The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMKTI, 2022-10-17 04:04:14

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE 2

SELASA
18 OKTOBER 2022
2.30 PTG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 8, TAMAN INDERAWASIH
13600, PULAU PINANG
TEL/FAX:04-3973561

________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SMKTI(KURI)600-1/1( )

Tarikh:

MINIT MESYUARAT GURU BIL 2: 2022/23

Tarikh : 23 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 2.30 ptg – 5.05ptg

Tempat : Bilik Gerakan , SMKTI

1. Tn . Hj. Ramli B. Ahmad 20. Pn. Musliza Bt Madi

2. En. Sugumaran A/L Rajandran 21. En. Khairul Anuar Bin Ramli

3. Pn. Norzakiah Bt. Hamid 22. Pn. Muthuletchumi A/P Kalyana Sundram

4. En. Anthony Samy A/L Muniyandi 23. Pn. Nasirah Bt. Mat Isa

5. Pn. Asimah Bt. Saat 24. Pn. Noraznieza Bt. Mohd Yusof

6. Pn. Rosnah Bt. Othman 25. Pn. Nooraidila Bt. Saaid

7. Pn. Wan Basthiah Bt. Hj. Abd. Rahman 26. Pn. Noorita Bt. Pauzi

8. 8. Pn. Devakunchari A/P Subramaniam 27. Pn. Normala Bt. Ibrahim

9. Pn. Nur Adila Bt. Ab Sukur 28. Pn. Nur Khairina Bt. Abd Manaf
9. 110. Pn.’Asrah Binti Abdul Hamid 29. Pn. Nur Raihan Bt. Azmi

11. Pn. Chew Siew Mun 30. Pn. Nurhazwani Bt. Jamil

12. Pn. Izean Bt. Abd Wahab 31. En. Padanathan A/L Nadason

13. Pn. Jamilah Bt. Mohd. Nor 32. Pn. Phuah Siew Imm

14. En. Lai Nam Chun 33. Pn. Rahmah Bt. Abdullah

15. Pn. Law Mee Peng 34. Pn. Rahmas Bt.Mohamad Shoroin

16. Pn. Lee Leng Leng 35. Pn. Romah Bt. Husin

17. Pn. Marlizam Bt. Md Ramli 36. Pn. Siti Zurairah Bt. Abdul Hamid

18. En. Mohd Zaiman B. Ali 37. Pn. Zainon Bt. Yazid

10. 19. En. Mohd Rahmat Bin Shahabudin 38. En. Zulkifli B. Harun

Tidak Hadir Bersebab: 9. Nura Binti Ahmad
10. Parveenderjit Kaur A/P Maljit Singh
1.Cik Chin Lee Hoon 11. Quay Kuan Neo
2.Hafizah Binti Raslan 12. Rashidah Binti Sidek
3.Goh Bee Sian 13. Suzana Binti Ismail
4.Khairul Nizam Bin Abdul Manaf 14. Tan Mee Hiang
5.Komathy A/P Gopalan 15. Muhamad Rasimi Bin Muhamad Yusup
6.Mariani Binti Emran 16. .Mohd Firdaus Bin Aziz
7.Mohd Amran Bin Wahab
8.Mohd Nuhairi Bin Abd Rahman

1

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

Pengerusi Tuan Haji Ramli Bin Ahmad mengucapan syukur dan jutaan terima kasih kepada semua guru
yang telah meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat guru kali ke dua. Objektif perjumpaan untuk
mengetahui perkembangan kuriklum, kokurikulum, dan sebagainya.

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu

Puan Wan Basthiah mencadangkan supaya minit mesyuarat diterima.
Menyokong cadangan tersebut ialah Encik Zulkiflee bin Harun.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Perkara 2.2.3, belum memberi sumbangan RM50 kepada kelas yang berjaya mengekalkan ciri-ciri abad
ke 21. Sumbangan ini akan diberi pada akhir tahun kerana ingin memastikan ciri-ciri abad ke 21 itu kekal
baik.
Tindakan:Guru Tingkatan

3.2 Perkara 2.3, keutamaan hadir ke mesyuarat dan menepati masa ,kecuali ada urusan rasmi luar sekolah

Makluman

3.3 Perkara 2.4 sedikit kesilapan dalam Buku Pengurusan Sekolah, Jawatankuasa Kewangan ,Puan Norizan
digantikan dengan En.Shafawi Danish. Manakala Juru Audit Dalaman disertakan juga dengan nama Cik
Tan Mee Hiang.
Makluman

4.0 Taklimat Tuan Pengetua

4.1 Keputusan SPM Calon 2021

4.1.1 Pengerusi memfokuskan keputusan SPM calon 2021,seperti yang dimaklumkan keputusan telah
diumumkan pada 16 Jun 2022 (Khamis) dan agak mendukacitakan kerana sekolah tidak mencapai target
yang disasarkan iaitu 4.76, tetapi sekolah telah memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak
5.58.
Makluman

4.1.2 Keseluruhan menunjukan kemerosotan kualiti dan kuantiti, tetapi pengerusi akan berbincang dengan
lebih lanjut dalam mesyuarat Dialog Prestasi yang akan diadakan bersama Ketua Panitia pada minggu
akan datang dengan memperincikan mengikut kaum, jantina dan pendapatan keluarga.

Tindakan: Ketua Panitia

4.1.3 Tahun 2020 GPS sebanyak 4.96, untuk itu pada tahun 2021 sekolah menetapkan target peningkatan

GPS kepada 4.76 , berlaku kemerosotan GPS kepada 5.58 iaitu menurun sebanyak 0.62. Manakala

peratus lulus (layak sijil 2020 : 83.61% , bagi tahun 2021: 73.72% . Kemerostotan

sebanyak 9.89 %.

Makluman
2

4.1.4 Pengetua meminta para guru terus berusaha mendapat semula gred yang terbaik. Sekolah pernah mendapat
rekod yang terbaik sebanya 4.96 tahun 2020 manakala gred tertinggi setakat ini pada tahun 2018 iaitu
sebanyak 5.64.
Tindakan: Semua Guru Subjek SPM

4.1.5 Untuk itu pengetua menekankan bahawa semua guru faham akan penetapan target baharu untuk
GPS sekolah dengan #gpsspmkepala4.0. Guru disarankan untuk menggandakan usaha bagi peningkatan
dalam Peperiksaan SPM 2022.

Makluman

4.1.6 Pengetua mencadangkan agar target ini akan dipaparkan dalam kelas SPM supaya pelajar tahu GPI
mereka. Sehubungan dengan itu, gimik penganugerahan Sijil Aku janji (Penetapan Target SPM) akan
dilaksanakan pada 22 Julai 2022 jam 8.30 pagi di semua kelas tingkatan 5.

Tindakan: Semua Guru Kelas Tingkatan 5

4.1.7 Memandangkan keputusan yang tidak begitu baik, Pengetua menetapkan untuk mengaktifkan kembali
Kelas Pemantapan. Untuk itu Pengetua meminta supaya para guru bersedia melaksanakannya semasa cuti
sekolah akan datang, Kelas Pemantapan adalah salah satu strategi peningkatan SPM 2022.

Tindakan: Semua Guru Subjek SPM

4.1.8 Jadual Kelas Pemantapan akan diberi seminggu sebelum bercuti. Untuk itu guru disarankan bagi mengatur
percutian sebaik mungkin supaya tidak bertembung dengan Jadual Kelas Pemantapan.

Makluman :Semua Guru Subjek SPM

4.1.9 Disebabkan oleh kemerosotan GPS dalam SPM lepas maka guru-guru diingatkan supaya bersedia
dengan lawatan bimbingan dan kunjungbantu dari pihak PPD dan JPN. Mereka akan datang pada bila-
bila masa sahaja. Semua guru diharap bersedia dengan PdPc, program-program ,fail serta lain-lain yang
berkaitan.

Makluman dan Tindakan kepada Semua Guru

4.2 Sekolahku Sejahtera

4.2.1 Pengetua mewajibkan semua guru untuk menerapkan 1 atau 2 nilai dalam Sekolahku Sejahtera dari 14
nilai tersebut dalam PdPc iaitu ;

S: Selamat Seronok dan Sihat
E: Etika dan Empati
J: Jati Diri
A: Adab Sopan
H: Harmoni
T: Tekun Teliti dan Terampil
E: Eksplorasi

3

R: Rasional
A: Artikulasi

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

4.3 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )

4.3.1 Setiap guru mesti tahu mengenai PBD. 4 orang penyelaras telah dilantik untuk Penjaminan Kualiti.
Mereka adalah;

I- Puan Asimah binti Saat sebagai Ketua Pementoran:
Membantu para guru untuk memahami proses PBD. Walau bagaimanapun Setiausaha PBD
Cik Chin Lee Hoon telah memberi penerangan kepada semua guru. Justeru itu lantikan
Puan Asimah adalah untuk memperkasakan serta memantapkan lagi proses perlaksanaan
PBD.

II- Puan Rosnah Binti Othman sebagai Ketua Penyelarasan:
Menetapkan Tahap Pengusaan (TP) setiap murid
bersifat adil.

III- Puan Devakunchari A/P Ketua Pemantauan :
Memastikan pelaksanaan PBD mengikut garis panduan apa yang telah dikeluarkan oleh KPM .

IV- Puan Wan Basthiah Binti Haji Abdul Rahman sebagai Ketua Pengesanan:
Bertanggungjawab untuk menyemak dan menilai kesesuaian instrumen pentaksiran yang
dilaksanakan dalam kelas.

Makluman dan Tindakan Kepada Semua Ketua Bidang

4.3.2 Guru mempunyai persoalan dan perlukan penjelasan tentang PBD bolehlah berjumpa dan berbincangan
dengan penyelaras yang telah dilantik.

Makluman

4.3.3 Ketua Panitia juga boleh memainkan peranan sebagai mentor PBD. Dalam panitia boleh lantik 4 orang

untuk melaksanakan Penjaminan Kualiti. Mereka boleh berjumpa dengan guru-guru yang

telah dilantik dari kalangan Ketua Bidang untuk menjelaskan bekenaan Penjaminan Kualiti PBD.

Tindakan : Ketua Panitia serta Ahli Panitia

4.3.4 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dimansuhkan, justeru itu PBD diberi keutamaan dalam menilai pelajar.
Untuk itu pihak pengurusan telah memutuskan untuk mengadakan satu lagi Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) berfokus kepada perlaksanaan PBD yang lebih mantap dengan bantuan dari
penceramah luar.

Makluman

4.4 Tahap Kesiapsiagaan Imej dan Pengimplementasian Kelas Abad ke 21

4.4.1 Dari sudut pemantauan, didapati bahawa semua kelas berada pada tahap memuaskan
sahaja . Tidak sampai 100% pelaksanaan seperti elemen 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kebersihan)
kelas Abad ke 21 belum capai tahap baik. Dari pemantauan sebelum ini dan terakhir pada pagi hari ini,

4

terdapat belakang kelas dan bawah meja pelajar yang masih lagi kotor.

Makluman

4.4.2 Minta pelajar bertugas, jangan mula PdPc selagi kelas tidak bersih dan kemas. Begitu juga koridor,
jangan tunggu petugas kebersihan untuk bersihkan.

Tindakan : Guru Subjek

4.5 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

4.5.1 Berbangkit kepada fasa 1 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), tamat pada
20 Jun yang lalu. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Penilai 1 dan 2 yang telah mengisi
borang skor .

Makluman

4.5.2 Fasa ke dua akan bermula pada 3 September hingga 11 November, diingatkan supaya semua pegawai
yang dinilai mesti buktikan dokumen sokongan iaitu satu pogram kecil atau besar, individu atau
kelompok yang menunjukan kepada bukti program berimpak tinggi. Program yang dilaksanakan mesti
boleh meningkatkan kemenjadian pelajar.
Makluman

4.5.3 Pencerapan sudah bermula , guru yang belum selesai boleh teruskan. Buku latihan kena semak supaya
tahu peningkatan pelajar.
Makluman

4.5.4 PK Pentadbiran, akan keluarkan jadual penghantaran buku latihan / nota pelajar mengikut tingkatan
dan mata pelajaran. Para guru diminta peka terhadap jadual pernghantaran. Pihak pengurusan telah
bersetuju untuk menetapkan sebanyak 10 buah buku wajib dihantar untuk setiap kelas ( 3 buah buku
kategori cemerlang , 3 buah buku kategori sederhana dan 4 buah buku kategori lemah).
Makluman

4.6 Pengurusan pelajar

4.6.1 Peringatan kepada guru Pendidikan Jasmani supaya tidak membiarkan pelajar bermain di tempat
parkir kereta guru dan dewan. Aktiviti permainan badminton sahaja yang sesuai di dewan.
Perlaksanaan Pendidikan Jasmani boleh dijalankan di padang sekolah.

Tindakan : Guru Pendidikan Jasmani

4.6.2 Mengingatkan guru supaya meminta pelajar menjaga kebersihan dewan selepas digunakan, kerana
selepas aktiviti permainan terdapat pelitup muka bekas makanan dan sebagainya.

Tindakan : Guru Pendidikan Jasmani

5

4.7 Info infrastruktur sekolah

4.7.1 Sekolah telah dikunjungi oleh Penolong Pegawai Jurutera Daerah dan daripada hasil pemantauan
mereka, sekolah akan mendapat beberapa peruntukan pembaikpulih bagi infrastruktur yang mengalami
kerosakan seperti berikut ;

i- Semua pokok antara bangunan akan ditebang habis.
ii- Semua bumbung yang rosak dalam tindakan mereka
iii- Rumah Pengawal Keselamatanakan diganti baru.
iv- Pintu kelas yang rosak akan diganti.
v- 4 buah tandas akan dinaik taraf

Makluman

4.7.2 Berkaitan permohonan dari YB Puan Kasthuriraani A/P Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan
(P046) ,sebanyak 4 buah LCD (Liquid Crystal Display). Jika permohonan itu diluluskan, 4 orang Ketua
Bidang akan diamanahkan utuk menyimpan. Guru-guru subjek di bawah Ketua Bidang boleh
dapatkan dari mereka untuk kegunaan dalam proses pengajaran.

Makluman

4.7.3 Sekolah dalam senarai untuk dicat semula.

Makluman

4.7.4 Kelas 1 Intan sudah maklum akan kebocoran siling dalam kelas. Tindakan akan diambil.
Makluman

4.7.5 Encik Padanathan A/L Nadason mencadangkan supaya tidak menebang pokok-pokok tetapi
menyarankan hanya dicantas sahaja rantingnya. Hal ini akan menyebabkan keadaan akan menjadi panas
serta pokok- pokok tersebut berpotensi menjadi sekolah botanik. Lagi pun pokok yang besar
kebiasaaannya mengambil masa yang lama untuk tumbuh. Pengerusi mengulas cadangan tersebut dengan
memberi sebab bahawa pokok yang banyak tidak ada penyelenggaraan. Selain itu cadangan pokok ini
ditebang kerana akan merosakan struktur bangunan . Kebiasaan akar akan menyusur di bawah dasar
bangunan menyebabkan terdapat ruang kosong yang menjadi tempat sarang biawak. Pokok tersebut juga
menjadi tempat gagak bertenggek serta menyebabkan menjadi tempat pembuangan najis burung.
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas cadangan yang baik itu. Pengerusi mencadangkan selepas
dibuang semua pokok boleh tanam semula pokok yang tidak terlalu besar.

4.7.6 Berkenaan Taman Herba, jika tidak ada yang bertangungjawab, pengerusi minta kosongkan kerana
sekolah akan menjadi pusat mengundi. Pengerusi minta pekerja pembersihan mengosongkan taman
tersebut. Untuk itu sesiapa yang berminat dengan pokok-pokok yang terdapat dalam taman
tersebut boleh mengambilnya sebelum dibuang oleh pekerja pembersihan.

Makluman

6

5.0 Taklimat : PK Pentadbiran

5.1 Dialog Prestasi Fasa 1 akan diadakan pada 28/06/2022 (Selasa). Guru mata pelajaran Tingkatan Lima perlu
buat pembentangan berdasarkan analisis keputusan SPM 2021. GPS sekolah telah turun ke 5.58 dan
bilangan pelajar mendapat keputusan cemerlang (A) turut merosot. 90% GPMP daripada semua mata
pelajaran SPM menurun. Dalam situasi begini kemungkinan besar pegawai akan melawat ke sekolah. Maka
semua guru sekolah perlu bekerjasama menjayakan program #gpsspmkepala4.0 untuk meningkatkan GPS
sekolah.
Makluman

5.2 Slaid DP Fasa 1 sekolah telah disediakan oleh SU Kurikulum. Ketua Panitia perlu gunakan slaid yang sama
untuk menyediakan analisis keputusan berdasarkan pendapatan keluarga kategori B40 dan M40, mengikut
perbezaan jantina serta kaum. Maklumat data keseluruhan B40, M40, jantina dan kaum telah dihantar oleh
Pn Rashidah dalam Telegram Rasmi sekolah. Maka KP mata pelajaran perlu sedut data tersebut untuk
melengkapkan slaid DP panitia masing-masing. Template berkenaan perlu dilengkapkan dengan maklumat
mengenai kekuatan, kelemahan dan pelan intervensi. Maka ketua panitia mata pelajaran perlu sediakan
OPP Taktikal dan OPP Operasi untuk program intervensi yang dirancang. Seterusnya ketua panitia mata
pelajaran perlu target 10 pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan cemerlang iaitu 4 A+, 3A dan
3A-.
Tindakan: Ketua Panitia

5.3 Pencerapan Fasa 1 mulai 13/06/2022 hingga 30/06/2022 telah selesai dilaksanakan dan pencerapan kedua
akan bermula pada bulan Julai. Guru yang terlepas daripada pencerapan mengikut jadual yang disediakan
perlu menetapkan tarikh baru pencerapan dengan pegawai penilai. Semua guru mesti menghantar buku
latihan pelajar selepas pencerapan berdasarkan jadual penghantatan buku latihan yang akan disediakan oleh
PK Pentadbiran. Para pencerap diminta menyemak dan memastikan PYD memeriksa buku latihan pelajar
secara konsisten. Borang SKPMg2 lama akan digunakan semasa pencerapan sehingga dapat borang baru.
Borang tersebut perlu dicetak dan disimpan di dalam Fail Khas Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan.
Tindakan: Barisan Pentadbir

5.4 Peperiksaan Dalaman ada penambahbaikan dalam aspek penyediaan kertas soalan. Peperiksaan
Pertengahan Tahun akan dikendalikan mulai 8/08/2022. SU Peperiksaan telah menghantar Jadual
Peperiksaan Pertengahan Tahun dalam Telegram Rasmi Sekolah. Kertas soalan yang disediakan oleh guru
mata pelajaran akan dikutip oleh SU Peperiksaan Menengah Rendah dan Menengah Atas. Tarikh akhir
penghantaran kertas peperiksaan kepada SU peperiksaan ialah pada 15/07/2022 (Jumaat). Guru penyedia
soalan tidak dibenarkan untuk menghantar kertas peperiksaan ke Bilik Cetakan dan peraturan ini
dikuatkuasakan mulai pelaksanaan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022/23. Penyedia soalan
diperingatkan untuk menjaga ‘margin’, elak gambar yang gelap, catat bilangan muka surat dan bilangan
salinan yang diperlukan semasa menghantar kepada SU Peperiksaan. Proses mengelip dan membungkus
kertas peperiksaan perlu dilaksanakan dalam Bilik Peperiksaan. SU Peperiksaan akan menyediakan plastik
untuk membungkus kertas.
Tindakan: Semua Penyedia Kertas Soalan

5.5 Semua guru mata pelajaran perlu mengisi Tahap Pencapaian PBD pelajar dalam pautan yang disediakan.
SU PBD telah menyediakan template sementara pengisian perekodan di peringkat sekolah untuk semua
mata pelajaran mengikut kelas. Pn Chin memaklumkan bahawa akan ada penukaran template perekodan
PBD. SU PBD sedang mengusahakan Fail Pentaksiran PBD yang lengkap untuk semua guru. Semua KP
dipesan untuk menghantar QR Code DSKP mata pelajaran panitia masing-masing sebelum 27/06/2022
(Isnin). Guru perlu mencetak dan menyimpan perekodan tahap pencapaian pelajar dalam fail tersebut. PT3
telah dimansuhkan dan penilaian tahap pencapaian pelajar tingkatan 3 akan ditentukan berdasarkan

7

pentaksiran PBD. Maka eviden pelaksanaan pentaksiran PBD sepanjang tahun perlu disimpan sebagai
rujukan apabila ada lawatan pegawai.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

5.6 Sekolah telah masuk Modul 5 TS25. Maklumat berkenaan modul berkenaan akan disampaikan oleh PK
Pentadbiran dari masa ke semasa.
Makluman

5.7 Senarai semak penyediaan kelas Abad 21 telah diedarkan pada awal tahun. Keseluruhan bilik darjah masih
tidak lengkap berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Maka guru kelas dan pembantu guru kelas diberi
tempoh masa sehingga 1/07/2022 (Jumaat) bagi persediaan semula mengikut senarai semak kelas.
Tindakan: Guru Kelas & Pembantu Guru Kelas

5.8 Amalan melindungi masa intruksional adalah sangat penting di kalangan guru. Semua guru harus sentiasa
mematuhi waktu persekolahan.
Makluman

5.9 Penilaian PBPPP Fasa 1 telah selesai dilaksanakan dan penilaian Fasa 2 akan dibuat pada bulan September.
Maka para guru boleh berbincang dengan PP1 dan PP2 untuk penambaikan dalam penilaian seterusnya.
Makluman

5.10 Guru dinasihatkan supaya tidak membelakangkan tugas untuk kepentingan hal-hal peribadi. Maka guru
perlu mengutamakan kepentingan organisasi, tidak ingkar perintah dan tidak cuai dalam melaksanakan
tanggungjawab.
Makluman

5.11 Pesanan mengutip salinan kad pengenalan belum diselesaikan oleh guru tingkatan. Maka semua guru
tingkatan diminta mengutip salinan kad pengenalan pelajar dan simpan dalam fail untuk kegunaan urusan
rasmi apabila diperlukan.
Tindakan:Guru Tingkatan

5.12 Guru dimaklumkan bahawa meluluskan cuti sakit dan cuti rehat Khas (CRK) adalah hak ketua jabatan.
Ketidakhadiran guru ke sekolah akan membebankan guru lain yang perlu mengganti kelas.
Makluman

5.13 Guru mata pelajaran PJK dan guru penasihat Unit Kokurikulum diminta mengawasi kehadiran pelajar
kerana didapati ada pelajar yang ponteng dan berkeliaran di tingkat 3 pada waktu aktiviti Kokurikulum dan
Pendidikan Jasmani.
Tindakan: Guru Mata Pelajaran PJK dan Guru Penasihat

6.0 Taklimat PK HEM
6.1 Kehadiran Pelajar

6.1.1 Analisis kehadiran bulan Mei menunjukkan 77.2%. Sedangkan KPI 90 %, Puan Norzakiah
mengharapkan dapat capai hampir 90%. Fokus utama kepada tingkatan 5. Kehadiran pelajar tingkatan 5
setiap hari dalam lingkungan 85-89 per 104 orang sahaja hadir. Nama-nama pelajar yang selalu tidak
hadir sudah dikenalpasti tertutama kelas 5 Zamrud. Cikgu Khairul Nizam selaku guru kelas tersebut telah
mengambil tindakan keluarkan surat amaran.
Makluman

8

6.1.2 Pelajar yang mempunyai masalah kehadiran kerana tidak mahu datang seolah (tidak faham Bahasa
Melayu) dan seorang lagi kerana tidak sihat akibat vaksin Covid tetapi tiada surat rasmi dari pihak
hospital, maka pihak sekolah akan menghubungi waris untuk tindakan selanjutnya.
Tindakan : Puan Norzakiah

6.1.3 Pelajar tingkatan 5 Mutiara , Muhammad Safar kerap tidak hadir ke sekolah kerana perjalanan yang
jauh, datang ke sekolah dengan menaiki motorsikal serta alasan bahawa membantu ibu bapa bekerja .
Pihak kaunselor sudah berbincang dan menyarankan untuk beliau berpindah tetapi masih kekal di sekolah.
Makluman

6.1.4 Lain-lain masalah tidak hadir di kalangan pelajar tingkatan 5 dapatan menunjukan mereka malas,
bekerja tolong keluarga kerana susah
Makluman

6.1.5 Mengucapkan terima kasih kerana prihatin sebab sebelum keluarkan surat amaran di mana guru
terlebih dahulu berkomunikasi dengan waris pelajar. Terutama Puan Chiew Siew Mun yang selalu
bertanya. Puan Norzakiah mengharapkan keperihatinan guru itu terhadap pelajar kelas masing-
masing. Walaupun fokus kepada tingkatan 5 tetapi guru-guru Tingkatan 1 hingga 4 harap guru prihatin
dan kerap bertanya dengan waris.
Tindakan : Guru Kelas dan Pembantu

6.1.6 Terdapat juga pelajar yang hadir tetapi tidak belajar.Harap guru mata pelajaran yang mengajar
mengambil tindakan sebaiknya.
Tindakan : Guru Matapelajaran

6.1.7 Di akhir bulan pastikan setiap guru kelas atau pembantu menyemak semula ketidakhadiran pelajar
sama ada berkala atau selang-seli serta mengambil tindakan .
Tindakan : Guru Kelas dan Pembantu

6.2 Pengurusan kelas

6.2.1 Pentadbir juga memantau kelas , dapatan bahawa guru kelas telah menyediakan jadual tetapi nama
pelajar yang bertugas tiada . Kelas kotor dengan sampah . Mohon guru kelas mengambil tindakan yang
cepat untuk sediakan jadual tugas dan jadual waktu, carta organisasi kelas dan sebagainya juga perlu
sediakan.
Tindakan : Guru Kelas dan Pembantu

6.2.2 Selepas waktu rehat, sisa makanan ada dalam kelas sedangkan pelajar makan di kantin. Ini
disebabkan mereka membeli makanan di kantin dan koperasi dan makan dalam kelas selepas habis waktu
rehat. Minta guru kelas/ subjek ambil tindakan.
Tindakan : Guru Matapelajaran

6.2.3 Kehadiran pelajar waktu petang semasa kokurikulum, didapati ada yang membawa kawan dari sekolah
lain. Sudah maklum kepada Pengawal Keselamatan untuk memantau hal ini di pintu masuk sekolah.
Makluman

6.2.4 Pastikan pelajar memakai baju PJ SMKTI bukan baju selain itu serta pastikan guru ada bersama pelajar
ketika aktiviti latihan rumah sukan.
Makluman

6.2.5 Sudah berbincang dengan Pengetua tentang langkah bagaimana mengelak pelajar tidak menaik ke
bangunan sekolah sewaktu aktiviti petang. Ini disebabkan terdapat laporan terdapat pelajar di dalam kelas.
Makluman

9

6.2.6 Terdapat juga pelajar dari rumah sukan lain yang terlibat dengan jadual aktiviti latihan rumah sukan
datang ke sekolah. Hal ini menyebabkan sukar mengawal aktiviti pelajar.
Makluman

6.2.7 Terdapat juga pelajar yang membeli makanan dan minuman dari luar dan makan di kantin serta
tinggalkan bekas-bekas serta sisa makanan berselerak pada waktu petang. Padahal pihak kantin telah
kemas dan cuci bersih di pihak mereka. Dengan ini mohon kerjasama para guru untuk sama-sama
menegur pelajar serta memantau keadaan kantin sebelum pulang.
Tindakan : Semua Guru

6.2.8 Terdapat pelajar yang bawa telefon bimbit . Sama ada bawa pada waktu pagi atau pulang ke rumah dan
membawa telefon . Puan Norzakiah memaklumnkan bahawa hari ini ada pemeriksaan, terdapat pelajar
yang ditangkap membawa telefon serta barang larangan. Perlu tegaskan kepada pelajar bahawa telefon
ialah barangan larangan walaupun pelbagai alasan mereka. Semua guru adalah guru disiplin . Minta guru
sama-sama menegur pelajar .
Tindakan : Semua Guru

6.2.9 Minta sewaktu PdPc guru pantau dan tegur pelajar barisan belakang kerana mereka tidak memberi
perhatian sewaktu guru mengajar. Jika semua menegur kita akan dapat atasi masalah pelajar kita .

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

6.2.10 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah sediakan sijil-sijil serta dokumen pelajar
tingkatan 5 tahun lepas. Kita telah serahkan kepada semua kepada mereka semasa penyerahan slip
keputusan peperiksaan SPM.
Makluman

7.0 Taklimat PK Kokurikulum
7.1 PK Kokurikulum memaklumkan SMKTI menjadi Tuan Rumah Pengelolaan Pertandingan Bola Jaring
Peringkat MPSPP Zon Permatang Pauh. Pertandingan ini akan diadakan pada 28 dan 29/06/2022 (Selasa
& Rabu) di Padang SMKTI. 12 pasukan kategori umur bawah 15 tahun dan 10 pasukan kategori umur atas
15 tahun akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. PK Kokurikulum telah menghadiri mesyuarat
pengelolaan pada 2/06/2022 dan pihak sekolah diminta menyediakan 4 gelanggang, tiang bola 4 pasang,
payung 4 , jam randik 4, ‘score board’ 4 (perlu dipinjam daripada sekolah yang berdekatan). Sebagai selaku
tuan rumah, PK Kokurikulum mengharapkan pasukan sekolah akan menang dalam pertandingan tersebut
dan mengharapkan kerjasama daripada semua warga sekolah untuk menjayakan pertandingan ini.
Makluman

7.2 Pada hari pertandingan Bola Jaring, pelajar perempuan dibenarkan berada di padang sekolah. Manakala
pelajar lelaki dilarang berada di padang sekolah.
Makluman

7.3 Kehadiran pelajar untuk latihan rumah sukan pada hari Isnin dan Selasa perlu diawasi kerana ada pelajar
mengambil kesempatan dan hadir tidak mengikuti jadual yang ditetapkan. Didapati pelajar dari sekolah
lain turut masuk ke kawasan sekolah. Oleh itu, guru penasihat perlu mengawasi pergerakan pelajar dan
mengambil kehadiran mereka.
Makluman

10

7.4 PK Kokurikulum memaklumkan Merentas Desa akan diadakan pada 1/07/2022. Manakala Kejohanan
Olahraga Tahunan akan diadakan pada 27/08/2022 (Sabtu). Seterusnya Hari Kokurikulum akan diadakan
pada 15/09/2022. Guru penasihat diminta memaklumkan tarikh-tarikh berkenaan kepada pelajar kerana
mereka perlu berlatih.
Makluman

7.5 PK Kokurikulum memaklumkan perkembangan terbaru dalam aspek pemberian markah dalam aktiviti
Kokurikulum dan sukan. Pelajar yang memegang jawatan dalam Unit Beruniform tidak akan diberi markah
Kokurikulum seperti pemberian markah untuk kelab & persatuan, permainan dan sukan. Markah hanya
diberikan kepada pelajar yang ada pangkat. Rujuk jadual pemarkahan yang ditetapkan apabila memberi
markah kepada pelajar yang memegang jawatan dan pangkat. Guru penasihat kelab & persatuan,
permainan dan sukan perlu memastikan pelajar memegang sesuatu jawatan selama sekurang-kurangnya 7
bulan secara berterusan. Bagi aspek komitmen, guru boleh bermurah hati dalam pemberian markah
berdasarkan eviden yang disediakan. Manakala bagi aspek sumbangan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di peringkat sekolah, pelajar layak mendapat 10 markah. Seterusnya dalam aspek kehadiran
ada perubahan. Perjumpaan bagi setiap unit kokurikulum ialah sebanyak 10 kali dan jumlah markah bagi
aspek kehadiran ialah 30 markah iaitu 10 markah bagi keseluruhan kehadiran untuk setiap unit
kokurikulum. Oleh itu guru penasihat diminta merancang aktiviti dan menyediakan eviden untuk memberi
markah kehadiran sepatutnya kepada pelajar.
Makluman

8.0 Hal-hal Lain

8.1 Puan Muthuletchumi bertanya mengenai kekurangan guru Bahasa Inggeris supaya minta ada pengganti
secepat mungkin. Pengetua memaklumkan bahawa pihak PPD sudah maklum tentang perkara tersebut.

Makluman

8.2 Puan Zainon selaku pengerusi KKGS, mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
menjayakan majlis yang telah dianjurkan oleh KKGS. Beliau memaklumkan hasil perbincangan bersama
ahli KKGS program seterusnya adalah untuk membuat lawatan ke Cameron Highland pada 16-17
September. Bajet anggaran sejumlah Rm 150 seorang. PK Kokurikulum memaklumkan bahawa tarikh
tersebut bertembung dengan hari Kokurikulum Sekolah. Jadi untuk itu Pengetua meminta untuk
mencadangkan tarikh lain jika tidak sesuai.

Tindakan : Pengerusi KKGS

9.0 Ucapan Penangguhan

Mengucapkan terima kasih kepada semua guru serta ucapan penangguhan pada jam 5.05 minit.

11


Click to View FlipBook Version