FASA 3: PENUTUP PROJEK 196 3.3 POST MORTEM DAN MAKLUM BALAS KAEDAH PELAKSANAAN Masa 65 minit Objektif Melahirkan murid yang boleh: • Memahami perjalanan proses post mortem sesebuah projek • Memahami kaedah untuk mendapatkan maklum balas mengenai projek dan bagaimana untuk menganalisis • Memahami bagaimana untuk menambahbaik kualiti projek pada masa hadapan Kaedah pelaksanaan PENERANGAN MENGENAI PROSES POST-MORTEM (5 MINIT) 1. Murid diterangkan tentang maksud proses post mortem berdasarkan Lampiran 3.3.1. 2. Murid diterangkan tentang contoh proses post mortem sesuatu projek. PENGHASILAN BORANG MAKLUM BALAS (15 MINIT) 1. Murid diterangkan tentang kepentingan mendapatkan maklum balas, iaitu untuk proses tambah baik pada masa hadapan dan mengetahui sama ada projek yang dihasilkan memberi menfaat kepada pengguna. 2. Guru menunjukkan contoh borang maklum balas, seperti dalam Lampiran 3.3.2. 3. Murid diminta untuk menggunakan Lampiran 3.3.2 sebagai rujukan semasa menghasilkan borang maklum balas sendiri. Murid diingatkan agar borang maklum balas tidak terlalu umum dan mempunyai perkaitan dengan projek yang dihasilkan. PENGEDARAN BORANG MAKLUM BALAS (15 MINIT) 1. Murid diterangkan mengenai kaedah untuk mengedarkan borang maklum balas melalui media maya dan fizikal. 2. Murid diminta untuk mencetak borang maklum balas secara fizikal ataupun memasukkan maklumat borang ke dalam platform seperti Google Form atau Survey Monkey. 3. Panduan yang sesyai diberikan kepada murid untuk menulis hebahan borang maklum balas dalam kumpulan sembang maya. 4. Untuk borang fizikal, borang diedarkan kepada pengguna dan murid mengumpul semula borang setelah siap diisi. ANALISIS BORANG MAKLUMBALAS (15 MINIT) 1. Murid diterangkan kaedah untuk memuatturun maklumat daripada Google Form ke dalam Microsoft Excel. 2. Untuk maklumat dalam borang fizikal, maklumat hendaklah dimasukkan dalam fail Microsoft Excel terlebih dahulu. Jika murid menggunakan kedua-dua kaedah pengedaran, data boleh digabungkan dalam fail yang sama. 3. Maklumat boleh dianalisis dengan menghasilkan satu jadual ringkas
FASA 3: PENUTUP PROJEK 197 dengan meletakkan jumlah ‘ya’ atau ‘tidak’, seperti dalam Lampiran 3.3.3. 4. Untuk cadangan penambahbaikan, murid boleh menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan ringkasan. Contoh laman web yang boleh digunakan adalah ChatGPT. Murid boleh layari laman web dan menulis arahan yang bersesuaian. Contoh dimuatkan dalam Lampiran Lampiran 3.3.4. PEMBENTANGAN HASIL BORANG MAKLUMBALAS (15 MINIT) 1. Ketua kumpulan diminta untuk membentangkan hasil maklum balas kepada guru. Refleksi / Nota ● Guru mengenalpasti jika murid sukar untuk mendapatkan responden untuk diberikan bantuan sewajarnya. ● Guru mengenalpasti jika murid mempunyai kesukaran dalam menggunakan perisian seperti Google Form dan Microsoft Excel.
FASA 3: PENUTUP PROJEK 198 LAMPIRAN 3.3.1: PENERANGAN PROSES POST MORTEM Post-mortem ialah pemeriksaan sesuatu rancangan untuk mengetahui punca kegagalan menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (1). Analisis post-mortem dalam pengurusan projek ialah semakan atau analisis berstruktur yang dijalankan selepas projek selesai. Tujuannya adalah untuk memeriksa prestasi projek, mengetahui perkara yang berjalan dengan baik dan perkara yang tidak berjalan seperti yang dirancang, dan mengumpul data untuk penambahbaikan pada masa hadapan (2). Berikut adalah beberapa komponen penting dalam analisis post-mortem projek (3): • Penilaian Keseluruhan Projek: Untuk menilai prestasi projek secara keseluruhan, kumpulan projek perlu mengumpul data-data penting. Ia membantu ahli pasukan bertukar pandangan dan memahami perspektif antara satu sama lain. • Mengenal Pasti Kejayaan: Selepas penilaian keseluruhan prestasi projek, kumpulan perlu mengenal pasti dan mengakui perkara yang berjalan lancar semasa projek untuk meningkatkan kepuasan kerja dengan memberi maklum balas kepada orang ramai tentang hasil dapatan projek. Ini termasuk pencapaian, hasil positif, dan amalan terbaik yang perlu dipertahankan untuk pengerusan projek pada masa hadapan. • Mengenal Pasti Cabaran dan Kegagalan: Untuk mengenal pasti masalah tersembunyi, kumpulan mestilah membentangkan masalah, halangan, kegagalan, dan isu yang timbul sepanjang pengurusan projek selain memberi fokus kepada aspek positif sahaja. • Melakukan Analisis Punca Masalah untuk Isu dan Kegagalan: Apabila cabaran, kegagalan, dan isu dikenal pasti, kumpulan perlu menyiasat penyebab mengapa isu berlaku. Untuk mengelakkan masalah dalam projek seterusnya, adalah penting untuk memahami punca asas masalah. Selain itu, ia membantu peningkatan nilai setiap kumpulan (menunjukkan kemahiran atau pengetahuan yang perlu dipertingkatkan) dan mengenal pasti kelemahan dalam proses pengurusan projek. • Mengedarkan borang maklum balas: Analisis post-mortem bertujuan untuk mendokumentasi maklumat yang diperoleh daripada penghasilan projek. Ahli pasukan boleh mengedarkan borang maklum balas kepada responden beserta kompilasi cadangan penambahbaikan. Dapatan dari hasil borang maklum balas ini boleh menjadi penanda aras untuk pembangunan projek pada masa depan. Rujukan (1) Juliana binti Alwi (2020). Analisis & Post Mortem Pbd. (2) Pettiway, T., & Lyytinen, K. (2017). How Do Post Mortems Contribute To Organizational Learning?. (3) Myllyaho, M., Salo, O., Kääriäinen, J., Hyysalo, J., & Koskela, J. (2004). A Review Of Small And Large Post-Mortem Analysis Methods.
FASA 3: PENUTUP PROJEK 199 LAMPIRAN 3.3.2: TEMPLATE BORANG MAKLUM BALAS Nota: Murid boleh mengubahsuai soalan dalam borang maklum balas mengikut kesesuaian projek masing-masing. Nama Responden: Nama Projek / Produk : BORANG MAKLUM BALAS PRODUK Arahan : Tandakan (√) untuk menyatakan pendapat anda bagi aspek produk yang dinilai Aspek Produk Ya Tidak A. Kefungsian Produk 1. Adakah produk berfungsi seperti yang dikehendaki ? 2. Adakah anda berpuas hati semasa menggunakan produk? B. Ergonomik produk 3. Adakah produk mudah digunakan? 4. Adakah produk sesuai dengan keadaan cuaca ? C. Rekabentuk dan Nilai Estetika 5. Adakah rekabentuk produk ringkas dan menarik perhatian? 6. Bahan untuk menghasilkan produk sangat mudah diperolehi 7. Bahan yang digunakan untuk hasilkan produk adalah mesra alam 8. Adakah produk mudah disimpan ? 9. Adakah produk mudah untuk dibersihkan? D. Keselamatan Produk 10. Adakah produk mempunyai bahagian yang merbahaya (tajam dll) 11. Adakah produk mempunyai ciri-ciri keselamatan ? Penambahbaikan yang perlu dilakukan : _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
FASA 3: PENUTUP PROJEK 200 LAMPIRAN 3.3.3: TEMPLATE ANALISIS BORANG MAKLUM BALAS Nama Projek / Produk : __________________________________________________ Jumlah Responden : _______________________ Kumpulan Sasaran : ______________________ Berdasarkan borang maklum balas yang telah diisi oleh responden, hitung bilangan ya dan tidak dan isikan dalam kotak di bawah. Aspek Produk Ya Tidak A. Kefungsian Produk 1. Adakah produk berfungsi seperti yang dikehendaki ? 2. Adakah anda berpuas hati semasa menggunakan produk? B. Ergonomik produk 3. Adakah produk mudah digunakan? 4. Adakah produk sesuai dengan keadaan cuaca ? C. Rekabentuk dan Nilai Estetika 5. Adakah rekabentuk produk ringkas dan menarik perhatian? 6. Bahan untuk menghasilkan produk sangat mudah diperolehi 7. Bahan yang digunakan untuk hasilkan produk adalah mesra alam 8. Adakah produk mudah disimpan ? 9. Adakah produk mudah untuk dibersihkan? D. Keselamatan Produk 10. Adakah produk mempunyai bahagian yang merbahaya (tajam dll) 11. Adakah produk mempunyai ciri-ciri keselamatan ? Senaraikan cadangan penambaikan berdasarkan borang maklum balas yang telah diisi oleh responden:
FASA 3: PENUTUP PROJEK 201 LAMPIRAN 3.3.4: CONTOH ANALISIS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Contoh cadangan penambahbaikan daripada semua responden dan penggunaan aplikasi ChatGPT untuk membuat ringkasan. PROJEK A: AKUAPONIK Cadangan Penambahbaikan • Cat lebih cantik dan menarik • Kemasan cat dan warna rumah akuqponik boleh ditambah baik dengan lebih cantik • Lampu lebih banyak untuk pencerahan waktu malam • Tambah pot sayuran • Warna lebih ceria • Kena tambah jumlah pot sayuran • Kolam ikan perrlu dibesarkan untuk saiz ikan besar • Perlu tinggikan kedudukan takungan air • Ubah kedudukan takungan air • Kabel wayar perlu diperkemas • Kabel wayar terlalu banyak • Perlu tambah lampu LED pada waktu malam • Tambah lampu • Perlu tambah pengudaraan ikan • Tambah ruang untuk ikan • Kolam lebih besar • Kabel wayar perlu lebih kemas • Tambah ikan • Tambah bilangan sayur Ringkasan Analisis oleh ChatGPT Arahan kepada ChatGPT: Saya menghasilkan satu produk akuaponik dan menerima beberapa cadangan penambahbaikan seperti berikut. Bolehkah jika cadangan ini diringkaskan kepada beberapa poin utama sekitar 100 patah perkataan sahaja (masukkan senarai cadangan penambaikan selepas arahan ini) Jawapan ChatGPT: Cadangan penambahbaikan untuk produk akuaponik anda boleh diringkaskan seperti berikut: • Penambahbaikan warna dan kemasan cat agar lebih cantik dan menarik. • Menambah bilangan pot sayuran. • Menambah lampu, termasuk lampu LED, untuk pencerahan waktu malam. • Membesarkan kolam ikan untuk ikan berukuran besar dan menambah ruang serta pengudaraan untuk ikan. • Memperkemaaskan kabel wayar dan mengubah kedudukan serta ketinggian takungan air. • Ringkasan ini mencakupi aspek estetik, fungsi, dan kepraktisan produk akuaponik anda.
FASA 3: PENUTUP PROJEK 202 PROJEK B: LAMPU MEJA Cadangan Penambahbaikan • Ketebalan bahan yang digunakan boleh ditambah untuk meningkatkan kekuatan supaya produk tidak mudah kemek jika produk tersebut tumbang / jatuh • Bahan agak nipis, tambah lebih tebal • Menambahkan suis motion sensor pada suis lampu untuk memastikan lampu hanya berfungsi apabila terdapat orang di sekitar kawasan tersebut. • Menambahkan keluasan bahagian bawah lampu supaya ruang pencahayaan lebih luas, sekurangkurangnya mencakupi kawasan meja sudut bacaan murid. • Cat boleh ditambah baik dengan warna yang lebih menarik. • Lampu perlu lebih terang • Hasilkan supaya mudah dipegang dan ringan • Lebih ringan lebih baik • Ringan • Rendahkan lampu supaya mudah diletakkan • Dasar lampu perlu lebih stabil • Lebih ringan • Cat warna lebih terang Ringkasan Analisis oleh ChatGPT Arahan kepada ChatGPT: Saya menghasilkan satu produk lampu meja daripada bahan terpakai dan menerima beberapa cadangan penambahbaikan seperti berikut. Bolehkah jika cadangan ini diringkaskan kepada beberapa poin utama sekitar 100 patah perkataan sahaja (masukkan senarai cadangan penambaikan selepas arahan ini) Jawapan ChatGPT: Cadangan penambahbaikan untuk produk lampu meja anda boleh diringkaskan seperti berikut: • Tambah ketebalan bahan untuk meningkatkan kekuatan dan mengelakkan kemek jika jatuh. • Pasang suis motion sensor untuk lampu hanya berfungsi apabila ada orang di sekitar. • Tambah keluasan bahagian bawah lampu untuk pencahayaan lebih luas. • Perbaiki cat dengan warna yang lebih menarik dan terang. • Pastikan lampu lebih terang, stabil, dan ringan untuk kemudahan penggunaan dan mobiliti. Ringkasan ini mencakupi aspek kekuatan, fungsi, estetik, dan kemudahan penggunaan produk lampu meja anda.
FASA 3: PENUTUP PROJEK 203 PROJEK C: SABUN LESTARI Cadangan Penambahbaikan • Guna sabun cecair • Sabun tanpa menggunakan lye / sodium hydroxide • Pelbagai warna • Pembungkusan lebih menonjol • Pelbagai bentuk • Warna lebih ceria • Pelbagai bau • Bau lebih wangi • Pembungkusan yang lebih menarik • Sabun tanpa bahan kimia • Letakkan dalam botol dalam bentuk cecair • Warna lebih banyak • Warna lebih ceria • Bau lebih kuat dan sesuai untuk rumah • Pilihan warna lebih banyak • Sabun organik • Jadikan dalam bentuk cecair • Warna lebih terang • Bau lebih wangi dan lebih kuat • Sabun tanpa bahan merbahaya • Sabun tidak melekit Ringkasan Analisis oleh ChatGPT Arahan kepada ChatGPT: Saya menghasilkan satu produk sabun daripada minyak masak terpakai dan menerima beberapa cadangan penambahbaikan seperti berikut. Bolehkah jika cadangan ini diringkaskan kepada beberapa poin utama sekitar 100 patah perkataan sahaja. (masukkan senarai cadangan penambaikan selepas arahan ini) Jawapan ChatGPT: Cadangan penambahbaikan untuk produk sabun daripada minyak masak terpakai anda boleh diringkaskan seperti berikut: • Hasilkan sabun dalam bentuk cecair dan tanpa bahan kimia berbahaya. • Tawarkan pelbagai warna ceria dan bentuk menarik. • Tambah variasi bau yang lebih wangi dan kuat. • Gunakan pembungkusan yang lebih menonjol dan menarik. • Pastikan sabun tidak melekit dan sesuai untuk kegunaan rumah. Ringkasan ini mencakupi aspek bentuk, warna, bau, keselamatan, dan pembungkusan produk sabun anda.
FASA 3: PENUTUP PROJEK 204 PROJEK D: ROBOTIK Cadangan Penambahbaikan • Reka bentuk robot lebih berwarnawarni dan menarik secara visual. • Reka bentuk menggunakan bahan asas/ terpakai dari rumah. • Jadikan lebih mesra OKU • Guna barang terpakai • Warna lebih menarik • Bahan rekabentuk boleh dihasilkan menggunakan printer 3D. • Menyediakan panduan pembaikan masalah untuk membantu mengesan dan membaiki masalah yang biasa dengan robot. • Cari harga kit yang lebih murah • Dapatkan kit Micro pengawal yang lebih berbaloi/ murah di pasaran. • Tambah ciri-ciri keselamatan atau ciri tambahan untuk OKU (berbunyi, berkelip dan sebagainya.) • Tukar penggunaan bateri kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar. • Menambah ciri keselamatan seperti bumper atau sensor untuk mencegah pelanggaran dengan halangan. • Guna tenaga solar • Harga lebih murah Ringkasan Analisis oleh ChatGPT Arahan kepada ChatGPT: Saya menghasilkan satu produk robot dan menerima beberapa cadangan penambahbaikan seperti berikut. Bolehkah jika cadangan ini diringkaskan kepada beberapa poin utama sekitar 100 patah perkataan sahaja. (masukkan senarai cadangan penambaikan selepas arahan ini) Jawapan ChatGPT: Cadangan penambahbaikan untuk produk robot anda boleh diringkaskan seperti berikut: • Reka bentuk lebih berwarna-warni, menarik, dan menggunakan bahan terpakai atau dicetak 3D. • Tambah ciri keselamatan dan mesra OKU seperti bunyi, lampu berkelip, dan bumper sensor. • Tukar penggunaan bateri kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar. • Menyediakan panduan pembaikan untuk memudahkan penyelenggaraan. • Cari kit dan komponen mikro pengawal yang lebih murah di pasaran. Ringkasan ini mencakupi aspek reka bentuk, keselamatan, kemesraan OKU, penggunaan tenaga, dan kos produk robot anda.
FASA 3: PENUTUP PROJEK 205 PROJEK E: SISTEM PENYIRAMAN AUTOMATIK Cadangan Penambahbaikan • Integrasi penderia cuaca • Optimumkan penggunaan air agar tidak membazir • Sistem pemantauan jarak jauh • Analisis data dan pelaporan • Wujudkan pelaporan untuk penggunaan • Penggunaan teknologi IoT (Internet of Things) • Pemuliharaan tenaga • Pengoptimuman pengedaran air • Manfaat air, jangan ada pembaziran • Pemberian nutrien automatik • Reka bentuk sistem yang boleh ditingkatkan • Reka bentuk yang lebih menarik • Sistem yang automatik dan mudah digunakan • Pemantauan melalui telefon bimbit • Pemantauan daripada rumah atau jarak jauh • Kaedah pelaporan yang mesra penggunaan. • Elakkan pembaziran air • Teknologi IOT yang sesuai • Sistem analisis data mengikut masa Ringkasan Analisis oleh ChatGPT Arahan kepada ChatGPT: Saya menghasilkan satu produk robot dan menerima beberapa cadangan penambahbaikan seperti berikut. Bolehkah jika cadangan ini diringkaskan kepada beberapa poin utama sekitar 100 patah perkataan sahaja. (masukkan senarai cadangan penambaikan selepas arahan ini) Jawapan ChatGPT: Berikut adalah ringkasan cadangan penambahbaikan produk robot anda dalam bentuk senarai: • Integrasi teknologi IoT dan penderia cuaca • Pemantauan jarak jauh melalui telefon bimbit • Sistem automatik untuk pemantauan, analisis data, dan pelaporan masa nyata • Pengoptimuman penggunaan dan pengedaran air serta nutrien • Elakkan pembaziran air • Reka bentuk menarik dan boleh ditingkatkan • Sistem yang mesra pengguna dan menjimatkan tenaga