Farah Dayana Bt Abu Bakar I SU KE SALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI NOTA MUDAHKU:
I S I K A N D U N G A N 1.0 2.0 Isu Bahasa di Media Cetak 3.0 Isu Bahasa di Media Elektronik Hak Asasi Menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar Pendidikan
MANUAL PENGGUNA Penghasilan Buku Jungkir Balik (Flipbook) adalah sebagai bahan rujukan kepada murid. Hal ini kerana isu kesalahan kata dari sudut morfologi dihuraikan untuk menambah pengetahuan murid-murid beserta contoh. Contoh-contoh disertakan supaya murid dapat memahami kandungan pembelajaran dengan lebih mudah dan jelas. Selain itu, Buku Jungkir Balik ini juga sesuai untuk dijadikan bahan bantu mengajar yang berunsurkan teknologi digital oleh guru untuk menarik tumpuan murid. Penggunaan buku ini diharapkan dapat memberikan ilmu yang bermanfaat dan juga kesedaran tentang isu kesalahan kata kepada semua murid yang merupakan golongan generasi muda.
OBJEKTIF Untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, menarik dan interaktif Untuk mendedahkan pengetahuan baharu serta kesedaran tentang isu kesalahan kata kepada murid-murid Untuk meningkatkan penglibatan murid dengan menyumbang saran kesalahan kata yang dijumpai dan berbincang dengan guru mengenainya
Langkah 1 Langkah 2 Tekan link Buku Jungkir Balik (Flipbook) Isu Kesalahan Kata. Tekan titik tiga kemudian klik pada lihat dalam skrin penuh (enable fullscreen).
Langkah 3 Langkah 4 Klik pada anak panah di sebelah kanan untuk ke muka surat yang seterusnya atau klik pada anak panah di sebelah kiri untuk ke muka surat sebelumnya. kanan kiri Tekan ikon kanta pembesar yang bertanda tambah untuk zum (zoom in) dan untuk zum keluar tekan ikon kanta pembesar yang bertanda tolak. Langkah 5 Tekan tanda petak itu untuk keluar daripada skrin penuh.
Isu Kesalahan Kata 01 Terdapat pelbagai isumorfologi misalnya dari segi: ejaan pemilihankata sebutanperkataan penggunaanistilah pemilihandiksi laras bahasa 02 Padazamankini isu kesalahanbahasa semakin jelas dilihat terutamanya di media sosial,media elektronik sertamedia cetak.
Pengenalan 1.0 isu bahasa di Media Cetak Media cetak merupakan saluran ataupun alat untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk bahan cetakan ataupun bertulis secara fizikal kepada orang ramai (Kamus dewan, 2005). Sebagai contoh risalah, iklan, brosur, majalah dan lain-lain.
Contoh Isu Bahasa di Media Cetak Isu Tatabahasa Arbak Othman, (2009) menyatakan pengajaran tatabahasa menjadi panduan bagi menentukan sesuatu ayat yang digunakan betul atau salah. Hal ini kerana tatabahasa memelihara serta memastikan pembinaan struktur ayat, penggunaan kata dan frasa digunakan di tempat yang betul. Malangnya pada zaman kemajuan teknologi ini semakin banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh orang ramai tidak terkecuali juga penutur jati bahasa Melayu sendiri. Sebagai contoh, terdapat ayat dan slogan yang dicetak pada kain rentang, poster atau papan iklan sesebuah perusahaan, kedai mahupun gerai yang tidak mematuhi peraturan tatabahasa. Jika dilihat ayat yang dicetak pada kain rentang itu menyalahi hukum tatabahasa dari segi penulisan serta penyusunan ayatnya.
Perkataan ‘disini’ sepatutnya ditulis ‘di sini’. Hal ini kerana ‘di’ dalam ayat itu berfungsi sebagai kata sendi nama dan bukan imbuhan. Seterusnya, penyusunan ayat ‘Elakkan dari kenderaan anda disita’ perlu ditukar kepada ‘Elakkan kenderaan anda daripada disita’. disini di sini Elakkan dari kenderaan anda disita Elakkan kenderaan anda daripada disita
Isu Percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris Rajah di sebelah menunjukkan sebuah papan kenyataan yang menggunakan dua kata perintah dalam satu ayat dan menggabungkan perkataan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu iaitu ‘pump angin’. Kemudian, frasa ‘tolong jangan’ tidak boleh hadir dalam satu ayat. Hal ini kerana kata ‘tolong’ dan ‘jangan’ merupakan kata perintah. Dalam konteks ini, ayat tersebut bertujuan untuk melarang orang daripada meletakkan kereta di hadapan pam angin. Sehubungan itu, ayat tersebut perlu dimurnikan kepada ‘Jangan letakkan kenderaan anda di hadapan pam angin’. pump angin pam angin
Oleh yang demikian sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah menjaga martabat bahasa Melayu dengan biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Hal ini supaya generasi muda dan generasi mendatang mampu untuk bertutur dengan betul dan lancar dalam bahasa kebangsaan. Tolong jangan letakkan kenderaan anda di hadapan pam angin Jangan letakkan kenderaan anda di hadapan pam angin
Isu Penterjemahan Berdasarkan poster ini terdapat kesalahan dalam penterjemahan perkataan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Perkataan ‘online’ jika diterjemah secara langsung adalah atas talian namun maksud yang sebenarnya adalah dalam talian. Kesalahan ini sering dilakukan oleh masyarakat Online atas talian dalam talian tidak kira yang tua atau yang muda. Hal ini menunjukkan bahawa betapa lemahnya penguasaan kosa kata bahasa Melayu masyarakat kita.
Pengenalan 2.0 isu bahasa di Media elektronik Media elektronik ialah alat untuk menyampaikan maklumat secara visual ataupun audiovisual melalui gambar bergerak atau suara. Bentuk-bentuk media elektronik adalah seperti filem, radio, internet, telefon bimbit dan televisyen.
Contoh Isu Bahasa di Media Elektronik Penggunaan kata singkatan Dalam mesej tersebut terdapat beberapa perkataan yang ditulis menggunakan singkatan. Sebagai contoh : wrt warahmatullah ni ini kg kampung yg yang Tkasih Terima kasih
Penggunaan bahasa pasar Eh! Kenapa hang makan tak habis? Cita-cita aku nak jadi Perdana Menteri. Asas amalan Perdana Menteri kita adalah berhenti makan ketika tengah asyik makan bersungguh-sungguh. Bagus juga sebab boleh mengelakkan kencing manis... Sepatutnya:
Pendahuluan 3.0 hak asasi menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan Hak asasi merupakan hak yang dimiliki seseorang (Faridah Nazir et al, 2024). Contohnya hak kebebasan untuk menyuarakan pendapat, bergerak dan membuat keputusan. Maka dalam konteks penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan juga tergolong sebagai hak asasi. Hal ini disebabkan oleh setiap individu berhak untuk menerima pendidikan dalam bahasa yang mereka fahami, mudah dan selesa. Perkara ini juga penting untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang dapat membicarakan pelbagai disiplin ilmu.
Dialek Mengikut Kamus Dewan (2005), dialek adalah satu bentuk bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau dalam sesuatu daerah. Dialek ini lazimnya digunakan ketika pada waktu yang tidak formal. Sebagai contoh, dialek digunakan ketika berkomunikasi di rumah, di tempat makan, di ruang menunggu dan di tempat-tempat yang santai dan tidak mempunyai protokol yang perlu dipatuhi. Dialek juga dikenali sebagai variasi bahasa kerana cara sebutan dialek ataupun loghat bagi setiap daerah adalah berbeza. Terdapat beberapa bahasa dialek yang terkenal di Malaysia seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Contohnya (Dialek Kelantan) : Demo royat gapo ko ambo? Bahasa Melayu Baku : Awak cakap apa pada saya?
Dialek Contohnya (Dialek Terengganu) : Kije ning takdok hok sedak. Lame-lame ye puah gok. Bahasa Melayu Baku : Tiada kerja yang menarik. Lama kelamaan akan puas juga. Contohnya (Dialek Johor) : Cakapnye leweh buwat orang malas nak denga. Bahasa Melayu Baku : Cakapnya yang lambat menyebabkan orang malas hendak mendengarnya.
Percampuran Kod Percampuran kod ini merupakan isu bahasa yang sering dilakukan oleh masyarakat kini. Hal ini tercetus akibat kelemahan penutur yang tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik. Situasi ini terjadi apabila penutur tidak dapat memikirkan istilah atau perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk menjadi ayat menyebabkan percampuran kod bahasa Melayu dengan bahasa asing berlaku, percampuran kod bahasa Melayu dengan dialek berlaku serta terdapat kesalahan ejaan, perkataan, frasa, klausa dan ayat. Contohnya (bahasa Melayu-bahasa Inggeris) : I hope kita dapat berjumpa lagi. Ayat yang betul : Saya harap kita dapat berjumpa lagi.
Percampuran Kod Contohnya (bahasa Melayu-dialek) : Jangan duk ghabat la pokok tu. Ayat yang betul : Janganlah panjat pokok itu. Contohnya (Kesalahan ejaan) : Saya baru balik dari clinic. Ayat yang betul : Saya baru balik dari klinik.
Bahasa Melayu Baku v Menurut Awang Sariyan (2005), baku membawa maksud yang menjadi pokok yang sebenarnya ataupun yang digunakan sebagai ukuran. Bahasa baku pula bermaksud sistem bahasa yang digunakan secara seragam, mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan. Bahasa baku selalunya digunakan dalam suasana rasmi. Tamsilnya, bahasa Melayu baku digunakan dalam penyampaian berita, urusan suratmenyurat, penulisan buku, laporan dan rencana.
Bahasa Melayu Baku v Contoh Buku Cerita
Kata Pinjaman Asing v Kata pinjaman merupakan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa asing dan diserapkan ke dalam satu bahasa lain (Ibtisam Abdullah & Imran Ho Abdullah, 2018). Bahasa Melayu didapati banyak meminjam kata-kata daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Parsi, bahasa Belanda bahasa Portugis dan bahasa Tamil. Meskipun begitu, pengguna bahasa hanya dibenarkan menggunakan kata pinjaman asing yang telah diiktiraf oleh Jawatankuasa Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka. Pinjaman kata daripada bahasa asing ini kadang-kadang menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa. Tamsilnya dari segi ejaan dan tatabahasa. Salah Betul maksima maksimum cop cap analisa analisis Contoh kesalahan ejaan :
Kata Pinjaman Asing v Salah Betul plan pelan skima skema spesis spesies audien audiens agen ejen injin enjin isya isyak
Kata Pinjaman Asing v Contoh kesalahan tatabahasa Keterangan Imran Kedai Buku Kedai Buku Imran Dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang ‘Diterangkan’ merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang ‘Menerangkan’ merupakan unsur penerang yang diletakkan pada kedudukan kedua. Maka bentuk yang betul ialah Kedai Buku Imran yang bermaksud kedai buku kepunyaan Imran.
Kata Pinjaman Asing v Contoh Keterangan pencuci serbuk serbuk pencuci Frasa ini bertentangan dengan pembentukan hukum D-M dari segi maksud frasa berkenaan. Hal ini kerana unsur utama ‘Diterangkan’ terletak di belakang unsur yang ‘Menerangkan’. Hal ini disebabkan oleh terjemahan terus mengikut struktur bahasa Inggeris.
Rujukan Arbak Othman. (2009). Tatabahasa Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Awang Sariyan. (2005). Apakah Bahasa Baku? https://klikweb.dbp.my/?p=4294. Faridah Nazir et al. (2024). Morfologi Bahasa Melayu. MK e-Solutions Sdn. Bhd. Ibtisam Abdullah & Imran Ho Abdullah. (2018). Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu Analisis Kajian dari Sudut Perubahan Morfologi. Journal of Social Sciences and Humanities,13 (3): 43-50. Kamus Dewan: Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sekian Terima Kasih