The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CABARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TERHADAP PEMBANGUNAN SOSIAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rachelleonglee, 2022-06-06 12:26:25

E-Folio Kumpulan 4

CABARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TERHADAP PEMBANGUNAN SOSIAL

CABARAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT

TERHADAP

PEMBANGUNAN

SOSIAL

KUMPULAN 4

NAMA NO.PENDAFTARAN PROGRAM

CORLLEDIA RACHELLE BINTI
20DAT21F1073 AKAUNTANSI
ONGLEE

DORA ANAK MINGGU 20DAT21F1053 AKAUNTANSI

ESTHER LENSI ANAK SAKAI 20DAT21F1045 AKAUNTANSI

LEZAWATI BINTI SERON
NILAI MASYARAKAT

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1

PENGENALAN 2-3
FAKTOR CABARAN 4-6
KESAN CABARAN 7-9
CARA MENGATASI CABARAN 10-11
CONTOH ISU CABARAN YANG
12
BERLAKU DI MALAYSIA 13
14
PENUTUP 15
RUJUKAN
LAMPIRAN

1

PENGHARGAAN

Dengan penuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya,
dapat kami menyelesaikan tugasan e-folio ini dengan penuh
jayanya. Kami mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Puan
Lezawati Binti Seron, selaku pensyarah nilai masyarakat manusia, di
atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada kami
sekumpulan. Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang telah banyak
mendorong kami untuk terus berusaha. Dan juga ingin
menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan yang
lain kerana telah banyak membantu dan mencetuskan idea
sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan. Dalam
menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah kami pelajari sepanjang
penyiapan tugasan e-folio ini dilakukan. Ianya memberi seribu satu
makna dalam menimba ilmu ini.

1PENGHARGAAN

2

PENGENALAN

Arus perkembangan semasa ternyata memberi
impak yang amat besar dalam kehidupan kita.
Perkembangan demi perkembangan ini tidak
dapat kita hadapi tanpa kita membina
tamadun barudalam kehidupan kita.
Perkembangan ini meliputikeseluruhan cara

hidup masyarakat kini dan apa yang ingin
difokuskan di sini ialah perkembangan kepada
golongan belia. Dalam dunia yang semakin
maju ini terutama dalam abad ke-21, harapan
rakyat terutama sekali di kalangan belia adalah
sangat tinggi. Kewujudan teknologi yang
canggih menjadikan kehidupan belia sekarang
lebih maju seiring dengan golongan belia di
negara-negara maju yang lain. Disebabkan
kewujudan teknologi inilah yang menyebabkan
golongan belia pada zaman sekarang sudah
mengubah cara hidup sehingga membawa
kesan negatif kepada cara hidup mereka.

2PENGENALAN

Generasi remaja dan belia perlu melihat bahawa
perubahan semasa yangdrastik ini boleh
memberi kesanyang negatif walaupunkita tidak
dapat menafikan yang kewujudan teknologi
inimembawa perubahan dalam kehidupankita.
Kewujudan teknologi inisudah cukup untuk
melengkapkan kehidupan manusia terutama
kepada golongan belia yang sangat peka
terhadap pertumbuhan teknologi ini. Tanpa
penggunaan teknologi ini mungkin golongan belia
tidak dapat menyesuaikan diri kerana teknologi
komunikasi adalah salah satu keperluan dalam
hidupmereka. Golongan beliaperlu menyiapkan
diridengan pelbagai jenis pengetahuan dan
kemahiran supaya mereka boleh menyesuaikan
diri dengan arus peredaran zaman sekarang.
Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat
boleh menyebabkan dunia semakin hari semakin
kecil. Maklumat dan berita yang disalurkan
melalui internet juga boleh mempengaruhi

pemikiran belia.Malah, kewujudan blog
kinimenjadi medium maklumat yang semakin
popular untuk golongan belia menyuarakan
pendapat dan pandangan mereka secara bebas
tetapimasih terkawal. Kewujudannyatidak boleh
dipandangringan kerana peranannya cukup
berkesan

3PENGENALAN

4

FAKTOR CABARAN

Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses

Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses

oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah,

remaja dan golongan dewasa merupakan punca

negatif penggunaan teknologi maklumat. Akibatnya

mereka akan ketagihan terhadap laman web tersebut

serta mencetuskan kerosakan maruah, nilai

keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti,

masalah perundangan, dan pembaziran wang serta

masa. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari

terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan

akhlak juga diterapkan dan menurut Islam pendidikan

akhlak ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim

yang mampu menjaga dan menjauhi amalan-amalan

buruk termasuk melayari laman web lucah. Larangan

agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri

zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan

dewasa daripada menghindari perbuatan tercela ini.

Impak kepada gejala ini ialah merebaknya bermacam

penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti

perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS,

Homoseksual, Lesbian, penyakit kelamin, curang

dalam hubungan dan melakukan seks sebelum

kahwin di kalangan remaja.

FAKTOR CABARAN 4

Remaja yang obses terhadap teknologi

Remaja yang obses terhadap teknologi terutama

teknologi internet dan alat komunikasi mendorong

mereka menghabiskan masa di siber kafe, internet

kafe dan telefon bimbit. Program seperti chatting,

permainan video, sms, dan berbagai aktiviti

melaluinya membawa kesan negatif. Akibat yang

dikesan bagi punca ini ialah ramai pelajar yang

ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku,

meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup

menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah

pemimpin kepada anak-anak mereka. Menurut

ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab
terhadap pengikut mereka. Bagi mencegahnya

kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi

menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah

gejala sosial yang berlebihan. Disebabkan ini

kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti

kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.

FAKTOR CABARAN 5

Terlibat dengan penipuan berbentuk kewangan

secara terlindung

Penggunaan teknologi juga memberi kesan negatif

tentang siber seperti terlibat atau melibatkan dengan

penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara

terlindung. Penipuan dalam bentuk kewangan ini

telah semakin merebak dan semakin ramai

mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan

ini dilakukan dengan banyak cara di antara

contohnya tawaran hadiah tertentu kepada

seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu

sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui

pilihan rambang) kerjasama dalam pengurusan

membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah

yang besar dan juga kategori yang lebih kecil

jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah

kotak hadiah tetapi mesti membayar (melalui

pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum

hadiah itu dapat dihantar dan dituntut. Walaupun

kadang-kadang mangsa terasa bahawa ianya

mungkin ditipu, tetapi kadang-kadang penipuan

terlindung ini licik dan banyak juga mangsa yang

terkena tipu. Akibatnya mangsa terpaksa

menangung kerugian yang tinggi akibat ditipu atau

diperdaya dengan tawaran yang dijanjikan. Justeru

itu, pihak berkaitan mestilah memperketatkan

kawalan komunikasi dan maklumat supaya orang

lain tidak menjadi mangsa pernipuan.

FAKTOR CABARAN 6

7

KESAN CABARAN

Berlakunya jenayah siber

Kehidupan yang dilingkari dengan teknologi

canggih tanpa sempadan telah melahirkan

satu kelompok manusia yang hidup serba

mudah dan ringkas. Tindakan penyalahgunaan

teknologi ini menunjukkan bahawa

pengguna tidak dapat mengawal tingkah

laku sendiri apabila mereka menggunakan

atau mengaplikasikan teknologi. Salah satu
penyalahgunaan teknologi ialah jenayah siber.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mazlan

Osman dan Amri Abdul Rahman jenayah siber

merujuk kepada aktiviti jenayah yang

berkaitan dengan teknologi dan komputer

menerusi Internet. Menurut kajian tersebut

juga, pengguna Internet melakukan pelbagai

jenis jenayah siber seperti penipuan,

kerosakan atau pengubahsuaian ke atas

program atau data komputer, kecurian

maklumat, capaian secara tidak sah ke atas

sistem, menyalin perisian secara tidak sah,

pengintipan, judi siber, skim cepat kaya,

pornografi, penggodam, dan penyebaran

virus.

KESAN CABARAN 7

Wujudnya penggodam di kalangan belia

Antara ancaman yang dihadapi oleh pengguna

teknologimaklumat ialah fenomena penggodam

komputer.Mereka cuba menyalahgunakan

kemudahan ini untuk kepentingan mereka.

Namun, masihlagi penggodam komputeryang

hanya menjalankanaktiviti pencerobohan

maklumat peribadi untuk keseronokan

tanpamemikirkan kesan yangburuk yang bakal

dihadapi kelak. Kebiasaannya, mereka yang suka

menceroboh sistem rangkaian komputer,

mencurimaklumat atau data penting

danmenghantar kod jahat atauvirus bagi

mengganggu sistemrangkaian komputer

lainseterusnya menyebabkan kerosakanteruk.

Kelebihan yang dimiliki dalam teknologi maklumat

ini juga dengan mudah diperalatkan oleh

pengganasdan juga karteldadah. Ini jugaterbukti

apabila seorangpembekal dadah menggunakan

sistem rangkaian internet untuk berurusan dengan

pengedar dadah lain untuk mengadakan

pertemuan melalui kod-kod rahsia.

Mewujudkan plagiarisme dalam pendidikan

Dengan adanya teknologi yang canggih, kebanyakan tugas yang
memerlukan kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah
diselesaikan oleh komputer. Golongan belia kini menjadi lebih
malas dan kehilangan kemahiran-kemahiran tertentu dengan
meningkatnya kebergantungan kepada komputer. Sebagai
contoh, menaip dan mengira dengan menggunakan komputer dan
mesin kira akan menyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar
merosot. Masalah komunikasi dan plagiarisme juga boleh berlaku
dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan.

KESAN CABARAN 8

Ada beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan. Antaranya

penipuan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan atau

sebarang bahan yang diambil daripada bahan terbitan orang

lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam mengiktiraf sumber

asal bahan ilmiah tersebut. Pengubahsuaian perkataan-

perkataan orang lain tanpa memberikan pengiktirafan yang

sewajarnya. Dengan teknologi 'dunia di hujung jari' melalui

internet pada masa kini, diakui seseorang pelajar mampu

menyiapkan kertas kerja atau tesisnya dengan jalan pintas yang

cepat.

Penapisan maklumat siber yang sukar

Dalam zaman yang serba canggih,muncul pelbagai

perantaraanyang boleh menjadiejen baru penyebaranmaklumat.

Oleh sebab itu, penapisan terhadap teknologi maklumat, terutama

internetbukanlah suatu yangmudah memandangkan

pertumbuhanbilangan pengguna yang menyertaiindustry ini

setiaphari. Bukan itusahaja, internet jugatidak mempunyai badan-

badan penapis yang rasmi. Dalam hal ini, penapis utama ialah hati

nurani pengguna itu sendiri. Walaupun usaha-usaha telah diambil

untuk menapis medium ini, namun nampaknya usahaini masih

menemuijalan buntu apabilatiada undang-undang yang berkaitan

yang boleh mendakwa pihak yang menyalahgunakan medium ini.

Membuang masa para pelajar

Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter,

dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan

seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara

adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari

internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar.

Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka

melayari internet.

KESAN CABARAN 9

10

CARA MENGATASI

CABARAN

Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran

dan pembelajaran kanak-kanak boleh disepadukan

bersama-sama tunjang yang lain dalam

mempelbagaikan kaedah pengajaran guru. Namun

begitu, kekangan yang dihadapi oleh guru

menyebabkan mereka kurang menggunakan

teknologi maklumat dalam PdP mereka. Oleh itu,
antara cadangan untuk mengatasi kekangan

pertamanya adalah dengan mengadakan kursus-

kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat

dengan lebih kerap dan sistematik. Guru-guru

perlu didedahkan dengan kemahiran penggunaan

komputer yang terkini selari dengan

perkembangan teknologi supaya mereka lebih

berkeyakinan dalam mengaplikasikan teknologi

maklumat dalam pengajaran.

Selain itu, pihak atasan perlu menyediakan ruang dan

peralatan yang mencukupi kepada kelas-kelas prasekolah.

Peralatan komputer juga perlu diselenggara dan diperiksa

secara berkala bagi memastikan PdP yang menggunakan

teknologi maklumat dapat dijalankan dengan baik selaras

dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan

kualiti pembelajaran di Malaysia.

10CARA MENGATASI

CABARAN

Usaha mengatasi kekangan ini tidak

akan berjaya tanpa kerjasama yang baik

dari semua pihak. Oleh itu, semua pihak

termasuklah pihak Kementerian, Jabatan

Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan

Daerah, pihak pentadbir, guru-guru

mahupun ibu bapa perlulah sentiasa

menyokong segala pembaharuan yang

akan atau telah dilaksanakan sejak dari

peringkat prasekolah lagi. Kim Phaik Lah

(1996) dipetik dalam (Sharifah

Norhaidah Syed Idros et.al (2009),

menyatakan bahawa pendidikan awal

kanak-kanak merupakan pendidikan

yang amat penting dari segi pelaburan

sumber manusia kerana pada peringkat

inilah penyuburan yang pesat berlaku

kepada seseorang individu dalam
semua aspek perkembangan.Oleh itu,

semua pihak perlulah mengambil

peluang ini untuk mendidik kanak-kanak

dengan sebaiknya dalam usaha

memajukan sistem pendidikan negara

kita.

11CARA MENGATASI

CABARAN

12

CONTOH ISU CABARAN YANG

BERLAKU DI MALAYSIA

12CONTOH ISU CABARAN YANG


BERLAKU DI MALAYSIA

13

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan TMK di dalam pendidikan awal

kanak-kanak atau prasekolah merupakan suatu usaha yang baik

dalam memberi didikan sejak dari kecil lagi.Oleh itu, guru

prasekolah itu sendiri perlu terlebih dahulu mempersiapkan diri

dengan ilmu berkaitan TMK dalam pendidikan supaya lebih

berkeyakinan dan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, Semua pihak perlu memainkan peranan

masing-masing dalam menjadikan pendidikan negara kita seiring

dengan negara maju.

13Kesimpulan

14

RUJUKAN

https://www.bing.com/ck/a?!&&p=28d29f8762b8e34620

da4a43a436b4d8dcf0c8d32077dec6e68c5eb41a430416

JmltdHM9MTY1NDUyNTEwNSZpZ3VpZD0wNjM5OWU4

NC0zNGQ5LTQ0ZjctOTdkNC05YjYzOTE1MjAyZjcmaW5z

aWQ9NTEyNw&ptn=3&fclid=87516496-e5a3-11ec-8ec4-

edddfa2cc1fe&u=a1aHR0cHM6Ly9mb3J1bXBlbnlpYXJhb

mlzbGFtLmJsb2dzcG90LmNvbS8yMDE2LzA3L3BlcmFuY

S1kYW4tcHVuY2EtdGVrbm9sb2dpLW1ha2x1bWF0Lmh0

bWw&ntb=1
https://www.researchgate.net/publication/315456812_k

ebaikan_dan_keburukan_teknologi_maklumat
https://www.academia.edu/31628659/KEKANGAN_PEN

GGUNAAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKASI

_TMK_DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_GUR

U_PRASEKOLAH

14RUJUKAN

15

LAMPIRAN

15LAMPIRAN

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version