The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by manggies, 2024-01-20 23:11:36

Jawapan Morfologi

Jawapan Morfologi

1 Latih Tubi SPM 1 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja aktif tak transitif dan dua kata kerja aktif transitif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Kata kerja aktif tak transitif Ayat belajar Ahmad sanggup belajar hingga lewat malam untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaaan. bersikap Puan Hasnita tidak sanggup melihat anaknya yang bersikap acuh tak acuh dalam pembelajaran. Kata kerja aktif transitif Ayat mendengar Walaupun sudah pandai mengurus diri, Jamilah sentiasa mendengar kata-kata ibunya. mencapai Raziq terpaksa memberanikan dirinya apabila berhadapan dengan orang ramai untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang peguam. MORFOLOGI Aktiviti belajar merupakan suatu amanah. Setiap murid wajib belajar dengan bersungguhsungguh. Mereka juga wajib mendengar nasihat guru dan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana murid yang cemerlang bakal menjadi pekerja cemerlang. Orang yang cemerlang pasti disayangi, dimuliakan, dihormati dan disanjungi oleh orang lain. Sebaliknya, murid-murid yang bersikap malas dan tidak berusaha untuk mencapai sesuatu akan kecundang. Oleh itu, setiap murid wajib bersikap peka akan perancangan hidup seharian. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan rasa kecewa pada kemudian hari.


2 Latih Tubi SPM 2 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja pasif dan dua kata nama terbitan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Kata kerja pasif Ayat dihadapi Puan Hasnah tetap bersabar walaupun ujian yang dihadapi beliau baru-baru ini sangat berat. diperlukan Santan, gula merah dan daun pandan merupakan bahan utama yang diperlukan untuk membuat dodol. Kata nama terbitan Ayat pengurusan Pendedahan tentang pengurusan kewangan sangat penting kepada masyarakat agar tidak dibebani hutang. cabaran Walaupun pekerjaannya penuh dengan cabaran, Amrina tetap bekerja dengan tekunnya. Pengurusan masa yang efektif amat penting bagi seseorang untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya. Rahsia kecemerlangan seseorang individu ialah kemampuannya menguruskan masa dengan baik. Namun begitu, pengendalian masa bukanlah mudah. Banyak cabaran yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Disiplin diri yang kuat dan pendirian diri yang teguh amat diperlukan agar seseorang itu tidak lalai dan alpa daripada tugas sebenar mereka. Teknik pengurusan masa yang baik amat penting dalam kalangan murid sebagai panduan untuk menguruskan masa secara sistematik dan tidak terperangkap oleh kekangan masa.


3 Latih Tubi SPM 3 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata terbitan berapitan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Kata terbitan berapitan Ayat menumpukan Selepas penularan wabak Covid-19, kerajaan banyak menumpukan perhatian kepada pembinaan semula ekonomi negara. diseleraskan Gaji minimum antara pekerja swasta dengan pekerja kerajaan perlu diselaraskan untuk merapatkan jurang pendapatan. pemikiran Karya sastera mampu mencorak pemikiran masyarakat yang lebih kritis dan kreatif. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 menumpukan kepada kualiti berbanding dengan kuantiti sebelum ini. Program membaca diselaraskan dengan pencapaian pendidikan pada peringkat global yang berasaskan dua pentaksiran antarabangsa, iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Kajian PISA pada tahun 2012 terdapat jurang yang besar antara murid bandar dengan murid luar bandar. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid tidak dapat menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi.


4 Latih Tubi SPM 4 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Kata tunggal Ayat sihat Amalan gaya hidup yang sihat mempu menjamin kualiti hidup sepanjang hayat. makan Masyarakat kurang makan buah-buahan, malah ada golongan muda yang masih tidak mengenali jenis buah-buahan tempatan. Kata majmuk Ayat makanan ringan Amalan makan makanan ringan merupakan salah satu punca obesiti dan gigi rosak dalam kalangan generasi muda. piramid makanan Piramid makanan merupakan panduan yang perlu dirujuk untuk memperoleh tabiat makan yang seimbang. Dalam mengamalkan pemakanan yang sihat, kita hendaklah makan dalam keadaan selesa dan tenang agar kita tidak tercekik semasa menelan makanan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baiknya. Selain itu, elakkan makan makanan ringan yang tidak berkhasiat. Sebenarnya, setiap orang perlu memastikan jadual makan mereka teratur agar kekal sihat. Selain itu, makanlah pelbagai jenis makanan mengikut keperluan seperti yang dicadangkan dalam piramid makanan.


5 Latih Tubi SPM 5 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua akronim dan dua kata tugas. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Akronim Ayat senamrobik Senamrobik yang dilakukan sebanyak dua kali dalam seminggu dikatakan mampu mengurangkan risiko sakit jantung. cerpen Cerpen yang dikarang oleh sasterawan negara, iaitu A. Samad Said telah mendapat anugerah pada peringkat antarabangsa. Kata tugas Ayat untuk Hakim terpaksa bekerja hingga lewat malam pada hari minggu untuk menyara keluarganya. dan Disleksia dan autisme merupakan salah satu masalah kesihatan yang masih boleh dirawat. Pelbagai aktiviti menarik yang sarat dengan ilmu turut diadakan di Karnival Kerjaya. Antaranya termasuklah acara senamrobik, program bual bicara bersama-sama panel jemputan, serta uji bakat kerjaya dalam bidang penyiaran bersama dengan RTM, BERNAMA, dan Radio IKIM. Selain itu, karnival ini turut menyediakan ruang niaga untuk 30 buah gerai makanan, pakaian, barangan digital pelbagai jenama, dan kaunter kesihatan Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan percuma. Di samping itu, para pengunjung juga boleh menonjolkan bakat kreatif dalam pertandingan melukis komik adaptasi daripada cerpen terpilih.


6 Latih Tubi SPM 6 Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am manusia dan dua kata ganti nama diri. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Kata nama am manusia Ayat si teruna Kain pelikat sering dipakai oleh si teruna terutamanya ketika ingin menunaikan solat di masjid atau surau. bapa saudara Bapa saudara saya selalu memberikan nasihat kepada saya agar belajar bersungguh-sungguh. Kata ganti nama diri Ayat saya Sebelum berpindah ke ibu kota, saya akan penuhkan segala ilmu agama di dada agar tidak terpengaruh dengan gejala negatif. dia Jika mempunyai masa lapang, dia sering ke surau atau masjid untuk menuntut ilmu agama. Amin : Assalamualaikum Tok Batin. Tok sihat? Tok Batin : Waalaikumussalam. Alhamdulillah, saya sihat. Amin : Bolehkah Tok ceritakan serba sedikit tentang adat perkahwinan Kaum Temuan? Tok Batin : Adat perkahwinan orang Temuan ini lebih kurang sama dengan Adat perkahwinan orang Melayu. Si teruna akan memberitahu keluarganya jika dia berkenan kepada seseorang gadis. Bapa saudara lelaki akan merisik si gadis melalui bapa saudara gadis untuk mendapatkan persetujuan. Sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju, maka hari pertunangan akan ditetapkan.


7 Latih Tubi SPM 7 Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif terbitan awalan dan dua kata adjektif terbitan apitan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Kata adjektif terbitan berawalan Ayat terbaik Pada minggu lalu, pelajar Malaysia telah dinobatkan sebagai pendebat bahasa Arab terbaik di dunia. secanggih Telefon baharu yang dikeluarkan oleh syarikat Nokia tidak secanggih telefon yang dipasarkan oleh syarikat Apple. Kata adjektif terbitan berapitan Ayat kebaratan Setelah berpuluh-puluh tahun menetap di Amerika Syarikat, tingkah lakunya agak kebaratan. ketimuran Walaupun Aminah membesar di Amerika Syarikat, perangainya masih ketimuran. Pihak Perbadanan Mass Rapid Transit Corporation San Bhd (MRT Corp) sentiasa ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang. Sebagai contohnya, tambangnya tidaklah semahal tambang teksi jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang. Tren pengangkutan penumpang ini secanggih tren pengangkutan di negara Perancis atau Jerman. Kehebatannya memang setanding dengan kehebatan tren di kedua-dua buah negara berkenaan. Ketika kita berada di dalamnya, kita akan merasakan diri kita seolah-oleh berada di negara Barat. Maklumlah bentuk trennya dan hiasan dalamannya agak kebaratan. Namun demikian, tingkah laku penumpangnya yang ketimuran menyebabkan MRT menjadi pilihan pengguna.


8 Latih Tubi SPM 8 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata hubung dan dua kata bantu. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Kata hubung Ayat dan Taraf hidup masyarakat yang semakin meningkat telah menyebabkan kuasa beli dan citarasa pengguna semakin bertambah. yang Masyarakat yang berpandangan jauh dan kompetitif diperlukan dalam usaha membangunkan negara. Kata bantu Ayat pasti Perbalahan antara kaum pasti akan berlaku jika rakyat Malaysia tidak mempunyai sikap toleransi yang tinggi. akan Pemberian subsidi dan bantuan kewangan kepada golongan rakyat yang kurang berkemampuan akan meningkatkan taraf hidup. Ketagihan bermain Internet pasti memberikan impak negatif. Remaja akan menghabiskan masa yang banyak di hadapan komputer dan juga bersosial secara maya dengan alat peranti masing-masing. Masa dan tempat serta keadaan tidak lagi menjadi isu apabila terdapat akses Internet. Lama-kelamaan, ketagihan Internet akan menjadi sebahagian daripada kehidupan kerana tidak dapat dihentikan. Masa yang berharga juga hanya dibiarkan berlalu demi memenuhi ketagihan. Natijahnya, dalam jangka masa panjang, remaja akan berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius.


Click to View FlipBook Version