The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ANISA, 2021-09-17 22:56:18

SUMBER PERKEMBANGAN TAFSIR BI MATHUR

SITI NUR ANISA

Sumber & perkembangan Tafsir bi Ma`thur zaman Rasulullah, Sahabat dan Tabiin

Pengenalan Tafsir bi Ma`Thur
• Penafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat menggunakan penjelasan dari ayat al-
Quran, hadith-hadith rasul saw yang sahih dan riwayat para sahabat r.anhum(athar)
atau dengan sesuatu yang dikatakan oleh tabiin besar kerana mereka menerima
perkara tersebut daripada sahabat[ Ibn Taymiyyah, hal.41
Walaubagaimanapun ada dikalangan ulama yang tidak bersetuju memasukkan
tafsiran tabiin ke dalam tafsir bi al-Ma’thur.

Perkembangan Tafdir bi Ma`thur

Secara Lisan atau periwayatan

• Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah
pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah
Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau
para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh
dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul
Taf sir]

Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’ al-
Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah r.anhum. Keadaan ini
berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara
lisan dari sahabat. Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah,
Ubay bin Kaab di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah,

Secara penulisan bersama dengan hadith

• Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-rowayat tersebut

dicatit. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir

dalam sohih al-Bukhari.

Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke -2 Hijrah pada

zaman pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat

riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau mauquf pada sahabat atau

kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad

bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh

, aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid(m104H), Said bin

Jubayr(m95H), Qatadah(m118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas,
Muhammad bin Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay
bin Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda’(m63H) yang mencatat
tafsiran Abdullah bin Mas’ud.

Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad terasing dari hadit h

• Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan ini
berlaku pada zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir

yang dibukukan pada tempoh ini ialah:

(a) Sahifah Ali bin Abi Talhah(m143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.

(b) Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri(m161H)

(c) Taf sir Suf yan bin Uyahnah(m198H)
(d)Taf sir Abd Hammam al-San’ani(m211H)
al-Razzaq bin

(e)Tafsir Abd bin Humayd(m249H)

(f )Taf sir Ishaq bin Rahawayh(m238H)

(g)Tafsir al-Nasai(m303H)

Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang bersambung

• Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu

yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin
sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir
dari hadith-hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin.

Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf
dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang ma’thur bagi

setiap ayat.

Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah Tafsir Ibnu Majah(m273H), Tafsir

Imam Ibnu Jarir al-Tabari(m310H), Tafsir Abu Bakar bin al-Mundhir al-

Naysaburi(m318H), Tafsir Ibn Abi Hatim al-Razi(m327H), Tafsir Ibn Hibban(m369H),

Tafsir al-Hakim(m405H), dan tafsir Abu Bakar bin Mardawayh(m410H).

Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur

• Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Mundhir dan Ibn
Mardawayh. Pada peringkat para pentaf sir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir
dengan tujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat
tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana riwayat -riwayat
tersebut ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut dan
membezakan antara riwayat yang sohih dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini
menyebut pelbagai pandangan yang ma’thur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin
sehinggakan ada diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu sama lain.
Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah tafsir Bahr al-Ulum oleh
al-Samarqandi, al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran karya Abu Ishaq al-Tha’labi,
Tafsir Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan, Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur hasil
tangan al-Sayuti , Tafsir al-Quran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi dan
Fath al-Qadir tinggalan al-Shawkani.

Sumber Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur

• Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas.
• Pentafsiran secara yang lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk

menyeluruh”mujmal”
• Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum
• Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah saw

TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

Muhammad SAW merupakan pentafsir awal bagi ayat-ayat al-Quran yang tidak difaham oleh
para sahabat. Hal ini berlaku ketika para sahabat bertanyakankan tentang pelbagai persoalan
yang tidak difahami oleh mereka. Namun, keseluruhan tafsir ayat-ayat Al-Quran yang
diberikan Muhammad s.a.w. tersebut tidak sampai pada umat Islam hingga masa kini. Oleh
itu, terdapat sebahagian ulama yang mengatakan bahawa riwayat-riwayat tentang tafsir
Muhammad SAW itu tidak sampai pada umat Islam, dan sebahagian pendapat lainnya
menganggap bahawa Muhammad SAW sendiri tidak mentafsirkan seluruh ayat Al-Quran.

Salah satu tafsir Al-Quran yang diberikan oleh Muhammad SAW ialah berkenaan pertanyaan
seorang sahabat Nabi SAW yang menanyakan kepada baginda mengenai solat wustha yang
terkandung dalam surah al-Baqarah ayat 238. Di dalam ayat itu tidak dinyatakan secara jelas
mengenai yang dimaksud solat wustha. Menurut riwayat Tirmidzi, Muhammad SAW

menyatakan bahwa yang dimaksudkan dengan solat wustha adalah solat Asar. 45
Rasululullah SAW adalah pengasas kepada tafsir al-Quran kerana baginda berperanan
menjelaskan ayat-ayat yang tidak difahami. Ia berdasarkan kepada

Firman Allah: “dan kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat
manusia apa yang telah diturunkan kepadamereka1 dan supaya mereka memikirkan”. Firman
Allah: “Dan kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu
dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk
dan rahmat bagi kaum yang beriman”.

Nabi S.A.W telah menerangkan kepada para sahabat baginda makna-makna al-Quran
sebagaimana baginda menjelaskan kepada mereka lafaz-lafaznya.

PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN SAHABAT

Setelah Rasulullah S.A.W. wafat, tugas mentafsir al-Quran dipikul oleh sahabat. Mereka
merupakan golongan yang paling arif tentang tafsir selepas kewafatan rasul SAW tetapi
pentafsiran mereka tidak sama. Berikut adalah sepuluh orang sahabat yang terkenal dalam
bidang tafsir iaitu Khulafa al-Rasyidun, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubayy bin Kaab, Zaid bin
Thabit, Abu Musa al-Asyari dan Abdullah bin al-Zubayr.

Diantara sebab tafsir kurang pada zaman sahabat:

(a) Mereka mentafsirkan al-Quran mengikut suasana dan peristiwa

(b) Tahap penguasaan bahasa yang tinggi

(c) Kefahaman akidah yang mantap

Nilai Tafsir Zaman Sahabat:

(a) Tafsir sahabat bersumberkan hadith marfu dari rasululllah SAW

(b) Apabila tidak di dapati daripada rasulullah SAW sahabat akan berijtihad dan bertaraf hadith
mauquf yang boleh diterima dan ditolak

(c) Perbezaan pendapat di kalangan sahabat tentang tafsir sangat sedikit berbanding
perbezaan dalam soal hukum-hakam. Kebanyakan perselisihan merupakan perbezaan
keanekaragaman dan pertikaian yang membawa padah.

Ciri-ciri tafsir al-quran di zaman Sahabat RA:
i. Tafsir pada zaman sahabat hanya mengulas ayat-ayat secara umum tidak secara terperinci
ii. Para sahabat tidak mengeluarkan sebarang hukum daripada maksud ayat.
iii. Tafsir-tafsir dan huraian mereka terhadap sesuatu ayat tidak ditulis dan dibukukan. Apa
yang ditulis hanyalah al-Quran dan al-Hadith sahaja.
iv. Pentafsiran sahabat adalah bergantung kepadaasbab al-nuzul (Sebab turun sesuatu ayat)
v. Periwayatan sahabat daripada ahli kitab. Ia terbahagi kepada dua pandangan.

TAFSIR PADA ZAMAN TABIIN
• Madrasah Ibnu Abbas di Mekah
Antara ulama tafsir di kalangan tabiin yang terkenal ialah Said bin Jubir(m94H),
Mujahid bin Jabr (m103H), Ikrimah al-Barbariy(m105H), Tawus bin Kaysan(m106H)
dan Ata bin Abi Rabah(m114H). Mujahid adalah antara para Tabiin yang menerima
seluruh tafsir daripada sahabat, sebagaimana yang dikatakan oleh Mujahid. “Aku baca
seluruh Isi alQuran kepada Ibn Abbas, aku berhenti pada setiap ayat dan menanyakan
makna kepada beliau. (Usul al-Tafsir: l3)

• Madrasah Abdullah bin Masud di Kufah

Antara pengikut Ibn Masud yang terkenal ialah al-Qamah bin Qays (m102H), Masruq
(m63H), al-Aswad binYazid (m75H), Marrah al-Hamdani (m76H), Amir al-Sya’bi
(m109H), Hassan al-Basri (m110H) dan Qatadah (m117H).

• Madrasah Ubay bin Kaab di Madinah

Pengikut kelompok ini yang paling terkenal ialah Abu al-Aliyah (m90H), Muhammad
bin Kaab al-Quraziy (m118H) dan Zaid bin Aslam (m136H)

Daripada ketiga-tigamadrasah ini, mereka yang paling arif tentang tafsir ialah pengikut
madrasah Mekah seperti yang disebut oleh Ibnu Taymiyyah:

“Manakala dalam bidang Tafsir, mereka yang paling arif ialah penduduk Mekah
kerana mereka adalah pengikut Ibnu Abbas seperi Mujahid, Ata’ bin Abi Rabah,
Ikrimah … 49 Pada zaman tabiin usaha-usaha menulis, menghimpun dan

mengumpulkan pentafsiran para sahabat terhadap ayat-ayat al-Quran bermula (al-
Buti: 74)

Ibn Jarir al-Tabari menyebut bahawa Ibn Abi Malikat pernah berkata:

“Aku melihat Mujahid bertanya Ibnu Abbas tentang tafsir al-Quran dan dia bawa
bersamasamanya papan tulis. Kata Ibnu Abbas kepadanya: “Tuliskan…sehingga dia
bertanya Ibn Abbas tentang tafsiran ayat semua sekali.

Riwayat ini menunjukkan bahawa penulisan dan pembukuan tafsir telah mula berlaku.
Namun kita tidak dapat memastikan siapakah orang yang pertama membukukan tafsir.


Click to View FlipBook Version