuk berjaya baik di dunia dan di akhirat kelak.
Sekian, terima kasih
SEJARAH MRSM
SERTING
MRSM SERTING MULA BEROPERASI PADA 1
DISEMBER 1993. PADA MULANYA, MRSM
SERTING HANYA MEMPUNYAI GURU SERAMAI
35 ORANG DAN KAKITANGAN SERAMAI 21
ORANG SAHAJA. BANGUNAN ASRAMA
TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU ASRAMA
PUTERA (BLOK AT-TARMIZI & AL-
KHAWARIZMI) DAN ASRAMA PUTERI (BLOK
RABIATUL ADAWIYAH & FATIMAH AZ-
ZAHRAH).
ANTARA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAL
YANG TERDAPAT DI MAKTAB INI IALAH
SURAU AL-HUDA, DEWAN SRI MASYITAH
(DEWAN SELERA), KAFETERIA, PUSAT SUMBER
PEMBELAJARAN (PSP), STUDIO SENI REKA,
MAKMAL-MAKMAL SAINS, BILIK SAKIT DAN
PONDOK SULUH BUDIMAN (PONDOK
ISTIREHAT). PADA TAHUN 2013, MRSM
SERTING TELAH DIBERI PENGIKTIRAFAN
SEBAGAI ANTARA SALAH SATU MRSM UNTUK
MENJALANKAN PROGRAM INTERNATIONAL
GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY
EDUCATION (IGCSE).
VISI MISI
MENJADIKAN MRSM SEBAGAI PUSAT MENYEDIAKAN MODAL INSAN YANG
KECEMERLANGAN YANG INOVATIF BERINTEGRITI DAN BERPOTENSI
DAN BERTARAF DUNIA TINGGI DALAM SEMUA BIDANG
TERUTAMANYA DALAM BIDANG SAINS
DAN TEKNOLOGI SERTA MEMPUNYAI
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
NILAI TERAS
SAINTIFIK, INDEPENDEN, KREATIF, AMANAH &
PATRIOTIK
LAGU
MAKTAB
WAHAI PUTERA PUTERI BANGSAKU
AYUH SEGERA MENUJU
MENGIKUT GERAK LANGKAH MAJU
BERSATU MENCARI ILMU
DI ZAMAN SAINS DAN TEKNOLOGI
NEGARA PERLUKAN JASAMU
JANGANLAH RASA MALAS LAGI
BERSAMA MEMEGANG TERAJU
DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA
TUNTUT ILMU JANGAN JEMU
IKRAR TAAT SETIA PADA GURU
BERDISIPLIN SELALU
HARI INI HARI MULANYA
HARI ESOK BERJAYA
LENGKAPKAN SEGALA YANG ADA
KE KULIAH KITA SEGERA
GURU PENASIHAT
MASKIDAH MUHAMAD AZMAN MUHAMMAD REDZUAN
BINTI TERMIZI BIN ZULKIFLI BIN MAD JAN
MUHAMMAD SYAFIQ
BIN MOHD ZAIN
MUHAMMAD ASYRAF ANIS AYUNI
FAEZ BIN ZAINOL BINTI ROHESAN
KETUA EDITOR P.KETUA EDITOR I P.KETUA EDITOR II MCP HOLDER
@ARIEFHAIMAN @NURFARIHAH.__ @HAZIMSI_ @EYMANZY
PEREKA GRAFIK P.PEREKA GRAFIK JURUGAMBAR JURUTULIS
@_SUFIHALIM @MIRRRAHALMAS @AISYAHHUMAIRA.R @NRLEEDA
@AFIQZHARFAN @AFIQROZ @ILHANFER @HANITRMZE @YSMNUMAIRA @LYNAIZZATIZN
@MENDA.RIENA @RAZINFAISAL @AYIEP.Y @SOFIYARFHYUDI @FAQIIHAHHH @ATQHZHRA._
@PEQADA @BNJMIEN @DAMNJMY @AQRIFFER @SHAFIFAHHUDA @INTNRBTULLADWYHH._
DI SEBALIK TABIR
PENGURUSAN
DAN UNIT-
UNIT
GURU-GURU
DAN STAF
BADAN
KEPIMPINAN
PELAJAR SESI
2019-2020
2019-2020
Badan Wakil Pelajar
1. PRESIDEN : IMRAN BIN IRMAN 5 IS
2. TIMBALAN PRESIDEN 1 : ADAM IMRAN BIN ANDY GUNAWAN
3. TIMBALAN PRESIDEN 2 : MUHAMMAD NASHRIQ BIN MOHD ZAMROSMAHADI
4. TIMBALAN PRESIDEN III : NADINE FARISYA BINTI MOHAMAD ALI
5. SETIAUSAHA AGUNG : NUR AMIRA ANTASHA BINTI AMIR SHAMSUDIN
6. BENDAHARI KEHORMAT : NUR IRDINA BINTI SHEIKH AZREE
7. EXCO I PEMBANGUNAN AKADEMIK : MIFDZAL IRFAN BIN MARWAN
8. EXCO II PEMBANGUNAN AKADEMIK : JAZMINA HUSNA BINTI JOFFERY
9. EXCO III PEMBANGUNAN AKADEMIK : MUHAMMAD FARIHIN BIN MOHD LOTFI
10. EXCO I PEMBANGUNAN MODAL INSAN : MUHAMMAD ALIFF BIN MOHD NAWI
11. EXCO II PEMBANGUNAN MODAL INSAN : NORAZWANI BINTI MOHAMMAD KAMAL
12. EXCO I KOMUNIKASI, MULTIMEDIA & KOMUNIKASI : ALIF IRFAN BIN KHAIROL NIZAM
13. EXCO II KOMUNIKASI, MULTIMEDIA & KOMUNIKASI : NUR AIN NAZIRA BINTI APDAL
14. EXCO I KEBAJIKAN, KECERIAAN & KESELAMATAN : ZARIFAH ZAFIRAH BINTI MD ZOLMAN
15. EXCO II KEBAJIKAN, KECERIAAN & KESELAMATAN : NIK AMNI DAYANA BINTI KAMARUZZAMAN
16. EXCO III KEBAJIKAN, KECERIAAN & KESELAMATAN : MUHAMMAD HASIF BIN IMRAN
17. EXCO I PEMBANGUNAN SUKAN, BAKAT & KESENIAN : AQIL ILHAM BIN MOHD FADZIL
18. EXCO II PEMBANGUNAN SUKAN, BAKAT & KESENIAN : IRSHA BINTI RUDY SHAM
19. EXCO I PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN & PERHUBUNGAN KOMUNITI : NURIN ADILA BINTI NORHAMDI
20. EXCO II PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN & PERHUBUNGAN KOMUNITI : MUHAMMAD FARIS AQIL BIN MOHD AZMI
21. EXCO III PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN & PERHUBUNGAN KOMUNITI : ALESHA NABIHAH BINTI AZIMI
22. EXCO I PROTOKOL & TUGAS-TUGAS KHAS : IKMAL HAKIM BIN IDHAM
23. EXCO II PROTOKOL & TUGAS-TUGAS KHAS : SARAH NADIAH BINTI MUHAMMAD KHADZIR
2019-2020
Lembaga Disiplin Pelajar
GURU PENASIHAT: EN. MUHAMMAD FIKRI BIN KASSIM
PRESIDEN: MUHAMMAD ADAM IMRAN BIN ANDY GUNAWAN
TIMBALAN PRESIDEN: 1. MUHAMMAD HAFIZ IRFAN BIN ZULKARNAIN
2. HUMAIRA BINTI AHMAD ARIFYANTO
2019-2020
Badan Dakwah & Kerohanian
GURU PENASIHAT: EN. MOHAMMAD ZAID BIN DZAKARIA
PRESIDEN: MUHAMMAD NASHRIQ BIN MOHD ZAMROSMAHADI
TIMBALAN PRESIDEN: NUR NAIMI LIYANA BT MUHAMMAD AZMI
2019-2020
Pembimbing Rakan Sebaya
GURU PENASIHAT: 1. EN. KHAIRUL AZHAR BIN MOHD SAMSUDIN
2. PN. SITI HAJAR ROHAYA BINTI HASSAN
PRESIDEN: MUHAMMAD ALIFF BIN MOHD NAWI
TIMBALAN PRESIDEN: NORAZWANI BINTI MOHD KAMAL
2019-2020
Ahli Lembaga Koperasi
GURU PENASIHAT: PN. FARAH ADINEE BINTI AHMAD FAIZAL
PRESIDEN: KHAIRUL IZZAT BIN YUSRI
TIMBALAN PRESIDEN: AZRI ARIF BIN SHAHURIN
2019-2020
Library Council of Information Research Centre
GURU PENASIHAT: PN. SITI YUHANIS BT OTHMAN
PRESIDEN: ALIF IRFAN BIN KHAIROL NIZAM
TIMBALAN PRESIDEN: NUR AIN NAZIRA BINTI APDAL
MIN GRED
MAKTAB
2.2064
Kejohanan ini berlangsung di SMK Lui Barat pada 10-11 Feb 2020. Kedua-dua pasukan lelaki dan
perempuan (Bawah 18) telah mendapat latihan dan bimbingan daripada guru penasihat Kelab Bola
Tampar MRSM Serting iaitu En. Mohd Zaid bin Dzakaria dan Pn. Rafiza bt Che Jahari.
Pencapaian:
Naib Johan Lelaki Bawah 18
Tempat Ketiga Perempuan Bawah 18
Beberapa orang atlet bola tampar MRSM Serting telah dipilih untuk mewakili daerah di peringkat
MSSMNS yang berlangsung pada 26-27 Feb 2020 di Centre Court, Paroi. Pasukan daerah ini juga
telah dilatih oleh jurulatih MRSM Serting iaitu En. Mohd Zaid bin Dzakaria.
Pencapaian :
Naib Johan Lelaki Bawah 15
Tempat Ketiga Perempuan Bawah 15
Pada tahun ini, MRSM Serting telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan
berprestij ini. Minggu Bahasa dan Kuiz Bahasa & Sastera MRSM 2020 peringkat zon Barat telah diadakan
pada 21-24 Feb 2020 telah menyaksikan pertembungan 13 buah MRSM dalam merangkul gelaran juara
untuk meneruskan perjuangan ke peringkat akhir MRSM Se-Malaysia.
Pencapaian:
Johan Pidato Menengah Atas Lelaki Naib Johan Pidato Menengah Atas Perempuan
- Muhammad Farihin bin Mohd Lotfi - Zarifah Zafirah binti Mohd Zolman
Johan Sajak Perempuan Naib Johan Pidato Menengah Rendah Lelaki
- Arifah Insyirah binti Mohd Ehsan - Muhammad Darwisy Hazim bin Azhan
Johan Forum Remaja Pengerusi Terbaik Forum Remaja
Johan Kuiz Bahasa dan Sastera - Muhammad Aqil Ilham bt Mohd Fadzil
- Khairul Izzat bin Yusri 1st Runner-up Drama Fest
- Hannah Nabilah bt Abd Aziz Best Actor Drama Fest
- Ikmal Hakim bin Idham - Adam Imran bin Andy Gunawan
- Muhammad Aiman bin Mohd Rosmady
Minggu Bahasa Dan Kuiz Bahasa Dan Sastera MRSM Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di
MRSM Arau, Perlis pada 6 hingga 9 Mac 2020. Kesemua peserta yang layak ke peringkat akhir
telah menempa kejayaan yang amat cemerlang dan membanggakan MRSM Serting.
Pencapaian:
Johan Kuiz Bahasa Dan Sastera
Johan Pidato Bahasa Melayu Lelaki (Menengah Atas)
Naib Johan Forum Remaja
Naib Johan Pidato Bahasa Melayu Lelaki (Menengah Rendah)
Peserta Terbaik Kuiz Bahasa Dan Sastera - Khairul Izzat Bin Yusri,
Kejohanan ini telah berlangsung di MRSM Baling pada 14-17 Feb 2020 di mana MRSM Serting
berjaya merangkul tempat ke-3 secara keseluruhan dengan pencapaian 3 emas & 1 perak.
Pencapaian:
Emas - kategori Heavy. Men. Atas - Wan Muhaqeem B Wan Muhabakri (5AM)
Emas - kategori Middle Men. Ren - Muhammad Arif Bin Yusof (3IS)
Emas - kategori Heavy Men. Ren - Amanna Hasya Bt Erwan (3IB)
Perak - kategori Fly Men. Atas - Aiman Arif Bin Shahrul Hisham (4IK)
Kejohanan ini telah berlangsung pada 14-17 Feb 2020 bertempat di MRSM Pangkalan Hulu.
Pencapaian :
Kategori F 59kg - 63kg ( GANGSA ) - Nur Naimi Liyana Binti Muhamad Azmi
Kategori E 55kg - 59kg ( GANGSA ) - Imran Bin Irman
Kategori B 43kg - 47kg ( EMAS ) - Mohamad Farish Haiqal Bin Mohamad Suhadi
Kejohan ini berlangsung di Stadium Negeri Paroi, Seremban pada 17-21 Feb 2020. Para
atlet MRSM Serting telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di bawah bimbingan guru
penasihat En. Hirzi Muzani Bin Abd Hadi.
Pencapaian :
Kategori Lompat Tinggi P13 ( EMAS ) - Hannan Binti Muhammad Muhsin
Kategori 800M ( GANGSA ) - Yuthikaa A/P Ramalingam
Kategori 4x400M (GANGSA) - Muhammad Iman Haneef Bin Mohd Azlee
Kejohanan ini telah berlangsung di Dewan Za'ba SMK Batu Kikir Model Khas. Atlet badminton MRSM
Serting di bawah bimbingan guru penasihat, En. Muhammad Syafiq Bin Mohd Zain, Pn. Khairunnisa
Binti Mohd Faldzi dan jurulatih mereka, En. Muhamad Azri Bin Hj. Abdullah telah menunjukkan prestasi
yang cemerlang. Denesha A/P Ganasan telah dipilih mewakili daerah Jempol ke peringkat MSSNS yang
berlangsung di SJKC Kuo Min, Seremban.
Pencapaian :
Johan Perseorang Perempuan Bawah 15 - Denesha A/P Ganasan
Johan Beregu Perempuan Bawah 15 - Dhanyahshri A/P Arunasalam
- Denesha A/P Ganasan
Program ini telah berlangsung pada 28 Feb-2 Mac 2020 bertempat di MRSM Sg. Besar. Program ini telah
mencungkil bakat para peserta dalam mencipta inovasi baharu. Para pelajar di bawah bimbingan guru
penasihat, Pn. Zurayani Zakaria dan Pn. Mazurah Muhammad telah menunjukkan pencapaian yang
membanggakan warga MRSM Serting.
Pencapaian :
Bronze award - Kategori Fizik
Seorang atlet perempuan badminton kita telah melakar nama di peringkat Negeri
Sembilan dengan pencapaian yang amat membanggakan. Kejohanan ini berlangsung
pada 25-27 Feb 2020 dan bertempat di SJKC Kuo Min, Seremban. Beliau telah dipilih
mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan.
Pencapaian :
Naib johan perseorangan perempuan bawah 15 - Denesha A/P Ganasan
Pemain catur MRSM Serting telah bersaing dalam Kejohanan Catur MSSNS yang
berlangsung pada 25-27 Feb 2020 bertempat di SM Datuk Abdullah, Astana Raja,
Rembau, Negeri Sembilan. Mereka telah dibimbing oleh guru penasihat iaitu Pn. Aida
binti Ajis.
Pencapaian : Kategori Individu
L18 - Muhammad Fazril Aliff bin Md Faizal (peserta)
P15 - Mia Adriana binti Razak (peserta)
Kelab Hoki MRSM Serting pada tahun ini telah berjaya melahirkan pelapis-pelapis baharu
dengan pencapaian yang memberangsangkan. Guru pengiring merangkap jurulatih iaitu
Cik Nooraini bt. Kasturi dan Cik Syazana Afiqah bt. Shahrom telah membuktikan pasukan
hoki MRSM Serting yang baru sahaja ditubuhkan juga mampu bersaing dalam kejohanan
yang telah berlangsung pada 13 Feb 2020 bertempat di Padang Turf, SSNS SMK Za'ba,
Kuala Pilah.
Pencapaian:
Kategori Lelaki Bawah 18 - Pasukan MRSM Serting (Tempat Ketiga)
Kejohanan ini telah berlangsung pada 24 Februari 2020 bertempat di SMK Bandar Baru
Serting. Pasukan ini di bawah bimbingan Cik Norhidayah binti Zakaria, Pn. Hazana binti
Abdul Rahman serta Pn. Zubaida binti Sapar sebagai jurulatih mereka.
Pencapaian :
Menyertai bola jaring MSSD (bawah 15)
Menyertai bola jaring MSSD (bawah 18)
Kejohanan ini telah berlangsung pada 11-13 Februari 2020 bertempat di SBP Integrasi Jempol. Atlet catur
MRSM Serting bersama guru pengiring mereka, Pn Aida binti Ajis telah menunjukkan pencapaian yang
sangat baik.
Pencapaian : Katogeri kumpulan L18 - Naib johan
Kategori individu - Kabilan a/l Thanabalan
L18 - Kabilan a/l Thanabalan (Johan) - Muhammad Fazril Aliff bin Md Faizal
- Muhammad Fazril Aliff bin Md Faizal (tempat ke-4) - Amir Razani bin Ahmad Rizal
P15 - Mia Adriana binti Razak (tempat ke-3) - Muhammad Khairil Amir bin Zahrul
L15 - Amirul Hazim bin Mohd Izam (tempat ke 8)
- Muhammad Zharfan bin Mansor Khan (tempat ke-9)
Kejohanan ragbi ini telah berlangsung pada 31 Jan-2 Feb 2020 bertempat di UPM. Mereka
bersama guru pengiring merangkap jurulatih iaitu En. Adli Arief bin Ibrahim, En Mohd
Azarudin bin Alias, Pn Siti Zubaida bt Sapar, dan Pn Nur Azurin bt Zainal telah
mengharumkan nama warga MRSM Serting.
Pencapaian :
U18 L: QF SHIELD
U15 L: SF SPOON
U15 P: SF SPOON
Pasukan Ragbi MRSM Serting sekali lagi telah mengambil bahagian dalam
Kejohanan Ragbi Jumbo di MRSM Alor Gajah pada 7 Mac 2020.
Pencapaian :
U17G:- Naib Johan Plate
U15G:- Naib Johan Bowl
- Naib Johan Shield