1 SUBJEK DAN PREDIKAT Setiap ayat mesti terdiri daripada konstituen: Subjek Predikat Subjek 1. Subjek ayat biasanya terdiri daripada frasa nama. 2. Frasa nama sebagai subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas, kata nama terbitan (berimbuhan), kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk. i. Kata nama am sebagai subjek. Subjek Predikat Buku itu amat bermutu. Pelajar ini perlu diberi bimbingan. ii. Kata nama khas sebagai subjek. Subjek Predikat Abdul Wahab pegawai yang bijaksana. Hotel Grand Palace terletak berhampiran Stadium Negara. iii. Kata nama terbitan sebagai subjek. Subjek Predikat Masakan Ibu sedap. Penderitaan orang itu mendapat simpati orang ramai. iv. Kata ganti nama diri sebagai subjek. Subjek Predikat Dia sedang membaca buku. Mereka sudah ke sana kelmarin. v. Kata ganti nama tunjuk sebagai subjek. Subjek Predikat Itu rumah bapa saudara saya. Ini memeningkan kepala saya. SINTAKSIS
2 Predikat 1. Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Predikat ayat terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. i. Predikat frasa nama. Subjek Predikat Burung sejenis haiwan. Buku itu kepunyaan saya. ii. Predikat frasa kerja. Subjek Predikat Budak-budak itu mandi di sungai. Aisyah menjahit baju. iii. Predikat frasa adjektif. Subjek Predikat Rumah nenek terlalu besar. Bunga Ros sungguh wangi. iv. Predikat frasa sendi nama. Subjek Predikat Buku itu di atas meja. Bapa dari pasar.
3 Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi setiap ayat di bawah. 1. Jentik-jentik akan menjadi nyamuk. Subjek: jentik-jentik Predikat: akan menjadi nyamuk 2. Perdana Menteri telah mengunjungi pusat pemindahan sementara mangsa banjir. Subjek: Perdana Menteri Predikat: telah mengunjungi pusat pemindahan sementara mangsa banjir 3. Enak sekali rasa durian itu. Subjek: rasa durian itu Predikat: enak sekali 4. Daun kering yang bertaburan itu dikutip oleh Sakinah. Subjek: daun kering yang bertaburan itu Predikat: dikutip oleh Sakinah 5. Memanah ialah hobi Datuk Mustafa. Subjek: memanah ialah hobi Datuk Mustafa Predikat: ialah hobi Datuk Mustafa 6. Puan Jaslina mengesahkan surat permohonan biasiswa itu. Subjek: Puan Jaslina Predikat: mengesahkan surat permohonan biasiswa itu 7. Ais kisar sungguh enak dimakan ketika musim panas. Subjek: ais kisar Predikat: sungguh enak dimakan ketika musim panas. 8. Yang memakai baju biru itu adik saya. Subjek: yang memakai baju biru itu Predikat: adik saya 9. Merokok membahayakan kesihatan. Subjek: merokok Predikat: membahayakan kesihatan 10. Amir merindui keluarganya di Sabah. Subjek: Amir Predikat: merindui keluarganya di Sabah
4 POLA AYAT DASAR 1. Pola ayat dasar merupakan asas kepada pembentukan ayat-ayat dalam bahasa Melayu. 2. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah. 3. Terdapat empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat: i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN) - Frasa nama ialah perkataan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. - Contoh : Abang Ali ialah juruterbang. ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK) - Frasa kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak. - Contoh: Ayah menjerang air. iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) - Frasa adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sifat manusia, haiwan, benda, peristiwa dan unsur abstrak. - Contoh: Baju itu kuning. iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS) - Frasa sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain. - Contoh: Buku di atas rak itu kepunyaan saya.
5 Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah. 1. Bahasa Melayu ialah subjek kegemaran saya. FN+FN 2. Jam tangan itu untuk emak. FN+FS 3. Peperiksaan sedang dijalankan. FN+FK 4. Buku harian abah cukup tebal. FN+FA 5. Muhsin ke sekolah dengan bas mini. FN+FS 6. Kerajaan telah memperkenalkan skim Prihatin untuk membantu rakyat yang memerlukan. FN+FK 7. Merah yang terdapat dalam bendera Jalur Gemilang melambangkan keberaniaan. FN+FK 8. Gadis yang memakai baju kurung itu kakak saya. FN+FN 9. Fazli mengalami kecederaan yang agak teruk. FN+FK 10. Dato’ Siti Nurhaliza penyanyi nombor satu negara. FN+FN
6 AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK 1. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja. 1 subjek 1 predikat Saya sakit Rumah Ali cantik Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini 2. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung. Ayat majmuk Kata hubung Ayat tunggal Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup. dan (a) Suhaili suka makan nasi lemak. (b) Suhaili suka makan mi sup. Dia memberitahu bahawa kakaknya akan berhijrah. bahawa (a) Dia memberitahu. (b) Kakaknya akan berhijrah. Awak boleh menghantar kuih itu esok atau lusa. atau (a) Awak boleh menghantar kuih itu esok. (b) Awak boleh menghantar kuih itu lusa. Baju Karim bersih, tetapi baju adiknya kotor. tetapi (a) Baju Karim bersih. (b) Baju adik Karim kotor. Anis menangis teresak-esak kerana sakit perut. kerana (a) Anis menangis teresak-esak. (b) Anis sakit perut. Burung itu terbang lalu hingga pada dahan pokok. lalu (a) Burung itu terbang. (b) Burung itu hingga pada dahan pokok.
7 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. 1. Saya suka minum air teh dan sirap. a. Saya suka minum air teh. b. Saya suka minum air sirap. 2. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk. a. Ahmad kurus. b. Adik Ahmad gemuk. 3. Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan yang sangat berat. a. Nazri sedar. b. Nazri telah melakukan kesalahan yang sangat berat. 4. Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah. a. Mereka ditahan oleh pihak polis. b. Mereka disyaki terlibat dalam kes jenayah. 5. Saya membeli baju yang berwarna merah. a. Saya membeli baju. b. Baju berwarna merah. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang sesuai supaya menjadi ayat majmuk. 1. Musim hujan dingin. Musim kemarau panas. Musim hujan dingin, tetapi musim kemarau panas. 2. Beliau memandang saya. Beliau tersenyum. Beliau memandang saya lalu tersenyum. 3. Khalish menyapu sampah. Khalish mendengar lagu. Khalish menyapu sampah sambil mendengar 4. Ayah mendapat berita. Abang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ayah mendapat berita bahawa abang terlibat dalam kemalangan jalan raya. 5. Dia membeli buku. Buku ditulis oleh penulis kegemarannya. Dia membeli buku yang ditulis oleh penulis kegemarannya.
8 AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG 1. Susunan ayat biasa ialah subjek + predikat + keterangan dan boleh dilabelkan dengan formula 1 + 2 + 3. 2. Contoh adalah seperti berikut: 1 2 3 Dia membeli buku di kedai itu. Subjek Predikat Keterangan 3. Manakala, ayat songsang boleh terdiri daripada beberapa susunan dengan menggunakan formula: i. 2 + 3 + 1 ii. 2 + 1 + 3 iii.3 + 1 + 2 iv. 3 + 2 + 1 4. Contoh adalah seperti berikut: Contoh ayat songsang (i) 2 3 1 Membeli buku di kedai itu dia. Contoh ayat songsang (ii) 2 1 3 Membeli buku dia di kedai itu. Contoh ayat songsang (iii) 3 1 2 Di kedai itu dia membeli buku. Contoh ayat songsang (iv) 3 2 1 Di kedai itu membeli buku dia.
9 Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang. 1. Guru itu telah memenangi hadiah pertama. Telah memenangi hadiah pertama guru itu. 2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran semalam. Musnah dalam kebakaran semalam beberapa buah bangunan. 3. Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia. Sudah lama menetap di Malaysia mereka semua. 4. Sesetengah bangunan lama itu masih kukuh lagi. Masih kukuh lagi sesetengah bangunan lama itu. 5. Perangainya baik sungguh. Baik sungguh perangainya. 6. Kerajaan perlu memastikan semua masyarakat memahami dasar yang diperkenalkan. perlu memastikan semua masyarakat memahami dasar yang diperkenalkan kerajaan. 7. Aktiviti fizikal mampu melancarkan peredaran darah. Mampu melancarkan peredaran darah aktiviti fizikal. 8. Pembelian secara dalam talian amat memudahkan pengguna. Amat memudahkan pengguna pembelian secara dalam talian. 9. Sektor pertanian banyak memberikan manfaat kepada komuniti setempat. Banyak memberikan manfaat kepada komuniti setempat sektor pertanian. 10. Teknologi dron dapat menggantikan perkhidmatan pengeposan barangan. Dapat menggantikan perkhidmatan pengeposan barangan teknologi dron.
10 AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF 1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi konstituen Subjek (S), Kata Kerja (K) dan Objek (O). 2. Subjek terdiri daripada frasa nama dan berada di hadapan ayat diikuti dengan kata kerja dan objek. 3. Kata kerja digunakan untuk merujuk pada perbuatan atau tindakan sesuatu perkara. 4. Objek pula digunakan sebagai pelengkap kepada kata kerja. Subjek (S) Kata Kerja (K) Objek (O) Emak menggoreng ayam. 5. Ayat pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya. 6. Maksudnya, dalam ayat pasif, Kata kerja (K) terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala Subjek (S) terletak di belakang (sebagai predikat ayat). 7. Ayat pasif mempunyai dua jenis susunan berdasarkan kata nama. ii. Susunan ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua: a) Ayat pasif kata ganti nama diri pertama, iaitu ayat yang subjeknya terdiri daripada kata ganti nama diri pertama seperti saya, aku, beta, patik, kami, kita dan hamba. b) Ayat pasif kata ganti nama diri kedua, iaitu ayat yang subjeknya terdiri daripada kata ganti nama diri kedua seperti anda, saudara, saudari, engkau, kau, kamu, awak dan tuan hamba. c) Susunan ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua lazimnya bermula dengan Objek (O), Subjek (S) dan Kata Kerja (K) dengan menggugurkan imbuhan awalan kata kerja. Lihat contoh di bawah.
11 Ayat aktif Subjek (S) Kata Kerja (K) Objek (O) Saya / Kamu menggoreng ayam. Ayat pasif Objek (O) Subjek (S) Kata Kerja (K) Ayam Kamu goreng iii. Susunan ayat pasif kata ganti nama diri ketiga, kata nama am dan kata nama khas: a. Ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang subjeknya terdiri daripada kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, baginda. - Susunan ayat pasif kata ganti nama diri ketiga, kata nama am dan kata nama khas lazimnya bermula dengan Objek (O), Kata Kerja (K) dan Subjek (S) dengan menukar mana-mana imbuhan awalan kata kerja menjadi imbuhan awalan didan ditambah dengan kata sendi nama ‘oleh’. Lihat contoh di bawah: Ayat aktif Subjek (S) Kata Kerja (K) Objek (O) Dia menggoreng ayam. Ayat pasif Objek (O) Kata Kerja (K) Subjek (S) Ayam digoreng oleh dia.
12 Tukar ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. 1. Sofiah membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan. Pinjaman bank dibuat oleh Sofiah untuk memulakan perniagaan. 2. Encik Rahman menyumbangkan sebahagian daripada tanah kepada anak yatim. Sebahagian daripada tanah disumbangkan oleh Encik Rahman kepada anak yatim. 3. Hakim mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap pesalah tersebut. Hukuman penjara dijatuhkan oleh hakim mahkamah terhadap pesalah tersebut. 4. Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan telah merasmikan bangunan itu. Bangunan itu telah dirasmikan oleh Menteri Keseniaan, Kebudayaan dan Warisan. 5. Anda perlu menghantar tugasan ini sebelum hari Jumaat. Tugasan ini perlu anda hantar sebelum hari Jumaat. 6. Kita mesti menyimpan duit sejak kecil. Duit mesti kita simpan sejak kecil. 7. Awak sudah membaca buku itu? Buku itu sudah awak baca? 8. Ayah sering membaca surat khabar pada waktu pagi. Surat khabar sering dibaca oleh ayah pada waktu pagi. 9. Kerajaan telah memberikan subsidi minyak masak untuk membantu masyarakat. Subsidi minyak masak telah diberikan oleh kerajaan untuk membantu masyarakat. 10. Saya akan mengharungi cabaran itu walaupun amat berat. Cabaran itu akan saya harungi walaupun amat berat.
13 CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH 1. Cakap ajuk merupakan percakapan seseorang yang ditulis semula dalam perkataan tanpa mengubah apa-apa makna. Dalam kata lain, ayat ajuk merupakan ayat yang meniru percakapan seseorang. Ayat cakap ajuk juga dikenali sebagai dialog. Ayat cakap ajuk menggunakan tanda petik ".........". 2. Cakap pindah merupakan percakapan seseorang yang ditulis semula menggunakan tatabahasa yang betul. 3. Apabila menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dan sebaliknya, sesetengah perkataan akan bertukar seperti contoh di bawah: Golongan Kata Ayat Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah Kata ganti nama diri aku, saya kami beta awak, kamu kamu semua dia mereka baginda dia, -nya mereka Kata ganti nama tempat sini sana, situ Kata ganti nama tunjuk ini itu Kata seru cis eh aduh dengan marah dengan hairan sambil mengerang kesakitan Kata singkatan nak mak dah mau hendak emak sudah mahu Ayat perintah jangan sila masuk melarang menjemput 4. Contoh cakap ajuk kepada cakap pindah: AYAT CAKAP AJUK AYAT CAKAP PINDAH “Saya tinggal di Kelantan,” kata Ali kepada Abu. Ali memberitahu Abu bahawa dia tinggal di Kelantan. “Bilakah pertandingan ini akan tamat?” tanya Ani kepada Ayu. Ani bertanya kepada Ayu waktu pertandingan itu akan tamat. Kata Aji kepada Lee, “saya belum makan.” Aji memberitahu Lee bahawa dia belum makan. “Boleh duduk di sini?” tanya Ali kepada Abu. Ali meminta kebenaran Abu untuk duduk di situ. “Tolong berikan buku ini kepada Hayati,” kata Siti kepada Nur. Siti meminta tolong Nur untuk memberikan buku itu kepada Hayati.
14 Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah. 1. “Cikgu, saya tidak dapat datang pada petang ini,” kata Andy. Andy memaklumkan bahawa dia tidak dapat datang pada petang itu kepada gurunya. 2. "Jangan membuat bising dan berkejar-kejaran di rumah orang,” kata Puan Suzi kepada anak-anaknya. Puan Suzi melarang anak-anaknya membuat bising dan berkejar-kejaran di rumah orang. 3. "Jemput makan kuih itu," kata Marcella kepada Sylvia. Sylvia menjemput Marcella memakan kuih itu. 4. "Bilakah abang akan bertolak ke Jepun?” kata Helen. Helen bertanya tentang waktu abangnya akan bertolak ke Jepun. 5. “Aduh, sakitnya!” kata Iqbal. Iqbal mengerang kesakitan. Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah. “Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” Tanya Nizam. “Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu. “Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit itu untuk membayar yuran? Tanya Nizam dengan perasaan hairan. “Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya,” jelas Salim. “Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenar,” kata Nizam.
15 Nizam bertanya kepada Salim sebab dia kelihatan muram sahaja. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentang yuran yang belum dijelaskannya. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskan yurannya. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya. Nizam telah mencadangkan agar Salim berjumpa dnegan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenar. JENIS AYAT 1. Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terdiri daripada: a. Ayat penyata b. Ayat tanya c. Ayat seruan d. Ayat perintah a. Ayat penyata - Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perkara, benda, kejadian dan sebagainya. - Ayat penyata lazimnya berpola frasa nama dan frasa nama (FN+FN), frasa nama dan frasa sendi nama (FN+FS), frasa nama dan frasa adjektif (FN+FA) atau frasa nama dan frasa kerja (FN+FK) seperti yang berikut: FN + FN - Kereta itu kepunyaan ayah. FN + FS - Rantai ini untuk ibu. FN + FA - Air sungai sungguh jernih. FN + FK - Gadis itu menyidai pakaian.
16 b. Ayat tanya - Ayat tanya merupakan ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. - Ayat tanya dapat dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu: Tanpa kata tanya - Adik sudah tidur? - Ibu kamu ke pasar? Dengan kata tanya - Mengapakah dia bersedih? - Berapa harga sekilogram buah rambutan? Dengan kata ganti nama tanya - Rahimi ke mana? - Pemuda yang berkaca mata itu siapa? - Nama anak kucing ini apa? c. Ayat seruan - Ayat seruan digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan dan sebagainya. - Memandangkan setiap kata seru menyatakan perasaan tertentu, maka penggunaan kata seru mestilah sesuai dengan konteks ayat. - Contoh penggunaan ayat seruan adalah seperti berikut: Kata Seru Fungsi Contoh aduh menyatakan perasaan sakit - Aduh, sakitnya kaki saya! cis menyatakan perasaan marah - Cis, berani betul budak ini! eh menyatakan perasaan hairan - Eh, saya ingat kamu belum sampai! nah menyatakan perasaan ingin memberikan sesuatu - Nah, ambil duit ini! oh menyatakan perasaan terkejut dan kecewa - Oh, kamu rupanya! wah menyatakan perasaan kagum - Wah, tinggi sungguh menara itu! d. Ayat perintah - Ayat perintah digunakan untuk menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta seseorang melakukan sesuatu. - Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu, ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Contoh penggunaan ayat perintah adalah seperti berikut:
17 Jenis Ayat Perintah Fungsi Contoh Ayat Suruhan Ayat suruhan digunakan untuk menyuruh. - Pergi kamu dari rumah ini. - Kamu tunggu Fateha di sini. Larangan Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah. - Jangan bising. - Usah dikenang kisah lama. - Kamu tak usah datang ke sini. Silaan Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput. - Sila serahkan borang tersebut. - Jemput makan makanan ini. Permintaan Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong. - Minta bersabar, Encik Halim. - Tolong senyap. Tentukan jenis-jenis ayat di bawah. 1. Aduh, sakit kakiku ini! Ayat seruan 2. Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital. Ayat penyata 3. Tolong bertenang seketika. Ayat perintah 4. Bilakah tarikh perkahwinan Badrul? Ayat tanya 5. Leonardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa. Ayat penyata
18 Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Ibu bapa perlu sentiasa memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Siapakah yang perlu sentiasa memberikan kasih sayang kepada anak-anak? 2. Majalah ini diterbitkan di New York. Di manakah majalah ini diterbitkan? 3. Kita perlu bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Berapa kalikah kita perlu bersenam? 4. Syarikat telekomunikasi itu kepunyaan Dato’ Malik. Siapakah yang memiliki syarikat telekomunikasi itu? 5. Mereka bertolak ke Bali pada petang tadi. Bilakah mereka bertolak ke Bali? Klafikasikan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan atau ayat permintaan. 1. Awak siapkanlah kerja itu sekarang. Ayat suruhan 2. Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi. Ayat larangan 3. Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai polis yang berdekatan. Ayat silaan 4. Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu. Ayat permintaan 5. Engkau tunggu dia di rumah. Ayat suruhan
19 Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang diberikan. 1. Ayat tanya Siapakah pemilik rumah banglo di hujung kampung itu? 2. Ayat seruan Wah, besarnya rumah awak! 3. Ayat suruhan Berikan buku ini kepada Shamsul. 4. Ayat penyata Bunga raya melambangkan perpaduan. 5. Ayat larangan Jangan berkejar-kejaran di dalam masjid.