FASA 3: PENUTUP PROJEK 211 3.5 RUBRIK PENILAIAN KAEDAH PELAKSANAAN Masa 10 minit Objektif Melahirkan murid yang boleh: • Menilai ahli kumpulan melalui borang penilaian rakan sebaya yang disediakan Kaedah pelaksanaan PENGISIAN BORANG PENILAIAN RAKAN SEBAYA (10 MINIT) 1. Murid diterangkan mengenai borang penilaian rakan sebaya atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai peer assessment. Borang ini bertujuan untuk setiap ahli kumpulan memberikan markah kepada rakan ahli secara sulit. 2. Murid diingatkan bahawa markah yang diberikan hanya diketahui oleh guru dan tidak akan diketahui oleh ahli kumpulan lain. Murid diingatkan untuk jujur dalam memberikan markah. 3. Murid diberikan borang penilaian rakan sebaya seperti dalam Lampiran 3.5.1. 4. Jika terdapat murid yang tidak biasa dengan proses penilaian rakan sebaya, guru boleh memberi bantuan sewajarnya. 5. Murid memberikan borang penilaian yang telah disiap diisi kepada guru. PENGHASILAN BORANG MAKLUM BALAS (UNTUK GURU SAHAJA) 1. Guru mengisi borang rubrik penilaian utama, seperti dalam Lampiran 3.5.2. 2. Untuk markah penilaian rakan sebaya, guru boleh menggunakan kalkulator atau Microsoft Excel bagi mengira purata markah penilaian rakan sebaya untuk setiap murid. Refleksi / Nota ● Guru mengenalpasti murid yang kurang faham dengan proses pra penilaian dan memberikan bantuan sewajarnya.
FASA 3: PENUTUP PROJEK 212 LAMPIRAN 3.5.1 - BORANG PENILAIAN RAKAN SEBAYA Borang ini hendaklah dinilai oleh setiap ahli kumpulan secara sulit dan dikumpulkan oleh guru. Tulis semua nama ahli kumpulan, kecuali nama sendiri dan buat penilaian sewajarnya. Markah dinilai berdasarkan penglibatan ahli kumpulan dalam pelaksanaan projek. Nama penilai : _____________________________________________ Kumpulan : _____________________________________________ Kelas : _____________________________________________ NAMA AHLI KUMPULAN KELAS Cadangan Markah (maksimum 6 markah)
FASA 3: PENUTUP PROJEK 213 LAMPIRAN 3.5.2 - RUBRIK PENILAIAN UTAMA Nama murid : _____________________________________________ Kumpulan / Tajuk Projek : _____________________________________________ Kelas : _____________________________________________ Borang rubrik penilaian ini hendaklah diisi oleh guru selepas tamat tempoh projek. Sila tulis markah dalam ruangan yang diberikan. Bahagian A hingga Bahagian C merupakan markah untuk kumpulan manakala Bahagian D adalah markah untuk individu. Kriteria Sederhana (2 markah) Baik (4 markah) Cemerlang (6 markah) A. Perancangan Projek 1. Tajuk Tajuk projek tidak menarik dan tidak sesuai Tajuk projek bersesuaian tetapi kurang menarik Tajuk projek menarik perhatian dan bersesuaian 2. Pernyataan Masalah dan Objektif Pernyataan masalah dan objektif tidak jelas serta tidak menepati kandungan projek Pernyataan masalah dan objektif kurang jelas serta menepati kandungan projek Pernyataan masalah dan objektif jelas serta menepati kandungan projek 3. Gantt Chart Carta Gantt tidak lengkap, perancangan masa yang tidak realistik / sukar dicapai Carta Gantt lengkap, perancangan masa yang kurang realistik Carta Gantt lengkap, perancangan masa yang realistik 4. Perancangan kewangan Perancangan kewangan tidak lengkap dan tidak realistik / tidak mampu dicapai Perancangan kewangan kurang lengkap dan realistik / mampu dicapai Perancangan kewangan lengkap dan realistik / mampu dicapai B. Pelaksanaan Projek
FASA 3: PENUTUP PROJEK 214 5. Pembangunan / Penghasilan Kaedah yang digunakan adalah kurang sesuai dengan tajuk projek Kaedah yang digunakan adalah tepat namun terdapat beberapa kesilapan Kaedah yang digunakan adalah tepat dan bersesuaian 6. Masa pelaksanaan Terdapat kelewatan melebihi 2 minggu berdasarkan carta Gantt Terdapat sedikit kelewatan iaitu 1-2 minggu berdasarkan carta Gantt Projek dilaksanakan mengikut Gantt Chart 7. Kekemasan / Kualiti Kualiti hasil projek adalah tidak kemas dan perlu dihasilkan semula Kualiti hasil projek adalah kurang kemas dan boleh diperbaiki Kualiti hasil projek adalah kemas 8. Analisis & Pemantauan Tiada kaedah analisis / pemantauan dibuat Kaedah analisis dan pemantauan adalah kurang sesuai / kurang lengkap Kaedah analisis dan pemantauan adalah bersesuaian C. Penutup Projek 9. Pembentangan Poster atau slaid pembentangan kurang menarik dan kurang kreatif, terdapat banyak maklumat yang tidak lengkap Poster atau slaid pembentangan yang menarik dan kreatif, namun terdapat info kurang lengkap Poster atau slaid pembentangan yang menarik dan kreatif 10. Analisis Post Mortem & Maklum Balas Tiada post mortem atau maklum balas / Maklumat terlalu minimum Post mortem atau maklum balas dianalisis dengan lengkap, tetapi masih boleh diperbaiki / jumlah responden boleh ditambah Post mortem atau maklum balas dianalisis dengan lengkap dengan jumlah responden yang bersesuaian
FASA 3: PENUTUP PROJEK 215 D. Prestasi Individu 11. Kerjasama dalam kumpulan Agak pasif dan tidak terlibat dalam tugasan yang diberikan Sentiasa memberikan kerjasama dengan baik, namun boleh ditambah baik Sentiasa memberikan kerjasama yang baik semasa bekerja dalam kumpulan 12. Kreatif dan inovatif Sederhana dalam memberikan yang idea kreatif dan inovatif Memberikan yang idea kreatif dan inovatif Sentiasa memberikan yang idea kreatif dan inovatif 13. Disiplin Kehadiran ke mesyuarat / aktiviti lewat lebih daripada 2 kali Kehadiran ke mesyuarat / aktiviti lewat lebih daripada 2 kali Kehadiran ke mesyuarat / aktiviti mengikut masa yang ditetapkan 14. Kualiti Kerja Sederhana Baik Cemerlang 15. Markah penilaian rakan sebaya Markah melalui penilaian rakan sebaya (sehingga 6 markah). Diisi oleh guru, merujuk kepada purata markah penilaian yang telah diberikan oleh ahli kumpulan. 16. Markah Bonus Markah bonus oleh guru (sehingga 6 markah). Boleh dinilai berdasarkan aspek lain seperti kepimpinan, ketelitian, semangat kerja dan lain-lain JUMLAH MARKAH (100)