NOTA KOMSAS (BAHARU) TINGKATAN 1
PUISI MODEN
KUNCI BAHASA
(Abdul Hadi Yusof)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang berbicara dan
bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.
Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan
bersistematik walaupun berlaku perubahan zaman.
Rangkap 3
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematik sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan.
Rangkap 4
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.
Rangkap 5
Bahasa juga digunakan untuk berkomunikasi.
Rangkap 6
Bahasa didapati begitu indah melalui ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa yang puitis.
Tema
Tema yang ingin disampaikan oleh Abdul Hadi Yusof dalam sajaknya “ Kunci Bahasa” ialah kepentingan
bahasa kepada setiap masyarakat di dunia amnya dan Malaysia khasnya. Bahasa memiliki pelbagai
kepentingan dalam kehidupan masyarakat misalnya bahasa itu digunakan dalam komunikasi sesama
manusia. Tanpa bahasa kehidupan masyarakat akan terbatas.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan penggunaan bahasa yang bersusila Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa yang
digunakan secara bersusila menggambarkan keperibadian penuturnya serta mengelakkan hati
orang lain tergores .
ii. Persoalan silaturahim yang terjalin melalui bahasa Contoh: Penyajak menyatakan bahawa
hubungan sesama manusia terjalin melalui bahasa yang difahami oleh kedua-dua pihak.
iii. Persoalan perkembangan bahasa Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa seharusnya
menerima perkataan-perkataan baharu untuk membolehkan bahasa itu berkembang.
1