EJAAN KATA PINJAMAN
I) KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS
5. Huruf g yang diucapkan sebagai (j) menurut BI ditulis dan
disebut sebagai (g) dalam BM
BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU
Generation Generasi
Tragedy Tragedi
Agenda Agenda
Technology Teknologi
EJAAN KATA PINJAMAN
I) KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS
6. Kata yang berakhir dengan-sion, -sional, -tion, -tional menjadi
- si, -sen, -syen dan -sional
BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU
Traditional Tradisi
Lotion Losen
National Nasional
Section Seksyen
EJAAN KATA PINJAMAN
I) KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS
7. Pengejaan kata yang berakhir dengan -ism
BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU
Nasionalism Nasionalisme
Komunism Komunisme
Socialism Sosialisme
Mechanism Mekanisme
EJAAN KATA PINJAMAN
I) KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS
8. Pengejaan kata pinjaman daripada BI yang telah mantap
BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU
Class, glass Kelas, gelas
Action Aksi
Pencil Pensel
Size, pie Saiz, pai
PENGGUNAAN HURUF BESAR
• Digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat. Contoh:
Saya berada di rumah. Awak dimana?
• Digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung. Contoh:
“Kakak kamu ke tu?” tanya Kasim kepada Abu.
• Digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan,
dan keagamaan yang diikuti nama orang. Contoh: Haji Salleh,
Nabi Muhammad S.A.W
• Digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan
pangkat yang diikuti nama orang. Contoh: Profesor Abdul
Ikhwan, Tengku Ariff Bakri.
PENGGUNAAN HURUF BESAR
• Digunakan di awal nama khas. Contoh: Kelantan, Johor,
Syariffudin.
• Huruf pertama nama bangsa,suku bangsa dan bahasa.
Contoh: Kaum Iban, Bangsa Melayu, Bahasa Cina.
• Huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari perayaan dan
kebesaran serta peristiwa bersejarah. Contoh: Januari,
Masihi.
• Huruf pertama sapaan dalam surat rasmi tetapi tidak perlu
diikuti nama orang. Contoh: Tuan, Puan, Dato, Datin.
PENGGUNAAN HURUF BESAR
• Huruf pertama nama atau jadual buku, akhbar, majalah, artikel
atau karanagan. Contoh: Konserto Terakhir, Berita Harian,
Majalah Diskusi Minda, Jurnal Dewan Bahasa.
• Huruf pertama dalam nama geografi dan nama tempat. Contoh:
Semenanjung Malaysia, Jalan Permata, Pelabuhan Klang
Barat.
• Semua huruf yang membentuk singkatan nama khas. Contoh:
DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), SM (Sebelum Masihi).
• Huruf pertama sesuatu akronim. Contoh: Intan (Institut Tadbir
Awam Negara), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar Taman
Negara).
PENGGUNAAN HURUF BESAR
• Membentuk akronim nama khas hasil percantuman huruf
awal setiap kata dalam rangkai kata atau frasa. Contoh:
IPG (Institut Pendidikan Guru), UM(Universiti Malaya).
• Semua huruf yang membentuk singkatan rujukan
kehormat, jawatan dan pingat kebesaran. Contoh: YM
(Yang Mulia), YAB (Yang Amat Berhormat), JP (Jaksa
Pendamai).
PENGGUNAAN HURUF KECIL
• Kata bangsa, suku, dan bahasa ditulis dengan jika berada
di tengah kalimat. Contoh: Para pakar sedang
merumuskan aturan pengindonesiaan istilah asing.
• Huruf pertama kata bin atau binti. Contoh: Ahmad bin Ali,
Siti Fatimah binti Abu.
• Huruf pertama nama gelaran kehormatan, keturunan, dan
keagamaan yang tidak diikuti nama orang. Contoh:
Baginda merupakan sultan negera Malaysia.
• Huruf pertama nama jabatan dan pangkat yang tidak
diikuti nama orang, nama instansi, atau nama tempat.
Contoh: Bulan lalu adiknya dilantik menjadi menteri.
PENGGUNAAN HURUF KECIL
• Huruf pertama nama gelaran kehormatan,
keturunan, dan keagamaan yang tidak diikuti nama
orang. Contoh: Ibunya menunaikan ibadah haji.
• Huruf pertama nama orang atau nama geografi
yang digunakan sebagai nama jenis atau satuan
ukuran. Contoh: gula melaka, 5 volt.
• Huruf pertama nama dalam geografi yang tidak
khas. Contoh: Kami berkelah di tepi sungai yang
berhampiran dengan sekolah itu.
TANDA NOKTAH
● -Digunakan pada akhir ayat yang bukan pertanyaan
atau seruan.
● Contoh: Saya tinggal di kampung.Kawan saya berada
di bandar.
● -Digunakan pada akhir singkatannama orang.
● Contoh: Y.A.B ( Yang AmatBerhormat), En. (Encik).
● -Digunakan untuk menunjukkanangka perpuluhan.
● Contoh: 55.4, 55.5, 55.6
TANDA KOMA
● Digunakan untuk mengasingkan katayang
berturut-turut dalam satu ayat.
● Contoh: Ali, Zul, dan Faisal telah pergike
Klang menaiki kereta. Ibu membeli susu,
biskut dan aiskrim di kedai.
● Digunakan di belakang kata seru. Contoh:Eh,
Zainab rupanya!. Amboi, sedap kau
mengata aku!
● Digunakan untuk menandakan
tempatberhenti sebentar. Contoh : Ali, boleh
tolong saya angkat kotak ini?
● Digunakan di belakang kata
penghubungpada awal ayat. Contoh: Oleh
sebab itu,semua masalah menjadi lebih
rumit.Jadi, adakah kamu tahu jalan
penyelesaiannya?
● Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur
dalam ayat yang berbeza-beza.Contoh:
Hamid merupakan orangkurang upaya,
TANDA TANYA
Digunakan pada akhir ayat tanya.
Contoh: Adakahkamu sudah berpunya?
Digunakan pada akhir ayattanya sebelum
tandapenutup kata (“).
Contoh: ”Bila kamu pulang?” kataZainab kepada
Lim
TANDA SERU
Digunakan untuk suatu penyataan
yang berupa seruan, perintah,
atau rasa emosi yang kuat.
Contoh: Siapkan kerjakamu dengan
segera!. Pergi ke sekolah sekarang!.
TANDA PENGIKAT KATA
Digunakan untuk mengapit petikan
langsung. Contohnya:“Saya yang masak
semua laukini” kata adik
kepadaabangnya.
Digunakan pada jadual
rencana,karangan,novel, puisi,
dansebagainya:
Contohnya: Filem ”7 Hari Mencintaiku 2″
telahdinobatkan filem terbaik padatahun
2020.
TANDA SENGKANG
Digunakan untuk kata yang diulangdan kata ganda.
Contoh: berlari-lari,kedua-duanya, lintang-
pukang.
Digunakan untuk merangkaikan suatu perkataan
seperti ke- dengan angka manakala angka
dengan -an. Contoh:Kali ke-100, tahun 1990-
an.
Digunakan untuk memisahkan huruf kecil daripada
huruf besar. Contoh:rahmat-Nya, kekuasaan-
Nya
TANDA 2 NOKTAH BERTINDIH
Digunakan untuk pada akhir sesuatu penyataan apabila
diikuti oleh rangkaian.
Contoh: Berikut merupakan keperluan penting untuk
dibawa semasa pergi berkelah, antaranya:
makanan,khemah, alat memasak dan pakaian.
Digunakan untuk untuk memberi penjelasan atau
memperkenalkan sesuatu.
Contoh:
Tarikh: 19 Januari 2020
Tempat: Stadium Shah Alam
Masa: 9 pagi
TANDA KOMA BERTITIK
Digunakan pada baris pertama
pantun dua kerat.
Contoh:
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas
KESALAHAN KATA
BENTUK JAMAK
PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA
KATA ETIMOLOGI
HUKUM D-M
Kesalahan Menggunakan Kata dalam Bentuk Jamak
mereka-mereka yang berkenaan sudah pun dijemput
Kata mereka sudah membawa maksud jamak. Oleh itu, kata tersebut pada kebanyakan
kes tidak perlu diulang untuk menunjukkan bentuk jamak.
Mereka yang berkenaan sudah pun dijemput.
2 dua buah buku-buku & semua pelajar-pelajar
Kata bilangan dua dan semua sudah menerangkan maksud bilangan. Oleh sebab
itu, buku dan pelajar tidak perlu diulang lagi untuk memberikan pengertian jamak, misalnya;
Dua buah buku & semua pelajar
buku-buku di mejanya tebal-tebal
Buku tidak perlu diulang untuk membawa pengertian jamak kerana dengan mengulang
adjektif tebal menjadi tebal-tebal itu sudah tergambar maksud jamak walaupun kata buku tidak
diulang.
Buku di mejanya tebal-tebal
Kesalahan Menggunakan Kata sendi nama
Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama.
Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan
kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat.
1 Rombongan itu datang daripada Kuala Kangsar
Kata sendi nama dari digunakan untuk merujuk tempat, masa dan arah (temarah).
Manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk perkara-perkara yang lebih umum
seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya.
Rombongan itu datang dari Kuala Kangsar.
Di zaman ini di hari ini di masa ini
Kata sendi nama di yang digunakan untuk tempat sering dikelirukan pula dengan
kata sendi nama pada yang digunakan untuk masa, orang, binatang dan benda
abstrak. Contoh-contoh kesalahan penggunaan kata di dan pada dapat
diperhatikan dalam ayat-ayat berikut .
Pada zaman ini pada hari ini pada masa itu
Kesalahan Menggunakan Kata etimologi
Kesalahan berkenaan dengan etimologi (mengkaji asal usul dan perkembangan
sesuatu bahasa) dapat dilihat melalui dua aspek. Aspek yang pertama ialah
kesalahan bentuk kata dan yang kedua ialah kesalahan makna. Kesalahan dalam
bentuk kata ini meliputi ejaan dan seterusnya akan mempengaruhi sebutannya.
SALAH BETUL
UGAMA , IGAMA AGAMA
ISTIREHAT ISTIRAHAT
KAPAN KAFAN
Kesalahan kata Hukum D – M ( diterangkan – menerangkan )
Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu juga dapat dilihat dari sudut Hukum
D-M. Hukum ini merupakan satu sifat susunan kata dalam bahasa Melayu yang berbeza
dengan bahasa Inggeris. Dalam Hukum D-M, D melambangkan ’yang diterangkan’
(head) manakala M melambangkan ’yang menerangkan’ (modifier)
SALAH BETUL
ROSLI KLINIK KLINIK ROSLI
MINAH RESTORAN RESTORAN MINAH
CILI SOS SOS CILI
LAIN-LAIN HAL HAL-HAL LAIN
IPOH KEDAI PAJAK GADAI KEDAI PAJAK GADAI IPOH
GORENG PISANG PISANG GORENG
LAIN FAKTOR FAKTOR LAIN
KESALAHAN EJAAN
SISTEM KESELARASAN VOKAL
EJAAN MENGIKUT SEBUTAN
EJAAN KATA MAJMUK
Kata majmuk dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada dua,iaitu kata majmuk mantap,iaitu dieja dengan
merapatkan kedua-dua kata,dan kata majmuk tak mantap,iaitu dieja secara terpisah.Ada 15 kata majmuk mantap
yang disenaraikan iaitu;
Antarabangsa,Beritahu,Bumiputera,Jawatankuasa,Kakitangan,Kerjasama,Olahraga,Matahari,Pesuruhjaya,Setiau
saha,Sukarela,Suruhanjaya,Tandatangan,Tanggungjawab dan Warganegara
PENGGUNAAN TANDA SEMPANG
SEKIAN