The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsadira, 2021-12-29 05:12:17

E-FOLIO (INDUSTRI HALAL)

E-FOLIO (INDUSTRI HALAL)

SESI 1 2021/2022
E-Folio

Tajuk : Industri Halal
Nama Pensyarah :

Tuan Mohd Khairi Bin Shafie

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA
SURAT
1 PENGENALAN
3
DEFINISI HALAL
4
2 -MENURUT KAMUS DEWAN
-DARI SUDUT ISTILAH SYARAK 5
6
- HALAL DALAM PERSPEKTIF ISLAM 7
8
3 HADIS PERTAMA 9
-ISTIFAH DARI HADIS 10
11
4 FIRMAN ALLAH SWT 12

5 DARIPADA ABU HURAIRAH R.A MERIWAYATKAN 13 – 17

CIRI-CIRI MAKANAN YANG BAIK 18
6 CIRI-CIRI MAKANAN YANG HARAM 19-20

HIKMAH MEMILIH MAKANAN YANG BAIK 21
22
7 KEBAIKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA

8 USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI HALAL

9 CABARAN YANG DIHADAPI INDUSTRI HALAL

10 HIKMAH WUJUDNYA INDUSTRI HALAL DALAM
MALAYSIA

ANTARA PRODUK INDUSTRI HALAL

-PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU

11 -PRODUK MAKANAN HARIAN
-PRODUK PERASA MAKANAN

-PRODUK KEGUNAAN HARIAN

PRODUK KECANTIKKAN

ISU KEYAKINAN KEPADA SIJIL HALAL JAKIM
12 DAN FENOMENA BOIKOT BARANGAN BUKAN

ISLAM

13 CONTOH-CONTOH SYARIAT ISLAM

14 ISU DAGING IMPORT

15 KESIMPULAN

pENGENALAN

Industri Halal merupakan industri yang semakin
mendapat perhatian dan mempunyai potensi yang
tinggi untuk diterokai. Keutamaan produk halal

bukan sahaja terletak pada sijil dan logo untuk
memastikan kehalalannya tetapi penghasilan
produk-produk tersebut yang harus mementingkan
aspek kualiti, kebersihan dan kejahteraan dari

pengguna produk tersebut.
Perkembangan industri halal meningkatkan
pendapatan negara. Negara kita yang telah
berkembang maju dan industri halal akan
mengeksport produknya ke luar negara. Selain
negara kita, negara lain juga tidak ketinggalan
untuk membangunkan industri halal di negara

mereka.
Perkembangan industri halal mewujudkan peluang
pekerjaan kepada rakyat tempatan. Keadaan ini
telah membolehkan rakyat tempatan mempunyai
sumber pendapatan untuk menyara kos mereka.

Konklusinya, perkembangan industri halal juga
mendatangkan pelbagai kebaikan kepada ekonomi
negara kita. Sekiranya industri halal berkembang

pesat, keadaan ini meningkatkan imej negara
Malaysia pada peringkat global yang lebih
terjamin.

DEFINISI HALAL
DARI SUDUT BAHASA :
Halal berasal dari kalimah Arab iaitu halla,
yahillu, wahalalan yang bermaksud dibenarkan
atau dibolehkan oleh hukum syarak

MENURUT KAMUS DEWAN :
Halal bermaksud hukum membenarkan sesuatu
perbuatan dilakukan (dalam islam),
diperbolehkan (tidak ditegahkan oleh syarak),
diizinkan, dibenarkan. Ia merupakan
perkataan yang haram.

DARI SUDUT ISTILAH SYARAK :
Dr. Yusuf Al-Qardawi mendefinisikan halal
sebagai sesuatu yang diharuskan, yang
terungkai padanya ikatan larangan, dan
diizinkan oleh syarak untuk melakukannya.
Halal juga didefinisikan sebagai sesuatu yang
harus, yang diizinkannya di sisi syarak.

HALAL DALAM PERSPEKTIF ISLAM :
-Sesuatu perbuatan mukalaf tidak terlepas
daripada halal, haram, sunat, makruh dan
harus.
-Matlamat pensyariatan hukum-hakam dalam
islam adalah untuk menjaga kemaslahatan
manusia di dunia dan akhirat
-Mencari sesuaty yang halal untuk dimakan
atau digunakan dalam kehidupan seharian
merupakan sesuatu kewajipan ke atas setiap
Muslim
-Tuntutan menggunakan dan meninggalkan
yang haram dalam semua aktiviti kehidupan
adalah disabitkan melalui Al-Quran dan sunnah.

Hadis Pertama: Daripada Nu’man bin Basyir R.Anhuma, Nabi
SAW bersabda:

‫ َمِنَس َىد‬،‫َنر ْاتفَِمَِحم َف‬،َّ ‫ن ِإفِأَذَاالََينَّلافَا ْلَِوَس ِإَسحَد‬،‫ ِمَىع َ َو‬،َ‫ َييِلَحْعلَُكاالُْملِل ُهُّشَجبَُمَّنَِلهَسا ُدٍَككثِِتُكي ِلُّحٌَرهُوًمق‬.‫قَ َْلَوع ََإِ ُلَبصِفَّنَل‬،‫ َق‬،‫ََهحْناَيأَ ََْتَاٌلوتْل‬،‫فِ َْشَيَوصوتَ َلِهبَِِمه‬،‫َِِإميَضاقََذأَاِهَََع ُلم‬،‫نهُُه‬،‫ِشَس َُْدَُوضوكبَغَِعُْكأيَةًلَُّْن ْر‬،‫ِلَساَبِِددْليُيِي ِنَوٌجُنمِه‬،‫َ َوحَإَِْفووِإقََّنِدََّلن ِفااا ْلْل ْيس ِتََححاْب َْلَم َرراَأجَىَم‬،،‫ َهَب َعاأيَِ ََ ٌىنلِت‬،‫َّ َكلَّلاِإاِلاَّ َّنترََّماقَا ْلَحِعىا َحِايرََل ُلمَي ُّشَهُْلبُر‬
Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang
haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-

perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui
oleh sebahagian manusia. Maka sesiapa yang menjauhi

perkara syubhat bermakna dia telah menyelamatkan agama
dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam

perkara syubhat, maka dibimbangi akan terjerumus dalam
perkara yang diharamkan. Sebagaimana pengembala yang
membawa haiwan gembalaannya disekitar padang larangan,
maka lambat laun dia mungkin akan memasukinya. Ketahuilah
bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah
adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri

ini terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah
seluruh tubuh ini dan jika ia buruk, maka buruklah seluruh

tubuh; ketahuilah bahawa ia adalah hati.”

Riwayat al-Bukhari (45) dan Muslim (133)

Antara istifadah daripada hadis di atas ialah:
• Perkara yang dinaskan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai halal,

maka ianya tetap halal dan perkara yang dinaskan oleh Allah
dan Rasul-Nya sebagai haram, maka ianya tetap haram. Akan
tetapi di antara keduanya itu ada sesuatu perkara yang tidak
jelas kedudukannya sama ada halal atau haram. Maka perkara
itu dinamakan Syubhat.
• Perkara yang halal yang telah dinaskan oleh Allah secara jelas
terkandung banyak di dalam al-Quran mahupun sabda Rasul-
Nya, seperti, makan, minum, menaiki kenderaan, berwangi-
wangian dan sebagainya.

Firman Allah SWT:
‫َيا أَيُّ َها ال ُّر ُس ُل ُكلُوا ِم َن ال َّط ِيبَا ِت َوا ْع َملُوا َصا ِل ًحا ِإنِي ِب َما تَ ْع َملُو َن َع ِلي ٌم‬
Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-
benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal
soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa

yang kamu kerjakan.

(Surah al-Mukminun: 51)

• Ibn Rajab al-Hanbali berkata: “Dikehendaki dengan
ayat ini bahawa para Rasul dan umat mereka
diperintahkan untuk memilih makanan yang baik
yang halal dan beramal dengan amalan soleh. Ini
kerana, apabila makanan itu halal maka sudah
tentu amalan soleh akan diterima oleh Allah.”

• Al-Maraghi berkata: “Walaupun perintah ini
ditujukan kepada para Nabi, namun umat juga
disaran untuk mengikuti mereka. Ini seolah-olah
Allah SWT berfirman kepada kita: Wahai kaum
muslimin yang berada di seluruh pelusuk bumi,
makanlah makanan yang halal, bersih dan baik. Yang
halal ialah yang tidak mengandungi penderhakaan
kepada Allah, manakala yang bersih ialah tidak
mengandungi perkara yang dapat melupakan Allah,
yang baik pula ialah dapat menahan nafsu dan
memelihara akal. Oleh itu, kerjakanlah amal soleh.”

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda:
‫اِ َّن الل َه َطيِب‬

Sesungguhnya Allah taala itu baik
‫لاَيُق َب ُل الاَّ َط ِيبًا‬

Dia tidak menerima melainkan yang baik
: ‫َو ِا َّن اللهَ اَ َم َر ال ُموء ِمنِي َن بِ َما اَ َم َر بِه ال ُمر َس ِلي َن فَ َقا َل تَعَالَى‬
Dan sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang
diperintahkan kepada semua Rasul dengan firmannya:

‫يَا أَيُّ َها ال ُّر ُس ُل ُكلُوا ِم َن ال َّطيِ َبا ِت‬
Wahai sekelian Rasul! Makanlah makanan yang baik

.‫َوا ْع َملُوا َصا ِل ًحا‬
Dan beramallah dengan amalan yang soleh
‫ َيا أَيُّ َها الَّ ِذي َن أَ َمنُوا ُكلُوا ِمن َطيِبَا ِت َما َر َزقنَا ُكم‬:‫َو َقا َل تَ َعا َلى‬
FirmanNya lagi: Wahai sekelian orang yang beriman makanlah
makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu

‫ثُ َّم َذ َك َر ال َّر ُج ُل يُ ِطي ُل ال َّس َف َر اَش َع َث اَغبَ َر‬
Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh
perjalanannya, kusut rambutnya dan berdebu mukanya

‫ يَا َر ُّب‬: ‫يَ ُم ُّد يَ َدي ِه ِا َلى ال َّس َما ِء‬
Menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa): wahai Tuhanku

wahai Tuhanku……

‫َو َمطعَ ُمهُ َح َرام‬
Padahal makanannya haram

‫َو َمش َربُهُ َح َرام‬
Minumannya haram

‫َو َملبَ ُسهُ َح َرام‬
Dan pakaiannya haram

‫َو ُغ ِذ َى ِبال َح َرا ِم‬
Dan disuapkan dengan yang haram

ُ‫َفاَنَّى يُستَ َجا َب لَه‬
Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya

Ciri-ciri makanan yang baik :
1. Makanan yang halal
2. Berkhasiat atau mengandungi zat
3. Bersih
4. Disembelih dengan nama Allah
5. Tidak memabukkan
6. Tidak memudaratkan kesihatan
7. Diperoleh dari sumber yang halal

Ciri-ciri makanan yang haram
1. Memudaratkan kesihatan
2. Memabukkan
3. Tidak disembelih
4. Diperolehi dari sumber yang haram

Hikmah memilih makanan yang baik
1. Menjaga kesihatan badan
2. Membantu pertumbuhan badan
3. Memelihara kewarasan akal
4. Menjaga maruah diri
5. Dimakbulkan doa
6. Mendapat pahala
7. Menjauhkan diri daripada seksa api neraka
8. Mudah mempelajari ilmu
9. Membentuk akhlak mulia
10. Menenangkan jiwa

Kebaikan Industri Halal Di Malaysia

• Menjana ekonomi negara
Kemasukan pelabur asing membantu dalam merancakkan sumber
ekonomi kepada negara.Serta kuasa beli pengguna tempatan yang
tinggi menggalakkan keuntungan kepada industri halal.

• Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
Pertumbuhan pusat perniagaan berasaskan halal dan dapat
menawarkan pekerjaan kepada masyarakat dimalaysia dalam
bidang industri makanan dan restoran.Justeru itu keperluan yang
tinggi dalam aktiviti penyelidikan berkaitan halal dapat memberi
peluang pekerjaan kepada graduan seperti JAKIM memerlukan
lebih ramai penyelidik dan pegawai demi menetapkan piawaian
status halal.

• Pasaran yang luas
Bilangan pengguna tempatan beragama Islam yang ramai
meliputi 80% penduduk kerana Bilangan golongan Muslim di
Malaysia yang mencecah seramai 15 juta orang dan mempunyai
permintaan tinggi dalam kalangan penganut Islam di luar negara.

• Kemudahan infrastruktur lengkap
Kemudahan pengangkutan yang cekap daripada segenap aspek bagi
memudahkan kegiatan eksport dan import seperti di Pelabuhan
Tanjung Manis, Sarawak mempunyai pelabuhan hab halal dunia dan
keupayaan jaringan jalur lebar internet yang meluas mampu
memudahkan sesuatu industri diperluaskan ke seluruh dunia.

• Kesedaran tinggi masyarakat
Memberi kesedaran pengguna untuk mendapatkan makanan yang
bersih dan suci.dan kesedaran ini membuka mata masyarakat
mengenai kadar penyakit berjangkit bagi haiwan ternakan import
dan sebagai pengguna perlu menukar dari secara alternatif kepada
daging sembelihan.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI HALAL

o Melalui galakan kerajaan
(mengemaskini/mewujudkan dasar-dasar
terdahulu/baharu mengenai hab halal).

o Memberi bantuan modal dan peralatan kepada
induvidu yang ingin menceburi bidang industri
makanan halal.

o Memberi latihan dan kemahiran kepada induvidu
yang berminat dalam industri halal tentang cara
dan proses penghasilan produk halal.

o Membuka pasaran yang luas di dalam dan luar
negara untuk memasarkan produk halal.

o Meningkatkan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
berkaitan cara menghasilkan produk halal yang
lebih bermutu dan berkualiti tinggi.

o Melalui kempen dan festival makanan halal di
peringkat dalam negara dan antarabangsa.

CABARAN YANG DIHADAPI INDUSTRI
HALAL

• Isu Keselamatan Data Peribadi dalam Fenomena Big Data

Memandangkan penggunaan Big Data telah digunakan secara
meluas di serata dunia dalam pelbagai industri, industri halal
juga pastinya akan turut sama terjun ke dalam bidang ini.

• Penggunaan Teknologi Blockchain

Teknologi blockchain yang sedang hangat diperkatakan pada
masa sekarang merupakan satu sistem penyimpanan maklumat
yang bersifat lejer terbuka (open ledger) di mana rekodnya
boleh diakses secara bebas oleh pengguna

• Penggunaan Mesin yang Berasaskan Kecerdasan Buatan

Sebagai contoh, antara yang dilaporkan oleh media, seorang
pensyarah penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia telah
berjaya membangunkan Syariah-Compliant Automated Chicken
Processing System yang merujuk kepada mesin yang mampu
memproses ayam secara automatik mengikut standard Syariah.

• Meminimumkan Penggunaan Tenaga Manusia

Revolusi Industri 4.0 meminimumkan penggunaan tenaga
manusia dan lebih menumpukan penggunaan tenaga mesin dan
robot. Ini berkemungkinan wujudnya lambakan tenaga manusia
mahir dan tidak mahir yang bakal berdepan cabaran kehilangan
pekerjaan yang telah diambil alih tenaga mesin

• Keyakinan Kepada Sijil Halal JAKIM dan Fenomena Boikot
Barangan Bukan Islam

Konsep logistik dan rantaian bekalan dalam industri halal tidak
lagi terhad kepada industri yang diusahakan oleh orang Islam
sahaja.

HIKMAH WUJUDNYA INDUSTRI HALAL

DALAM MALAYSIA

➢ Meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan, mengurangkan penggangguran dan mencipta
peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar
kemiskinan dan meningkat pendapatan isi rumah.

➢ Pasaran yang luas
pasaran untuk penduduk Islam berjumlah 2 billion atau
60 peratus penduduk Asiaserta pasaran yang luas dan
produk halal senang untuk dipasarkan.justeru itu
pasaran untuk negara-negara Islam atau Timur
Tengah adalah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab
Bersatu (UEA )dan Di Asia label halal dipandang tinggi
di Jepun, Thailand sebagai pelaris jualan atau
‘marketing tool’ , pasaran Eropah.

➢ Pemindahan teknologi
menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa
melabur di Malaysia dalam industkusan halal. Contohnya
negara-negara Islam di seluruh dunia dan Teknologi
pemprosesan serta pembungkusan dalam industri
herba di negara Korea Selatan, Taiwan dan China
disamping itu,Teknologi Pengredan bahan dan makanan
memajukan industri sosej dan burger halal.

➢ Halallan toiyiba ( Halal lagi baik )
Halal dari segi sumber, cara penyediaan, bahan dan
kandungan produk halal serta dengan adanya Industri
Halal ini akan Mengutamakan kebersihan dan kesucian
daripada unsur subahah serta Mendapat pengiktirafan
JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Antara Produk Daripada Industri Halal

Produk Makanan Sejuk Beku

RAMLY

Produk ini dimiliki oleh orang islam tempatan
iaitu ramly bin mokni. Burger ramly merupakan
produk makanan malaysia telah menjadi salah
satu makanan segera yang popular di malaysia
produk ini mendapat kelulusan halal daripada

malaysia.

Antara Produk Daripada Industri Halal

Produk Makanan Harian

GARDENIA

Produk ini mempunyai kelulusan halal
daripada jakim malysia

Antara Produk Daripada Industri Halal

Produk Perasa Makanan

MUDIM

Produk mudim ini merupakan peroduk yang dimiliki oleh orang
islam tempatan.Produk ini mendapat kelulusan halal daripada

jakim malaysia.

Antara Produk Daripada Industri Halal

Produk Kegunaan Harian

SAFI

Jenama Safi dimiliki sepenuhnya oleh Wipro Unza Malaysia Sdn Bhd,
sebahagian daripada kumpulan Wipro Enterprises, yang majoritinya dimiliki
oleh ahli perniagaan dan dermawan India Encik Azim Hashim Premji, anak

kepada Encik Mohammed Hashem Premji. SAFI ialah jenama Halal
terkemuka yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit,
penjagaan diri dan peralatan mandian yang unik dan komprehensif yang
dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelaki
Islam moden. Diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi terbaik yang
mengesahkan keperluan Syarak dan disahkan HALAL oleh badan bebas yang

ketat – JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Antara Produk Daripada Industri Halal

Produk Kecantikan

D’NARS

Produk kecantikkan ini di asas oleh orang melayu
islam Malaysia,produk ini mendapat kelulusan
jakim Malaysia.

Isu Keyakinan Kepada Sijil Halal JAKIM

dan Fenomena Boikot Barangan Bukan Islam

Konsep logistik dan rantaian bekalan dalam industri halal tidak lagi
terhad kepada industri yang diusahakan oleh orang Islam sahaja.
Ia sudah berevolusi kepada industri yang berasaskan nilai yang boleh
juga diusahakan oleh pemain bukan Islam, selagi mana menepati
garis panduan Syarak yang dibuat oleh pihak berautoriti. Antara isu
yang pernah dibangkitkan ialah isu boikot McDonald yang pernah
melanda negara kerana tuduhan menyumbang kepada ekonomi Israel
melalui jualan. Sedangkan, rangkaian restoran berkenaan di Malaysia
merupakan pemegang sijil halal yang sah dan sentiasa dipantau oleh

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Isu ini sebenarnya berbangkit daripada persepsi masyarakat yang
begitu prihatin terhadap diskriminasi yang berlaku terhadap negara

Palestin yang menyebabkan sebahagian NGO mengambil langkah
mengempen boikot barang-barang keluaran syarikat yang dikaitkan
dengan Israel termasuk Amerika. Namun, apabila pihak McDonald

bertindak ingin menyaman pihak-pihak yang berkempen boikot
berkenaan, mereka telah menarik balik tuduhan tersebut.

Begitu juga dengan trend memboikot barang-barang buatan bukan
Islam yang dijanakan oleh sebahagian pihak, termasuk kepada orang

Islam yang membuat syarikat dengan rakan kongsi bukan Islam.
Sekalipun memiliki sijil halal dan menggunakan selebriti Muslim,
persepsi politik golongan berkepentingan yang mendakwa bangsa

tertentu ingin menguasai ekonomi Malaysia. Sekalipun memiliki unsur
perkauman dalam kempen tersebut, ia memberikan gambaran
bahawa keyakinan kepada JAKIM itu agak tergugat sebagai

regulator industri halal walaupun hakikatnya masalah persepsi dan
politik adalah suatu isu yang subjektif, kompleks dan sukar untuk

mendapat kata sepakat

CONTOH-CONTOH SYARIAH ISLAM

Menjaga keselamatan agama
• Matlamat syariah yang pertama dan terpenting adalah kehidupan

seseorang Muslim ialah menjaga keselamatan agama. Agama
menjadi pemisah kualiti sebenar seorang Muslim dan amat berkait
rapat dengan aspek akidah. Dalam konteks organisasi, aspek
keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan
perlulah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang
berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang
dianuti seseorang. Contohnya, makan makanan yang halal perlu
dititik beratkan dalam kehidupan seharian bagi menjaga
keselamatan agama agar tidak dipandang serong oleh masyarakat
lain.
Menjaga keselamatan jiwa (nyawa)
• Menjaga dan memelihara jiwa (nyawa) serta tubuh badan manusia.
Justeru itu, Islam telah mewajibkan setiap individu untuk menjaga
keselamatan diri masing-masing dan pada masa yang sama
melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan
nyawa diri sendiri atau orang lain. Contohnya, memilih makanan yang
halal dapat menegelakkan daripada terkena penyakit yang dapat
meragut nyawa
Menjaga keselamatan akal
• Menjaga akal dan pemikiran merupakan salah satu daripada
matlamat syariah Islam. Melalui keistimewaan inilah manusia
diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi
bersesuaian dengan ketentuan dan perintah Allah s.w.t. Melaluinya
manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk
kesejahteraan manusia. Contohnya, terkena jangkitan kuman yang
dapat menjejaskan fungsi akal kerana akal dan pemikiran
merupakan di antara matlamat syariah Islam. Akal pemikiran perlu
dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang paling berharga
kepada manusia.

CONTOH-CONTOH SYARIAH ISLAM

Menjaga keselamatan maruah dan keturunan
• Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu

matlamat syariah Malah Islam sendiri, dibina atas akhlak yang mulia.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bemaksud: "Sesungguhnya aku
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia". jika diteliti
seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t, akan didapati bahawa ianya
bertujuan semata-mata untuk membentuk keperibadian yang luhur dan
terhomat. Lihatlah kepada kesan kewajipan bersolat, berpuasa,
mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji dan memakan makanan
halal. Semua ibadat khusus ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban
akan dapat membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak. Oleh itu
segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan
keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Jika diperhatikan
tegahan dan larangan Allah s.w.t., ianya mempunyai tujuan yang satu
iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah
kehinaan. Contohnya, dengan pengambilan makanan halahl dapt menjaga
keturunan dengan melahirkan zuriat dan keturunan yang sihat dari segi
akal fikiran serta ingin mendapat keberkatan dalam kegidupan
seharian.

Menjaga keselamatan harta
• Menjaga dan memiliki harta merupakan salah satu tujuan atau maqasid

syariah. Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang sempuma bagi
sesorang manusia juga amat berkait rapat dengan pemilikan dan
penguasaan terhadap harta. Menyedari hakikat inilah, syariah Islam
telah menggariskan peraturan, hukum dan undang- undangnya yang
tersendiri dalam soal kehartaan. lanya dibincangkan secara meluas di
dalam displin dan bidangnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Fiqh
Muamalat Umumnya, bidang ini telah menggariskan prosedur-prosedur
tertentu bermula sejak dari usaha untuk memiliki, menguasai dan
membelanjakan sesuatu harta. Contohnya, kerana dengan menjaga
pemakanan juga dengan memakan makanan yang halal mampu meraih
keberkatan daripada Allah SWT sekaligus mampu menjaga keselamatan
harta yang dimiliki.

Isu Daging Import

Soalan :
Assalamualaikum SS Mufti, saya nak tanya berkenaan sekarang sedang
hangat isu daging import yang diragui status halalnya. Jadi, kalau kita
yang masih ada lagi simpanan stok daging import yang telah dibeli
sebelum berlaku isu bagaimana ya? Kalau yakin halal bolehkah dimakan
sedangkan isu ini sedang menular di seluruh negara, mohon pencerahan.

Jawapan :
Telah timbul isu sindiket kartel daging import haram di Senai, Johor Bahru yang
melibatkan aktiviti pemalsuan perlabelan logo halal. Sindiket seperti ini berlaku
disebabkan sikap tidak amanah serta tamak untuk mengaut keuntungan melampau
dan mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna. Berdasarkan laporan
akhbar Sinar Harian, syarikat pembekal terbabit menggunakan dokumen palsu
termasuklah borang Kastam, permit import, sijil halal dan resit bayaran. Daging
tersebut di bawa masuk daripada empat buah negara iaitu Cina, Ukraine, Brazil
dan Argentina.
Bagi mengaburi mata pihak berkuasa tempatan, syarikat pembekal dalam masa
yang sama turut mengimport daging daripada sumber yang sah. Kesemua daging
yang diimport akhirnya ditempatkan di dalam suatu tempat simpanan khas sebelum
dibungkus semula. Daging import tersebut akan dimasukkan ke dalam kotak
sebelum ditampal logo halal palsu. Selain itu, terdapat rekod resit penerimaan
kemasukan daging babi juga ditemui di tempat kejadian. Namun, pihak Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjelaskan bahawa setelah
penyiasatan awal dilakukan didapati tiada daging babi ditemui di tempat kejadian.
Kebiasaannya, taktik jahat yang digunakan kartel daging import adalah dengan
mengimport sama daging daripada sumber yang sah dan juga meletakkan daging-
daging berstatus halal secara bercampur dengan daging tidak mempunyai sijil halal
yang sah.Perkara ini menyebabkan status halal daging tersebut diragui dan
memerlukan penelitian semula.
Setelah tularnya sindiket ini di media massa, maka masyarakat selaku pengguna
produk daging import mula merasa gusar dan gelisah. Hal ini terutama apabila
melibatkan aspek status halal produk daging tersebut. Majoriti masyarakat di
Malaysia adalah beragama Islam maka sudah pasti kejelasan status halal produk
daging tersebut menjadi kebimbangan sesama mereka.
Oleh itu, terdapat persoalan yang timbul baru-baru ini kepada pihak Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan berkenaan isu kartel daging import haram.

KESIMPULAN

Matlamat untuk menjadikan pembangunan industri halal sebagai salah
satu identiti Malaysia perlulah dipamerkan dalam bentuk pakej yang
menyeluruh. Selain daripada menawarkan serta menyediakan produk
halal untuk para pengguna, khususnya pengguna Islam, industri halal
juga perlu bergerak bersama integrasi identiti Islam yang bersifat
menyeluruh. Ini penting bagi menjadikan industri halal sebagai model
ikutan (role model) dengan keunikannya yang tersendiri. Pembangunan
industri halal dan pengekonomian adalah jelas bertujuan memelihara
dan memakmurkan kehidupan masyarakat. Pelaksanaan pengurusan
keselamatan pula, khususnya dalam konteks industri halal adalah
suatu tuntutan yang terdapat di dalam konsep halalan-toyyiban dan
kerangka maqasid al-shariah. Kepentingan memelihara nyawa atau
jiwa dan harta benda daripada kemalangan merupakan dua tujuan
penting di dalam tatatingkat (hierarki) perkara-perkara asasi (ad-
dharurat) maqasid selepas memelihara agama. Oleh yang demikian,
melaksanakan pengurusan keselamatan industri khususnya oleh
pengusaha industri halal adalah sesuatu yang menjadi tuntutan. Ianya
bukan sahaja tuntutan sejagat tetapi yang lebih utama, ianya adalah
tuntutan Islam itu sendiri. Selain itu, perkembangan teknologi semasa
juga diiringi dengan kelahiran pelbagai risiko kemalangan. Pengetahuan,
kepakaran, dan sumber adalah di antara isu yang penting bagi
melaksanakan sistem pengurusan keselamatan yang berkesan.
Inisiatif mewujudkan jaringan kerjasama dilihat berupaya membantu
anggota kluster industri halal melalui perkongsian pintar bagi kebaikan
bersama (taáwun). Hubungan kerjasama seperti ini amat digalakkan
oleh Islam dan ini secara langsung dapat menyepadukan nilai-nilai
Islam dalam membangunkan model kluster industri halal.


Click to View FlipBook Version