1 Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Tema: pembelian secara dalam talian Fokus 1: manfaat/faedah/kebaikan/kekuatan/kelebihan Fokus 2: langkah/cara/kaedah/inisiatif/prakarsa Bahan 1 - Petikan Perniagaan secara dalam talian yang melibatkan aktiviti membeli dan menjual sesuatu produk atau perkhidmatan melalui media elektronik seperti telefon pintar dan komputer sangat popular dalam kalangan pengguna kini. Perniagaan ini banyak memberikan manfaat kepada pengguna kerana pengguna dapat membeli sesuatu barang dengan cara yang mudah. Namun begitu, merujuk laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), lebih daripada 30 ribu kes penipuan perniagaan secara dalam talian diadukan kepada persatuan itu. Situasi ini mudah terjadi kerana tiada interaksi bersemuka antara penjual dengan pembeli semasa proses jual beli. Untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan, pengguna perlu mengkaji maklumat peribadi penjual atau syarikat yang berkenaan sebelum membeli sesuatu barang. Pengguna juga digalakkan untuk melihat dan membaca komen yang ditulis oleh pelanggan terdahulu untuk membantu mereka membuat pilihan. Biasanya, setiap portal beli-belah ada menyediakan ruangan penilaian dan ulasan tentang barang atau produk tersebut. Pengguna juga dinasihatkan supaya membeli barangan di platform perniagaan yang terkenal seperti Ladaza, Shopping, Zaralo, dan sebagainya. Syarikat-syarikat ini boleh dipercayai kerana mereka mempunyai rangkaian perniagaan yang luas serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang sangat cekap. Langkah menyimpan bukti pembelian amat penting bagi mengelakkan penipuan. Pelanggan perlu menyimpan resit atau invois yang diterima daripada peniaga sebagai langkah berjaga-jaga. Mangsa penipuan harus berani tampil apabila terjebak dengan peniaga dalam talian yang tidak bertanggungjawab. Tindakan ini merupakan satu daripada usaha untuk mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dengan berusaha untuk menuntut hak mereka semula. Pengguna juga boleh merujuk portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu mereka daripada ditipu oleh pihak peniaga. Portal tersebut memberikan peluang kepada pengguna untuk memeriksa maklumat tentang peniaga tersebut sama ada pernah dilaporkan dan terbabit dengan kes penipuan ataupun tidak. Secara ringkasnya, pengguna perlu lebih berhati-hati ketika membuat pembelian, manakala peniaga perlu menanamkan sikap jujur dan mematuhi etika sebagai peniaga. Dipetik dan diubah suai daripada "Ayuh, Banteras Segera Penipuan Siber!" oleh Nurul Hanani Hasmin, Dewan Kosmik, Bil. 9/2018 RUMUSAN
2 Bahan 2 - Grafik
3 Rumusan membincangkan manfaat-manfaat pembelian secara dalam talian (fokus 1) dan langkah-langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan (fokus 2). Antara/salah satu/satu daripada manfaat pembelian secara dalam talian (fokus 1) termasuklah pembelian secara dalam talian sering menawarkan potongan harga (isi tersurat 1) dan terdapat banyak barang yang dijual (isi tersurat 2). Selain itu, pengguna juga mempunyai pelbagai kaedah pembayaran seperti perbankan Internet, kad kredit dan e-dompet (isi tersurat 3). Pengguna juga dapat membeli sesuatu barang dengan cara yang mudah (isi tersurat 4). Antara/salah satu/satu daripada langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan (fokus 2) termasuklah pengguna perlu mengkaji maklumat peribadi penjual atau syarikat (isi tersurat 5). Pengguna juga harus melihat dan membaca komen yang ditulis oleh pelanggan terdahulu (tersurat 6). Seterusnya, pengguna dinasihatkan supaya membeli barangan di platform perniagaan yang terkenal (tersurat 7). Mangsa penipuan harus berani tampil apabila terjebak dengan peniaga dalam talian (tersurat 8). Kesimpulannya, pembelian secara dalam talian harus dikawal agar pengguna tidak terus-menerus ditipu.