The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD AZIZI BIN MOHD. SHUKRI IPG-Pelajar, 2024-03-07 02:37:36

TEORI PEMBELAJARAN HUMANSTIK CARL ROGERS

TEORI HUMANISTIK EDUP3113 IZZUL & AZIZI


Nama: Carl Ransom Rogers Tarikh lahir: 8 Januari 1902 Asal: Oak Park, lllinois Meninggal: 1987, 85 tahun Tempat belajar: Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian PENGASAS TEORI HUMANISTIK


Pendekatan humanistik melihat pelajar sebagai insanberpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. • Humanistik percaya bahawa manusia bertindak atasdasar keperluan, motivasi, minat dan nilai, dengan ituindividu itu harus dilihat sebagai satu entiti. Bergantung kepada emosi dan perasaannya Strategi pengajaran & pembelajaran mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar. Setiap individu mempunyai cara belajaryg berbeza dgn individu individu lain. PENGENALAN


INSAN YANG SEMPURNA MENURUT ROGERS Berfikiran terbuka terhadap pengelaman dunia. Dapat membuat tanggapan yang betul tentang pengalamannya. 01 Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini bukan semalam atau esok. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang 03 tepat. 02 04 Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke arah tindakan sendiri. 05 Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.


PRINSIP- PRINSIP BELAJAR HUMANISTIK Manusia mempunyai keupayaan untuk belajar secara semulajadi. Pembelajaran bermakna berlaku apabila bahan pelajaran dirasakan oleh pelajar mempunyai perkaitan dengan tujuan mereka sendiri. Pembelajaran yang melibatkan perubahan dalam persepsi kendiri dianggap mengancam dan cenderung untuk ditolak. Tugasan pembelajaran yang boleh mengancam diri sendiri sangat mudah untuk ditanggapi dan mudah diasimilasikan sekiranya ancaman dari luar lebih kecil. Sekiranya ancaman kepada pelajar adalah rendah, pengalaman boleh diperoleh dengan menggunakan pelbagai kaedah dan proses pembelajaran berlaku Pelajar boleh mendapat pembelajaran yang bermakna dengan melakukannya Pembelajaran dapat dipermudahkan sekiranya pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran dan bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran Pembelajaran atas inisiatif sendiri yang melibatkan pelajar sepenuhnya, dari segi emosi dan kognitif, adalah satu cara yang boleh memberikan hasil yang mendalam dan berkekalan. Keyakinan pada diri sendiri, berdikari, kreativiti akan lebih mudah dicapai sekiranya pelajar dibiasakan untuk bermuhasabah diri dan mengkritik diri sendiri dan penilaian kendiri orang lain adalah kaedah kedua yang juga penting. Pembelajaran yang memainkan peranan yang sangat sosial dalam dunia moden ini ialah pembelajaran yang melibatkan proses pembelajaran, yang terbuka dan berterusan kepada pengalaman serta integrasinya ke dalam dirinya berkenaan proses perubahan.


Pembelajaran kognitif dianggap kurang bermakna kerana ia hanya melibatkan pembelajaran subjek akademik. melibatkan belajar di bilik darjah, membaca dan bercakap tentang pengalaman dan hasil kerja orang lain. 2 KATEGORI PEMBELAJARAN Pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi pengetahuan. Pembelajaran jenis ini mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Oleh itu pembelajaran pengalaman melibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. PEMBELAJARAN KOGNITIF PEMBELAJARAN PENGALAMAN


TUJUAN PEMBELAJARAN DALAM PROSES BELAJAR Merumus objektif pembelajaran. Dapatkan penglibatan aktif pelajar melalui kontrak pembelajaran yang jelas, jujur dan positif. Menggalakkan pelajar mengembangkan keupayaan pelajar untuk belajar atas inisiatif sendiri. Menggalakkan pelajar peka terhadap pemikiran kritis, mentafsir proses pembelajaran secara aktif. Pelajar digalakkan untuk bebas menyatakan pendapat, memilih pilihan mereka, melakukan apa yang mereka mahu, dan menanggung risiko tingkah laku yang ditunjukkan. Guru menerima pelajar seadanya, cuba memahami pemikiran pelajar, tidak menilai secara normatif, tetapi menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap segala risiko dalam proses pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar untuk maju mengikut kadar mereka sendiri. Penilaian diberikan secara individu berdasarkan pencapaian murid


Guru perlu mengamalkan pendekatan yang bersifat empati dan menerima terhadap murid. Penting bagi guru untuk memahami dan menghargai perspektif serta keperluan individu murid. Guru haruslah mencipta suasana kelas yang menyokong pertumbuhan diri dan pembelajaran yang bermakna. Guru perlu menjadi fasilitator pembelajaran yang menyediakan persekitaran yang empatik, penerimaan, dan tidak menghakimi. Guru perlu membina hubungan yang saling hormat dan penghayatan dengan murid. IMPLIKASI TERHADAP GURU


IMPLIKASI TERHADAP PELAJAR Pentingnya memberi keutamaan kepada keperluan emosi dan psikologi pelajar. Menekankan konsep penghargaan diri dan kepercayaan diri yang tinggi dalam pembelajaran. Memahami bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang unik dan perlu diterima serta dihargai sepenuhnya. Menekankan pentingnya pengalaman belajar yang bermakna dan relevan bagi pelajar. Menyediakan peluang untuk pembelajaran yang dipersonalisasi dan memperkaya. Menggalakkan refleksi diri, kesedaran emosi, dan pembangunan keterampilan komunikasi yang efektif dalam kalangan pelajar. Memperlihatkan pentingnya memahami dan menghormati keunikan individu setiap pelajar. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyokong, memotivasikan, dan merangsang pertumbuhan personal mereka.


Adik suka makan sashimi, dicicah pula dengan belacan, Tamatlah sudah pembentangan kami, salah dan silap mohon dimaafkan.


Click to View FlipBook Version