PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
Pengenalan
Petikan lima rangkap pantuh nasihat selenggaraan Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh yang
termuat dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, muka surat 5 mungkin ringkas dengan hanya 40 patah
perkataan, tetapi sarat dengan kebijaksanaan. Murid tingkatan satu boleh mula berjinak-jinak dengan
percakapan yang sedikit, tetapi bermanfaat, berbanding dengan bercakap banyak, tetapi sia-sia seperti
tin kosong. Baris pertama pantun dua kerat ialah pembayang, manakala baris kedua ialah maksud yang
hendak disampaikan.
Perbincangan rangkap demi rangkap
Rangkap 1
Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.
Penampilan zahir seseorang itu dapat menggambarkan sikap yang dimiliki, kerena segala perbuatan
atau tingkah laku tidak dapat lari jauh daripada cara seseorang itu berfikir dan membuat keputusan.
Lutut di hadapan pelipat, manakala pelipat di belakang lutut.
Rangkap 2
Sarang semut dalam gelap,
Orang selimut selalu lelap.
Orang yang tidak berbuat sebarang kerja (yang produktif) akan selalu ketinggalan, leka dan panjang
angan-angan.
Rangkap3
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
Kekurangan dari segi paras rupa boleh ditutup dengan kebolehan tertentu, misalnya bijak dan sikap
terpuji. Dalam bidang psikologi disebut sebagai kecantikan sosial. Orang-orang yang berjaya dan berilmu
dipandang tinggi kerana status yang dimiliki.
Rangkap 4
Emas, perak, tembaga, suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Orang yang malas berbuat sesuatu tidak akan mengecapi kejayaan yang hakiki. Mereka kekal di takuk
lama.
Rangkap 5
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
Orang yang cekap dan tangkas mampu melakukan banyak kerja secara serentak. Mereka tidak
menunggu peluang yang sempurna untuk mula bertindak, sebaliknya menggembleng segala sumber
yang ada.
NOR AZIZI BIN MOHD. ISA
Munsyi Dewan
Tema:
Nasihat tentang keperluan memupuk sikap yang baik, serta menghindari sikap yang buruk.
Nilai:
1 Kerajinan:
Rangkap 2, tanpa berbuat sesuatu yang bermanfaat, seseorang itu tidak akan dapat mengubah
nasib diri.
2 Kebijaksanaan:
Rangkap 5, berupaya mengatur tindakan segera supaya peluang tida terlepas.
Persoalan:
1 Kerajinan dalam usaha.
2 Kebijaksanaan dalam melakukan pekerjaan
Pengajaran:
1 Kita hendaklah rajin dalam berusaha
2 Kita hendaklah bijak dalam melakukan kerja
NOR AZIZI BIN MOHD. ISA
Munsyi Dewan