MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL 3.0 EMPAT ASPEK UTAMA MANIFESTASI AKAL BUDI 4.0 AKAL BUDI DALAM PANTUN 5.0 FUNGSI SASTERA MELAYU 6.0 PUISI TRADISIONAL RUJUKAN
Menurut Abdul Rani Hassan et. al., (2022), kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Hal ini kerana kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat dibahagikan kepada : 1.0 PENGENALAN Prosa moden Puisi tradisional Puisi moden Prosa tradisional
2.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL Menurut Rohaiyu Abdul Rahim (2022), manifestasi akal budi merupakan kelompok kesusasteraan Melayu tradisional. Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan (Abdul Rani Hassan et al., 2022). Pengertian paling mudah ialah budi mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan. Jelaslah bahawa, budi dapat dilihat dalam pertuturan, perlakuan, kehalusan berbahasa dan gaya hidup manakala akal atau pemikiran merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta menerokai pelbagai kemungkinan idea.
3.0 EMPAT ASPEK UTAMA MANIFESTASI AKAL BUDI 1. Pemikiran 2. Pertuturan 3. Perlakuan 4. Gaya Hidup
4.0 AKAL BUDI DALAM PANTUN Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan masyarakat Melayu (Abdul Rani Hassan et. al., 2022). Menurut Harun Mat Piah (1989), mendefinisikan pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi iaitu tema serta persoalan. Sasterawan negara ke-15, Datuk Rahman Shaari dalam bengkel seni pantun ajuran AID Academy menyatakan bahawa pantun ialah karya seni bahasa Melayu tulen. Tambah beliau lagi, agak sukar untuk memuktamadkan makna perkataan atau istilah pantun. Ketinggian akal budi dalam pantun ini jelas cara nasihat yang disampaikan agar masyarakat memandang tinggi akan nilai budi kerana nilai budi itu lebih tinggi berbanding emas tetapi pemahaman konsep itu dijelmakan pembayang.
5.0 FUNGSI SASTERA MELAYU Keperluan menghiburkan akan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah (Abdul Rani Hassan et. al., 2022). Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang indah. HIBURAN Alat Pendidikan Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu. Seterusnya, karya ini boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat. Je Dengan adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa Melayu.
FUNGSI SASTERA MELAYU Antara ciri penting yang membentuk pandangan sastera adalah nilai ijabiyah (positif) dan waqi'iyyah (realistik), yang mendalami dan menilik sesuatu sebagaimana adanya. Dakwah bermaksud mendorong manusia untuk membuat kebajikan dan mencegah mereka daripada perbuatan mungkar (Yasmin Syahira, 2022). DAKWAH KRITIKAL SOSIAL Penilaian Perbandingan Pengungkapan terhadap sesuatu masyarakat Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandanagn yang berbeza-beza. Oleh itu, tindakan membandingkan dan memerhati secara teliti amatlah penting untuk mengetahui perkembangan perkara baik atau buruk kualiti suatu masyarakat. Semasa kritikan sosial dilakukan, terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira iaitu :
6.0 PUISI TRADISIONAL Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Puisi tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya tertentu dan tanpa menurut aturan tatabahasa sepatutnya (Al Afzan, 2018). Secara umumnya, puisi sebenarnya tidak terdiri daripada ayat yang lengakap, melainkan terdiri daripada frasa yang disusun dalam bentuk baris (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Antara genre dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya (Harun Mat Piah, 1989).
RUJUKAN Abdul Rani Hassan, Azman Rahmat, Hasnah Awang, Nazri Zainuddin., Shamsudin Abu Bakar. (2022). Kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohaiyu Abdul Rahim. (2022). Manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. Slide share. Diperoleh pada 28 Februari 2023 daripada https://www.slideshare.net/BM2062204RohaiyuBint/manifestasiakal-budi-dalam-puisi-tradisional Yasmin Syahira. (Mac 31, 2022). Konsep, fungsi dan manifestasi akal budi kesusasteraan Melayu. Anyflip. Diperoleh pada 27 Februari 2023 daripada https://anyflip.com/kbnyq/oicy/basic