The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58165425, 2021-07-11 23:06:31

ANYFLIP Prosa Tradisional ASAL PADI

ANYFLIP Prosa Tradisional ASAL PADI

NOTA KOMSAS (BAHARU) TINGKATAN 1

PROSA TRADISIONAL

ASAL PADI

Sinopsis
Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya telah meninggal dunia. Kedua-dua orang anak
lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat. Harta yang tinggal hanyalah sebuah kolam ikan.
Suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang perempuan sedang bersiap-siap untuk pulang ke kayangan.
Si Bongsu mendapat keizinan untuk ke kayangan. Di kayangan, Si Bongsu ditinggalkan sendirian. Dia
melihat sesuatu yang berkilau-kilau seperti emas, sedang dijemur di tengah-tengah dusun. Rupa-
rupanya, sesuatu yang berkilau-kilau itu ialah padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi untuk ditanam
di bumi tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi itu. Apabila berpeluang, Si Bongsu mengambil
segenggam padi lalu melarikan diri. Dia dapat ditangkap lalu dicederakan oleh empunya padi hingga
tumitnya luka. Si Bongsu bermohon supaya dia dibenarkan bekerja dengan empunya padi. Si Bongsu
berjaya menyembunyikan segenggam padi dan memberitahu empunya padi bahawa dia mahu kembali
ke bumi.

Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan berbuah dengan lebat tetapi padi di kayangan sudah tidak
menjadi kerana daya hidup padi di kayangan telah hilang. Empunya padi telah menghantar burung pipit
untuk menyiasat jika padi hidup di bumi. Burung pipit pulang ke kayangan lalu melaporkan bahawa tiada
tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya lalu menghantar Si Tekuri pula. Si Tekuri
akan membunuh pipit jika di bumi ada padi jika sebaliknya, pipit akan membunuh Si Tekuri. Sebaik-baik
tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung
pipit. Burung pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit oleh Si Tekuri dengah kuat hingga temboloknya
telah beralih ke arah tengkuknya. Itulah punca tembolok burung pipit berada di tengkuknya dan inilah
asal usul padi di bumi.

Tema
Tema cerita Asal Padi yang terdapat dalam Prosa Tradisional Tingkatan Satu ialah kebijaksanaan
seseorang dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu bijak menyelesaikan masalah dalam usahanya
mendapatkan padi yang berasal daripada kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerita ini, antaranya:
i. Persoalan keberanian melakukan sesuatu tindakan

Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu ke dalam mulutnya dan melarikan diri
namun dapat ditangkap oleh empunya padi sehingga tumitnya luka.

i. Persoalan kebijaksanaan mencari akal Contoh:
Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat
yang tidak akan diketahui oleh empunya padi.

iii. Persoalan persoalan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain Contoh: Orang-orang
jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh pasangan suami isteri kepada anak-anak
mereka yang masih kecil.

iv. Persoalan bersungguh-sungguh menjaga hak Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi
yang ditanamnya tidak dicuri orang.

1

2


Click to View FlipBook Version