1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH TINGKAT KIKIK 8, TAMAN INDERAWASIH 13600, PULAU PINANG TEL/FAX:04-3973561 __________________________________________________________________________________________ Ruj.Kami : SMKTI(KURI)600-1/1( ) Tarikh : 14 April 2023 MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 :2023/24 Tarikh : 14 Mac 2023 (Selasa) Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Taman Inderawsih Kehadiran : 1. Tn. Hj. Ramli B. Ahmad -Pengetua 2. Pn. Susilawati Binti Saad -Pen. Kanan Pentadbiran 3. Pn. Norzakiah Bt. Hamid -PK Hal Ehwal Murid 4. En. Anthony Samy A/L Muniyandi -PK Kokurikulum 5. Pn. Rosnah Bt. Othman 6. Pn. Asimah Binti Saat 7. Pn. Devakunchari A/P Subramaniam 8. Pn. Asma Ayu Binti Ahmad Shukri 9. Pn.’Asrah Binti Abdul Hamid 10. Pn. Chew Siew Mun 11. Cik Chin Lee Hoon 12. Pn. Goh Bee Sian 13. Pn. Izean Bt. Abd Wahab 14. Pn. Jamilah Bt. Mohd. Nor 15. Pn. Komathy A/P Gopalan 16. En. Khairul Nizam Bin Abdul Manaf 17. En. Lai Nam Chun 18. Pn. Law Mee Peng 19. Pn. Lee Leng Leng 20. Pn. Mariani Binti Emran 21. Pn. Marlizam Bt. Md Ramli 22. En. Mohd Amran Bin Wahab 23. En. Mohd Zaiman B. Ali 24. En. Mohd Firdaus Bin Aziz 25. En. Mohd Nuhairi Bin Abd Rahman 26. En. Mohd Rahmat Bin Shahabudin 27. En. Muhamad Rasimi Bin Muhamad Yusup 28. Pn. Muthuletchumi A/P Kalyana Sundram 29. Pn. Musliza Bt. Madi 30. Pn. Nasirah Bt. Mat Isa 31. Pn. Nooraidila Bt. Saaid 32. Pn. Noorita Bt. Pauzi 33. Pn. Normala Bt. Ibrahim 34. Pn. Nura Binti Ahmad 35. Pn. Nurhazwani Bt. Jamil 36. Pn. Nurul Muliani Binti Mohd Isa 37. Pn. Nur Khairina Bt. Abd Manaf 38. Pn. Nur Raihan Binti Azmi 39. En. Padanathan A/L Nadason 40. Pn. Parveenderjit Kaur A/P Maljit Singh 41. Pn. Phuah Siew Imm 42. Pn. Rahmah Bt. Abdullah 43. Pn. Rahmas Bt. Mohamad Shoroin 44. Pn. Rashidah Binti Sidek 45. Pn. Romah Bt. Husin 46. Pn. Siti Zurairah Bt. Abdul Hamid 47. Pn. Suzana Binti Ismail 48. Cik. Tan Mee Hiang 49. En. Zulkifli B. Harun Tidak Hadir Bersebab: 1. Pn. Wan Basthiah Bt. Hj. Abd. Rahman- Mesyuarat penandaan SPM 2. En. Khairul Anuar Bin Ramli- Mesyuarat Penandaan SPM 3. Pn. Hafizah Binti Raslan- Mesyuarat Penyelarasan BerpusatSPM 4. Pn. Zainon Bt. Yazid - Mesyuarat Penandaan SPM 5. Pn. Noraznieza Binti Mohd Yusof – Berpindah sekolah
2 1.0 Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana hadir dalam Mesyuarat Guru kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2023-2024. Makluman 2.0 Taklimat Libat Urus Pengoperasian Sekolah oleh Tuan Pengetua. 2.1 Jadual libat urus bermula 14 Mac 2023 sehingga 17 Mac 2024. Gotong-royong akan dilaksanakan pada hari Khamis 16 Mac 2023. Guru-guru boleh minta bantuan dari pekerja pembersihan. Pelajar tidak boleh dipanggil untuk melakukan pembersihan kelas kecuali atas sukarela dan kebenaran waris. 2.2 Takwim Persekolahan: Persekolahan akan bermula pada 20 Mac hingga 10 Mac 2024. Semua guru diminta muat turun kalendar yg dikeluarkan oleh pihak KPM dan dimasukan ke dalam Fail Rancangan Mengajar (FRM). Punca kuasa pengoperasian sekolah adalah sidang media yang diumumkan oleh KPM melalui Menteri Pendidikan pada 10 Disember 2022 yang lalu. 2.3 Buku Pengurusan Sekolah: Buku Pengurusan Sekolah adalah rujukan utama untuk pengoperasian Sekolah. Semua lantikan adalah bersifat rasmi kecuali ada rombakan kerana disebabkan ralat. Tiada surat rasmi akan dikeluarkan kecuali atas keperluan. Nama dan perjawatan adalah sah. 2.4 Dasar-dasar pengurusan sekolah: Kehadiran dan waktu pulang guru, tertakluk kepada ketetapan buku Perintah Am Bab A hingga G, surat-surat siaran, surat pekeliling, surat arahan KPM, JPN, PPD dan pihak sekolah. 2.5 Penggunaan kad perakam waktu semasa hadir dan semasa waktu balik. Warna kad perakam waktu terdapat 3 warna iaitu kuning (biasa), hijau (akan bertukar jika 3 kali lewat tanpa mendapat tandatangan dari pengurusan) dan merah (jika 3 kali lagi lewat). Perkara ini akan direkod dalam maklumat peribadi penjawat awam. 2.6 Quict Respon (QR) perlu diimbas dan mengisi keberadaan dan kehadiran guru di sekolah. Masa yang diisi mesti sama dengan waktu yang tertera di kad perakam waktu. 2.7 Untuk permohonan keluar kawasan, guru-guru diminta menggunakan borang biru dan menulis maklumat keluar kawasan di buku biru serta mendapatkan tandatangan Pengetua, atau mana-mana Penolong Kanan jika ketiadaan Pengetua. Guru yang pulang semula ke sekolah perlu merekod waktu masuk. 2.8 Permohonan cuti tertakluk kepada Perintah Am. Cuti Rehat Khas (CRK) guru -guru diminta mengisi borang berwarna pink. Bahagian catatan mesti diisi untuk makluman pentadbir. Untuk CRK juga guru mesti mendapat pengesahan dari pentadbir sebelum mengisi keberadaan dalam group Cuti untuk dibuat guru ‘relief”. Borang CRK perlu serahkan kepada PKP untuk mendapatkan sokongan dan Pengetua akan mengesahkan borang cuti tersebut. Surat cuti sakit swasta atau kerajaan perlu dimuatnaik dalam sistem HRMIS dan melekatkannya pada borang yang telah disediakan serta memohon tandatangan Pengetua 2.9 Fail rekod pengajaran perlu dipenuhkan dengan maklumat penting seperti tahun sebelum ini,contohnya surat akur janji, surat lantikan perlaksanaan PBD, Jadual Waktu, QRcode DSKP/RPT, senarai nama murid
3 dan sebagainya. Fail Rancangan Mengajar (Fail Biru kulit keras) perlu dihantar pada 31 Mac 2023 hari Jumaat kepada pegawai yang dilantik untuk menyelia guru-guru. Semua DSKP perlu dicetak dan disimpan dalam fail panitia dan simpanan guru untuk rujukan. Fail Rekod mengajar mesti ada QRcode. Jika guru mengajar beberapa tingkatan dan beberapa subjek, diminta meletakan semua QRcode dalam satu helaian kertas sahaja. Jangan asingkan. Salinan keras (Hardcopy) DSKP dan RPT tidak perlu dimasukan ke dalam FRM. Setiap hari Jumaat guru diminta menghantar FRM. Diminta semua Ketua Bidang menyemak FRM di bawah guru pengawasan mereka. 2.10 Penilaian Bersepadu Pegawai Pekhidmatan Pendidikan (PBPPP) 2023 akan ditaklimatkan pada awal persekolahan dibuka Semua guru boleh menyemak markah prestasi 2022 masing-masing menggunakan pautan HRMIS 2.0 2.11 SKPMg2 Masih dalam proses kerana sistem masih tidak boleh diakses untuk masukan markah. Tahun 2021 sudah selesai dan telah mendapat pencapaian sebanyak 85%. Pada tahun 2022 target sekolah sebanyak 90% untuk standard 1 hingga 4. 2.12 Ts25 Sekolah dalam perlaksanaan modul ke-5. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerja sama para guru dalam membentuk Misi dan Visi sekolah dan menyeru semua guru agar menghafaz dan ingat Visi dan Misi sekolah yang baharu. Makluman 3.0 Hal hal lain 3.1 Taklimat oleh Encik Mohamad Shafawi bin Ismail (Ketua Pembantu Tadbir) berkenaan Cuti 3.1.1 Terbaru dimaklumkan peningkatan GCR kepada 180 hari tetapi belum ada surat pekeliling. Guruguru yang tidak menggunakan CRK automatik akan masuk kepada CGR. Bermula 2021 CRK guru berjumlah 15 hari. Jika dalam Hrmis tidak cukup 15 hari, para guru diminta maklumkan kepada Encik Mohamad Shafawi untuk tindakan selanjutnya. GCR hanya layak kepada guru yang berkhidmat tahun ke10 sahaja. 3.1.2 Berkenaan cuti umrah dibaca selari dengan cuti selain agama Islam. Cara permohonan cuti adalah sama sahaja. Dokumen yang diperlukan untuk cuti umrah ialah tentatif program, tempahan tiket kapal terbang dan insuran. Manakala untuk cuti bagi mewakili agama lain contoh seperti Vasakhi, Pongal perlu kepilkan tentatif program dan bukti keagamaan ( boleh ambil maklumat dari Hrmis melalui data guru). Beri semua maklumat yang diperlukan, Encik Mohamad Shafawi akan uruskan borang dan hanya minta guru tandatangan sahaja. Kelayakan mohon cuti umrah hanya satu kali sahaja dalam perkhidmatan. Jumlah cuti tidak melibatkan cuti hujung minggu dan Cuti Kelepasan Am. Cuti ini juga tidak sah untuk yang baru berposting, mesti sudah sah dalam perkhidmatan. 3.1.3 Permohonan bersara pilihan adalah setahun sebelum pilihan bersara kerana KPM perlu membuat semakan jika terlibat kontrak atau tidak. Kebiasaannya jika JPN lulus permohonan bersara pilihan, maka di peringkat KPM dan JPA akan lulus juga. Dingatkan supaya tidak memberi alasan yang tidak munasabah. Jika ada diantara guru yang berhajat untuk mengira ganjaran pencen boleh berjumpa Encik Mohamad Shafawi untuk buat kiraan. Guru juga boleh log in ke unit JPA untuk kiraan secara atas talian. Syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk bersara jika lepasan Diploma, umur penjawat mesti 45 tahun bagi lelaki dan perempuan 40 tahun. Bagi pegawai berkelulusan Siswazah, lelaki layak jika umur 55 tahun dan perempuan layak bermula umur 50 tahun. Implikasi yang terselindung disebalik bersara pilihan ialah GCR
4 dikenakan cukai . Persen cukai diuruskan oleh pihak LHDN, manakala pencen wajib GCR tidak dikenakan cukai. Bagi pegawai yang bersara pilihan bawah 55 tahun di bawah lantikan 1 April 1981, ganjaran akan dapat dahulu, manakala wang pencen pula akan dibayar bermula pada umur 55 tahun. Diingatkan supaya yang pernah mencarum KWSP, walaupun memilih opsyen pencen, boleh menuntut hak kelayakan menerima tuntutan khairat kematian RM 2500. Syarat mesti tidak kurang dari 6 bulan kematian. Wang pencen hanya layak diterima oleh ibu bapa (keutamaan kepada ibu) pasangan dan anak-anak bawah umur 21 tahun, jika mereka tiada wang pencen tersebut akan berhenti disitu, untuk itu KPT mencadangkan guruguru boleh mencari mana-mana anak Orang Kurang Upaya ( OKU) yang tidak boleh berdikari (pengesahan doktor) ambil sebagai anak angkat walaupun anak itu masih mempunyai ibu bapa, supaya jika tiada siapa waris yang mendapat pencen pegawai tersebut, sekurang-kurangnya wang pencen akan mengalir kepada anak OKU tersebut seumur hidupnya apabila penjawat awam meninggal dunia. Berkenaan Pencen juga banyak berdasarkan anak. Pertama jika sekiranya berlaku kematian penjawat awam dalam perkhidmatan, hak-hak akan dapat berdasarkan hirarki. Kedua jika kematian berlaku dalam pencen, Sekiranya berkahwin dalam pencen hak isteri dan anak akan hanya dapat dalam masa 12 tahun setengah dari tarikh pegawai tersebut pencen. Hal ini berkaitan dengan HRMIS. Ganjaran dan pemberian pencen bulanan berdasarkan data dari HRMIS. 3.1.4 HRMIS adalah sistem JPA bukan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Berkenaan perkhidmatan di situ, pengishtiharan harta menjadi isu penting kerana akan luput selepas 5 tahun. Minta guru-guru sentiasa kemaskini harta semasa. Modul cuti juga akan selalu digunakan oleh penjawat awam, iaitu untuk mengisi cuti sakit dan Cuti rehat khas. 3.1.5 Myportfolio dan Myperformance sudah selesai dengan baik dan lengkap. KPT mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi kerjasama . Makluman 3.1.6 Berkenaan PCG, En.Shafawi memaklumkan bahawa peruntukan dikurangkan, sebanyak 42 peratus sahaja yang masuk. Duit sudah dibahagikan untuk baki terkini kepada semua panitia. Sekiranya panitia yang mempunyai pelajar yang kurang dari tahun sebelumnya tidak boleh berbelanja habis. Panitia yang mempunyai pelajar yang lebih dari tahun lepas boleh berbelanja habis. Duit baki tahun lepas boleh digunakan. KPT mengingatkan supaya jika ingin menggunakan peruntukan kewangan ketua-ketua panitia dan man-mana guru mesti sediakan dokumen yang diperlukan seperti nota minta, kertas kerja (ikut format kewangan yang telah diberi), kuatation dan sebagainya. Untuk peralatan elektrik dan perabot perlu kepada kelulusan JPN. Untuk memudahkan urusan kewangan disarankan supaya ketua-ketua panitia mendapat perkhidmatan dari pembekal-pembekal yang sudah biasa berurusan. Makluman : Ketua-Ketua Panitia 3.1.7 Untuk makluman semua guru, tahun 2023 pergerakan gaji agak lambat sedikit sebab ada perubahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada bulan 2 lepas. Kelulusan gaji mengikut hirarki. Sekarang masih dalam proses menyediakan Kew-8. Pada 5 April 2023 baru akan dipanggil untuk buat pergerakkan gaji. Bagi kenaikan Jan dan April akan dapat pada bulan 5 nanti. 3.1.8 Untuk kenaikan RM 100 yang telah diumumkan oleh kerajaan, minta guru-guru menyemak slip gaji jika ada terlepas pandang, terutama guru baharu minta semak kerana sekolah masih tiada data guru yang baru berpindah.
5 3.1.9 Untuk kenaikan pangkat masih menggunakan formula 8-8-6-3. 8 tahun ke DG44, 8 tahun ke DG48, 6 tahun DG52 dan 3 tahun ke DG54. Untuk kenaikan pangkat secara fast track, boleh mohon Guru Cemerlang atau Perjawatan Hakiki. 3.1.10 HRMIS yang mempunyai data tidak berintegriti, minta guru mengemaskini data dengan selengkapnya terutama apabila menambah bilangan anak. 3.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Cikgu Noranieza Bt. Mohd Yusof yang dapat bertukar ke SMK Machang Bubuk dan mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Amira Syafiqa dari SMK Sama Gagah yang menggantikan Cikgu Nooraniza. 3.3 Jumlah kakitangan ialah 54 orang, sekolah masih kekurangan 5 orang guru untuk waran perjawatan. Diharap mendapat pengganti. Makluman 3.4 Semua guru memuatnaik gambar yang profesional dalam HRMIS 2.0, kerana akan digunakan semasa print out data ke atas kad pencen apabila bersara nanti. Makluman dan Tindakan : Semua Guru 3.5 Mulai hari Isnin sewaktu perhimpunan rasmi sekolah, pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah. Pendidikan Jasmani (PJ) tiada dalam jadual pada hari Isnin. 3.6 Semua pelajar dibenarkan dibenarkan naik ke bangunan kelas pada pukul 7.20 pagi. Hal ini mengelakan kejadian tidak diingini berlaku di kalangan para pelajar. Makluman 3.7 Dicadangkan supaya pihak pengawas sekolah mempersiapkan pengawas untuk membuat pemantauan kepada para pelajar pada setiap hari Isnin selepas perhimpunan rasmi. Pemantauan dari sudut disiplin seperti pemakaian, perlanggaran undang-undang sekolah dan sebagainya. Tindakan : En. Mohd Amran Bin Wahab 4.0 Ucapan Penangguhan Mengucapkan terima kasih kepada semua guru serta ucapan penangguhan pada jam 10.30 minit pagi.
6 MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT NAMA MESYUARAT : MESYUARAT GURU BILANGAN 1 2023/24 TARIKH : 14 MAC 2023 TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK TAMAN INDERAWASIH MUKA SURAT AGENDA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS 5 3.7 Dicadangkan kepada pihak pengawas sekolah supaya mempersiapkan pengawas untuk membuat pemantauan kepada para pelajar pada setiap hari Isnin selepas perhimpunan rasmi. Pemantauan dari sudut disiplin seperti pemakaian, perlanggaran undangundang sekolah dan sebagainya. En. Mohd Amran Bin Wahab T Telah dilaksanakan setiap minggu pada masa perhimpunan bermula 27.3.2023 15 Mei 2023 Tarikh: 15 MEI 2023