KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB1124 Seloka: Pesanan Buat Diri anifesting ~ ma n i f est Nama Pensyarah: En. Mohamed Shahren Bin Abdullah
Hanis Zaini
P E N G E N A L A N S E L O K A
K o n s e p k e s u s a s t e r a a n d i r i F u n g s i k e s u s a s t e r a a n M e l a y u
Seloka merupakan salah satu jenis puisi tradisional Sejenis puisi bebas atau terikat yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris dalam serangkap dan jumlah perkataan dalam sebaris Menurut Azman Rahmat etal. , seloka merupakan karangan berangkap atau bahasa berima yang ada berbentuk pepatah, bidalan atau perumpamaan 7 jenis seloka: Seloka Nasihat Seloka Sindiran Seloka Mengejek Seloka Menempelak Seloka Khayal Seloka Pengajaran Seloka Senda gurau
Bahasa penceritaan yang meleretleret Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda yang digunakan untuk menyindir sambil mengajar Perkataan sindiran, jenaka atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap
M E M P E R S E M B A H K A N . . . S E L O K A : P E S A N A N B U A T D I R I
Ayuh dengar mutiara kata; Amalkan hidup berbudi bahasa; Berhemah dalam berkata-kata; Kerana mulut badan binasa. Nikmati hidup jauhi dadah; Jika tak mahu harapan punah; Jikalau terjebak menyesal tak sudah; Sudah terhantuk baru hendak terngadah. Hidup bahagia si anak muda; Isteri dibelai anak dimanja; Tidak berbakti pada ayah bonda; Bagaikan kacang lupakan kulitnya.
Tema seloka ini ialah memberikan nasihat serta sindiran secara halus kepada para pembaca untuk sentiasa mengamalkan sikap dan perwatakan yang mahmudah agar tidak merugikan diri sendiri dan menyakiti orang lain. Terdapat tiga rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris. Seloka ini berbentuk terikat dan hampir menyerupai pantun dan syair. Jenis seloka yang digunakan ialah seloka nasihat TENTANG SELOKA: PESANAN BUAT DIRI
MAKSUD SETIAP RANGKAP
RANGKAP 1 rangkap pertama menceritakan tentang penulis yang ingin memberikan nasihat kepada para pendengar penulis menyeru agar semua orang mengamalkan hidup dengan berbudi bahasa agar kita tidak menyakiti hati sesiapa Ayuh dengar mutiara kata; Amalkan hidup berbudi bahasa; Berhemah dalam bertutur kata; Kerana mulut badan binasa.
Nikmati hidup jauhi dadah; Jika tak mahu harapan punah; Jikalau terjebak menyesal tak sudah; Sudah terhantuk baru hendak terngadah. RANGKAP 2 Pada rangkap ini, penulis ingin mengingatkan kita semua utk menjauhi najis dadah. Dadah boleh menghancurkan seluruh kehidupan dan masa hadapan. Lebih baik jangan sesekali mendekati dadah supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Penulis ingin memberi sindiran halus kepada anak muda yang hanya tahu menyayangi anak dan isteri sahaja. Tetapi, mereka membiarkan sahaja ibu bapa mereka hidup merana tanpa berbakti bagaikan kacang lupakan kulit. Hidup bahagia si anak muda; Isteri dibelai anak dimanja; Tidak berbakti pada ayah bonda; Bagaikan kacang lupakan kulitnya. RANGKAP 3
Rujukan Azman Rahmat, Nazri Zainuddin, Shamsuddin, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang.(2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn.Bhd
Sekian, terima kasih