[No. Ruj:KYKPJPK 02/2022] KERTAS CADANGAN : PROGRAM PEMBANGUNAN BADMINTON (KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA BAWAH 18 DAN 15 “BADMINTON CHALLENGE 2022”) PN. SITI AZLINA BINTI SAARI, TAJUK KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN BADMINTON (KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA BAWAH 18 DAN 15 “BADMINTON CHALLENGE 2022”) 2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM Program Pembangunan Badminton merupakan satu program yang disusun dan dirancang untuk meningkatkan kemahiran dan potensi diri dalam permainan badminton. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Organisasi (PROD) bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Bandar Tasik Puteri. Program ini juga bertujuan untuk mencapai Aspirasi Sistem iaitu Perpaduan Aspirasi Murid iaitu Pengetahuan dan Anjakan 10 (Memaksimakan keberhasilan murid bagi setiap ringgit) serta Anjakan 11 (Meningkatkan ketelusan untuk bertanggungjawaban awam secara langsung) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Program ini bertujuan menarik minat seberapa ramai pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya permainan badminton. Melalui program ini semua pelajar berpeluang menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing. 3. OBJEKTIF PROGRAM Antara objektif program ini ialah : a) Mengenalpasti teknik-teknik dalam permainan badminton. b) Sentiasa bersedia menghadapi cabaran terutama berdepan dengan pihak lawan di gelanggang. c) Menyerlahkan bakat masing-masing kerana setiap pelajar berpeluang menunjukkan kebolehan. d) Melibatkan diri secara aktif dalam kokurikulum seterusnya memperoleh markah yang lebih baik e) Menyemai semangat sepasukan antara semua peserta yang menyertai pertandingan ini.
4. KUMPULAN SASAR Tingkatan 1 – Tingkatan 4 (TERBUKA) 5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh : 15 oktober 2022 & 16 oktober 2022 Hari : Sabtu & Ahad Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat: Arena Gemilang SMK Bandar Tasik Puteri Sasaran : Semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 Bilangan Pelajar : 88 orang Bilangan guru : 10 orang 6. JAWATANKUASA KERJA Pengerusi : Puan Siti Azlina Bt Saari Timbalan Pengerusi : Puan Fatimah Bt Yusof Naib Pengerusi I : Puan Maimon Bt Salam Naib Pengerusi II : Datin Azura Bt Abdul Aziz Setiausaha : Puan Rosliza Bt Abd Wahab Penyelaras : Puan Suriyana Bt Ahmad Samaludin Pengurus Peserta : Puan Zarinah Bt Mohajin (Peserta Sesi Pagi) : Puan Suriyana Bt Ahmad Samaludin (Peserta Petang) : Puan Suzanna Bt Suhud Bendahari : Puan Noor Hasyida Bt Abd Razak Puan Harniza Bt Mohd Jani No Nama Tugasan Perincian Tugasan 1 Datin Durrawati Bt Baharudin Puan Mahani Bt Awang Dibantu oleh : 1. Qistina Aleesha Binti Mohamad Najib 2. Farhana Amylyana Binti Halimi Pendaftaran • Menyediakan tempat bagi pendaftaran kedatangan. • Mengambil kehadiran peserta. 2 Puan Zarinah Bt Mohajin Dibantu oleh : 1. Muhammad Rezqi Iman Bin Muhammad Yuzaiful 2. Aqeef Wafiy Bin Azuha Peralatan dan persiapan gelanggang Shuttlecock dan Net • Menyediakan alatan dan membantu jawatan kuasa pertandingan. • Memeriksa alatan dan memastikan mengikut spesifikasi. • Menyediakan tempat pertandingan padang dan gelanggang. • Menempah tempat pertandingan. • Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan perlaksanaan program.
• Mengemaskini alatan dan mengawal pergerakan alatan. • Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek dilaksanakan. 3 Puan Noor Hasyida Bt Abd Razak Pengadilan • Memberi taklimat kepada para pembantu pertandingan, peralatan dan kemudahan. • Meneliti syarat penyertaan serta memberi pengesahan penyertaan bagi peserta yang bertanding. • Memastikan gelanggang yang dibina mengikut ukuran yang betul. • Memastikan alatan yang digunakan mengikut sepsifikasi. • Menyimpan dan merekodkan keputusan pertandingan. 4 Puan Suriyana Bt Ahmad Samaludin Puan Noor Diana Bt Zainuddin Hadiah(Medal) • Menyediakan hadiah peserta pertandingan dan pengadil-pengadil. • Menyediakan dan menguruskan sijil-sijil bagi peserta-peserta pada semua peringkat. 5 Cik Akid Walin Bt Faizal Puan Harniza Bt Mohd Jani Makanan • Menempah makanan untuk AJK kejohanan dan pengadil Kejohanan • Memastikan makanan di edarkan kepada AJK dan Pengadil 6 Puan Rohani Bt Haji Mohd Sukor 1. Putri Ayu Wandira Binti Faizal 2. Nurul Arissa Saffina Binti Rhyme Keselamatan • Memastikan keselamatan peserta terjaga sepanjang program dijalankan. • Memastikan tempat pertandingan selamat dan tidak mendatangkan bahaya. • Bekerjasama dengan pihak keselamatan tempat pertandingan. 7 Puan Nor Azliza Bt Azhari Dokumentasi • Mengambil gambar-gambar sepanjang kejohanan berlangsung. • Membuat laporan kejohanan 8. En. Ahmad Saiful Azli B Aziz Encik Fairuz Miza B Yop Zain Disiplin • Memastikan disiplin murid terkawal.
7. IMPLIKASI KEWANGAN 7.1 Sumber kewangan – Yuran Khas Sekolah (Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) 7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci Bil Perbelanjaan Kos Jumlah (RM) 1. Medal Besi 2.5” RM 8.50 X 12 RM 102.00 2. Makanan Sarapan (2 hari) Roti coklat/jagung (sabtu) Roti jagung (ahad) RM 1.00 X 20 RM 1.00 X 20 RM 20.00 RM 20.00 3. Bulu Tangkis RCL Green RM 75.00 X 6 RM 450.00 4. Badminton Net Tournament RM 98.00 X 4 RM 392.00 5. Cotton Skipping Rope 7” RM 8.90 X 20 RM 178.00 JUMLAH RM 1,162.00
8. PENUTUP Adalah diharapkan agar program ini memberi manfaat sepenuhnya kepada semua murid dari segi semangat kesukanan, disiplin diri dan keyakinan diri. Disediakan oleh: Disemak oleh: ____________________________________ _______________________________ PN. ROSLIZA BT ABD. WAHAB (DATIN AZURA BT ABD AZIZ) KETUA PANITIA PJK GKMP KEMANUSIAAN SMK BANDAR TASIK PUTERI TARIKH : SMK BANDAR TASIK PUTERI TARIKH:
[No. Ruj:KYKPJPK 02/2022] PROGRAM PEMBANGUNAN BADMINTON (KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA BAWAH 18 DAN 15 “BADMINTON CHALLENGE 2022”) ___________________________________________________________________________ KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH MELULUSKAN KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN BADMINTON (KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA BAWAH 18 DAN 15 “BADMINTON CHALLENGE 2022”) Atau TIDAK MELULUSKAN KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN BADMINTON (KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA BAWAH 18 DAN 15 “BADMINTON CHALLENGE 2022”) Ulasan: ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- -------------------------------------- ____________________________ PN. SITI AZLINA BINTI SAARI PENGETUA SMK BANDAR TASIK PUTERI Tarikh: