Pentaksiran Dalam Pendidikan E-PORTFOLIO
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021 TAHUN 2 SEMESTER 2 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (EDUP3153) DISEDIAKAN OLEH: NAMA IFFAH MAISARAH BINTI FAIZAL ANGKA GILIRAN 2021192340347 NO. KAD PENGENALAN 030925140206 KUMPULAN A7 KOD DAN NAMA KURSUS PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (EDUP3153) TAJUK TUGASAN PENGHASILAN PRODUK KPPB: E-PORTFOLIO NAMA PENSYARAH AKADEMIK PUAN ELLIE ESTERINA BINTI MOHD FASIAH TARIKH HANTAR 15 MAC 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan ingin memberikan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu dan memberi sokongan yang tidak terhingga untuk saya menyiapkan tugasan e-portfolio. Terlebih dahulu, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keberkatan dan keredhaan-Nya, tugasan persembahan untuk kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan (EDUP3153) ini dapat juga disiapkan tepat pada waktunya. Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih saya hadiahkan kepada pensyarah saya, Puan Ellie Esterina binti Mohd Fasiah kerana telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang berfaedah sehingga tugasan ini berjaya disiapkan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana menyediakan kemudahan seperti perpustakaan dan Wifi bagi memudahkan saya untuk mencari maklumat berkenaan dengan topik kerja kursus ini. Dengan kesempatan yang ada ini, saya juga ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan atas kerjasama dan perkongsian ilmu sepanjang tugasan ini dijalankan. Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan dukungan dan semangat agar saya terus berdedikasi sepanjang menyiapkan tugasan e-portfolio ini. Sekian, terima kasih.
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN....................................................................................................................................1 2.0 ANALISIS INSTRUMEN PBD ...............................................................................................................2 2.1 JENIS PENTAKSIRAN......................................................................................................................2 2.2 KAEDAH PENTAKSIRAN .................................................................................................................5 3.0 PENILAIAN PROFESIONAL TERHADAP INSTRUMEN PBD ..................................................................6 4.0 REFLEKSI............................................................................................................................................6 5.0 PENUTUP...........................................................................................................................................7 6.0 RUJUKAN...........................................................................................................................................8 7.0 LAMPIRAN....................................................................................................................................9-14
1 1.0 PENGENALAN Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah bersifat holistik dan autentik yang bermaksud pentaksiran ini dijalankan untuk mengukur tahap kognitif, afektif dan psikomotor murid. PBD berfokus kepada perkembangan murid dalam pembelajaran. Guru melaksanakan pentaksiran untuk menilai murid secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (KPM, 2018). Dengan ini, guru dapat melahirkan murid yang seimbang. Selain itu, pentaksiran membantu guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk mengenali tingkah laku dan kemahiran belajar murid supaya kaedah belajar murid sesuai dengan perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PDP). Walaubagaimanapun, pentaksiran diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai alat penilaian. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), penilaian dianggap sebagai proses PDP yang dijalankan secara berterusan. Menurut Faezah Saliman & Zamri Mahamod (2023), kualiti guru menjadi faktor keberkesanan pengajaran dan menyumbang kepada keberhasilan murid. Selain daripada itu, PBD membantu guru mengesan kemajuan, kelemahan dan pencapaian berdasarkan proses pengumpulan data tentang pembelajaran murid. Perkembangan murid dinilai berdasarkan kefahaman dan pengetahuan melalui penglibatan aktif daripada murid-murid. Namun, sebelum mengenal pasti perkembangan, guru harus mengetahui pengetahuan sedia ada mereka. Dengan ini, guru berkebolehan mengukur tahap pengetahuan dan kesediaan belajar murid. Seterusnya, PBD merupakan proses mengenal pasti masalah pembelajaran dan membuat penambahbaikan. Guru perlu mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP), kaedah mengajar dan kemahiran belajar murid. Menambah baik keperluan PDP dapat meningkatkan motivasi belajar mereka. Oleh itu, keberkesanan PDP bergantung kepada penguasaan guru dalam melaksanakan perancangan pengajaran. Di samping itu, PBD adalah proses pengumpulan maklumat dan bukan untuk membuat perbandingan prestasi. Oleh itu, pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat dan kemudian melakukan penghakiman untuk mendapatkan keputusan. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, guru boleh menentukan tahap penguasaan murid mengikut mata pelajaran (Fara Izzati Marnizam & Siti Rahaimah Ali,2021). Malahan, kedudukan murid ditentukan berdasarkan tahap pencapaian mereka. Intihannya, PBD adalah alat penilaian untuk mengesan tahap kemajuan murid kerana pentaksirannya yang lengkap, boleh dipercayai dan tepat. Kerangka Konsep Pentaksiran
2 2.0 ANALISIS INSTRUMEN PBD Analisis ini fokus kepada pelaksanaan PBD dalam kalangan guru di SK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. Analisis ini dijalankan untuk meneliti jenis dan kaedah pentaksiran yang dilaksanakan oleh semua guru mata pelajaran terhadap murid-murid. 2.1 JENIS PENTAKSIRAN Pentaksiran diperkenalkan untuk memberi penilaian terhadap perkembangan muris secara holistik (Arumugham, 2020). Oleh itu, guru harus memilih jenis pentaksiran yang sesuai dengan tahap kognitif murid. Terdapat beberapa jenis pentaksiran iaitu formatif, sumatif dan alternatif. Pentaksiran formatif ialah penilaian guru secara berterusan terhadap murid semasa PDP. Contohnya, kuiz, latihan bertulis dan soal jawab. Pentaksiran sumatif pula dilaksanakan oleh guru pada akhir pengajaran seperti peperiksaan SPM, PT3 dan STPM. Seterusnya, pentaksiran alternatif dilaksanakan secara berterusan yang mengukur penguasaan murid terhadap kemahiran dalam pembelajaran. Pentaksiran alternatif terdiri daripada rakan sebaya, penilaian kendiri, berkumpulan, projek, temubual, pembentangan lisan, portfolio, pemerhatian, penghasilan produk, amali, buku skrap dan tugasan bertulis. Analisis Carta Pai Terdapat 30 orang responden daripada guru-guru di SK Bukit Bandaraya sebagai data analisis instrument PBD.
3 Jadual 1: Pentaksiran Formatif Jenis Pentaksiran Nama Mata Pelajaran Mata Pelajaran Formatif Norasmidar binti Musa Matematik Formatif Wan Zamani bin Wan Hassan Matemtik Formatif Muhammad Safwan bin Abdullah Khir Bahasa Melayu Berdasarkan jadual 1, 10% daripada 100% responden memilih jenis pentaksiran formatif. Terdapat tiga orang guru yang yang melaksanakan jenis pentaksiran formatif. Ketiga-tiga responden ini terdiri daripada guru Matematik dan Bahasa Melayu. Jadual 2: Pentaksiran Sumatif Jenis Pentaksiran Nama Mata Pelajaran Mata Pelajaran Sumatif Mohd Hisanudin bin Che Soh Bahasa Melayu Sumatif Zuliana binti Mohamad Rambu Bahasa Melayu Sumatif Amni binti Idris Bahasa Melayu Sumatif Farah Aina binti Karman Bahasa Melayu Sumatif Muhammad Naqib bin Ibrahim Sejarah Berdasarkan jadual 2, 16.7% daripada 100% responden memilih jenis pentaksiran sumatif. Terdapat enam orang guru yang melaksanakan jenis pentaksiran sumatif. Keenam responden ini terdiri daripada guru Bahasa Melayu dan Sejarah.
4 Jadual 3: Pentaksiran Alternatif Jenis Nama Mata Pelajaran Mata Pelajaran Pentaksiran Penilaian Kendiri Zulkifli bin Muhammad Hanafi Sejarah Berkumpulan Muhammad Safwan bin Abdullah Khir Sejarah Noraliza binti Ramli Sejarah Mohd Amanzi bin Mustofa Bahasa Melayu Upiq Asmar binti Zainal Abidin Pen.Islam Projek Azahar bin Yaakub RBT Amni binti Idris RBT Nursyaffiza binti Mustafa RBT Fatimah munirah binti Asmad Sains Asrul Ikram bin Shuhaibi Sains Temu Bual Aliatun Nadhirah Binti Mahmud Bahasa Melayu Pembentangan Asnizal binti Sempurna Bahasa Melayu Lisan Syarifah Masitah binti Syd Kamaruzaman Bahasa Melayu Anitha A/P Bajan Sejarah Portfolio Norhayati binti Mat Noor Sejarah Mohamad Anwar bin Rahin Sejarah Amali Siti Sharifah binti Kurman Pen.Muzik Wan Bibi Balqis binti Wan Aziz Sains Tugasan Bertulis Sumathi A/P Sundaram Pillay Matematik Shahrul Nizam bin Arifin Matematik Buku Skrap Hairunniza binti Harun Pen. Islam
5 Berdasarkan jadual 3, 3.3% daripada 100% dalam carta pai menunjukkan seorang guru Sejarah memilih jenis pentaksiran kendiri. Pentaksiran ini menggalakkan murid menilai kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran. Selain itu, 13.3% dalam carta pai menunjukkan empat orang guru memilih jenis pentaksiran berkumpulan untuk menilai murid. Berdasarkan carta pai, 16.7% daripada 100% responden memilih jenis pentaksiran projek. Lima orang guru melaksanakan pentaksiran projek bagi mata pelajaran RBT dan Sains. Seterusnya, 3.3% daripadaa 100% menunjukkan seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu memilih jenis pentaksiran temu bual. Manakala, jenis pentaksiran pembentangan lisan mendapat 10% daripada 100% dalam carta pai. Jenis pentaksiran pembentangan lisan dilaksanakan oleh tiga orang guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah. Terdapat juga jenis pentaksiran portfolio yang dilaksanakan oleh 2 orang guru sebanyak 6.7% daripada carta pai. Di samping itu, jenis pentaksiran amali dilaksanakan oleh dua orang guru yang menunjukkan 6.7% dalam carta pai. Jenis pentaksiran tugasan bertulis dalam carta pai menunjukkan 10% iaitu 3 orang guru di Sk Bukit Bandaraya menggunakan pentaksiran tugasan bertulis untuk penilaian. Akhir sekali, jenis pentaksiran buku skrap dilaksanakan oleh seorang guru Pendidikan Islam di Sk Bukit Bandaraya yang mewakili 3.3% dalam carta pai. 2.2 KAEDAH PENTAKSIRAN Kaedah Pentaksiran Guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) secara berterusan dengan mengunakan kaedah lisan, bertulis dan pemerhatian. Kaedah pentaksiran bertujuan untuk membantu guru membuat penilaian dan menambah baik pengajaran. Berdasarkan analisis ini, respon guru Sk Bukit Bandaraya di Google form menunjukkan kaedah pentaksiran lisan dan bertulis dilaksanakan oleh 13 orang guru yang mewakili 43.3%. Manakala kaedah pentaksiran pemerhatian pula dilaksanakan oleh 24 orang guru yang membawa sebanyak 80%.
6 3.0 PENILAIAN PROFESIONAL TERHADAP INSTRUMEN PBD Guru-guru di seluruh Malaysia menggunakan kaedah pengujian sebagai instrumen pentaksiran untuk mentaksir murid (Mustaqim Roslan, 2024). Tetapi, pada tahun 2018 Menteri Pendidikan Malaysia telah memansuhkan kaedah pengujian. Pemansuhan kaedah pengujian bertujuan untuk membantu guru fokus mendidik serta murid tidak tertekan dengan pembelajaran di awal usia persekolahan. Namun, pemansuhan ini mendapat banyak komen dan reaksi dari ibu bapa, warga pendidik dan murid. Walaubagaimanapun, para guru didedahkan dengan pelbagai instrumen untuk menilai murid. Instrumen pentaksiran dilaksanakan mengikut aktviti PdP dan kaedah pentaksiran. Pelaksanaan PBD untuk menilai murid akan berlaku secara berterusan sepanjang tahun. PBD dilaksanakan oleh guru dengan membuat penilaian dalam bentuk kuiz, soal jawab, lisan, pemerhatian, portfolio, tugasan berkumpulan dan pelbagai lagi. PBD dijalankan mengikut kreativiti guru dan tahap kebolehan murid. Selain itu, guru menentukan Tahap Penguasaan (TP) murid berdasarkan instrumen pentaksiran yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Menurut Fairul Asmani (2019), kaedah pentaksiran ini menerima respon yang tidak baik daripada ibu bapa yang tidak percaya dengan keadilan guru semasa mentaksir pencapaian. Ibu bapa akan diberikan laporan pencapaian yang mengandungi TP anak-anak mereka. Pelaksanaan PBD membantu mengurangkan beban guru dalam pelaksanaan ujian. Guru tidak perlu menyediakan kertas soalan, menyemak kertas soalan, mentadbir pengurusan peperiksaan dan banyak lagi. Sebelum pemansuhan sistem peperiksaan, para guru menggunakan jenis pentaksiran formatif dan sumatif untuk mentaksir murid. Penilaian dan pengukuran berdasarkan skor murid dalam peperiksaan. Namun, selepas kaedah pengujian dimansuhkan, guru didedahkan dengan pelbagai instrumen untuk mengukur perkembangan murid. Misalnya, penilaian berdasarkan hasil kerja murid dalam bilik darjah iaitu pentaksiran alternatif dan bukan sahaja melibatkan pentaksiran jenis sumatif dan formatif. Oleh itu, guru boleh menggunakan pelbagai instrumen pentaksiran untuk mengesan perkembangan, kekuatan dan kelemahan murid serta mengesan keberkesanan pengajaran guru. 4.0 REFLEKSI Berdasarkan dapatan data analisis bagi penilaian instrumen PBD, dilihat bahawa kebanyakkan responden guru Sk Bukit Bandaraya melaksanakan jenis pentaksiran sumatif, pentaksiran alternatif projek dan berkumpulan. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir pengajaran bagi mendapatkan maklumat pembelajaran murid. Contoh, peperiksaan akhir tahun dijalankan untuk memberi gred terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan. Gred dapat menentukan tahap prestasi dan kedudukan mereka. Seterusnya, pentaksiran alternatif ialah proses pengumpulan dan analisis maklumat pembelajaran untuk membuat keputusan. Pentaksiran ini bertujuan untuk melihat perkembangan dan memfokuskan kepada kekuatan dan kelemahan murid agar guru dapat menambah baik pengajaran. Pentaksiran alternatif mengukur kebolehan murid dengan melihat hasil kerja murid daripada tugasan bertulis, projek, tugasan berkumpulan, portfolio, buku skrap dan lain-lain. Penilaian diberikan dengan meilhat hasil kerja murid. Oleh itu, pentaksiran merupakan bukti yang dikumpul daripada hasil kerja murid (Nor Asilah Osman et al., 2024).
7 5.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, PBD diperkenalkan untuk memberi penilaian dan pengukuran terhadap tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Terdapat pelbagai instrumen pentaksiran yang diaplikasikan oleh guru bagi mendapatkan penilaian yang tepat dan boleh dipercayai. Instrumen pentaksiran menjadi alat untuk mengesan sama ada murid mencapai objektif dan menguasai kemahiran yang ditetapkan. Pelaksanaan PBD dijalankan melalui tiga kaedah iaitu lisan, bertulis dan pemerhatian. Pelaksanaan kaedah pentaksiran boleh dilakukan secara berasingan atau gabungan. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan supaya mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang pencapaian murid. Kaedah pentaksiran ditentukan dengan melihat objektif pembelajaran serta kebolehan murid. Tetapi, instrumen pentaksiran bergantung kepada kaedah pentaksiran serta aktiviti PdP. Instrumen pentaksiran terdiri daripada pelbagai jenis iaitu kuiz, soal jawab, buku skrap, portfolio, berkumpulan dan pelbagai lagi. Instrumen pentaksiran dijadikan sebagai hasil kerja murid. Hasil kerja murid akan ditaksirkan sendirian oleh guru dan penilaian diberi mengikut pengetahuan, kemahiran dan input murid. Kemudian, perkembangan murid dilaporkan kepada ibu bapa, pihak sekolah dan murid. Melalui pelaporan, ibu bapa dapat meneliti perkembangan pembelajaran anak mereka. Kesimpulannya, pentaksiran dijalankan secara holistik dan autentik serta memenuhi keperluan pembelajaran murid. Murid menjadikan pentaksiran sebagai pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan dan memantau perkembangan pembelajaran mereka. Pentaksiran juga membantu guru mengesan keberkesanan pengajaran dan merancang pelaksanaan PdP seterusnya untuk meningkatkan pembelajaran murid. Oleh itu, pentaksiran menjadi penanda aras terhadap pembelajaran murid dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, proses penilaian yang berterusan sepanjang PdP memberikan gambaran kepada murid tentang pencapaian mereka. Dengan ini, murid berkeyakinan untuk menambah baik pencapaian pembelajaran dari masa ke masa.
8 6.0 RUJUKAN Nor Asilah Osman, Shariza Said, Zahanin Ismail, M Vijayaletchumi R Maniveloo & Norliyah Sulaiman. (2024). Pentaksiran dalam Pendidikan. MK e-Solutions Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Abdul Said Ambotang & Shanti Gobalakrishnan. (2017). Tahap Integriti dan Kesediaan Guru dengan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. International Journal of Education, Psychology Counseling, 2 (4), 1-22. Faezah Saliman & Zamri Mahamod. (2023). Amalan Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kurang Murid dalam Melaksanakan dan Melaporkan Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 119-129. Mardziah Abdullah, Mariani Md Nor & Fonny Dameaty. (2019). Tadbir Urus Pentaksiran Murid dalam Kalangan Guru Prasekolah. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 7(3), 20-27. Mohd Nasuha Nawawi Saad & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2023). Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Daerah Klang. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(2),26-38. Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap dan Masalah dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 56-67. Tan Jia Yuh & Husaina Banu Kenayathulla. (2020). Pentaksiran Bilik Darjah dan Prestasi Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3), 70-90. Fara Izzati Marnizam & Siti Rahaimah Ali. (2021). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(2), 81-94. Muhammad Mustaqim Roslan. (2024). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya kepada Murid Tahap Satu: Analisis Subjek Pendidikan Islam. International Journal of Islamic and Civilizational, 11(1), 63-78.
9 7.0 LAMPIRAN Jenis Pentaksiran Gambar Pentaksiran formatif Pentaksiran formatif Pentaksiran formatif
10 Pentaksiran alternatif - penilaian kendiri Pentaksiran alternatif – projek (Project base learning (PBL)
11 Pentaksiran alternatif – projek (Project base learning (PBL) Pentaksiran alternatif – projek (Project base learning (PBL) Pentaksiran SumatifUjian Akhir Sesi Akademik (UASA) SAINS Tahun 6.
12 Pentaksiran SumatifPeperiksaan pertengahan Tahun Muka depan Bahagian A: Objektif Bahagian B: Subjektif
13 Pentaksiran tugasan bertulis
14 Temu Bual bersama Guru Cemerlang Sk Bukit Bandaraya Temu Bual bersama Guru Ketua Panitia Bahasa Melayu Ahli Kumpulan