The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58165425, 2021-07-13 08:45:35

PERIBAHASA MENGIKUT TEMA

PERIBAHASA MENGIKUT TEMA

PERIBAHASA MENGIKUT TEMA

TEMA: BUDI BAHASA
1. BAGAI KACANG MELUPAKAN KULIT-orang yang lupa akan asalnya atau orang yang
menolongnya.
2. .BAGAI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT.menolong orang yang tidak tahu mengenang budi.
3. BAIK MEMBAWA RESMI PADI DARIPADA MEMBAWA RESMI LALANG.- merendah diri
4. BERKATA PELIHARALAH LIDAH.hati-hati dengan setiap pertuturan
5. HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA.-setiap
manusia dikenang kerana baktinya semasa hidup.

TEMA:KASIH SAYANG/ PERHUBUNGAN
1. AIR DICENCANG TIDAK AKAN PUTUS.-perbalahan antara adik-beradik tidak akan
berpanjangan.
2. . ANAK DI PANGKUAN DILEPASKAN, KERA DI RIBA DISUSUI.-melebihkan orang lain
daripada keluarga sendiri.
3. BAGAI ISI DENGAN KUKU/ BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS/ BAGAI BELIUANG DENGAN
ASAHAN.-hubungan yang sangat rapat.
4. BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH-jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat,tetapi
jika kita berpecah belah, kita akan lemah.
5. BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI-perhubungan yang sangat akrab dan tidak
dapat dipisahkan.

TEMA: PERBUATAN YANG SIA-SIA
1. ADA SAMPAN HENDAK BERENANG.-sengaja menyusahkan diri sendiri
2. HARAPKAN GURH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN.-melepaskan barang yang
dimiliki demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti miliki.
3. KALAH JADI ABU MENANG JADI ARANG.-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung
kerugian.
4. KUTU EMBUN.-orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam.
5. MENCURAHKAN GARAM KE LAUT-melakukan pekerjaan yang sia-sia.

TEMA:SEMANGAT PATRIOTISME/ CINTA AKAN NEGARA
1. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA / BAHASA JIWA BANGSA.-bahasa menjadi lambing dan
identitI sesuatu bangsa
2. DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG.-mematuhi peraturan dan adat di
tempat yang diduduki
3. HILANG BANGSA, LENYAPLAH BANGSA-jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga
akan lenyap
4. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, BAIK JUGA DI NEGERI
SENDIRI.-sebaik-baik Negara orang tidak sebaik Negara sendiri.
5. SEPERTI BURUNG GAGAK PULANG KE BENUA-seseorang yang tidak berubah keadaannya
meskipun telah lama merantau.

TEMA:PENYESALAN.
1. BUANG YANG KERUH , AMBIL YANG JERNIH-buang yang jahat dan ambil yang baik.
2. NASI SUDAH MENJADI BUBUR-perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi.
3. SUDAH TERHANTUK,BARU TENGADAH-setelah mendapat kesusahan barulah hendak
berhati-hati.
4. TAKUT AKAN BAYANG-BAYANG SENDIRI-rasa takut kerana bersalah.

5. SESAT DI HUJUNG JALAN, BALIK KE PANGKAL JALAN.-sekiranya terlanjur dalam melakukan
sesuatu kesalahan,eloklah insaf dengan segera.

TEMA:DAYA USAHA / KESUNGGUHAN
1. ALAH BISA TEGAL BIASA-pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila sering dilakukan
2. ALANG-ALANG BERDAKWAT BIARLAH HITAM.-jika mengerjakan sesuatu, janganlah sekerat
jalan.
3. BELUM SURUH SUDAH PERGI, BELUM PANGGIL SUDAH DATANG.-orang yang rajin
4. BELAKANG PARANG KALAU DIASAH LAGIKAN TAJAM.-jika berusaha dengan gigih, arang
yang bodoh akan berjaya juga
5. MALAS BERDAYUNG, PERAHU HANYUT-kejayaan tidak akan dicapai jika seseorang malas
berusaha.

TEMA:KEBERANIAN
1. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH-berani kerana berada di pihak yang benar
2. BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT-berterus teranglah demi kebenaran walaupun
mungkun akan menyakiti perasaan orang lain.
3. CACING YANG HENDAK MENJADI NAGA-orang yang kecil hendak menyamai menjadi naga.
4. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.-tidak menghiraukan halangan atau masalah.
5. PANTANG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG.-tidak berputus asa sebelum Berjaya.

TEMA: PEMUAFAKATAN / BEKERJASAMA
1. BAGAI AUR DENGANTEBING.-saling membantu dan bekerjasama
2. BAGAI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING.-mementingkan diri
sendiri.
3. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERABA MUAFAKAT.-mencapai kata
sepakat dengan mesyuarat.
4. HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI NYAMUK SAMA DICECAH.-pengagihan yang sama banyak.
5. IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI PECAH SEMUA.-orang yang bermuafakat akan
sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya.

TEMA:BERHATI-HATI/ TELITI/ BERJIMAT CERMAT
1. BERJALAN PELIHARA KAKI, BERCAKAP PELIHARA LIDAH.-melakukan sesuatu kerja dengan
berhati-hati.
2. BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT.-melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati
supaya mendapat hasil yang baik dan sempurna.
3. MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG.-Teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah.
4. SEKALI JALAN TERKENA, DUA KALI JALAN TAHU.-sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada
masa akan datang.
5. MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.-sesuatu perkara yang buruk dapat
dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal.
6. MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.-berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

TEMA:KEPENTINGAN ILMU/ PENDIDIKAN
1. DIAM PENGGALI BERKARAT.-ilmu yang tidak diamalkan akan hilang.
2. HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.-hanya orang yang mahir atau pakar pandai
membuat penilaian tentang perkara tertentu.
3. HENDAK BELAJAR BERENANG DAPATKAN ITIK, HENDAK BELAJAR MEMANJAT DAPATKAN
TUPAI.-hendak mempelajari sesuatu carilah orang yang pakar tentang bidang tersebut.
4. SEPERTI AYAM MEMATUK ANAK.-ibu bapa yang menghukum anak-anak bertujuan
membetulkan kelakuan mereka.

5. SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG.-orang yang cetek ilmu pengetahuan kerana tidak
mengetahui perkembangan semasa.

TEMA:KECANTIKAN
1. BAGAI BULAN DIPAGARI BINTANG/EMAS BARU DISEPUH.-cantik
2. BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA.-sama-sama cantik.
3. BAGAI PINANG DIBELAH DUA/ BAGAI KUNYIT DENGAN KAPUR.-sepadan,secocok.
4. RUMAH BURUK DISAPU CAT.-perempuan tua yang suka
bersolek
TEMA: NASIB MALANG.

1. ANTAN PATAH LESUNG HILANG/ SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA.-kemalangan yang dialami
bertimpa-timpa.
2. BAGAI KERAKAP TUMBUH DI BATU, HIDUP SEGAN MATI TAK MAU.-keadaan hidup seseorang
yang sangat miskin dan melarat.
3. TANAM PADI TUMBUHNYA LALANG.-orang yang bernasib malang kerana segala usahanya
tidak berhasil sebagaimana diharapkan.
4. TIADA BEBAN BATU DIGALAS.-tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah.
5. UNTUNG SEPANJANG JALAN, MALANG SEKELIP MATA.-kemalangan datang secara tiba-tiba.


Click to View FlipBook Version